Saturday, March 29, 2014

24 - Berkelana Merentas Sempadan : Ulaanbaatar to Beijing

Masa check tiket sebelum masuk dalam flight baru la haru biru sebab baru aku realized tiket tu bukan nama aku.

Cuak badak je.

"No.. it is my name.. It is probably in Mongolian or something. Ah.. I dont know"

Nasib baik la minah tu berlari pegi print tiket semula.

Aku cuak la jangan la tak de nama aku dalam tu. Tapi ada lah. Aku orang paling last masuk dalam flight. Hahahah semua orang pandang je. 

Air China 

"Bukan salah aku !!! Salahkan Mrs PUSAT !!"

Flight Air China agak OK. Smooth. Siap dapat makan kek dengan air lagi.

Layan view sempat aku snap nak take off.



Terpikir dan terpana
Dan terdiam ku melihat
Sadarku bertahun
Bersama terwujudlah

Terbayang yang terindah
Yang terhampa berlalulah
Sadarku semuanya
Perasaan rasa cinta

Kaulah yang dinginkan aku
Dari mimpiku, dari mimpiku
Coba terbangkan khayalku
Dari sadarku, dari sadarku

Uuh, terbayang yang terindah
Yang terhampa berlalulah
Sadarku semuanya
Perasaan rasa cinta

Kaulah yang dinginkan aku
Dari mimpiku, dari mimpiku
Coba terbangkan khayalku
Dari sadarku, dari sadarku

Kaulah yang dinginkan aku
Dari mimpiku, dari mimpiku
Coba terbangkan khayalku
Dari sadarku




Ulaanbaatar dari udara

So personally kalau orang tanya aku, worth it tak pegi Mongolia, jawapan aku.. DEFINITELY YES !!!

Cuma kena berhati hati sikit. Benda benda tak best ni, kalau nak jadi, jadi jugak kat mana mana pun kan?

Perjalanan dari Beijing ke UB naik train memakan masa 30 jam.

Perjalanan dari UB ke Beijing naik flight cuma 2 jam !

Hahahahah..

Gelakkan diri sendiri. Tapi tak pe.

Apa apa pun, layan gambar gambar sekitar penerbangan dari Ulaanbaatar ke Beijing...








  
Menjelang senja, pesawat Air China mendarat di Lapangan Terbang Beijing Capital. Yang bestnya, Air China ni landing smooth gila !!

Aku dah lama tak rasa landing yang sangat smooth...

* jeling Air Asia.. 

Macam tak rasa, tetiba dah atas runaway... Good job Air China !!!!!

Terminal 3 - Beijing Capital International Airport

Beijing Capital International Airport ni bapak la besar.. Besar gila babi. Ni baru Terminal 3, belum kira terminal 2 dan 1 lagi. 

Agak lawa jugak la terminal dia tapi aku malas nak merayap. Lepas immigration then aku keluar. Tapi dekat kastam kena tahan. Macam biasa lah.. Kena scan beg.

Siap ada Mat Salleh tu tegur aku.

"I think he doesnt like us ........"

Hahahah sebab orang lain semua lepas jalan macam tu je. Mat Salleh tu pun sama kena scan beg. 

Dari Terminal 3 airport aku naik Airport Train Express ke bandar dengan harga CNY25 one way. 

Aku dah book penginapan aku malam terakhir di Beijing ni dekat dengan station yang paling dekat dengan Airport Train station sebab aku malas nak bawak beg jauh jauh. Tau tau je la subway kat Beijing ni, nampak je dekat tapi bila jalan ke bawah tanah tu macam jauh gila nak sampai ke train.

Dari Terminal 3 aku turun di Sanyuanqiao Station. Then ambik subway line 10 turun di Liangmaqiao. Cuma 1 station je dari Sanyuanqiao Station.

Jarak dari Terminal 3 ke Sanyuanqiao Stn dalam 30 minit perjalanan.

Keluar dari station Liangmaqiao aku terus nampak hotel yang aku dah book masa kat UB kelmarin di sini. Yahoo. 

Beijing boleh tahan sejuk la tapi well.. setakat 2 darjah celcius tu apa lah sangat kan??

Hahahhahaa....

Sebab dah final night untuk trip ni, so fikir konon nak memanjakan diri sendiri dengan hotel yang mahal sikit. Tapi tak de la mahal mana. Harga dia dalam RM130 per night. Tapi review agak bagus dan lokasi yang betul betul aku suka. 

Jadi ini la pilihan aku.

FX Express Hotel, Beijing

Check in. 

Lobby

Agak chic jugak la hotel ni

Tapi !!

Receptionist haram tak pandai cakap English !!

Tapi tak pe lah. Aku dah biasa. Janji semua urusan settle. 

Lepas check in aku rasa lapar sebab aku cuma makan bubur je pagi tadi. So aku keluar cari makanan. Memula pegi ke area Hard Rock Cafe Beijing lama tu, tapi tak de  kedai yang sesuai. Oh confirm la Hard Rock Cafe Beijing dah tutup. Dah renovate pun untuk jadi tempat lain.

Tak de rezeki aku nak jejakkan kaki ke situ. Tapi bekas pun kira aci la kan?

Hahaha. 

Akhirnya aku ke Solana Mall.

Tak jauh dari hotel tu. Jalan kaki dalam 10 minit.

Ada banyak resto kat area ni. Malangnya tak de yang berani aku nak makan

Solana Mall

Solana Mall ni agak upscale jugak la mall dia dan banyak western outlets macam Zara etc...

Aku pusing pusing dalam mall ni kejap. Cari tempat makan. Tak de yang aku jumpa. Last sekali jumpa kedai bakery je. Beli roti dan pastry dan jalan kaki balik ke hotel semula.

Cuaca agak sejuk. Walau tak sesejuk di Terelj mahupun Ulaanbaatar, tapi boleh kancing gigi jugak la di buatnya.

Ada ice rink

Solana Mall


FX Express Hotel

Sampai bilik mandi manda dan sucikan diri.

Fuh.. baru terasa mewah sikit. Baru boleh nak berak dengan inzal !!! * imagine berapa hari aku tak berak?? Hahahaha...

Aku agak suka hotel ni. Biliknya luas, katilnya best. Wifi pun laju... semua OK lah. Cuma tak de tingkap jer.. Tapi tak penting. Yang penting bathroom dia glass thru.. Hahahaha

Bilik yang agak besar

Bathroom see thru

Lepak dan isi perut dengan makanan makanan ni. Di sini juga ada kuih pusat berdaki...

Landing time.......

Yang paling bestnya adalah tilam dia.

Dah la king size. Masa aku first letak badan kat atas tilam tu, tetiba terkeluar.

"Ya Allah sedapnya..........................."

Pastu rasa panas, bangun pegi betulkan aircond jap. 

Letak balik badan.... Terkeluar lagi.

"Ya Allah... sedap nya........................."

Maksudnya apa?

Maksudnya katil dia memang best.

Asyik tidur kat tilam keras di hostel je, kali ni memang betul betul terasa empuk. 

Aku dah plan esok satu hari lagi aku akan penuhkan dengan apa yang patut sebelum flight balik ke KL malam esok. 

Tapi sebab tilam yang sedap sangat tu, konon nak bangun awal pagi. Tapi aku terjaga dah pukul 11 pagi !!!! So aku salahkan tilam ni.

Kalau kedinginan kelmarin di Terelj buat aku tak boleh tidur, tapi kedinginan di Beijing buat aku tidur mati.

bersambung......................

6 comments :

  1. Landing smooth mcm berak slps bbrp hari x berak kat Mongolia? Hahaha

    ReplyDelete
  2. Eh hotel nampak mewah macam tu RM130 je semalam. JE sangat, cakap macam duit kepuk2 dalam poket. Aku tau ko buat apa while landing baik atas katil empuk tu. Bunyi ada ala kapal pejuang lepaskan tembakan x. Haha.

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha....ko kentut atas katil ke meng? Kekeke..

    Oii motif kutuk AA? Aritu aku balik dari betnam AA landing smooth gak la x rasa pon dh cecah landasan huh!! Motip aku bekap AA? Hahahaha..

    Tp hotel ko mmg nampak inzal walaupun toilet nampak tp seb bek mangkuk tandas tu bukan cam aritu dok kat sebelah tv heheheh

    ReplyDelete
  4. Amir : Lama tak berak, tak de la smooth sgt..

    kdg kdg ada gak la mimik mimik muka mcm menteri pasola.. meneran.

    BK : bunyi merengus ek..

    hahahhaa..

    bunyi ke legaan sebab sakit sakit belakang mcm hilang sikit kena katil yang inzal.

    HB : aku bukan kutuk AA.,

    ini cabaran.

    cabaran supaya dia org landing lepas ni smooth smooth je.

    hari tu aku balik dr jkt kot, landing mcm lahanat..

    nasik gigi palsu tak tertanggal je. terhentak semua org menjerit

    Hotel ni memang best.. ok la. last night di china.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...