Showing posts with label Tamparuli. Show all posts
Showing posts with label Tamparuli. Show all posts

Saturday, April 18, 2015

Trip Sabah 2015 : 05 - Rumah Terbalik, Tamparuli

Singgah lagi !

Bila nak sampai Kundasang ni?

On the way dari Likas ke Kundasang, kami melalui Tamparuli yang terkenal dengan jambatan Tamparuli nya itu.

Tapi kami tak singgah situ. Kami singgah di Rumah Terbalik, Tamparuli. Hero yang excited sangat lepas aku bagitau kami akan singgah di rumah terbalik ni.

Jalan ke Tamparuli

Ada kereta megatron kat depan

Tak susah nak jumpa tempat ni sebab letaknya dekat tepi jalan.

Kalau dari KK, lepas belok ke arah Kundasang, akan lalu lah tempat Rumah Terbalik ni yang terletak sebelum station minyak shell. Opposite dia ada warung Tembikai !

Rumah Terbalik

Parking

Sebenarnya kami pun terlajak. OR lah drive menonong je ikut suka dia. Nasib baik ada u turn kat depan dan kami pusing balik semula.

Park kereta. Memula orang macam tak ramai. Tapi macam biasa, bila artis antarabangsa je sampai.. terus orang datang berpusu pusu.

Peta Kawasan Rumah Terbalik

Tempat beli tiket

Harga nya.. Princess tidur masa tu dan aku dokong.. so minah tu cakap tak payah bayar lah so tiket budak untuk Hero je kami beli

Tiket masuk

Plague perasmian pun tulisan terbalik

Sebab macam ada pembinaan di tempat ni dan kawasan dari arah jalanraya tu di letak dinding so memang tak boleh nampak dari luar.

Kena masuk dalam baru la nampak bangunan utama rumah terbalik ni.

Rumah Terbalik

Kereta terbalik

Pintu rumah terbalik

Pasu bunga pun terbalik

Pendek kata semua terbalik.

Kalau dari luar boleh ambik gambar. Tapi kalau kat dalam rumah... a big no no. Kalau tak kena bayar RM 200 untuk setiap gambar yang di ambik.

Waktu kami sampai, ada sorang mamat ni akan guide bawak masuk ke dalam rumah dan cerita la apa apa yang patut.

Laluan masuk ke rumah terbalik

Kena bunyikan gong dulu tanda nak masuk rumah

Sebab dalam rumah terbalik tu tak boleh nak ambik gambar jadi tak de la gambar kat dalam tu.

Macam biasa. Dalam rumah tu ada ruang ruang seperti ruang tamu, ruang dapur, bilik dan sebagainya dan semua kedudukan barang barang tu dalam keadaan terbalik.

Tapi ada jugak yang tak terbalik iaitu aircond !

Sebab aircond tu berfungsi dan bukan lah sebagai prop. Kang kepanasan pulak orang dalam rumah tu.

Rumah dia tak de la besar mana. Sekejap je dah boleh abis. Then kami di benarkan keluar ikut pintu belakang.

Kat belakang tu ada setting jugak la benda benda terbalik ni, lebih kurang macam dalam rumah tadi jugak. So kat sini boleh la ambik gambar.

Toilet yang terbalik

Taman terbalik

Nak keluar tu ada cafe dan kedai cenderamata

Bahagian bahagian lain dalam kawasan Rumah Terbalik Tamparuli ni.

Sedikit info pasal rumah terbalik ni.

Rumah Terbalik (Upside Down House)

Turn your world upside down when you visit this unique house in Tamparuli – literally! The ‘Rumah Terbalik’ (which translates to Upside Down House) is the first of its kind in South East Asia and among the five upside-down structures in the world (3 are found in Europe and another in Japan).

The house was opened to the public in early February 2012 and has since been attracting visitors from near and far. The house itself is hard to miss, having been flipped upside down, with its floor facing skyward. Everything inside the house, from furniture to household appliances, hover above your head, as the ceiling is actually the floor. Visitors will notice some distinguishing Sabahan décor and features showcased in this house. In the garage, a car is parked upside down. It might seem disorienting in the first few seconds, but the fascination of it all takes over. This architectural wonder has also been included in the Malaysia Book of Records for being the first of its kind in the nation. Visitors can enjoy a meal or afternoon snack at the Rumah Terbalik Café or pick up a souvenir at the Gift Shop. Guided tours are available.

Opening Hours
Daily (including public holidays): 7:00am to 7:00pm

Getting There
The house is located along Mile 21, Jalan Telibong, Tamparuli. The journey by road takes approximately 40 minutes. Taxis can take you from the city centre but be sure to make return arrangements as taxis on standby may not be readily available at this location.

Admission Fee
MyKad holders: RM10.00
Others: RM18.00
Students/Children below 12 years: RM5.00
Children below 3 years: Free of charge
** Kindly note that indoor photography is prohibited.

Bagi aku, Rumah Terbalik ni biasa biasa jer. Tak de lah istimewa mana pun. Kalau setakat nak pegi semata mata untuk tengok, tak payah lah. Tapi kalau kebetulan pass by area ni, boleh lah singgah.

Aku rasa bayaran masuk RM 10 tu mahal dan tak berbaloi.

Tapi di sini la satu satunya rumah terbalik yang ada di Malaysia ni kot.. so kalau nak tengok dan mau singgah, boleh saja.

Kami tak lama di sini... seterusnya bergerak semula menuju ke Kundasang. 

Kali ni janji tak mau singgah mana mana dah ! Hari pun dah petang. Tak boleh buang waktu !



Hanya ku sendirian menunggukan sesuatu
Siapa tahu biuarlah waktu selalu saja sakit hatiku

Waktu tidak menentu bagaimana hanyalah aku
Jangan tunggu biar takut ikutlah waktu hilang bayangan rindu

Kasih kamu dan sayangku mengapa tinggalkan aku
Kau jelaskan daku janganlah membisu di mana jawapanmu
Berapa tahun waktu tahu temanku hanyalah waktu
Meninggalkan kamu semua pun tahu
Aku masih hanya cinta padamu

bersambung.............

Saturday, February 7, 2015

Trip Angin Bayu Membawa Diri Ku.....

Nak sambung tajuk lagi.

.................. sepintas lalu ku teringatkan mu.............. Na Na Na Na Ha Ha....

Feminin tak habang?

* tolak kump Feminin masuk kawah gunung berapi

Okey... Baru baru ni ada cuti cuti yang berlaku maka aku pun sesuka hati ambik peluang bercuti lama lama dan angkut budak budak.  

Walaupun aku bukan warga KL dan anak anak sekolah kat Selangor, tapi aku sesuka hati declare cuti untuk mereka memonteng untuk bersantai santai di Kota Kinabalu, Sabah - Negeri Di Bawah Bayu.

See the highlights dulu lah. Mood post holiday adalah malas tahap max !

Penerbangan dari KLIA2 bermasalah. Flight yang kami naiki aircond rosak dan pilot tu boleh peram kita orang dalam flight sejam lebih dan bawak pusing satu KLIA2 dalam keadaan panas macam dalam sauna. Flight yang sepatutnya berlepas jam 5.15 petang tertangguh sehingga 7.30 malam. Shame on you Air Asia !!! * emoh

Kami selamat sampai lewat tengah malam di hotel. Dan ini adalah view awal pagi di KK.. Good Morning Gunung Kinabalu !

Menginap di Gaya Center Hotel KK tapi malangnya aku tak dapat lelapkan mata. Stress !

Check out dan bersiar siar di Gaya Market. Tapi tak lama sebab anak aku mengamuk nak payung !

Makan !! Soft Shell Crab with Oat di Thien Thien Restaurant KK 

Dari KK kami ke Kundasang

Singgah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas

Rumah kilabreT di Tamparuli. Rasa tak berbaloi sangat dengan harganya...

Kundasang dengan cuaca berkabus

Sangat lucky sebab cuaca dari kabus terus bertukar cerah

Petang di Desa Dairy Farm di Mesilau. Lembu lembu pun dah berehat tak nak layan memosing

Senja di Kundasang

Remang merah di puncak Kinabalu

Bermalam di J Residence, Kundasang. Hotel yang sejuk beku dan tak de TV... Kami anak beranak kebosanan tido awal.

Puncak Kinabalu dari Pekan Nabalu

Terus ke Tuaran

Sesat mencari Pantai Dalit

Highlight of the trip. Santai mantai di Shangri La Rasa Ria, Kota Kinabalu

Santai habis habisan 

The best hotel ever. Huge verandah with large day bed and private pool

Sunset yang sangat drastik

Senja yang dasyat

Walaupun hujan renyai renyai

Sotong yang enak di Gayang Seafood

Resort yang cantik

Abaikan budak yang pose pose atas kenu tu

Rasa Ria. Duduk je kat hotel tak keluar keluar ke mana mana...

Malangnya sunset tak selalunya ada

Suasana yang nyaman dan tenang

Ada 5 pools di hotel ni

Jacuzzi pool

Teratai

Kota Kinabalu

Waterfront

Hyatt Regency KK

Masjid Negeri Sabah

Pantai Tanjung Aru

Hari hujan.. bertempiaran lah lari...

Dan begitulah kami sudahi trip ini dengan jaya dan bahagianya.

Trip ni more to santai santai family so tak de la kerah merayap banyak tempat. Lain lainnya budak budak just lepak kat hotel dan mandi manda sampai lebam. Aku pun pose pose bermalas malas jer.

Sebenarnya trip ni nak ambik jiwa sebab bulan ni aku ada trip lain tak bawak dia orang. Heheheh

Apa apa pun masing masing seronok dan bahagia so kira misi tercapai !



Jujur ku mengagumi
Pantas ku beri
Seribu pujian buat kamu

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenal mu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Bersama kamu
Ku jadi tahu
Artinya waktu
Lebih berharga dari harta di dunia

Bersama kamu
Ku rasa jauh
Lebih mengerti
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta

Kamu ku yakin tahu
Ku yakin sama
Tujuanmu dengan tujuanku

Jauh di dalam hati
Selalu ku rasa
Bersyukur aku mengenangmu
Kerna cinta dari kamu
Jadikan aku
Wanita terbahagia di dunia

Aku tak pernah dengar lagu ni sebelum ni, tapi masa kat KK dengar lagu ni berkali kali masa jalan ke Kundasang. Terbuai buai dengan irama dia dan pemandangan gunung ganang. Ingatkan lagu penyanyi Sabah tapi sebenarnya bukan.

Apa apa pun.. aku memang bukan wanita,. tapi aku terbahagia dengan kesempatan yang ada untuk mengecapi keindahan dunia.

Alhamdulillah. Terima kasih Kota Kinabalu. Terima kasih Sabah. Insya Allah nanti kami datang lagi.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...