Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts
Showing posts with label Kuala Selangor. Show all posts

Friday, November 4, 2016

GBS Day Out : 01 - Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor

Ini kisah day trip GBS ke Kuala Selangor.

Misi utama adalah nak gi makan ikan bakar dan seafood di Pantai Jeram. Usul telah di buat beberapa minggu sebelumnya dan bercadang nak bermalam di sana. Tapi semuanya tak jadi nyata sebab masing masing busy dengan macam macam acara.

Then minggu berganti, tiba tiba hari tu masing masing macam free. Aku pun free jugak jadi, moh kita berjalan jalan ke Jeram Kuala Selangor dan usha apa yang menarik di sana !

Lampu isyarat

Jengkaut

Kapal terbang

IH dengan BW ambik aku kat rumah. Kebetulan OR dan budak budak tak de jadi aku adalah merdekarama.

Arah tujuan terus ke Kuala Selangor, jadi kami terus je ikut highway LATAR.

IH memandu. BW co pilot. Aku pose pose kacak di belakang ............... Hari nak hujan !

Laluan ke Kuala Selangor

Cuaca berarak mendung kelabu.

Sebelum sampai Kuala Selangor, berhajat singgah di kuil yang besar dan indah ni. Dah few times lalu macam nak gi dekat. So sebab time ni kira trip riang riang dengan kawan kawan dan IH dan BW tu ikut je mana aku ajak. Dia orang tak banyak cekadak.

Kita singgah jap jom !

Nama kuil Hindu ni adalah Sri Shakti Dhevasthanam Temple Bukit Rotan Kuala Selangor

Kuil Sri Shakti Dhevasthanam

Sri Shakti Dhevasthanam Temple ini terletak kira kira 9.5 KM dari Kuala Selangor.

Kuil ini telah di bina berpandukan ancient sruptures seperti Vedas, Agama dan Surpa Satras. Di kenali sebagai sebuah kuil Hindu yang indah dan menarik dari sudut senibinanya. Mengambil masa selama 4 tahun untuk dibina dan menelan kos sebanyak RM 12 juta. Tukang ukirnya di bawa khas dari India untuk menyiapkan projek pembangunan ini.

Suasana petang di sekitar kuil Sri Shakti Dhevasthanam

Kami just berhenti kat parking je. Tak masuk dalam pun. Kalau kat oversea maybe aku masuk kot, tapi sebab kat Malaysia kang orang nampak macam macam hal pulak jadi nya so aku tak masuk lah.

Usha dari luar jer.

Senibina utama kuil

Sedikit gambaran mengenai kuil ini dari sumber internet.

Among the many special features of the temple are 51 Shakti statues along the temple’s internal corridor. These statues represent the 51 ‘Shakti Peedam’ (places of worship to the goddess Shakti) which are located at various sites over the Indian sub-continent.

According to Hindu mythology the goddess Shakti, who was consort to Lord Shiva, immolated herself. Shiva picked up the remains of her body and performed an angry dance cutting Shakti’s corpse and jewellery into pieces which fell to the ground at 51 places all over the sub-continent (44 in modern day India, 1 in Bangladesh, 3 in Nepal, 1 in Pakistan, 1 in Tibet and 1 in Sri Lanka).

Two Hindu sages visited all 51 of these holy sites and collected soil and chakra plates made of five metals and brought them back to be installed in this temple, which is the only place in the world where all 51 can be found in a single venue.

Dah? 

Dah usha lebih kurang kami bergerak. Kali ni terus ke Kuala Selangor.

Sebab masih awal dan baru nak masuk azan Asar maka kami sepakat nak singgah di masjid Jamek Kuala Selangor dulu untuk solat Asar di sana.

Pekan Kuala Selangor

Ha.. Ini lah dia Masjid Jamek Kuala Selangor atau lebih di kenali sebagai Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Sambil singgah solat kita usha sikit masjid ni. Aku sebelum ni macam pernah singgah jugak masjid ni tapi tak pernah nak gigih ambik gambar atau ambik tau. 

Kali ni alang alang menyeluk pekasam. Biarlah dicuci dengan Axion kemudian !

Bangunan masjid dengan kawasan parking

Tak banyak maklumat terperinchi di internet yang boleh diperolehi tentang sejarah lanjut masjid ini. Tapi dari sumber yang ada memaklumkan yang Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor ini telah dibina pada tahun 1980 dan siap pada 1982 dengan kos pembinaan di biayai oleh Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM 10.7 juta.

Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sewaktu kunjugan rasmi baginda ke Kuala Selangor pada tanggal 6hb. Mac 1987 

Usha gambar je lah.

Barangkali di namakan Masjid Sultan Ibrahim bersempena dengan nama Sultan Ibrahim Shah ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Shah. Sultan Selangor yang ke 2 yang memerintah pada 1778 hingga 1826


Binaan masjid ini berbentuk segiempat dan mempunyai 4 kubah dan 2 menara. 

Kubah keemasan

Dinding masjid ini dihiasi dengan seni khat.masjid ini mempunyai 3 aras dan di aras 3 terletak ruang solat bagi muslimat.

Kemudahan tandas yang bersih

Menara masjid

Dah usha usha kawasan sekitar, elok kita masuk ke dalam. Azan pun dah berkumandang. 

Ada tempat ambik wuduk di pintu masuk ke dewan solat utama. 

Pintu masuk ke dalam masjid

Laluan ke dewan solat utama

Dewan solat utama

Ruang solat untuk muslimin dan bahagian belakang untuk muslimat

Kawasan solat dan bahagian hadapan dalam masjid

Kubah utama yang disertakan dengan kipas gergasi

Mihrab masjid

Mimbar masjid

Ruang solat di bahagian sisi

Bahagian belakang dewan solat utama

Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruang solat yang selesa untuk lelaki dan wanita, tempat wuduk, tempat letak kereta, stor,pejabat, bilik mesyuarat, dewan kuliah, perpustakaan, bilik imam dan bilal, dapur, bilik jenazah, wakaf, dewan, CCTV, gerai jualan dan WIFI.

Kerusi urut pun ada

Kemudahan parking

Tempat tempat istirehat di sekitar perkarangan masjid

Antara keistimewaan masjid ini ialah kerap menganjurkan program-program keagamaan seperti kuliah, majlis keagamaan,perkahwinan dan kuliah. Pihak pengurusan masjid ini juga pasti sentiasa melakukan perubahan untuk keselesaan jemaah dan juga mempertingkatkan aktiviti keagamaan untuk keperluan jemaah dan ahli qariah.

Walaupun Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Kuala Selangor ni nampak macam dah agak lama tapi ada lah jugak kerja kerja baikpulih dan penyelenggaraan bagi mencantikkan lagi keadaannya.

Tahniah kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor ni.

Di bawah penyelenggaraan JKR Kuala Selangor

Apa apa pun, sebagai masjid utama di sini, sudah tentunya ia menyimpan 1001 kenangan untuk jemaah dan ahli qariah di sini selain menjadi bukti pembangunan daerah Kuala Selangor yang sentiasa berkembang seiring dengan masa.

Semoga masjid ini terus berbakti dan memberi manfaat kepada warga setempat dan juga pengunjung yang datang ke Kuala Selangor ni.

Untuk aktiviti terkini Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor  ini boleh refer FB : Masjid Jamek Kuala Selangor

Tunaikan kewajipan



Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..
Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..
Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..
Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..
Sedang kau dekat di pinggir jiwa..

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..
Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..
Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..
Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..

Hidup matiku hanya untukmu..

Dan usha lebih kurang. Dah tunaikan kewajipan. Masa untuk bergerak.

Ayuh............... kita bergerak ke lokasi seterusnya.........

Wednesday, August 3, 2016

2016 : Kisah Syawal (Bukan Scha & Awal)

Assalamualaikum dan Salam Bahagia.

Sari berita syawal di bacakan oleh Sari Yanti.

Syawal tahun 2016 telah berlalu dan tahun ini Supermeng Malaya telah menyambut hari gembira ini bersama sanak keluarga.

Kepulangan yang di nanti ke kampung halaman asmara menyaksikan perayaan tahun ni turut diserikan dengan acara beramah tamah, kunjung mengunjung dan beramas mesra sesama insan.

Walaupun cuma sekejap di Hitaly,, perayaan tahun ini tetap meriah dan agak hipster.

Sambutan tahun ini turut disertakan dengan bunga api

Dan mercun pop yang mengundang rasa iri hati Cinderella yang penat menyapu dek kerana hasil sampah sarap yang banyak dan berterabur dipersekitaran rumah.

Namun disebabkan raya hanya setahun sekali, kemeriahan ini tidak terjejas langsung dengan sebarang bebelan dan kecaman ramai kerana mengotorkan laman.

Kita beralih ke Berita Kesihatan.

Laporan daripada bedah siat siat, raya tahun ni menampakkan peningkatan kolestrol dan lemak dalam tubuh Supermeng kerana lambakan hidangan yang terhidang di atas meja semasa raya dan selepas raya.

Tanpa mempedulikan sebarang amaran tsunami, Supermeng Malaya tetap dengan pendiriannya membaham apa saja yang ada di meja tanpa menoleh ke belakang lagi.

Bagi beliau, setahun, hanya sekali. merayakan hari yang mulia ini !.

Di masa bulan Ramadhan, kita berpuasa hingga sebulan. Pabila syawal menjelma. Hari raya di sambut dengan gembira .....................

Mari kita ke Segmen Dari Dapur ke Dapur bersama MasterChef Seleberiti, Mokcik Mona Ramona Veronika Valentina Viktoriya !

Setelah berhempas pulas mencari sepanjang bulan Ramadhan, syawal ini menemukan Supermeng dengan salah hati makanan idaman beliau... NetBuck !

Ketupat palas yang wajib ada setiap tahun

Dan juadah raya yang lain

Pekena selera di hari raya

Lemang...

Ketupat

Rendang

Nasi Minyak

Kuih raya yang sempat dijamah

Walaupun Supermeng berazam untuk kekal ramping dan sihat selepas Syawal, namun harapan itu nampaknya hanya sia sia belaka aku, berkorban kasih ku pada mu.. sekiranya kau.................. masih belum ada tanda tanda aktiviti mengeluarkan peluh dan menghapuskan lemak tepu dilakukan.

Jemputan jemputan selepas raya dan makanan makanan yang sentiasa di depan mata sepanjang Syawal ini menambahkan lagi jumlah lemak yang terperangkap dalam tubuh badan beliau !


Kekal sado tak sador diri lagi ada...

Kena banyak makan buah !

Apple kecik yang manis dan mahal macam tak berbaloi jer

Kesimpulannya... badan tak kurus kurus jugak tapi poket yang tambah nipis !!!

Bercerita pasal poket nipis, kita ke..............

Berita Ekonomi.

Sememangnya bulan Syawal sedikit memberi kesan ekonomi.  Namun sebagai artis Antarabangsa yang sentiasa dekat dengan peminat, beliau menganggap itu semua lumrah makluk Tuhan paling seksi dan paling terkenal dan tidak sesekali merasa tertekan.


Persiapan terakhir sebelum raya menjelang terutamanya angpaw dapat dilaksanakan 


Di kesempatan ini juga, Supermeng Malaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada blogger Dara Jelita yang sudi lagi menghantar kad ucapan di zaman yang serba canggih ni.  

Terima kasih juga atas pemberian duit raya untuk anak anak beliau yang confused dan akan bertanya.

"Kawan Papa yang mana?"

"Yang mana lagi... yang meletop kebabo macam Neelofa tu lah.... !" Begitu Papanya menjawab

Seterusnya, kita ikuti Berita Sukan.

Demam Euro yang telah melanda dunia dan pasukan Hitaly yang telah awal awal lagi tumpas dalam temasya sukan bola sepak terhebat di Euro ini sedikit sebanyak telah memberi impak serta gangguan emosi.

Sebagai tanda kekecewaan, Supermeng telah membawa Princess dan memotong rambut Princess tanpa kebenaran OR !!!


Dan ianya mengundang petir dan halilintar bergema di malam raya

"Alah rambut je pun kan? Potong depan je. Bukan aku suruh buat style CR7 pun" 

Kata Supermeng sewaktu di wawancara.

Dan akibat di marah oleh OR dan dengan kemenangan Portugal sebagai juara EURO tahun ini beliau telah torture diri sendiri dengan memakan Portuguese Cherry Tart tanpa henti.

Yang dekat Hero Supermarket tu adalah sangat sedap tapi mahal le pulop.

Dan sebab sedaplah beliau tidak ragu ragu untuk menjadi bertambah gemok !

Seterusnya kita ikuti Laporan Cuaca.

Dipersilakan M Nasir untuk melaporkan....

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia..................................


Sinaran mentari di pagi Aidilfitri di kampung satu lagi.


Setitis cahaya di Aidilfitri


Kurang berseri sang mentari pagi

Cuaca yang kejap kejap hujan di minggu raya turut memberi kesan kepada sambutan hari raya Supermeng Malaya di mana asal hujan je beliau akan pantas mempersiapkan diri dan tak sabar sabar ke ranjang untuk aktiviti menidurkan dirinya sendiri.

Bagi beliau, tidur yang cukup amatlah penting demi kelangsingan tubuh dan pembangunan minda ! Tapi dah banyak jugak tidur.. haram tak langsing mana........


BBQ Syawal di kampung halaman bersempena meraikan birthday Supermeng yang jatuh pada bulan July lepas.  


Pulang ke kota dengan rasa hiba di dada melihat jarum penimbang sudah mula bergetar melebihi tahap biasa.

Namun misi melantak raya di sambung sekembalinya ke kota.

Macam tu lah. Nampak makanan je lupa saiz pinggang.

Saki baki kuih raya

Dalam pada itu, tahun ni Supermeng Malaya berjaya melangsaikan Puasa 6 tapi cabarannya memang melampau sungguh dengan godaan dan gangguan anasir Bilal Khan.

Demi semangat yang tak pernah luntur. Demi menegakkan benang yang basah, akhirnya Supermeng berpuasa 6 untuk tahun ini.

Oleh itu mari kita berlintas langsung sekarang untuk menemu bual sendiri Supermeng mengenai kejayaan yang tak seberapa ni.

"Saya minta maaf. Jangan tuduh saya riak tapi saya sangat gembira sebab saya mampu melawan godaan kotak merah dan menyempurnakan puasa 6 tahun ni. 

Atas sebab itu, tahun in Rumah Terbuka secara kecil kecilan diadakan dan disertai oleh sedara mara terdekat dan artis artis popular saja. Restis retis jangan harap la nak di jemput. Jemput pun bukan nak datang !  

Tapi tahun ini saya berterima kasih kepada Selena Gomez yang sudi meluangkan masa dan datang beraya di Open House Raya tahun ni sebelum beliau pulang ke kampung beliau di Gemas ! Beliau dengan sopan datang bertandang dengan busana Baju Kelawar dengan corak Kupu Kupu di penggal kepalanya.....

Eh tak tau ke Selena Gomez tu berasal dari Gemas? Gomez = Gemas? No?"

* dan dan itu microfon dirampas dan Supermeng tidak lagi di beri peluang untuk merapu....

Untuk segmen Ketuk Ketuk Ketampi Di Aidilfitir, mari kita saksikan kemeriahan hidangan makanan ala Hitalian untuk para tetamu di rumah terbuka raya tahun ini yang mendapat pujian melambung tinggi oleh Selena Gomez. 

(Jangan tak tau Selena Gomez suka makanan yang pedas pedas). Beliau siap tapaw lagi.

Foglie di Palma di Cocco

Bamboo Involucro Glutinoso

Salsa di Pesce Pasta

Pollo al Curry Con Patate & Brodo Vegetale

Satay di Pollo

Tagliare la Carne

Braciola di Pollo

Patate e Frutta al Curry

Rotoli Torta

Crostata al Limone

Tergeliat tak lidah nak sebut nama makanan? Sila gosok dengan minyak YuYee kalau lidah terkehel.

Alhamdulillah. Sesungguhnya Syawal tahun 2016 ni memang disambut oleh Supermeng secara bersederhana tetapi meriah !

Bercakap dengan Tuan empunya diri, Supermeng Malaya menambah, tahun ni, beliau merasa sedikit kekurangan kerana beliau rindukan satu perkara.

Perkara apa tu?

Lama dah dia tak travel !!!!

Kegatalan sudah mula melanda diri dan kaki............ !!! Teritip dan kulapuk hijau sudah mula membiak di buku lali. Dan beliau akan mempersiapkan diri untuk Trip Mega 2016 yang akan muncul tidak lama lagi..................................

Ke mana tu????? Biarlah ianya menjadi rahsia buat masa ni. ( macam la orang lain heran )

Tapi sebelum tu buat trip kecil kecilan ke Jeram Selangor untuk cuti cuti lite lite....

Jalan jalan melihat kawasan

Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor

Pantai Jeram, Kuala Selangor

Pantai Remis Kuala Selangor

Gi usha usha The Kabin di Jeram Selangor


Container-type boutique resort


Tak lupa mengisi perut di Aroma Ikan Bakar


Dan aktiviti menambah berat badan bersambung tanpa kesudahan.................

Akhir kata, detik Syawal yang mulia bakal pergi meninggalkan kita nanti. Semoga bertemu dengan Hari Kemenangan yang akan datang.

................Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini..

* peluk buluh lemang dan tabung kuih yang dah berkurangan...............

 ................Selamat Hari Raya. 
Maaf Zahir Batin....... 



Dilangit dibumi bertasbih
Memuji kebesaran
Mengalir air mata ini
Sedari keagungan
Maha Esa...

Jendela dan pintu di hati
Terbuka seluasnya
Memohon meminta menanti
Keampunan dari-Nya

Berseru bersahutlah kita semua
Bersyukur bertahmidlah kepada-Nya
Doa dan tangisan merayu
Merayu keampunan

Oh.. oh... oh...

Inilah hari kemenangan
Inilah hari keberkatan
Sebulan kita berpuasa
Menewaskan semua godaan

Inilah hari keampunan
Inilah hari kemaafan
Antara kita dan Yang Esa
Juga kita sesama insan

Maafkan atas segala merapu rapan tak bertepian. Ia adalah disengajakan. Sekian.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...