Showing posts with label Ibaraki. Show all posts
Showing posts with label Ibaraki. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 25 - Ibaraki : Hitachi Seaside Park - Part 2

Masih lagi di Hitachi Seaside Park.

Pokok ni sengaja di biarkan tumbuh sebatang untuk melawakan gambar

Ini gambar gambar di phamplet yang aku dapat. Ada Baby Blue Eyes dengan Green and Red Kokia tu

Ni gambar dari atas tram sewaktu tram bergerak meninggalkan kawasan ni

Saujana mata memandang

Plan aku memang nak balik je terus lepas tu, tapi tetiba waktu nak sampai kat entrance tu, tram berhenti dan ramai pulak orang turun kat kebun ni.

Aku pun turun jugak la usha sama.

Ini kebun Daffodils. Tak tau la nama melayu dia apa.

Usha je la gambar kat kawasan ni.

Tapi kebun ni memang elok di jaga

Redup mata

Pokok pokok daffodils

Close up sikit

Ada kaler kuning juga

Area di kebun daffodils ni

Dan berdekatan dengan kawasan entrance tu jugak ada kebun tulips !

Aku tak expect nak jumpa tulips lagi selepas aku muntah tengok tulips semalam tu. Tapi since dah sampai, pegi usha la sekali.

Entrance park di belah belakang sana. Ada pavillion dan tasik di tengah tengah

Tram lalu membawa penumpang

Aku jalan kaki je dari kebun daffodils tadi tu ke kebun tulips.

Now..........

Sekali lagi.. suci kan retina mata dengan warna warna tulips di sini.

Siap ada windmill

Tulips

Ni bukan tulip tapi aku tak tau nama dia

Tulip kuning

Tulip pink

Tulip dah kembang

Warna warni di Aidilfitri

Tulip purple

Kebun tulip

Boleh tahan banyak jugak la tulip kat sini, tapi tak boleh nak lawan kat Showa Kinen Park semalam. Sana lagi lawa, lagi meriah dan landscape dia lagi cantik..

Hitachi Seaside Park tumpas !!! Tapi masih unik dan tersendiri. Kalau pegi pun Insya Allah tak rugi.

Lagi pasal Hitachi Seaside Park

Jalan ke entrance park

Masa aku memula datang pagi tadi, aku ada nampak factory outlet dekat dengan kawasan entrance ni. So masa balik, instead aku tunggu bas kat situ, aku jalan kaki ke outlet tu. Tak jauh pun, boleh nampak.

Dan aku perasan bas akan lalu route ikut situ jugak. So aku nak gi usha kat Uniqlo jap. Nak beli apa yang patut.

Laluan dari Hitachi Seaside Park ke jalan besar

Factory Outlet Uniqlo. Besar gedabak

Masuk dalam usha usha

Terbeli jugak baju untuk budak budak di sini sebab murah. Tapi aku ni beli baju budak budak biasanya fail !!!

Lebih kurang spend masa kat situ then aku pegi tunggu bas kat tepi jalan.

Masa tu dah tengahari. Dah tak de banyak masa. Nasib la tunggu bas tak lama. Bas memang on time sama macam jadual yang di letak kat bus stop tu.

Naik bas sampai ke Katsuta Station semula. Reserved seat dan ambik train yang sama balik ke Ueno Station.

Train

Train serba baru

View di perjalanan

Sepanjang perjalanan aku tertido.

Letih. Tu belum kayuh basikal tu.... kalau kayuh basikal mahu berguling atas lantai train tak sedar..... Baru rasa betapa penatnya bila travel dan ke hulu ke hilir.....



Aku yang terusir
Jauh dari kamu, jauh dari kamu
Cinta dan harapan dibunuh dan mati
Bangkit dan terbunuh lagi (semua karena dirimu)

Aku yang mengemis
Mengais cintamu, seperti pengemis
Aku yang dibuang
Dari relung tangan orang yang ku cinta

Oh Tuhan ampunilah dosa
Dendam aku padanya

Menunggu karma, aku menunggu karma
Menunggu karma, aku menunggu karma
Album indexliriklagu.info
Dengar dan ingatlah
Saat aku bangkit dari kesedihan
Engkau kan berlutut memohon diriku
Memohon ampunan dari diriku

Oh Tuhan ampunilah aku, niat buruk di doa
Aku hanya inginkan dia merasakan getir cintaku

Menunggu karma (membalasmu)
Aku menunggu karma (membalasmu)
Menunggu karma (membalasmu)
Aku menunggu karma (membalasmu)

bersambung............

Sunday, October 26, 2014

Kore Ga Nippon Desu : 24 - Ibaraki : Hitachi Seaside Park - Part 1

Hari ke dua terakhir di Jepun. Kiranya macam hari terakhir jugak lah sebab esok pagi pagi aku akan berangkat balik ke tanahair tercinta.

* pegang dada.. sebak.

Semalamnya aku bertungkus lumus study mana aku nak pegi hari terakhir di Tokyo ni. Plan aku cuma nak ke Tokyo SkyTree je lah. Tapi tu aku bajet petang boleh pegi. Dan sepagi yang ada, aku merangka rangka dan menimbal balik samaada aku nak pegi Hitachi Seaside Park atau tidak !

Mungkin dapat view macam ni

Tempat ni ada dalam plan asal aku, tapi selepas aku tengok bunga yang banyak semalam kat Showa Kinen Park tu aku rasa macam cukup cukup lah aku menjadi kumbang yang menghisap bunga....... Chewah !

Tapi kalau aku tak pegi, aku nak pegi mana lagi?

Tu yang aku berkira kira. Akhirnya.. aku fikir macam ni lah. Sebab niat awal aku nak ke Hitachi Seaside Park ni, so aku pegi je lah. Mungkin tempat tu sama macam tempat semalam,. tapi mungkin jugak ada benda lain yang menarik yang aku boleh tengok.

Jadi... sebelum tidur semalam, aku nekad akan ke Hitachi Seaside Park di Ibaraki pagi ni.

Entrance hotel

Aku check out awal pagi. Tapi beg aku simpan kat lobby. Senang nanti malam, aku bakal ambik Shinkansen dari Tokyo ke Nagoya, aku singgah je kat Shin Yokohama ni ambik beg aku. Tak de la aku terpaksa nak pikul beg ke sana ke mari.

Untuk pagi ni, aku perlu ambik Shinkansen dari Shin Yokohama ke Tokyo Station dan dari Tokyo Station ambik Yamanote Line ke Ueno Station.

Train ke Ibaraki akan berlepas dari Ueno Station !

View dari dalam Shinkansen

Dari Yokohama ke Tokyo

Untuk ke Ibaraki, kena ambik train ke station Katsuta. Jarak perjalanan adalah selama 84 minit. Lama jugak la tu. Dan kena naik Limited Express Super Hitachi 7. Perjalanan ini adalah covered by JR Pass !

Sewaktu sampai di Ueno Station, aku pegi ke kaunter untuk reserve seat Super Hitachi Line ni, tapi minah tu cakap kat Ueno Station tak boleh reserve. Dan dan tu pulak, dia cakap train dah nak gerak so dia suruh je aku naik.

Berlari aku kejar train ni takut kena tinggal. Nasib baik sempat. Bangga dengan diri sendiri, walaupun obese aku masih mampu memecut !

Tapi masuk train je hidung macam serombong kapal sebab mengah.

Dan macam biasa, train agak penuh. Ada satu dua je kekosongan, so aku menempek sebelah makcik ni. Tapi tak dapat la window seat dan tak berjaya la aku nak snappy gambar di perjalanan.

Train Limited Express Super Hitachi 7. Train baru dan agak laju

Train dia agak selesa. Lebih selesa daripada naik Shinkansen. Sebab seat baru... dan perjalanan smooth jer.

Untuk ke Ibaraki ni, train akan meninggalkan Ueno Station menuju ke belah utara kira kira 123 kilometer dari bandaraya Tokyo. Aku agak cuak jugak sebab kawasan ni adalah kawasan yang prone gempa bumi. Jangan la apa apa benda jadi time aku nak pegi ni.

View pedalaman Jepun

Duduk melayan perasaan je la dalam train. Akhirnya sampai di Katsuta Station.

Sempat aku beli roti untuk bawak bekal bagi mengalas perut kalau lapar nanti.

kedai Bakery

Pemandangan di Katsuta Station

Dari Katsuta Station ni, untuk ke Hitachi Seaside Park tu, kena naik bas. 

Sebaik saja keluar dari Katsuta Station ni, pegi ke belah kiri dan tunggu bas di platform nombor 2. Ada Lawson Mart kat situ.

Aku pun main tanya orang. Then bila nampak bas tu, aku tanya drebar tu.

"Hitachi Seaside Park?"
"Oaaaaaa"

Angguk angguk. Ya lah tu.

Tambang bas adalah 400 Yen dengan jarak perjalanan lebih kurang setengah jam. Bas ni akan berhenti betul betul di entrance Hitachi Seaside Park tu.

Dalam bas. Tak ramai orang

Sampai di entrance Hitachi Seaside Park ni, kena beli tiket masuk. Harga tiket adalah 400 Yen.

Dan barang di ingat, park ni adalah besar gegila saiz gorila. Jadi.. ada few options untuk bergerak di dalamnya. Pertama boleh naik tram dengan bayaran 500 Yen. Tram ni akan ikut laluan dia dan kita boleh stop kat mana mana saja kita nak berhenti nanti dan boleh naik balik semula tram ni bila nak bergerak ke kawasan yang lain.

Option ke dua adalah dengan naik basikal !! 

Semalam aku dah kayuh basikal dah letih dah. Lagipun aku tak rasa aku bakal kurus kalau kayuh basikal kat sini. Abis abis pun nanti peha je jadi macam peha Beyonce.. tapi badan macam tong drum. Tak ke lagi buruk jelmaan macam tu?

Dan option ke tiga adalah jalan kaki !

Hey. Kalau korang memang berdaya saing.. silakan lah. Mind you park ni adalah besar gila. So jangan cuba cuba la nak jalan kaki.

Aku decide nak naik tram je sebab aku nak kejar masa. Kalau kayuh basikal kang sesat barat lagi. So beli tiket tram dan pose pose kacak walaupun sebenarnya tak kacak mana !

Tram pusing pusing dalam Hitachi Seaside Park

Tram tu akan start bergerak dan lalu kat kawasan kawasan yang ada dalam park ni. Ferris Wheel yang menjadi tarikan dalam Hitachi Seaside Park ni

Dan dalam park ni ada amusement park dan ada park park tema lain lain dan kebun kebun bunga

Malangnya time aku pegi ni, bunga bunga dan kebun kebun tu masih belum ditanam sepenuhnya. Masih dalam proses menanam dan gembur gembur tanah lagi. So banyak park yang aku lalu macam tu je. Tak singgah.

Amusement Park

Tram akan pusing satu park ni..... dan kalau kita nak turun, boleh je turun mana mana yang kita nak sepanjang laluan.

Dan sudah tentu la aku aim nak sampai kat tempat ni !

Tempat yang sungguh iconic dengan Hitachi  Seaside Park ni. Kawasan berbukit yang luas dan landai dan di tanam dengan bunga bungaan yang banyak.

Saujana mata memandang !

Kat area tram berhenti ni ada tempat jual jual makanan, toilet dan tempat istirehat. Boleh spend masa jugak menunggu di sini kalau tak nak panjat bukit ni.

View pertama yang di lihat

Pokok pokok biru tu nama dia Baby Blue Eyes dan di tanam sekitar bulan April

Di bawah tu ada pokok pokok kuning tu...

Sebenarnya pokok pokok ni masih awal nak berbunga... masih belum penuh lagi

Tapi view agak stunning !

Tram tu akan berhenti di satu kawasan sebaik saja sampai kat kawasan bukit ni.

Kat situ ada kedai kedai jual makanan, ada toilet etc. Aku lepak kejap makan roti kat situ dan hisap rokok. Pastu baru usha...

Memula pegi kat ladang pokok kuning ni. Canola ke nama dia?

Ladang Canola

Ada toilet kat belah sana

Di tanam dan di jaga rapi

Hitachi Seaside Park

Baby Blue Eyes

Ada laluan jalan kaki untuk naik ke bukit

Proses menanam sedang dilakukan. Nampak la makcik makcik dok cucuk tanam dan bersih bersihkan kawasan ni.

Ada loceng di atas puncak bukit

Nama pun Seaside Park.. taman ni terletak di pinggir laut

Di kawasan atas bukit ada kerusi dan tempat rehat

Nasib la cuaca panas tapi sebab berangin so tak de la terik mana

Pelawat

Dan pusing pusing naik turun bukit, akhirnya kembali ke pokok sebatang ni balik semula

OK...  Lepas pada tempat ni, aku memang tak de plan nak ke mana mana dah dalam park ni. Rasa macam aku dah tengok apa yang ada kat sini, so aku ingat macam nak balik terus je lah ke Tokyo. Tak perlu nak spend lama lama.

Nak kata berbaloi nak datang sini, hmmm tak tau la nak cakap. Tapi view macam ni bukan senang nak jumpa. Pokok pokok tumbuh melata dan saujana mata memandang. Kalau autumn, dia orang akan tanam pokok Red Kokia tu pulak. Pun macam lawa.

So kesimpulannya.. kalau nak datang sini, make sure datang time April untuk Baby Blue Eyes atau time autumn waktu Red Kokia tu.....Tapi tempat ni memang unik dan tersendiri.

Nampak macam baldu biru...............???? No?



Sehelai Baldu Biru
Yang Kau Berikan Dulu
Lambang Cinta Mu Itu
ku Simpan Di Kalbu Ku
Pasti Jua ku Buntu
Ohhh

Buntu

Cinta Si Baldu Biru
Yang ku Dambakan Dulu
Ternyata Hanya Palsu

Anggaplah Baldu Biru
Semurni Cinta Ku
Kepada Mu

Sejenak ku Teringat
Saat Manis Dulu
Semadi Di Hati Ku
Ingin ku Bersama Mu
Seperti Masa Lalu
ku Merindu

Tangisan Beribu
Celaru ku Celaru
Rindu ku Menghantui

Ohhh

Hampa ku Hampa
Cinta Kau Yang ku Damba
Meranalah

Malam Terus Kelabu
Baru Kini ku Tahu

Bagai Ditusuk Sembilu

Baldu Biru Itu
Yang ku Beri Dulu
Menghiasi Kamar Mu

Baldu Biru Mu Dulu
Membaluti Tubuh Ku

Ku Terharu

Oooo

Ku Terharu
Oooo

Baldu Biru
Ku Terharu

Oh Oh Oh Baldu Biru
Ku Terharu
Baldu Biru !

Ambik tram aku bergerak... balik ke entrance depan semula...

bersambung..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...