Sebaik saja bot sampai dan berlabuh di dermaga tempat aku naik mula mula tadi, aku terus mengorak langkah melepasi kedai kedai yang baru saja di buka tu ke tepi jalan besar.
Skima tak ayat tu?
Ok. Rephrase.
Lepas bot sampai ke jetty tempat aku memula naik tu, aku pun terjun. Nasib tak tergolek. Aku bayar Rp250,000 kat pakcik tu then aku blah !
Ha... ganas skit kan?
Hahaha
Dari jetty tu aku jalan ke terus sampai ke jalan betul betul berdepan dengan Fort Rotterdam tadi, hisap rokok sebatang then aku tunggu teksi.
Misi aku adalah nak ke Trans Studio Makassar !
Aku kan ada satu hari je ni nak abiskan semua, jadi tak boleh lengah lengah kan masa. Aku tak sure ada cara lain nak ke Trans Studio tu, rasanya macam ada bas, tapi nak tunggu kat mana pun aku tak tau. Sudahnya aku rasa baik je aku naik teksi.
Mudah. Cepat dan pantas.
Angkat tangan sekali je dan sebuah teksi berhenti.
"Trans Studio Mas"
Aku bagitau drebar teksi. Dia angguk dan teksi mula membelah laluan kota Makassar menuju ke arah di mana terletaknya Trans Studio Makassar yang dikhabarkan Indoor Theme Park terbesar di dunia !
Dunia tu !!! Kau tak teringin ke nak pegi tengok?
Aku teringin. Sebab tu aku ada sedikit teruja. Nak kata kekecewaan sebab Pulau Samalona tak seperti yang aku harapkan tu tak de la jugak. Bukan aku kecewa mana pun, cuma mungkin aku expect lebih tapi tempat tu so so je.
Tapi tak pe, jangan patahkan semangat dengan benda benda yang dah berlaku. Tu kan pengalaman. At least aku dah pegi tengok tempat tu sendiri dan kali ni, aku nak pegi jenguk tempat yang lain ni pulak.
Ayuh !
Tambang teksi dari Fort Rotterdam ke Trans Studio Makassar adalah sebanyak Rp15,000/RM5 sahaja. Tak jauh mana kan?
Sampai tu teksi berhenti dan aku pun turun. Dah nampak sign so aku pasti, aku berada di tempat yang betul.
Pintu masuk
Trans Studio ni merupakan kawasan in door theme park yang bercantum dengan trans studio mall itu sendiri. So ada mall dan ada theme park. Mesti la besar !
Ni bahagian luar Trans Studio.
Dari luar memang nampak besar
Ini pula bahagian mall
Aku masuk ikut pintu mall dulu.
Sebaik saja masuk tengok mall dia agak grand lah. Ada sedikit kekaguman. Mall dia macam sedikit high fashion. Mesti banyak kedai kedai bertaraf antarabangsa sebab dari luar pun macam nampak ada sign Hugo, MNG dan lain lain lagi. Mesti la gempak mall ni.
Grand tak?
Mall ni lebih kurang 5 tingkat ke semuanya. Dari pintu yang aku masuk ni, aku turun ke bawah ada banyak resto resto.
Tengok kedai kedai makan tu terus buat aku lapar.
Tapi lebih penting aku nak pegi usha Theme Park tu dulu. Nak tengok sendiri. Kalau dari luar masa dalam teksi tu aku dah nampak macam bangunan ni bercantum dengan blok blok bangunan yang tertutup. Aku dah agak mesti theme park tu kat dalam bangunan bangunan kotak bersaiz besar tu. Siap ada Carrefour lagi.
Jalan sampai hujung mall, maka kelihatan la sign ni.
Aku pasti, aku dah sampai.
Ini entrance dia
Tapi kat depan ni macam ada banyak booth pulak. Susah nak ambik gambar. So nampak sign Trans Studio je di belah atas.
Dari pengamatan pertama aku.
"Hmmm grand jugak la tempat ni"
Macam tu la aku bercakap dalam hati.
Sekali fikir macam kat Genting Highlands pun ada.
Pendek kata agak grand jugak lah. Macam taman tema yang biasa biasa kita tengok. Siap ada tulis, the biggest indoor theme park in the world, so should be apa yang dia claim la kot. Takkan lah dia nak suka suka je main tulis macam tu.
Time tu agak ramai la orang beratur dekat ticket booth. Aku usha usha jugak. Aku fikir kalau mahal sangat malas nak masuk. Sekadar nak tengok je kan?
Tapi memang masa tu ramai yang beratur. So aku pegi pusing pusing dulu, masuk kedai souvenir kat tepi tu dan beli FM.
FM tak berapa lawa tapi tu je la yang ada. Dah la tak de tulis nama Makassar. Tulis Trans Studio je. Anyway beli jugak la dengan harga Rp15,000 seketul/RM5.
Ini kedai cenderamata
Lepas tu aku usha sekali lagi dekat ticket booth tu, aku tengok, harga masuk cuma Rp50,000/RM15?
Wah. Murah ! Baik je la aku masuk dan tengok apa ada kat dalam. Datang jauh jauh ni, takkan la tak nak usha. Tak de la mahal pun. Dia tulis kat situ, 'harga tiket hari ini'. Aku tak sure mungkinkah harga tiket dia berubah ubah mengikut hari?
Tapi. Ada catch dia.
Harga Rp50,000 tu hanya untuk masuk dalam dan main yang basic basic. Kalau nak main 'gelang merah' kena tambah lagi Rp50,000 dan 'gelang hijau' lagi Rp50,000.
Maksudnya, kalau setakat nak masuk dan main yang basic basic ( lebih kurang 11 permainan ) bayar lah Rp50,000. Dan kalau nak main yang lain lain mengikut zone merah dan hijau tu kena tambah lagi lah.
Macam tu.
So sebab aku tak de fikir nak main pun, just nak tengok, so aku beli yang basic.
At least dapat masuk dan usha.
Urusan beli tiket OK lepas tu then aku dapat 1 tiket masuk. Nak masuk macam biasa no outside food etc, tapi aku ada je air sebotol dalam beg kamera, dia bukak tapi macam buat tak nampak je, so lepas je aku masuk.
Sebaik saja masuk, suasana dia macam ni.
Aku fikir kalau aku bawak Hero ni, mesti dia dah hilang arah.
Memang tempat ni untuk budak budak lah. Ada macam macam permainan dalam ni. Laluan masuk tu ada kedai kedai dengan lampu lampa memang menarik jugak lah. Macam theme park theme park yang biasa kita pegi tu lah.
Siap ada walk of fame !
Tapi, aku tengok satu persatu, macam aku tak kenal pun siapa except for....
Cut Tary uolssss
Kenal tak Cut Tary??
Ala yang ada skandal bogel bogelan dengan Arel Peter Porn dulu tu sekali dengan Luna Mayat. Kalau tak silap aku lah. Tapi nama ni je yang aku familir lain lain macam tak berapa kenal.
Then lepas tu aku masuk la setiap zone yang ada. Nak masuk zone zone tu boleh, tak de masalah, tapi nak main main tu ada yang valid dengan tiket basic aku tu dan ada jugak yang tak valid. Biasanya dia akan tulis kat depan tu.
'Permainan ini sah dengan gelang merah'
Tapi since aku memang tak de aim nak main dan tak de terasa nak naik ride ride dalam ni so aku usha je lah.
Jom !
Ride ride dia nama semua local local. Ayun Ombak, Angin Beliung etc
Mostly memang ride untuk kanak kanak
Tapi setting dia memang agak menarik
Safari Track
Ada stage besar, hari tu ada performance Madagascar
Kalau benda alah ni ada dalam indoor theme park tu, so assume mesti la indoor tu besar jugak la kan?
Dan lain lain
Dalam ni ada zone zone permainan. Ada tempat makan. Ada surau. Ada toilet dan ada tempat hisap rokok !!!
Sebab aku tak de terasa nak try satu pun, sebab aku fikir macam orang gila pulak aku sorang sorang diri nak main permainan budak budak macam ni so aku just tawaf satu round je.
In all, aku rasa 1 jam dah boleh abis kot.
Cuma bila aku nak keluar tu, nampak House of Fun ni. Ada sorang mamat tu jaga so dia pun jemput la aku masuk. Aku nak gak la usha.
Jom masuk
Ingat kan apa, rupanya dinding kaca yang di buat bentuk maze.
Aku selamba je masuk pastu....
Gedegung !!!
Langgar dinding kaca. Pastu minah yang keje kat situ gelak gelak. Tak perasan.
Dia ada allow beberapa orang masuk at one time je. Depan dan belakang aku macam ada family. So jalan la dalam tu. Serious kena raba sebab tak tau jalan mana satu sebab penuh dengan cermin.
Tergelak gelak gak la seko seko diri mengenangkan jalan sambil meraba pastu langgar cermin.
Tapi aku finish dulu daripada family depan tu. Tak tau mana dia orang pegi tapi riuh jugak la dia orang cuba cari jalan. Siap berpusing pusing di tempat yang sama beberapa kali.
OK. Tak de la gempak mana but, it was fun !
Usha lagi dalam indoor park ni.
Setting dalam indoor theme park
Rumah hantu
Dan lagi.
Siap ada few restoran dalam tu.
Kira OK lah. Time aku pegi tu tak de la ramai orang. Tengok yang beratur nak naik ride pun tak de la ramai. Kira sekali beratur dah boleh naik. Cuma ada satu 4D rumah hantu tu nampak orang beratur panjang. Tapi tu untuk pemilik gelang hijau je. So aku pun tak de nak usha lama lama.
Waktu aku fikir dah nak keluar, aku lalu depan theatre ni, mamat pekerja kat sini tegur. Dia kata ada show tari menari pukul 3. Aku tengok jam baru nak pukul 2. Sejam lagi nak tunggu.
Setakat tari menari then malas la nak tengok so aku decide nak keluar je. Perut pun dah lapar.
So aku pun keluar.
Overall, OK lah. For RM15 why not? Kalau ada bawak budak budak memang dia orang rasa heaven gila la kot kat sini. Tapi bapak budak macam aku ni tak de la impress sangat.
After all, tempat tempat ni di bina untuk kanak kanak, bukan la untuk orang tua.
Eh, aku ada terbaca flyer kat situ tulis Creed akan perform di Makassar dekat Trans Studio ni !
Creed okeh. Bukan Ukays !!!
Ya. Creed yang lagu With Arms Wide Open tu.
Well I just heard the news today
It seems my life is going to change
I close my eyes, begin to pray
Then tears of joy stream down my face
With arms wide open
Under the sunlight
Welcome to this place
I'll show you everything
With arms wide open
With arms wide open
Well I don't know if I'm ready
To be the man I have to be
I'll take a breath, I'll take her by my side
We stand in awe, we've created life
With arms wide open
Under the sunlight
Welcome to this place
I'll show you everything
With arms wide open
Now everything has changed
I'll show you love
I'll show you everything
With arms wide open
With arms wide open
I'll show you everything ...oh yeah
With arms wide open..wide open
If I had just one wish
Only one demand
I hope he's not like me
I hope he understands
That he can take this life
And hold it by the hand
And he can greet the world
With arms wide open...
With arms wide open
Under the sunlight
Welcome to this place
I'll show you everything
With arms wide open
Now everything has changed
I'll show you love
I'll show you everything
With arms wide open
With arms wide open
I'll show you everything..oh yeah
With arms wide open....wide open
Anyway, Trans Studio Makassar, a fun place to be, plus, the biggest in the world !
Actually aku sendiri pun tak tau nak agree ke tak, somehow aku rasa macam Genting Highland punya indoor theme park tu lagi besar kot !
Ntah. Kena check balik facts and figure luas lantai apa semua.
Tak penting. Malas nak fikir. Aku kelaparan. Aku fikir nak makan je.
Masa aku masuk tadi aku nampak la Bumbu Desa. So teringin la nak makan Bumbu Desa kat Indon ni. Aku dah siap beratur dah, usha apa yang patut.
Tup tup.
Penuh !
Tak de seat nak duduk !
* malu kejap
Aku keluar balik. Sempat ambik gambar beriya ni, pastu orang tak bagi duduk, kau tak malu ke???
* sambung menangis tepi tiang
Anyway aku jalan jalan lagi la dalam mall tu cari kedai kedai yang aku rasa boleh lepak nak makan. Aku lapar nasik so aku memang aim nak cari kedai jual nasik.
Memang banyak fast food kat dalam ni, macam macam kedai lah. Kalau level bawah tu semua kedai makan. Atas tu ada Metrojaya. Then ada kedai kedai lain lagi. Atas sekali nampak boutique boutique mewah. Aku jalan jalan usha macam tu je lah.
Tak de plan nak shopping apa apa pun.
Keseluruhan dalam Trans Studio Mall
Akhirnya jumpa la kedai yang aku berkenan.
Kedai Leko. Jual ayam penyet. Masuk dan duduk. Lagi best, ada section boleh merokok.
Aku order Nasik, Ayam penyet, Telur Dadar dan Air Durian Belanda. Harga Rp70,000/RM20. Kira OK lah. Janji kenyang dan sedap !!!
Tapi aku mintak yang agak pedas. Padahal aku pun memang tak tahan pedas pedas ni. Tapi macam kurang kick pulak kalau tak pedas. Memang sedap la. Agaknya lagi pedas lagi berpeluh lagi kick kot.
Tapi agak tak best makan sambil dengar bunyi suara soprano orang nyanyi opera. Dari mana ntah pasang tapi bayangkan makan di temani dengan suara opera. Macam ngeri je nak suap nasi ! Macam sedih hiba pun ada. Suap nasik nak mengalir air mata, padahal pedas !
Perut pun dah kenyang. Kemudian aku tawaf Trans Studio dari belah luar pulak.
OK tu la gambaran sekeliling.
Hari pun dah makin petang, memula aku ingat nak balik je ke hotel dan check in, tapi aku fikir pulak, since ada masa dan aku dah tak de tempat nak pegi dah. Aku naik teksi dan suruh teksi hantar ke Masjid Markaz yang pakcik drebar teksi bagitau aku masa aku sampai semalam.
Nak pegi tengok sendiri masjid peninggalan Jeneral Pak Yusuf yang di khabarkan umpama wali sufi itu.
bersambung
nampak cam menarik...lg2 yg ada acara menari tu! (tarian bogel??) hehehe..rumah hantu tu pun menarik boleh tgk nyi lorong kidul uhukkk...
ReplyDeletememang menarik sgt... murah lak tu kalo campur ngan gelang ijau pun x sampai rm100... berbaloi-baloi kalo pegi ni...
ReplyDeletebang meng motif ko kenal cut tari ngan luna mayat je la ye..
alamak JG. kantoi !
ReplyDeletemungkin dia org kena banyak berlakon porn baru aku kenal kot.
* lari..
oi balang...
lorong laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
kalau korang nak ke makassar boleh je ke trans ni.. kalau budak2 lagi fun kot.
btw acara tari menari tu adalah tarian bollywood.. ( bak kata budak tu ) mcm best kot, tapi aku malas nak tunggu.
ReplyDeleteshow madagascar pun ada tapi mcm biasa, aku malas nak melangut dlm tu lama lama.
aku tak masuk trans studio ni sbb mmg tgk review ala mcm kat genting indoor kot...tapi if nak merasa, apa salahnyer kan, nak2 bawak bebudak :)
ReplyDeletewow, kenal cut tari! *bersiul*
Emm walaupun ko kata mcm biasa2 je kt dlm nih, tapi aku rasa ok la jugak, sb ada peluang tembak menembak dan menghasilkan gambar yg ceria dan warna warni, takde la stress sgt kan hehehe
ReplyDeleteCop nk tanya, dlm trans studio tu memang bumbung dia warna itam ke?
hoi jgn bersiul sangat kan ular lidi yang datang...
ReplyDeletekorang x kenal kah cut tary tu? ecececece....
saja la tu nak membaling tahik ke arah aku.
CNa : yup bumbung dia memang di hitamkan.. tapi kalau tengok betul2 ada ler ekon, paip apa semua tu.. dia mcm gudang besar jer
cut tary dgn luna maya bersama ariel peter porn eh pan tu?
ReplyDelete(kenal)
*pekup muka*