Showing posts with label Jungfraujoch. Show all posts
Showing posts with label Jungfraujoch. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Europe 2013 - Swiss : Jungfraujoch - Top of Europe

Jungfraujoch atau Jungfrau merupakan puncak tertinggi di Eropah dan di kenali sebagai Top of Europe dengan ketinggian 3454 meter dan terletak di Switzerland.

Pada hari-hari bercuaca baik, jarak penglihatan dapat dilihat sejauh ke Gunung Vosges di France dan Black Forest di Germany. Perjalanan kereta api ke Jungfraujoch melalui Eiger Mountain dan Mönch juga satu pengalaman yang luar biasa. 

Eigerwand (Eiger Mountain) dan Eismeer (Sea of Ice) adalah dua stesen perantaraan yang mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan.

Tau jenama outdoor product North Face tu? Ha... North Face tu lah sebenarnya terletak di Alps ini.

Enjoy the view.......


North Face ( Eiger Mountain)


Swiss Alps


Swiss Alps

Wengen Cogwheel

Lauterbrunnen

Swiss Village

Map
  

Suasana di Kleine Scheidegg

Tukar train di Kleine Scheidegg untuk ke Jungfraujoch

Gunung Monch dari kawasan Snow Fun di Jungfraujoch

Duduk sini confirm mandi seminggu sekali!

Bangunan-bangunan di Kleine Scheidegg

Ko berani meluncur tepi gunung tu?

Breathtaking view

Moh kita meluncur guna pelepah pinang

Agak-agak laku tak bisnes cendol kat sini?

Ski cable car yang mengangkut peluncur-peluncur salji ke atas 

Pemandangan dari Eigerwand on the way naik ke Jungfraujoch

Dinasihatkan pakai sunglasses anda kerana kawasan ini sangat menyilaukan mata 

Tempat tumpuan peluncur-peluncur ski mempamerkan kehebatan meluncur 

Pemandangan di atas awan dari Sphinx Observatory Jungfraujoch

Awas ketulan ais menghimpap kepala anda !

Yeay! Dah sampai puncak

Sejukkkkkk 

Apa? Ko nak tengok skill aku meluncur sambil buat ABC special?

Puncak tertinggi di Eropah

Pelbagai kemudahan yang dibina di dalam gunung! Amazing!

Subhanallah ! Indahnya ciptaanMu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...