Ada cerita hantu.
IG citer kat aku.
Ada sedara dia, baru bukak gerai tepi jalan jual goreng pisang. Baru je seminggu dua. Pastu semenjak membuka perniagaan, makcik ni selalu di datangi mimpi ngeri.
Dia di kejar oleh seorang wanita tua.
Hari hari mimpi yang sama.
Penat okeh makcik ni kata lari dalam mimpi. Dan makcik tua yang kejar dia dalam mimpi tu pun memang kuasa marathon. Hari hari kejar orang.
Sampai, makcik penjual ni bengkak kaki.
Padahal lari dalam mimpi je.
Satu hari tu orang nampak sebenarnya dia lari betul ke hulur ke hilir malam malam buta dekat kawasan gerai tempat dia berniaga tu.
Nak di jadikan cerita. Rupanya, gerai tapak dia berniaga tu dulu ada pokok nangka. Pokok nangka tu telah di tebang. Pompuan yang kejar makcik tu adalah penunggu pokok nangka tu. Dia sudah marah. Tu dia kejar tu.
Ngeri tak cerita tu?
Ke korang tak faham?
Hahahaha..
Selamat malam Jumaat !
Selamat malam Jumaat !
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati
No comments :
Post a Comment