Tuesday, December 4, 2012

Berjalan Solo Atau Berkawan Kawanan?

Ada orang tanya aku, mana lagi best, berjalan solo atau dengan kawan kawan?

Jawab aku. 

"Lantak ko lah. Kau yang berjalan bukan orang lain"

Tu jawapan malas nak fikir. 

Most of aku travels ada secara solo. Tapi ada jugak aku pegi travel dengan kawan kawan and I had fun. So kalau nak jawab mana satu yang lagi best?

Hmmmm

* bukak butang baju Noreen Noor pastu tepuk dada dia laju laju

Soalan macam ni sebenarnya depends on personal preference. Mana mana pun sama jer. Kalau jalan berdua atau in the group probably lebih selamat la kot. Ya lah. Ada je orang nak ambik kisah, kita tetiba pening pala ke, atau tetiba burung lalu cuba berak atas kepala kita ke. Ada jugak orang tolongkan especially kalau orang perempuan lah. Dan kalau kena lalu kawasan suram suram, tak de la rasa takut sangat. Kalau berdua atau lebih, jadi lebih berani. Dok gitu? Tapi macamana kita nak overcome rasa takut? Sampai bila????

* goncang goncang pokok taugeh.

Keduanya, jalan ramai ramai ni is murah. Pengalaman aku kalau pegi Indon, nak murah pegi la ramai ramai. Sebabnya Indon punya transport kadang kadang memaksa kita sewa van, jadi kalau sorang sorang kena bayar sorang lah. Macam aku di Medan, Semarang dan Jogja. Satu van bayar sorang. Nak pose pose tido pun tak best jugak sebab kesian kat driver. Lagi satu murah in term of hotel.

Alah, semua orang tau la bab ni. Tak payah aku nak explain.

* cungkil gigi jap

Kalau berjalan berdua atau berkumpulan agak kurang stress. Kalau kita sorang, pegi satu satu tempat, orang pandang semacam je. Mesti dia orang fikir, kita ni tak de kawan kawan ker? Lari dari rumah ke? Mental ke? Ada jugak yang kalau jenis suka bertanya, letih la kalau kita sorang sorang nak menjawab soalan yang sama berulang ulang kali. Lagi, kalau berdua tu, ada lah orang nak tengok tengok kan beg ke apa time kita nak kencing. Kalau tak? Masuk la jamban dengan beg beg sekali.

Cuba picture this ! 

"Ayang, ingat tak dulu kita pegi Uganda, Ayang kena kejar dengan Babi Tonyok?" Tanya Biqque kepada Sekupang.

Haaa. Maksudnya kalau pegi berdua tu, nanti boleh la cerita dan mengimbas kenangan lama saat saat dan detik detik time travel bersama. Cerita kat anak anak. Kambing biri biri ker.

Nasib jugak la sekarang ni ada blog, boleh simpan cerita sendiri buat kenangan di hari depan. Tapi ada jugak yang tak nak share blog dia macam si Hulu Balang !

Apa lagi heh? Ha. Kalau travel berdua atau lebih may be ada geng nak gelak gelak, tak de la cuak sangat pegi tempat tempat yang kita tak biasa, boleh share space dalam beg or bawak barang sama sama dan tak de la bosan sangat time time menunggu bas ke apa ker. Ada gak la orang boleh di ajak berbual dan ambikkan gambar kita.

Setuju?

Tapi kalau tanya aku, aku rasa aku prefer travel secara solo !


"Why Meng? Why?"

Macam tu soalan peminat menujah nujah ke telinga sambil goncang goncang kaki.

"Hey Peminat ! Allright stop,  korek-b***** and listen !!!"

Travel sorang ni bagi aku more challenging ! Serious. Kalau tak pernah travel sorang, cuba lah. Bila dah balik tu, perasaan tu lain. Rasa macam satu achievement walaupun kita pegi Carrefour je beli asam jawa.

Mesti korang tanya bila memula aku travel secara solo kan? Jawapannya masa sekolah menengah, time tu aku lari dari rumah.

Kau mampu??

* bunyi cengkerik

Challenge tu !! Memang la takut jugak sebenarnya. Dalam berani berani, degil degil, tengok pokok bergoyang di tiup angin pun dah gabra, tapi kita akan rasa challenge nya lepas lepas tu. The rest is history lah. Apa yang penting, atasi rasa takut dan fikir yang positif.

Ini sebenarnya menjadikan trip kita lebih interesting.

Bagi aku, travel sorang kita ada tendency jumpa ramai orang. Kalau pegi berdua atau group, sah sah la duduk melepak dengan geng geng tu je. Tengok orang kiri kanan pun buat tak tahu. 

Then kita boleh jadi more alert. Alert dengan setiap benda di persekitaran kita. Kita jadi lebih ingin tau, lebih ambik tau, lebih kena tahu dan akhirnya kita lebih tahu ! So kita lebih belajar. Lebih ada kehendak untuk explore daripada travel semata mata. Tau kan beza antara tourist, traveller dan explorer?

The magic of travelling secara solo yang paling best adalah, kita boleh buat apa yang kita nak buat, bila kita nak buat, dan ikut suka kita nak buat ke tak. Ikut jadual kita. Ikut kemampuan kita.

Kalau kita sorang ni orang kata less bickering. Atau dalam bahasa Melayunya, kurang songeh. Tau je la, kalau ramai, macam macam hal, over isu ntah hapa hapa benda kecik pun jadi besar end up travel jadi langsung tak seronok. Tambah stress lagi ada. Banyak orang banyak ragam.

Kalau travel solo, we are more likely to immerse in the experience rather than nak bercantik cantik sepanjang masa. Best sebenarnya travel solo ni, sebab later kita akan realize yang kita actually capable of more than yang kita fikir. Dalam takut takut, kalau sorang sorang, nak tak nak kena decide on sesuatu benda. Dan kita kena buat decision dengan cepat. Pantas. Tepat dan bijak. Memang kita akan silap membuat perhitungan, tapi ia akan menjadikan kita accountable dengan decision kita. Change, replan, rearrange dan buat balik semula sampai berjaya. Bila berjaya kita puas hati, siapa yang girang? Sudah tentu la bukan Noreen Noor !

Benda benda ni actually bagus untuk self confidence ni and sense of achievement. At least untuk diri sendiri lah. Bukan untuk riak tapi untuk meningkatkan semangat diri. Kadang kadang along the way kita akan belajar dengan sendirinya, tapi percaya lah, secara automatic nanti ia akan terapply dengan cara kita menghadapi hidup, cara kita menjalani hidup, buat keputusan, buat pertimbangan dan lain lain.

Orang kata travel solo ni boring. Mandom. Bosan. Sunyi tapi bagi aku being alone but aku tak pernah rasa lonely. Tu yang aku selalu rasa. Aku tak pernah rasa kesunyian time travel malah aku lebih suka macam tu. Tak de orang kenal. I am all alone, duduk, tengok sekeliling and OK. Kadang kadang damai berada di tempat tempat macam itu. Alah bukan lama pun, nanti balik kawan kawan, family kita semua ada menunggu. Ini la masa terbaik untuk kita duduk dan berfikir, hayati alam, nikmati nikmat Tuhan dan pelajari setiap pengalaman.

Tapi FJ tak boleh travel sorang, nanti tak de orang nak ambik gambar dia. Kan????

* lari dalam guni keliling pokok strawberry

Konklusinya. Travel berdua atau ramai ramai lebih fun kalau dapat geng yang best dan sekepala tapi going solo is more rewarding.

Trust me ! You have to try then to know how exactly it will feel like.

So apa kau bersidai kat depan ni lagi? Pegi kemas beg dan lari dari rumah sekarang !!!

Kalau agak agak dah sesat tu, azan je 2 kali kat situ. Ada lah kang orang tolong bawak ke Balai Polis berdekatan.

Selamat menggembara mencari hati emas yang mungkin selamanya tak akan ketemui.



Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui

12 comments :

  1. entry yg waras dari kau. kudos! hehehe tepuk dada, cukur bulu sendiri,~

    ReplyDelete
  2. Suka ngn entry ni, begitu jujur halus dan mulus, tiada selindung2, dan tiada ciri2 riak membabi buta pasal travel solo.. i iz suka.. Sebab pada aku, solo or group, yg penting, kite happy walau ke mana kite pergi..

    ReplyDelete
  3. huh!! nama aku naik..glemer sekejap (sambil lambai2 tangan kat peminat..)

    Ye aku setuju ngan Meng, 'travel' solo ni mmg challenging lagi2 kalau dari shah alam ke mont kiara, dgn jem lagik ngan cakap sensorang, bernyanyi riang dan senyum2 kambing mendengar HotFM membuatkan aku lebih rasa konfiden sbb berjaya sampai dan menikmati alam seorang diri...yeahhh

    *tarik selimut tutup muka...

    ReplyDelete
  4. Aku pun suka travel solo sebenarnye ... senang nak ikut kepala sendiri...

    ReplyDelete
  5. salam..baru sempat BW.lama x jengah sini..buat msa skrg pergi trip obesea mesti berdua aje..tringin gak nk g sorg..kalau solo tu dlm Msia ajelah..

    ReplyDelete
  6. Hi abg meng. Heheheheh.

    Fj bkn xleh travel solo sbb takde org amek kan gamba hahahahahah... tapiiiiiiii...

    Penakottt nk tdo sengsorang kekdahnyaaaaa! Nnt smpai ke pagi berpeluh2 takot hantuuu hahaahah.

    my weakness mmg dr kecik... tgh berusahaaa sgt ni cube atasiii kelemahan ini ekekeke.

    ReplyDelete
  7. aku prefer in small group, not more than 4.

    tapi apa motif goncang pokok taugeh? -_-"

    ReplyDelete
  8. tiba tiba aku ada dalam ini cherita, maka aku juga perlu komen samaaaa *baca ala sikh*

    seperti chawana, aku jua rasa bagus ayat2mu meng sbb ko explain tanpa mengkhinzir buta seperti orang lain yg bangga, riak, takbur dgn trip secara solo. kdang2 diorang travel solo sbb nak buktikan pada orang yg solo tu hebat gempak TANPA ketahui apa yg dia dpt hasil dari solo traveling tu. mmg tak dinafikan, challenges nyer lebih besar, tapi utk orang2 lain yg travel secara berduet, atau membawa anak sorang, atau berkumpulan, ada juga challenges nyer yg tersendiri.

    bak kata ko, sukati la sbb diri sendri yg nak travel kan. hahaha! *tepuk2 tangan, tepuk jangan segannnn*

    bagi aku yg travel berduet ni pun senang jugak nak tukar2 plan sbb if gaduh pun, abih kat situ jer hahaha! lgpun senang sbb dua2 tau apa yg dua2 nak tgk. berduet adalah permulaan utk bertukar dari solo kepada lebih. TAPI syaratnyer, nak berduet, KENA la cari kepala sama ie:biqque n sekupang (chewahhhhh!)

    maka dgn ini, sama2lah kita berikrar utk happy pi travel, tidak kiralah sorang, dua, tiga, sepuluh, empat puluh, satu kampung, yg penting kita puas hati. aku kalo ramai2, patu cari pasal, mmg aku tinggal jer. titik. (bukan t**** noreen noor ye!)

    ReplyDelete
  9. kudos meng..good entry. knp harus noreen noor yg dapat nama?

    **sambil urut2 dada noreen noor**

    lariikk..

    ReplyDelete
  10. aku pun prefer travel sorg/2 org...tp mmg xsuke ramai2...sbb akan jd byk songeh...

    br2 ni, ade org ajak aku p travel..tp aku rase sgt annoying..n aku blm ape2 dh rase bosan..sgt membosankan..contohnya: kene travel time cuti sek, aku mmg xsuke sbb too crowded..plg best, passport pn xbuat lg...tp beria nak ajak org pg travel..

    klu pg dgn mmbr yg satu kepala dgn kt, mmg best la..klu dpt yg byk songeh, mmg rase nak baling2 senduk jer..klu dh nak ikut org, btlah cara nak ikut org...jgn byk cekadak..

    ReplyDelete
  11. nice entry! me too suka gerak solo *peace*

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...