Saturday, December 22, 2012

South Korea : Highlight Sokcho

Bandar Sokcho terletak di Daerah Gangwon di bahagian timur laut Korea Selatan. Kira kira 3 jam perjalanan bas dari Seoul. Lokasi kota Sokcho berhampiran dengan Laut Timur di pantai timur Semenanjung Korea. Walaupun tidak seglamer Seoul ataupun kawasan lain di Korea Selatan ini, namun tempat ini sentiasa di kunjungi ramai.

Macam aku ! 

Sebenarnya kebanyakkan orang ke Sokcho ini adalah untuk ke Mt Soeraksan atau Mt Sorak. Mt. Sorak merupakan satu destinasi pelancongan popular yang berdekatan Sokcho. Kalau mahu ke Soeraksan biasanya akan singgah di bandar Sokcho ini yang juga popular sebagai perkampungan nelayannya.

Pantai Sokcho adalah salah satu pantai Korea Selatan yang patut dikunjungi. Langit biru, pasir putih dan air jernih pantai Sokcho sungguh mempesonakan.

* picit picit kepala tak berapa percaya

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di pantai Sokcho seperti tapak perkemahan, bilik mandi, tempat letak kereta dan penginapan yang selesa serta tak lupa tandas awam. Kalau tak cemana nak berak kencing? Pantai Sokcho dibanjiri pengunjung semasa Pesta Matahari Terbit pada 1 Januari setiap tahun dan menjadi popular selepas series Autumn In My Heart yang menjadikan Sokcho sebagai tempat penggambaran.

Kalau ingin merasai ketenangan dari hiruk pikuk kota Seoul, Sokcho adalah tempatnya walau hanya sekadar duduk melihat bot bot nelayan pergi dan pulang ke laut.

Enjoice  and have a great weekend !

Salah satu hotel di Sokcho

Pekan Sokcho

Statue

Hasil nelayan

Nelayan Sokcho

Hasil laut

Red Dates

Blue Bridge

Red Bridge

Beach

Lighthouses


Gaetbae, Abai Village yang meninggalkan kesan dalam Autumn In My Heart

 Abai Village - Kedai Pelakon wanita Autumn in My Heart

Lokasi Autumn In My Heart

Relaxing

Sokcho

Crossing the bridge

Lighthouse Observatory

Persimmon

Menara

Hotel

Ini bukan masjid. Ini hotel

Jambatan Biru

Jambatan Merah

Tak tau bangunan apa

Mom and son statue

4 comments :

  1. lawa sgt..suka giler citer autumn in my heart..

    ReplyDelete
  2. honestly, aku tak tgk pun cite autumn in my heart tu :D

    tapi merata gak la ko terjah eh?

    ReplyDelete
  3. CA : suka eh? aku tak tengok sgt, tapi tau la..


    Biq : tak merata sgt. saja buang2 masa


    ArM : sokcho ni rasanya tak de kot. tak abis explore.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...