Friday, December 28, 2012

Semilir Angin Makassar - Part 12 : Goodbye Makassar

Lepas selamat check out aku lepak lepak dulu kat lobby hotel.

Nasib tak kena extra charge. Tak de sebarang charge di kenakan dan aku tak de curik towel hotel.

Jangan tudo tudo heh !

* jeling tajam ke arah peminat

Hari pun nak hujan, tapi aku fikir macam masih banyak masa lagi. Dari apa yang aku baca airport terletak lebih kurang 20KM dari kota Makassar. Tak de la jauh mana. Plus aku fikir nak balik ni aku nak try suruh teksi ikut laluan bertol je.

Mesti lagi cepat sampai.

Tapi kalau cepat cepat sampai pun nak buat apa?

Lepas dah tak tau nak buat apa. Dah bosan online kat lobby hotel then aku pun keluar. Mintak teksi dan terus suruh teksi hantar ke Bandara.

Perjalanan memang tak berapa jauh tapi hujan lebat !

Drebar teksi ni bawak boleh tahan jugak lah. Ada few times kereta macam slide sebab air banyak. 

* urut dada Noreen.

Jangan la apa apa jadi, kang tak balik aku ke KL ni kang.

Akhirnya selepas melalui jalan bertol sampai jugak kami di Bandara Sultan Hasanuddin Makassar.


Tambang teksi dekat meter tertulis Rp70,000.

Aku kira berapa kali dia bayar tol. Tak sampai pun Rp10,000. 

Aku bagi duit Rp100,000 dan dia pulangkan aku Rp5,000.

Agak agak la kan nak menipu !

Ni yang aku jadi geram ni. Aku tak kisah kalau orang nak charge lebih tapi jangan buat macam aku ni bodoh tak tau apa? 

Bukan soal duit tapi soalnya, kau kira la betul betul.

* campak calculator.

"Kenapa wang bakinya kayak ini?"
"Parkir sama tol"
"Parkir bukan saya yang bayar"

Aku tau la sebab aku naik teksi dari Makassar ke Trans Studio, parking kalau kita yang keluar baru kita bayar. Kalau kita masuk, kita tak perlu bayar lagi.

"Sama tol nya"

Bodoh ! Ingat aku tak kira ke berapa kali dia bayar tol? Ni aku nak menyirap bandung ni. Kang silap silap aku bertukar kaler jadi hijau kang !

"OK Pak. Selamat jalan"

Dan dan tu pulak nak buat baik dengan aku. Aku merengus. Malas nak layan. Memang aku tak halal !

* emosi

Boleh cakap macam tu?

Memang tak banyak tapi aku menyampah betul kalau kena tipu bulat bulat macam ni pastu buat muka tak bersalah.

Cis !

Anyway aku turun je teksi lepas tu. Malas aku fikir. Kalau fikir menyakitkan hati.

Tapi masa masuk ke kawasan airport tadi aku nampak ada satu statue besar. Tak sempat nak snappy. Dari Bandara ni dah jauh. Hanya boleh nampak dari belakang je. Aku rasa statue Sultan Hasanuddin ni la kot. Besar jugak statue nya.

Membelakangi kamera

Memang aku ada banyak masa lagi.

So aku melilau di bahagian luar Bandara tu dan ambik gambar apa yang patut.

Kali ni siang, so jelas sikit la. Nampak jugak Bas Damri yang terus ke kota. Time aku tak nak ni la dia ada !

Bandara selepas hujan

Memang cantik airport Makassar ni. Aku rasa antara yang tercantik di Indon. Sama cantik dengan Bandara di Banda Acheh.

Orang pun ramai. Padahal bukan banyak international flight pun dari sini. Banyak domestic je. Tapi sebab dah orang Indon ni kan ramai. Jadi ramai la kot sebab mungkin ini pengangkutan utama mereka ke pulau pulau lain di serata Indonesia.


Masuk terus aku check in. Nasib la kaunter Air Asia dah bukak.

Kena airport tax Rp100,000/RM33.

Tak de beg nak check in, beg aku pun ringan je. Aku melilau dalam airport pulak. Tak de kedai yang menarik. Duty free pun tak best. Banyak kedai kedai local je.

Sebab banyak masa dan tak tau nak buat apa, aku pegi smoking room.

Masuk smoking room mak ai penuh dengan orang Sulawesi. Semua muka kasar kasar dengan tatoo kiri kanan. Macam cuak aku nak masuk. Nak lari keluar dah tak boleh dah. Semua isap gudang garam lak tu. 

Aku fikir, jangan la dia orang ni tetiba serang aku ke apa. 

Tapi. Telahan aku salah. Muka memang kaki pukul. Tatoo kiri kanan. Kulit hitam legam. Tapi bila lalu depan aku.

"Permisi Mas"

* terdiam sepi

Kesopanan dan kesusilaan terserlah !

Hebat. Aku kagum. Bukan sorang lak tu. Ada dua tiga orang sebab aku duduk dekat dengan pintu, so dia orang yang nak keluar kena melepasi depan aku dan semua seolah olah tunjuk tanda hormat yang sama.

Terus hisap rokok sebatang lagi. Hahahaha.

Then aku keluar merayau dalam airport lagi.

Ruang legar balai pelepasan

Aku jalan jalan sekitar lagi tengok kedai kedai yang ada.

Layan.


Ingat nak lepak starbuck tapi malas nak beratur.

Sudahnya aku pegi Mussola pastu gi kedai makan yang ada kat situ, so aku ingat macam nak try Coto Ayam. Sebab aku malas nak pecah pecahkan duit Rp100 ribu so aku nak abiskan note note kecik je.

So budget la kira harga makanan. Dapat beli Coto Ayam tapi tak boleh nak beli air. Nasib baik aku ada bawak air yang berbaki dari hotel tadi. Boleh la minum.

So order Coto Ayam saja.

Rupanya coto ayam adalah sup ayam ! Datang dengan nasi. Nasib la sedap. Aku belasah makan. Kenyang jugak. Alhamdulillah.

Then merayau lagi. Lama nya nak boarding.


Pastu nampak ada macam taman bunga orkid. Banyak pokok orkid kat situ. Dia tulis jangan sentuh, tapi ambik gambar tak de hal kan?

So aku buang masa dengan ambik gambar !

* nanges kebosanan


Agak agak macam dah bosan dan tak tau nak buat apa, baru la aku pegi ke gate 7. Di mana International flight punya boarding gate.

Cuma ada 1 je international gate sebab imigration dekat depan tu.

Urusan chop passport semua OK. Tapi bila dia scan beg aku, nampak ada air. Aku memang dah agak tapi aku saja tak nak keluarkan. Mana tau selamat kan?

"Mas...bisa di habisin aja di sini"
"Ngga apa apa"

Aku dah kembung minum air banyak banyak.

Pastu dia check lagi beg aku, dia kata ada lagi barangan cecair dalam tu. Aku pun korek korek bagi kat dia. Rupa rupanya.............

Ubat gigi !!!

"175 ml ini Mas"
"Ambil saja"

Padahal dah separuh aku guna. Motip la ubat gigi aku pun dia nak ambik. Ambik je lah. Nanti aku beli yang lain. 

Pakai tau, jangan buang. Untuk kebersihan gigi gunakan ubat gigi berflorida. Colgate Total !

* mati la iklan.


Then menunggu flight tak sampai sampai.

Patut flight pukul 4.15. Tapi lama menunggu bayang pun tak de.

Cis.

Sempat lagi aku melilau. Nampak akuarium ni. Ambik gambar lagi.

* tak larat nak nanges dah kebosanan

Adakah Nemo ini dari Pulau Samalona?

Lama jugak la menunggu.

Sempat aku jamu mata tengok couple berkasih sayang depan mata. Pompuan mungkin orang Makassar. Laki dia mat salleh. Anak pompuan dia muka macam Mariah Carey.

* tarik key 8 Octave.

Mariah Carey yang tak lawa. Hahahaha.

Buang masa sampai lebam. Pukul 5 baru nampak flight AA sampai. Cis. Tak menepati masa betul.

Then pengumuman di buat, baru la semua masuk flight untuk berlepas.

Kau kenapa lambat?

Gambar gambar terakhir sebelum berlepas

Aku duduk seat belakang sekali.

Flight agak penuh. Aku punya assigned seat dah no 28 ada mat salleh curik. So aku duduk seat no 30. Belakang betul. Nasib tak de orang kat sebelah. So aku dapat 3 seat sorang sorang.

OK. Aku boleh tidur dalam masa 3 jam 40 minit penerbangan nanti.

Bergerak ke runway

Take off

Bye bye Sulawesi

Bye bye Kota Makassar !

Bye bye Pulau Samalona !

Dan pesawat laju menyusur udara meninggalkan terus kota Makassar dan Pulau Sulawesi. Kota yang turut di kenali sebagai Kota Daeng kerana ramai daeng daeng terdahulu berasal dari Makassar ini. Sasterawan Negara, Arena Wati turut berasal dari sini juga sebelum belayar sampai ke Singapura dan berpindah ke Malaysia lalu menjadi warga negara kita.

Sewaktu balik tu, mula mula cuaca macam tak clear. Tapi lepas tu clear.

Nampak awan gemawan dan langit kebiruan. Aku tunggu kot dapat tengok sunset dari atas.



Sambil menikmati Nasi Bukhara Beryani Ayam

Baru nak feeling feeling tengok sunset.

Dah excited dah. Time ni pesawat mula terbang di atas Pulau Kalimantan



Tiba tiba....

Jeng Jeng Jeng


Langit hitam. Kepulan awan awan berat dan sarat dengan hujan.

Pesawat bergegar beberapa kali. Lampu isyarat kecemasan di pasang. Semuanya duduk rapi dan bersiap sedia.

Pesawat membelah langit langit hitam. Bergegar lagi.

Pastu keluar dari kepulan awan awan tadi, terus gelap. Pengumuman di buat untuk penumpang duduk di kedudukan masing masing. Pesawat bergoncang kali ini lebih kuat.

Tiba tiba....

Nampak Singapore dari udara

Dan Port Dickson

Pesawat mula meluncur dengan tenang dan aman. Saja buat drama. Berdebar tak?

Dan pesawat Air Asia penerbangan dari Ujung Pandang ke Kuala Lumpur mendarat dengan selamat jam 8.15 malam.

Amin. Alhamdulillah.

Keluar dari balai ketibaan. Aku menapak terus sampai di Tune Hotel. Boleh tahan jauh, abis jugak la sebatang rokok nak sampai ke tempat parking tu.

Uncle yang sama menanti.


"Sudah balik?"

Dia ingat aku rupanya.

"Sudah. Bayar parking kat mana Uncle?"
"Bayar sekarang pun boleh. Ada 15 minit. Bayar nanti sebelum keluar pun boleh"

Dia tau la sebab kereta aku jauh ke belakang sana.

Bayar kat mesin je. Aku kena RM42. 2 hari lebih la kiranya.

Start kereta then memandu pulang. Tak sabar nak jumpa orang orang tersayang.

"Yang. Kita makan apa malam ni?"

Aku tanya OR.

"Mee Goreng"
"Okey"

Nyum Nyum Nyum.......

Rupanya beli Mee Goreng kat kedai mamak.

* nanges

Berakhirlah perjalanan ke Makassar.

Budget?

Mesti nak tau ni? Top. Sejuta Rupiah ! Sebab duit yang aku memang ada sebanyak Sejuta lagi masih berbaki. Mostly abis banyak sebab sewa bot ke Samalona. Makan lain lain semua tu still mencukupi. Kiranya dalam RM300 sebab banyak tu yang aku tukar sebelum pergi.

Tak termasuk flight. Hotel pun lain. Sebab hotel aku pakai debit card. Hotel kan ikut keselesaan masing masing. Kalau nak murah boleh duduk hostel atau hotel murah. Tapi Aston Makassar is one of the best hotel aku rasa aku pernah stay.  Recommended !

Repeat Makassar?

Hmmm may be. Tapi mungkin aku mahu ke Tana Toraja atau ke Tanjung Bira. Makassar sendiri rasanya tak de lah kot.

Repeat Indonesia?

Definately. Aku kan tak pernah puas dengan bumi Indonesia. Lain pulau, lain pengalamannya dan aku pasti, andai aku datang lagi ke bumi Indonesia ini, pastinya akan memberi pengalaman dan kemanisannya tersendiri.

* pengsan

TAMAT.



Hm…hm…hm…
Terlalu indah dilupakan
Terlalu sedih dikenangkan
Setelah aku jauh berjalan
Dan kau ku tinggalkan

Betapa hatiku bersedih
Mengenang kasih dan sayangmu
Setulus pesanmu kepadaku
Engkau kan menunggu

Andaikan kau datang kembali
Jawaban apa yang kan ku beri
Adakah cara yang kau temui
Untuk kita kembali lagi

Bersinarlah bulan purnama
Seindah serta tulus cintanya
Bersinarlah terus sampai nanti
Lagu ini…ku…akhiri

14 comments :

  1. Ayat last ko mmg x boleh blah...ada iras2 jiwang sket ayat ko...tp FJ suke...ihikk..

    ReplyDelete
  2. ayat mmjm mcm tu memang la dia suka

    * genyeh tahik mata

    ReplyDelete
  3. haih...selesai sudah membaca pengalaman ko disana...best plak tetiba rasa walhal sendri dah merasa. mmg aku pun tak kisah nak repeat indonesia, sbb banyak lagi tempat2 menarik dia. makassar itself, tak, tapi tanah toraja bak kata ko mmg bleh.

    apa2 pun anak mariah carey tu mmg tak bleh blah. dan aku dpt rasa kebosanan ko kat epot tu sbb kitorang pun bosan gak...hahaha!

    dan aku masih heran, hebat betul ko amik gambar dari atas flight, jarang sungguh gegar. ko tahan napas ke meng? (hahahaha)

    ReplyDelete
  4. Hahahahahahaha...Jht si hulubalang nih.

    BTW, kawan2 FJ kata, kalau iols travel, iols sentimental begituhhhh... Hahahahhaa... Sengalsss sgt. What to do.

    BTW kan abg Meng pengalaman iols paling teruk adalah di Heathrow airport... dlm my luggage ade 13 botol perfume... more thank 100ml each...Sobssssss.... Tak perasan... sbb byk sgt luggage, skali luggage yg ada cecair tu yg iols terbawak jadik hand luggage!!!!!


    Sedar2 pun masa scanning sbb kena quarantine! Hahahhaa. Bencikkk!

    Arghhh macam baru naik kapal terbang. Orang sana siap cakap,

    Miss Jacob dont you know liquid not allowed etccccccc. hahahahaha. Benci...

    MUKA TAK BERDARAH... heiii habis perfume iols :(

    ReplyDelete
  5. memang bosan. dah la ubat gigi aku kena ambik.

    oh gambar atas flight tu?

    ISO to the max 6400. shutterspeed ala ala. AV auto..

    shuttercock??

    baling ke arah AJ.

    ReplyDelete
  6. Hahahahaha tak kena rampass...

    SETELAH BERDRAMA BAGAI... heheheheheheh....

    hampir 30 minit dkt situ. Hehehehe......

    I lap him tiba2... baik sgt. dia kataaaa i help u this timeee...

    kalau tak mmg menangisss tak berlagu laaa sendu sgt kena rampas. Sbb tu semua bukan sendiri punyaaaa.. ada org punya jugak... sobs.

    ReplyDelete
  7. mesti FJ buat tarian samba opu kat heathrow tu...

    ke kuda kepang?

    hahahaaa

    ReplyDelete
  8. FJ wat tarian Gangnam Style cam bibik buat dalam video dia...ahaksssss

    ReplyDelete
  9. Hahahahaha...

    Tak sempat fikir nak buat tarian gangnam ke apaa! Kekdahnya time tu dah terbayang hangus duet ku... And plus kena ganti balik duit2 orang...

    Dia panggil masuk dlm bilik... sambil keluarkan semua botol.. Dia kata theres only one option... Kena masuk dlm cabin. Tapi time tu luggage check in pun dh tutup!! Memang tak sempat nak buat apa....

    And flight pun dah nk gerak dah... nama iols pun kena pgl jugak! WTH sungguh. Rasa macam my goddddd.

    Pasrah je dah time tu... Huhuhu...

    Iols hanya mampu menangis sajork di depan officer itu... sambil ckp...

    I DONT KNOW. THIS IS MY FIRST TIME TRAVEL WITH PLANE!

    Huhuhu... tp memang dia baik....
    last2 dia ckp... Its not fair if I take all your perfumes.

    Ok so what he did... dia sumbat balik semua perfumes tu dlm hand luggage... pastu dia kata, dont open your luggage anymore until u reach Kuala Lumpur. Promiseee??


    Begituh...

    And I said, thank you so muccchhhhhhhhhhhhh. I owe you big time. Hehehehehehe.

    Habisla drama swasta iols. HGahahha.

    Haih terpanjang plak dah komen hehe. saje nak share pengalaman masam2 manis di bumi bertuah. london. haha.

    ReplyDelete
  10. shuttercock?

    mentang2 aku hamba hina di bumi sahaya, shuttercock je yg aku dpt meng..xpela aku pasrah..

    hiks

    ReplyDelete
  11. wahh..tetiba cari blog sembang pasal makassar dan jumpa blog supermeng..okeh..hari ni travel to makassar.6 orang..serius ke tak cantik pulau samalona tu..adus...blom sampai lagi ni airport.dia OTW.:)

    ReplyDelete
  12. AJ : hahaha.. abis tu nak shutter apa?

    Ciku : tak de la tak cantik.. kalau dah sampai tu pegi je la usha sendiri.. may be dah berobah.. dah lawa sikit kot

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...