Saturday, December 15, 2012

Movie Melayu ?

Eh. Korang ni kenapa baca tajuk je dah picit picit kepala ni?

Hari tu adalah hari cuti.

Jadi tidak ada aktiviti yang meriangkan. Ingat nak tengok wayang Rise of the Guardian tapi Hero ada kelas rehal.

So aku beriang ria duduk rumah.

Seronok per cuti time orang tak cuti.

Sebab kebosanan di rumah, aku telah menengok u tube. Nampak la ada full movie cerita Melayu. Aku ni kan tak suka tengok cerita Melayu kat wayang. Bukan tak nak support, tapi aku selalu rasa tak worth it. Sorry lah. Kadang kadang cerekarama kat TV tu kan lagi menarik.

Aku tengok cerita Zaiton Cerita Ku.


Aku sedih dengan cerita ni.

Bukan sedih sebab jalan cerita dia, tapi sedih sebab cerita autobiography macam ni, kisah kehidupan sebenar tapi bila jadi filem, ala ala je.

Nak kata meruntun jiwa sangat pun tidak lah. Tak tau salah apa. Skrip ke. Pelakon ke. Apa ker. Tapi minah pelakon ni pun OK dah berlakon, cuma tak glamer je kot. Jalan cerita tu ada. Nak menggambarkan kehidupan Kak Eton selepas accident tapi macam tak berapa nak nampak.

Mungkin kena jaga hati banyak pihak kot. Takkan nak cerita semua. Kang nanti ada pulak orang yang tak puas hati. Ye dok?

Walaupun aku tengok skip skip sebab ada part macam meleret tu aku malas nak tengok sangat, tapi overall, boleh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Tapi kalau nak ajak gi tengok wayang tak ler kot.

Sayang sebab semua orang nak tau kisah disebalik kehidupan Kak Eton ni, tapi bila terhasil filem ni macam tak kick ler pulak.

Tapi ada scene scene yang agak sadis gak la. Macam dia menyanyi semata mata nak makan durian, pastu dia asal nampak orang kawin je dia serbu pastu rampas mic semata mata nak menyanyi.

Mungkin realitinya begitu kot. Tapi tak de pulak dia cerita Kak Eton ni masa jadi penyanyi tu cemana? Betul betul lupa diri ke apa? Setakat seksi je la kot kan?

Kasihan lah. Hidup dia. Bahagian kita yang lain ni cemana? Aku bagi 3/5

So apa lagi, korang yang nak tengok tu, sila usha di youtube. Ada full movie.

Haa lepas tu ada satu lagi movie aku tengok. Kat youtube jugak !


Istanbul, aku datang !

Aku ada jugak dengar dengar orang cakap cerita ni best. So lepas usha cerita Kak Eton, aku usha cerita ni pulak. 

Kisah seorang wanita yang pegi ke Istanbul untuk jumpa boy friend dia pastu terjadi la benda benda sampai dia terpaksa menumpang di rumah lelaki lain. End up, dia tersuka pulak kat housemate dia tu.

Macam cerita kurang ciri ciri ke Melayuan. Kalau student student oversea memang nampak biasa, tapi kalau di kaca mata orang yang tak biasa, mesti fikir macam tu la agaknya kehidupan student Malaysia kat oversea. 

Mana mana pun sama je rasanya.

Apa aku nak cakap, cerita ni cerita ringan je. Tapi kelakar jugak la. Paling sweet Lisa Surihani tu.  Dia buat aku teringat pada Meg Ryan. Kadang kadang bodoh bodoh je nampak. Tersuka lak aku kat dia lepas tengok cerita ni. Dulu masa keluar minum dengan dia cemanalah aku buleh tak perasan tu dia. Mungkin masa tu dia tak berapa cute kot. Hahahaha

Pelakon lain macam tak berapa nak OK. Tak de la ramai sangat pelakon Malaysia pun dalam tu. Ada Tomok yang macam kayu. Aizad yang macam batu. Tapi Pelakon Geng Surau tu apa nama ntah, macam OK jugak berlakon. Kena la dia dengan Lisa Surihani. Hah. Nama dia Beto. Biar betol nama dia Beto?

Aku terbaca, watak tu asalnya untuk Fazura. Tapi Fazura tak nak sebab ada adegan peluk peluk.  Tapi aku rasa kalau Fazura ambik watak tu pun, cerita tu tak se best Lisa Surihani ni kot. Tak pe la Fazura dok rumah je la peluk bantal.

Apa apa pun, cerita OK. Cuma agak feminin. Boleh layan lite lite. Aku bagi 4/5. 

Cuma aku frust skit, cerita tu nama Istanbul, tapi tak de ler banyak sangat dia tunjuk Istanbul. Kalau macam tu, baik je buat  Tiruchirappalli, Aku datang ! Kochi ke, Bengaluru ke, mana mana ler.

Tapi tak per, aku tetap menyimpan hasrat nak ke Istanbul satu hari nanti. Insya Allah. Check check Qatar Airways ada Year End Sales ke Istanbul return RM2000 saja !

* gatal tangan



Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju
Ooohhhhhh

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Aku datang kepadamu
Kepadamu

Dah setakat ni, ini je la 2 movie Melayu yang aku tengok untuk tahun ni !

Hebat tak? Tak pernah tengok tapi sekali tengok sehari 2 movies sekali gus. Hahahaha.

Sapa nak tengok, sila pegi cari kat youtube sebelum kena remove.

6 comments :

  1. Jom kite minum2 di Istanbul thn depan.. kekekeke

    ReplyDelete
  2. istanbul aku datang tu dah kene remove...

    lisa comel...repeat 3 kali kot tgk kecomelan dia hehehe

    ReplyDelete
  3. CNa : apa barang minom. shisha laa...

    * lariiii

    ETK : comey comey tapi bini orang

    * hempas laptop ke lantai

    ReplyDelete
  4. * hulur ubat batuk cap Chawana dan Aqilah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...