Tuesday, December 25, 2012

Semilir Angin Makassar - Part 9 : Malam Di Makassar

Lepas dah gelap tu, matahari pun dah hilang, aku pun meneruskan perjalanan. Kali ni memang betul betul nak pegi ke sign Losari tu sekali lagi.

Eh ada lagi ! Last. Last, snap sambil sambil jalan.

Atas kiri tu pisang epe yang aku makan. Cuaca gelap, gambar tak sharp. Lain lain ni semua gerai pisang epe dan kedai kedai di persisir Pantai Losari. Siap ada KFC Cafe.

Akhirnya sampai di Pantai Losari yang ada sign tu.

Walaupun baru maghrib tapi orang dah start ramai. Memang tempat ni jadi tumpuan warga tempatan untuk melepak. Ni pun sebahagian daripada kawasan ni masih di tutup untuk kerja kerja pembaikian. Lepas ni kalau siap mesti dah jadi macam dataran. Mungkin dah jadi lawa sikit la Losari ni nanti. Mesti lagi ramai warga Makassar melepak siang dan malam.

Suasana di Pantai Losari

OK. Masa aku on the way ke Trans Studio siang tadi, aku nampak ada satu masjid kecik di bina di pantai Losari ni.

Nak singgah time siang tadi tapi tak terberhenti. Lagipun balik dari Trans Studio tu terus ke Masjid Al Markaz tu tak sempat nak singgah jugak. Tapi aku fikir masjid ni tak jauh dari Losari Beach so aku boleh berjalan je.

So aku berjalan je la dari Losari tu ke masjid ni.

Comel Masjid ni. Baru siap rasanya. Kiranya masjid terapung di bina di pesisir Pantai Losari. Bagus sangat la tu, sebab Losari tu kawasan riadah, elok ada masjid kat sini senang nak gi solat.

Nama dia. Masjid Amirul Mukminin.


So aku pun nak la pegi. Boleh jugak solat di sana.

Sambil sambil tu, ambik gambar lah. Apa lagi.

Terletak di penghujung pantai Losari selepas Hotel Aryaduta.



Kecik je masjid dia. Comel. Dewan solat 2 tingkat. Kalau tengok sign, pompuan di bahagian atas, tapi ada je pompuan solat kat bahagian bawah belakang orang lelaki solat ni.

Nak masuk tu macam ada jambatan kecil menuju ke dewan solat. Ada budak budak menjaga kasut. So kasut dia orang letak kat rak. Nanti bila dah selesai solat, ambik balik kasut. Tak de bayaran untuk dia orang tapi ada tong derma untuk masjid di letakkan di tepi. 


Yang tak bestnya. Berdepan dengan masjid ni ada bistro and bar !

Siap pasang lagu lagu desco lagi. Dengar sampai ke masjid. Gambar atas tu yang bawah nampak lampu biru. Tu la betul betul berdepan dengan masjid ni.

Aku stay kat masjid sampai azan Isyak. Pastu blah jalan kaki nak balik ke hotel. 

Hujan pulak mula turun rintik rintik.

Perut lapar. Ingat nak makan kat pusat Kulinar ni. Memula macam nak try Coto Makassar. Sup Korno apa semua tu. Tapi bila aku tengok balik macam dalam sup dengan Coto tu ada organ organ dan piano piano. Tulang rusuk la. Apa benda tu semua. 

Aku mana la makan.

Aku ni bab makan makan kan payah sikit. Ikan tak makan. Daging tak makan. Ayam pun daging saja. Peha ayam kaki ayam semua organ dan piano aku bolayan !

* lari nyorok belakang Sundal Bolong hirup kuah sate

So tak jadi makan. Jalan kaki je la balik hotel.


Lalu kat Jalan Somba Opu tu, nak usha jugak barang barang nak di beli, tapi mostly banyak kedai dah tutup.

So jalan je lah. Boleh tahan jugak la menapak nak sampai Aston. Tu pun aku berpandukan bangunan Aston tu sendiri je. Main jalan ikut suka hati.

Last sekali sebelah Aston aku perasan ada KFC !

Aku pun beli lah KFC express ni. 


Pastu jalan balik sampai ke hotel.

Nampak katil pergh lega. Penat jugak la berjalan petang ni. Tapi aku agak puas hati. At least, sehari yang ada ni, aku sempat jugak la merasai dan menikmati sunset di Makassar ini.

Aston Hotel di waktu malam


Tapi !

Bila aku masuk bilik, aku fikir macam nak naik ke roof top sekali lagi, aku nak ambik gambar malam.

So aku tak makan lagi, tinggal makanan kat bilik then aku keluar terus naik ke atas. Aku naik tingkat 19 dulu.


Tapi dekat lounge ni ramai orang. So aku duduk sekejap je. Nak naik roof top, tengok tengok gelap gulita.

Aku ada sedikit rasak cuak. Takut kena sampuk dengan hantu bumbung ! Ngeh Ngeh Ngeh.

Kang ada je orang tegur.

"Nak ambik gambar ke malam malam buta ni Bang Hamiddddddddddddddddd"

* pengsan

Last sekali aku turun balik ke tingkat 15.

Tingkat 15 ni la banyak facilities hotel. Ada gym, pool, SPA dan sebagainya. Malam malam macam ni tak de orang baru la aman sikit.

Pool, Gym, Sauna, Jacuzzi dan SPA

Paling best, dekat pool dah tak de orang !

Fuh. Siang tadi penuh dengan budak budak mandi. Tapi malam ni tempat ni dah jadi romantik. Siap ada band dan orang menyanyi nyanyi !


Ada sorang pekerja ni dia tengok aku dok ambik ambik gambar. Pastu dia datang.

"Mas kalau mau motret yang cantik, sila ke tingkat 20 di atas"
"Ya udah. Tapi gelap. Seram !!!"

Dia gelak gelak.

Memang kat roof top tu langsung tak de lampu.

Rupa rupanya dekat pool site ni ada BBQ dinner untuk guest hotel. Aku pun usha la menu dia nampak macam menarik jugak. Ada BBQ apa semua. Tapi mostly ikan.

Harga untuk dinner adalah Rp100,000/RM30. Not bad lah rasanya. Boleh je aku nak makan. Sambil sambil tu layan dengar awek ni menyanyi. Sedap jugak suara dia.


Lama jugak aku ralit mendengar dia menyanyi.

Pulak tu tak ramai guest yang dinner kat situ so aku rasa agak aman.

Duduk, makan dan menikmati suasana malam. Bliss !


Lepas dah abis makan, dah kenyang. Dah abis dengan orang menyanyi baru aku teringat sesuatu.

"KFC aku !!!"

KFC tersadai. 

Aku lupa aku ada beli KFC tadi !

Hiks. Aku pun tersadai sama.

Tak pe lah. Perut pun dah kenyang. Masih terdengar dengar lagi suara lunak penyanyi tu mengalun kan lagu.

Tidur malam di ulit tilam empuk yang inzal dan menginzalkan................

Aku dengar awek tu nyanyi lagu ni. Soothing je. Aku macam pernah dengar tapi tak tau sapa nyanyi. Cepat cepat aku taip lirik kat iPhone then balik bilik aku google lirik dia.  

Selamat malam Makassar !



Hari kian begulir
Makin dekat dirimu di hatiku
Meskipun tak terucapkan
Ku merasakan dalamnya cintamu

Jangan berhenti mencintaiku
Meski mentari berhenti bersinar
Jangan berubah sedikitpun
Di dalam cintamu ku temukan bahagia

Jalan mungkin berliku
Takkan lelah bila di sampingmu
Semakin ku mengenalmu
Jelas terlihat pintu masa depan

Semoga tiada berhenti
Bersemi selamanya

bersambung

5 comments :

  1. Meng rege semalam hotel tu brape? Mcm menarik dok situ...

    ReplyDelete
  2. rm176 x silap aku bro. book direct dgn hotel dpt 15% discount

    ReplyDelete
  3. oih memilih makan gak ko ye meng...baru ku tau...aku yg mana bleh, aku bantai, mana aku tgk tak brapa nak in tu, aku pass hahaha.

    mesejid tu comey, so kalu sapa2 tgh syok naik syeh kat bistro dpn tu, if azan, bleh la melangkah ke mesejid ye...

    best gak layan band malam2, lama tak layan...

    ayam kfc dia sedap tak??

    ReplyDelete
  4. baru ku tau abg meng ni hamid sebnarnye...

    ReplyDelete
  5. pst... diam diam skit a.. tu nama x commersial.

    Biq : kfc dia biasa2 je ( ke sebab aku kenyang? )....

    masjid depan desco tu adalah x leh di terima.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...