Bak kata pepatah lama.
Yang patah, pasti tumbuh. Yang hilang pasti berganti.
Yang pergi, pastikah kembali?
Ya. Kalau ada apam pergi, mesti kah ada apam balik ?
So permulaan entry bulan disember ini adalah mengenai apam yang balik.
Lama tak makan apam balik. Sebab apam pegi tak balik balik. Bila time masa, terasa la pulak kat tekak, so aku pun mula mencari.
Sebab brader tu baru nak bukak kedai so macam kena tunggu sikit dia prepare. Nak cancel kang tak sampai hati. Nak menunggu macam patung cendana kang orang ingat aku dengan tong gas tu macam sama je.
Maka. Pose pose jadi wartawan food channel sambil sambil interview brader tu dan snap.
Jom skodeng cemana dia buat apam balik.
Itu tong gas. Sebelah dia adalah bekas dia bancuh tepung untuk buat apam.
Aku tanya brader ni.
"Sehari berapa kilo tepung buat?"
Dia jawab.
"6 je Tuan"
"Abis tak?"
"Kadang kadang abis Tuan, kadang kadang tak. Biasa lah Tuan"
Tu jawapan dia.
Aku nampak dia kacau kacau guna pengacau ni. Mungkin kasi tepung tu sebati sebelum dia letak atas dapur
Dah elok sebati nya.
Pastu aku nampak dia ambik sikit pastu letak dalam gayung kecik pastu dia tambah something. Aku tak tau apa. Susu ke? Ada letak susu ke?
Aku malas nak tanya sebab nanti aku di tuduh menyibuk.
Lepas tu panaskan dapur dan acuan dia tu.
Abang ni macam tak mau melayan peminat
Dan letak bancuhan tadi dalam kuali khas.
Nampak ni
Apam balik mamat ni ada berjenis jenis.
Ada letak kacang, jagung, chocolate chip pastu ada special, ada extra. Aku pun tak tau apa yang special dan apa yang extra. Tapi setiap satu harga lain lain bermula dengan RM2.70.
Seingat aku dulu, masa kecik kecik, ada pakcik Indon ni jual apam balik kat kampung aku. So kalau nak special, kita letak telur. Selalu kalau nak jimat, ambik telur kat rumah dan bagi kat pakcik tu dan dia akan bancuh sekali.
Sedap jugak la. Dah lama tak makan apam balik pakcik tu. Aku assume dia dah kaya raya dengan jual apam balik tu saja.
Tengok ni lagi.
Bila dah garing sikit dia punya apam. Baru la dia tabur kacang atau jagung apa je pilihan kita.
Kalau letak strawberry agak agak aci?
Kemudian bila dah agak masak, angkat je dan siap siap untuk di potong.
Rasa macam mudah je dia buat. Aku rasa aku pun reti.
Tapi tak cuba. Kalau cuba mesti tak jadi.
Apa apa pun, apam balik brader ni agak sedap. Masuk mulut ngap ngap terus mata terjuling dengan sendiri nya.
Sekian.
Cerita skodeng orang buat apam balik. Kalau nak rasa apam balik brader ni sila pegi ke Bukit Aman !
OK Dah. Tu je entry hari ni.
Ingat, setiap apam yang pergi, pastinya ada apam lain yang balik. Jadi. Selamat mengapam !!!
Apam pergi x kembali ada x? Atau apam x balik2 ?
ReplyDeleteApam dah berhijrah
Deletebagi aku, ade satu je apam balik paling sedap aku makan yakni kat pasar malam kat Aeon AU2, setiawangsa. pakcik tu jenis tak kedekut dari segi tepung, gula, kacang dan jejagung. ummph! ade gak dia jual kat pasar malam dmsara damai.
ReplyDeleteada lagi ke org tu jual skrg ni?
Deleteko curi baju sarjan misai ek? sbb tu dia panggil ko tuan ek?
ReplyDeletehahahaha!
aku suka apam balik, tapi kat blkg opis aku tak brapa nak sedap...
Susah nak jumpa yang sedap. Kat kg aku ada. Pakcik Indon jual. Siap buleh bubuh telur extra
DeleteKalau saya nak dapatkan kuali apam baliknya kat mana ya ? Help me please ! Syukran
ReplyDeleteAiyo....
Deletemintak inzin nak pengsan jap. Ada ke tanya aku.. Mana la aku tahu...
Chow kit dah try?