Thursday, December 13, 2012

Semilir Angin Makassar - Part 1 : Perlepasan

Sejujurnya aku sendiri tak tau kenapa aku nak pegi Makassar.

Tapi hasrat dan keinginan tu aku pendam dah lama, dan ada lah satu hari yang indah, dah lama dah, dapat jugak tiket murah ke Makassar. Murah tak murah, dalam RM150 return.

Rasanya aku terpana sebab kedudukan Makassar tu sendiri dalam peta. Teringin nak ke sana walaupun aku pun tak pasti apa benda yang ada di sana tu. 

Paling buat aku tertarik dengan nama asalnya 'Ujung Pandang'. Aku fikir, agaknya kat sana, kalau kita tengok dari situ, nampak sayup sayup je pandangan. Pandangan apa pun tak tau. May be sunset ke apa ke. Ataupun pegi sana, hujung hujung, kau pandang sepi je.............. Haram memang tak de apa. Mungkin gak macam tu kot. Hahahaha.

Hari demi hari, masa berlalu pergi, akhirnya tiba jua trip ke Makassar.

Aku sendiri tak sedar yang trip Makassar ni jatuhnya pada hari raya Korban yang lalu. 

Memang aku dah ready secara mental nak ke sana, tapi bab study apa benda ni macam biasa, aku kan jenis last minit so last minit jugak baru la aku nak meraba raba dalam kesamaran.

Nasib tak tersilap raba.

OR ada tanya aku.

"Yang. Jadi ke trip awak ke Madagascar?"

Aku gelak gelak. 

Macam ramai yang tak tau wujudnya Makassar ni kot. Ya la, kalau bukan kaki travel, mungkin pernah dengar tapi kat mana pun pasti tak tahu.

IG pun sama. Aku ada cakap kat dia.

"Beb. Gua ada trip pegi Makassar raya korban ni"
"Mana?"
"Makassar"
"Mak aii. Kasar nya mak. Mak lembut tak de ke?"

Tergelak gak la aku melayan kebodohan dia tu.

"Kat mana Makassar tu?"
"Indon"
"Laaa..Bukan semua tempat kat Indon tu lu dah pegi ke?"
"Makassar ni belum"

Aku tak nak cerita lebih lebih kang dia pening. Dia tu, Fraser Hills pun dia masih ingat kat Penang !

Sebelum pegi tu ada lah jugak aku baca baca sikit, especially blog blog orang yang pernah pegi tapi macam nampak tak de la menarik mana. Tapi hasil pembacaan aku, aku agak teruja nak pegi ke Toraja. Macam menarik je situ. Tapi bila aku kenangkan nak sampai sana kena naik bas lagi 8 jam, maka aku kuburkan la harapan tu. Kang balik, pinggang aku jadi no 8 terseliuh pulak.

Lagipun, trip aku ke Makassar ni macam biasa, cuma 3 hari. Pegi hari Jumaat, balik hari Ahad.

So nak tak nak, aku aim la beberapa tempat yang aku rasa boleh di lawati di Makassar nanti.

Hari raya korban pun tiba, OR pun cakap dia nak balik kampung since aku tak de, so dia balik khamis sebelumnya. Tinggallah aku sendirian kat KL ni. Hari raya tu, sempat lagi pagi aku pegi beraya kat rumah kakak aku. Makan makan dan lepak lepak sempat tengok orang korban lembu pagi tu dan tengahari tu aku balik siap siap terus pegi ke airport.

Adik aku pulak keje, jadi tak de orang nak hantar ke airport. Last resort aku fikir, biar je la aku drive sendiri.

Dalam tengahari berdiri, dengan semangat yang gigih, aku ke LCCT. Bergerak agak awal jugak la since aku dah tak de apa nak buat. Sampai kat LCCT masalah. 

Aku fikir nak parking dekat yang RM16 sehari tu, tapi penuh.

"Boleh la Dik. 1 jer"

Aku cuba cuba pujuk mamat jaga parking tu.

"Tak boleh Bang. Dah penuh"

Gagal. Mungkin sebab hari raya kot, memang penuh parking yang jalan nak keluar dari LCCT tu.

"Kalau abang nak, abang parking kat hujung sana tu, ada pencawang TNB. Kat situ boleh parking"

Dia bagi sugesi.

Aku pasrah. Drive balik kereta. Ada je orang belakang aku mencuba nasib yang sama, tapi jawapan mamat tu pun sama.

Aku drive keluar semula, usha kawasan pencawang TNB tu tapi macam ngeri je nak tinggal kereta kat situ. Dah la jauh, hujung sekali sebelum keluar masuk ke jalan besar tu, dan tak de pun orang lain yang parking kat situ. Takkan aku berani mati nak tinggal kereta aku kat situ.

Masa tu datang la rasa menyesal nak drive sendiri kat airport. Tapi apa je jalan yang aku ada? 

Pusing sekali lagi, aku ingat nak parking je la yang kat mahal sikit. Tak de choice. Pusing balik then sampai depan Tune Hotel dengan Maybank tu, aku nampak satu lagi sign RM16 per day. Dekat dengan pusrawi tu. Aku berhenti dekat gate. Ada pakcik India cepat cepat datang.

"Boss. Sudah penuh la"
"Satu pun tak boleh ke?"
"Satu saja ke?"

Macam la dia nampak aku bawak keretaapi ke banyak banyak?

"Haah. Boleh la Uncle"
"Nanti saya cuba cari. Saya tumpang awak ya"
"OK. Boleh"

Aku ambik tiket, Uncle tu naik kereta aku. Siap duduk belakang tu. Sebab beg aku ada kat depan. Then aku follow je instruction dia. Sudahnya aku parking kat belakang bangunan tu. Jauh gila ! Dan parking dekat tempat sampah !!!!

Nasib kau la kereta. Nak buat cemana. Kalau kecik boleh aku kepak kepak dan masukkan dalam poket, bawak ke Makassar.

Maka, berjaya la aku park kereta kat LCCT tu.

Then fikir, jauh la aku terpaksa menapak. Tapi tengok jam, masih ada masa. Masih awal lagi, so aku ingat tak pe lah, aku jalan je sampai ke terminal.

Baru nak start jalan, then aku nampak airport coach yang free tu.

Cepat cepat aku tahan. Dan driver tu berhenti. Fuh ! Nasib baik. Terus je naik. Aku sorang je pun dalam bas tu. Pakcik India jugak drebar dia. Dia siap berhenti kat bus stop depan Tune Hotel tu, aku duduk je la dalam bas tu. Tunggu bila bas ni nak bergerak sebenarnya.

Dalam bas

Ada dekat 5 minit jugak la akhirnya bas tu bergerak. 

Lega.

Sebab aku duduk belakang drebar ni je so sempat la ajak uncle ni borak borak kosong. Tanya pasal parking. Panjang pulak Uncle drebar ni berkhutbah kat aku. Sepanjang bas bergerak, dia la sibuk pulak tunjuk kat aku, tempat tempat parking dan harga harga parking kat situ. Memang ada 2 je parking yang RM16 per day. Satu yang aku pegi tadi belakang Tune Hotel tu, dan 1 lagi yang aku park kereta aku tadi.

Tak sampai 10 minit, akhirnya bas sampai ke terminal.

Turun !!!!

Ini la bas airport liner tu. Uncle tu kata bas bergerak setiap 30 minit. Tempat tunggu dia depan balai ketibaan domestik dekat KFC kecik tu.

Sampai je, aku hisap rokok kejap. Penambah semangat.

Sambil sambil tu dok call OR jap, borak borak, tanya keadaan Hero dan apa acara dia kat kampung nuh berhari raya. Semuanya agak selamat dan OK, akhirnya aku pun boarding je lah.

Dah tak de apa nak di buat.

Bye bye LCCT

Masuk boarding, then lepas kastam apa semua, aku pegi toilet kejap, then beli rokok pastu pose pose menunggu.

Oh. Kena pegi verify document dulu dekat area gate T10 tu. Ada kaunter kecik kat situ. Tunjuk je passport, biasanya dia akan print itinerary flight pegi dan balik. In case kalau imigration di tempat destinasi nanti tanya, so tunjuk je tu. 

Sempat jugak aku ke money exchange dan tukar duit. Aku tukar RM300 je sebab duit Rupiah aku masih berbaki dari trip lepas. Ada dalam 1 juta Rupiah lagi dari last aku ke Banda Acheh dulu.

Then beli roti dan air mineral. Sorok dalam beg. Aku fikir sebab flight time ke Makassar agak lama, so aku memerlukan air dan makanan lebih. Nanti lapar cemana?

Beli air mineral kat pusrawi tu baru RM1.50. Pastu beli roti kat bakery dalam tu. Pastu pandai pandai la sorok dalam beg !

Orang agak ramai. May be sebab raya kot, so ramai orang nak ke sana ke sini. Aku just duduk dan layan perasaan tengok orang kiri kanan.

Gila tak pernah aku awal macam ni. Macam ada lagi 45 minit sebelum nak terbang. Biasakan aku jadi orang paling last dalam mana mana acara keberangkatan ni semua.

Ini kapal terbang pegi mana pun tak tau

Gambar gambar masa boarding. Saja buang masa.

Kemudian, pengumuman pun di buat. Semua orang beratur nak naik flight.

Dan macam biasa, aku malas nak berebut, aku tunggu semua orang boarding. Aku paling last beratur.

Semuanya lancar, dapat seat, then pesawat terus terbang di udara menuju Makassar !


Nampak tu map Makassar.

Makassar terletak di bawah Kalimantan lebih kurang sejajar dengan Manila yang aku pegi bulan lepas. Setiap bulan ikut route yang lebih kurang ni. Hahaha. Tapi tengok kedudukan dia, seketul je di pulau Sulawesi tu, tu yang menjadi igauan aku nak riki, apa yang ada di situ. Aku rasa macam cool je nak jejakkan kaki di kawasan tu.

Tapi sebelum sampai, kena naik flight dulu.

Flight time 3 jam 10 minit.

Agak bosan lah. Nasib baik seat 3 aku duduk tu, tak de orang kat tengah. So agak selesa lah.

Layan perasaan je lah.

Awan kumulus menutupi sebuah pulau di Sumatera

Layan awan gemawan sambil menikmati Green Curry Chicken dari ketinggian 20,000 meter dari paras laut. 

Memula makan green curry chicken aku pre order tu, lepas tu keluar la segala jenis roti lah, biskut lah, macam berkelah lak aku ni. Biasalah, cepat je lapar.

Belasah makan tak tengok orang kiri kanan. 

Route flight yang aku perasan melalui Selat Melaka then turun ke Singapore dan Batam, pastu cross Kalimantan dan lepas tu laut lepas. Cuaca OK lah cuma sesekali flight bergegar tapi semuanya lancar.

Akhirnya, hampir jam 6 petang, pesawat mula menurun dan dari kejauhan, kelihatan Pulau Sulawesi. Excited dah nak sampai.

Pulau Sulawesi dari udara

Landing time

Ni gambar gambar sebelum mendarat (kiri). Kanan masa landing dan dah landing

Aku agak kecewa sebab tak sempat nak tengok sunset hari tu.

Nak sampai ke town memang tak sempat la sebab sampai airport tu hari dah nak gelap walaupun baru pukul 6 petang. Makassar time sama dengan Malaysia, tapi perubahan malam siang dia lebih cepat sebab terletak jauh ke timur di time zon yang sama.

Dapat tengok sunset kat airport je lah.

Airport Makassar

Sampai di Airport Sultan Hasanuddin Makassar. 

Sebab flight penuh dengan warga tempatan, jadi urusan imigration tak lama sebab ada kaunter khas untuk foreigner. Dan imigration pun tak tanya banyak may be sebab dia tengok passport aku dah penuh dengan chop pegi Indon.


"Bila pulangnya Pak?"
"Ahad"

Tu je soalan dia dan terus dia pass passport aku.

Keluar dari bandara tu aku pulak terpingga pingga.

Nak tuju ke mana?

Sebaik saja keluar dari airport, nampak ramai la yang menunggu. Tapi bukan tunggu aku. Mostly teksi lah. Bersahut sahutan dia orang panggil ajak naik teksi.

Aku tak de plan nak naik teksi sebab aku rasa aku ada banyak masa. So tak de apa nak di kejarkan pun nak sampai awal awal ke town. Aku keluar dulu riki riki dan tanda kawasan.

Usha apa yang patut. Tapi agak impressive lah airport dia, aku rasa antara airport yang paling lawa di Indonesia adalah airport ni !


Hasil dari pembacaan aku, ada beberapa cara nak ke town.

1. Naik teksi.

2. Boleh naik bas damri ke town. Tapi timing dia memang slow. Rp15,000 sampai town.

3. Boleh naik free shuttle dari airport ke jalan luar. Di luar dekat jalan besar tu nanti naik la pete pete ke, angkutan ke apa terus ke town.

4. Ada je kang mamat mamat tegur ajak naik motosikal dengan bayaran ke town.

Aku dah fikir, antara cara ke 2 dan ke 3 tu la yang menjadi pilihan.

Sebelum tu usha dulu kawasan. Keluar dari balai ketibaan di airport, ikut je laluan turun ke bawah akan sampai di kawasan basement. Kat sini la ada transport tranport yang di atas tu. Kecuali teksi lah sebab teksi semua dia orang tunggu kat atas. Kalau nak, pegi je nego dengan dia orang. Cost teksi biasanya dalam Rp65,000 depends jugak nak ikut laluan ber tol atau laluan biasa. Laluan biasa, agak jem. Laluan tol, tol tu passenger yang kena bayar.

So ikut pilihan sendiri.

Ini tempat bas damri ke kota Makassar. Yang sign biru tu free shuttle bas ke jalan besar.

Aku menunggu penuh debar.

Sambil sambil tu dok ambik gambar.

Ada dua tiga orang approach dengan soalan yang sama.

"Taksi Mas?"

Aku geleng.

Penantian tak lama then aku nampak bas mini datang. Dia park dekat free shuttle tu. Aku agak confused sebab kat bas tulis Airport ke pusat kota, aku assume sampai ke Makassar. Tapi aku tanya drebar tu dia kata sampai luar je.

Lama pulak tu tunggu nak bergerak. Sempat aku hisap rokok sebatang dua.

Ini bas nya

Biasanya bas ni akan tunggu sampai penuh atau agak agak penuh. So kalau timing baik, ada flight lain yang mendarat so mungkin ramai orang, cepat la bas ni berjalan. Kalau tak, korek idung kasik bersih dulu la nak tunggu dia bergerak.

Aku naik dan ternyata benar, bas ni adalah free shuttle ke jalan di luar.

Ada ramai jugak la orang dalam bas yang sama so aku assume, aku ikut je la dia orang nanti cemana nak naik transport lain ke town.

Bas bergerak lebih kurang 3 km macam tu je ke kawasan di luar airport. Sampai kat pintu gerbang, semua orang turun. So aku pun ikut turun.

Yakin boleh ni macam pandai. Padahal dalam otak aku ni macam macam aku fikir. Nampak dua tiga awek dengan beg, aku fikir mesti student university. Ada jugak mamat mamat yang bawak beg besar.

Pastu lepas turun dari bas ni, semua pakat pegi tunggu kat tepi jalan besar. Jalan tu agak sibuk. Aku ni tak tau, nak tunggu belah kanan ke belah kiri. Tapi semua orang tunggu belah kanan, aku pun ikut.

Pastu !

Awek awek tu tahan pete pete pastu aku dengar di borak. Mamat tu kata tak pegi town, pegi tempat lain !

Sudah.

Pastu ada lagi pete pete berhenti. Mamat mamat tadi pulak naik.

Sudahnya aku tinggal sorang sorang !!!

* nanges keluar air mata superbusa.

"Tolong !!!!!!!!!!!!!! Tolong !!!!!!!!! Gi mana ni??????"

Serious aku jadi bodoh sekejap. Blank dan tak tau nak buat apa.

"Pete Pete Mas?"

Ada Pete Pete berhenti. Mamat tu tanya dan aku tanya dia balik.

"Ke kota?"
"Ngga.."

Pastu dia sebut sampai area ntah. Aku lagi pening. Aduh !

Then aku dah mati akal. Ada satu pompuan ni lalu, aku tanya dia. Dia cakap memang tak de pete pete sampai ke town. Pete pete ni akan sampai di satu kawasan lain ( aku lupa dia sebut nama tempat tu ) then dari situ kena naik lagi satu pete pete baru sampai town.

Complicated nya.

OK. Then aku realized, buat apa la aku susah payah penatkan otak. Jalan mudah.

Singsing seluar sampai lutut, tunjuk bulu kaki sikit. Angkat tangan dan lambai lambai. Dan jerit sekuat hati.

"Taxi !!!!!"

bersambung...........

12 comments :

  1. satu aje nak tanya, selamat tak kalau travel solo ke makassar ini? saya ada perancangan utk ke satu tmpt ne, tapi rata2 bagi komen macam kurang ok aje kalau nak b'solo2 ke sana huhuhu

    ReplyDelete
  2. Abg Meng,

    Mohon pencerahan sikit. Yang parking RM16/day tu kat LCCT tu kat mana.. Yang mula2 abg meng pergi yg full tu.

    Tak paham sgt la kalau pasal parking2 ni sebab tak biasa. Tapi nnt trip bulan Jan ni kena pi parking sanaa. So mohon tunjuk ajar! Hihi.. Yang dekat Tune tu opposite LCCT kan macam jauh nak menapak.. Sian plak pakcik Jacob jalan. haha.

    Ok thanks.

    BTW haritu my frens pun pi Makassar... Keke. Sebab adik dia wat medic sana... Melawat adik sambil berwisata katanya.

    ReplyDelete
  3. yg dekat ngan tune hotel tu mmg jenuh nak menapak...tp dekat parking area ada guard bawa motor tumpangkan sampai ke kereta yg parking paling ujungggggggg sekali.

    gigil gak la nak bayar parking utk 4 hari aritu...hehehe

    ReplyDelete
  4. Zila : Kalau setakat di Makassar shouldnt be any problem, tapi kalau mau ke tana toraja tu tak berapa sure..

    FJ : kalau on the way ke lcct, tune hotel belah kanan, ada maybank belah kiri. situ boleh park rm16 per day. satu lagi on the way out, left corner after post office right before tune hotel ke arah luar tu belah kanan pun rm16.

    PB : berani tapi agak cuak cuak jugak

    HB : byr pakai mesin kan? pastikan cukup cash

    ReplyDelete
  5. yup. Mesin terima duit RM1, RM5, RM10, RM50, RM100.

    ReplyDelete
  6. Thank you bang meng atas pencerahan. Told my mommy d, so we'll park there nnt hehehe.. dah kira rm16x6 days =rm96.ok lah tu kot naik taxiiiii lagi cekik darah hihi

    ReplyDelete
  7. owhh ok..rencananya nak keluar kota..dari pemerhatiannya, org2 di sana gimana gayanya ya?

    *maaf byk bertanya ;)

    ReplyDelete
  8. zila : tak bole nak judge by appearance sgt but some of them agak scary look

    rule of thumb, be friendly but trust nobody.

    kalau rencana ke luar kota perlu lebih hati2

    ReplyDelete
  9. aku gi makassar ni pun dua sebab:
    1)nak jejak sulawesi
    2)tambang murah gile

    tapi sebab sana tak brapa nak best, cukuplah sekadar sekali..

    ReplyDelete
  10. setuju !

    * sambil lambai lambaikan bulu ketiak yang baru tumbuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...