Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Monday, March 23, 2020

ROADTRIP #keranamuCORONA

Bersempena dengan cuti persekolahan kali ni, aku dah merancang untuk roadtrip keluarga . Lagipun dah lama tak de trip ke oversea dan budak budak pun excited nak pegi bercuti.

Tup tup sehari sebelum memulakan roadtrip gaya santai ni keluar pulak perintah kawalan pergerakan susulan penularan wabak Corona Virus Disease 2019 - COVID-19 yang semakin mengganas bermula dari 18 – 31 Mac 2020.

Tapi aku dah buat perancangan ! 
Hotel pun semua dah tempah dah bayar ! 
Cuti dah approved kot !.....

Dah skodeng mana tempat nak singgah pegi dan melantak ! Takkan harapan setinggi gunung anak anak aku, dikuburkan sebegitu saja? 

Ah !

Gamble........ 

Tidak ku hirau arahan kerajaan. Biarlah orang kata degil pun. Peluang keemasan macam ni bukan selalunya datang !! Kalau kena tindakan pun aku rasa aku ada alasan untuk meneruskan plan ni. Sesekali melanggar arahan apa salahnya kan? Macam lah tak biaserrrr......

#icandoit

Maka begini lah perjalanan roadtrip gamble #coronaVACATION ni berlangsung !

Destinasi roadtrip percutian adalah ke Kuantan........... !



Dah lama tak ke sana.

Dan program nak melantak sini sana pasti dilengkapi untuk trip kali ni....

01. Menjamu selera di JAMAN TORY RECIPE dengan citarasa masakan tempatan dan resipi terbaik warga Kuantan.




02. Singgah di KULA CAKES untuk menikmati keenakkan kek dan pastry nya. Memang dah lama nak terjah ke sini.



03. Minum petang di WARONG POKSU & MOKSU. Tak sah tak pekena hidangan laut bercelup tepung.




04. Menginap 2 malam di SWISS BELHOTEL. Penginapan terbaru di bandar Kuantan !





05. Makan Malam di ANA IKAN BAKAR....dengan hidangan seafood yang segar.



06. Bersarapan pagi di EDA YASIN NASI MINYAK WARISAN, Tanjung Api...



Dan percutian tak berakhir di sini saja, dari Kuantan menjejak ke Desaru !


07. Melangsaikan tempahan penginapan selama 3 hari 2 malam di HARD ROCK HOTEL, DESARU.










08. Dan dah tentu menghabiskan keseronokan di Taman Tema DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK...






Dah tentu, keseronokkan dan peluang bercuti bersama keluarga yang di cari dan aku harapkan.

Jadi fikir balik.... 

Jumpa ke keseronokkan yang aku cari? Happy ke? Puas hati ke melanggar peraturan kerajaan walhal kerajaan buat tu atas dasar untuk kebaikan aku sebagai rakyat Malaysia ?

Hey !! Aku tak de lah jahat mana. 

Aku tau betapa sakitnya kena lung infections, tercungap cungap macam dah nak gol !! 
Aku pernah rasa seksanya duduk ICU dengan mesin mesin bersambung ke tubuh menumpang nyawa dan bantuan oksigen !!
Tak lalu nak makan walaupun hidangan semua yang sedap sedap di depan mata !!!

No ! Demi kesihatan dan menghindari dari terkena penularan wabak ni aku memilih untuk STAY AT HOME !

Benda benda di atas semuanya hanyalah khayalan dan angan angan yang aku dah rancang.



Di bawah sinar purnama
Di bawah pohon kenangan
Terdengar bunyi irama
Lagu menawan sukma

Wajah si dia menjelma
Senyum yang manis menggoda
Ingin hatiku bersama
Nak bercengkerama

Tapi dia pemalu
Berdiam membisu
Timbul was was hatiku
Siapakah teruna itu

Ku cuba hulurkan tangan
Wajahnya hilang
Perlahan lahan
Terkejut dari impian
Hanya angan angan

Tapi dia pemalu
Berdiam membisu
Timbul was was hatiku
Siapakah teruna itu

Ku cuba hulurkan tangan
Wajahnya hilang
Perlahan lahan
Terkejut dari impian
Hanya angan angan

Luckily hotel hotel yang aku dah booking dia orang called balik dan batalkan reservation dan bagi refund (walaupun belum dapat dapat lagi).

Tak kecewa. Dan aku rasa ini keputusan yang terbaik yang aku pilih sebagai seorang manusia dan rakyat Malaysia... 

#FIGHTCOVID-19

Boleh usha movie ni kalau time tak tau nak buat apa and fahamkan cemana virus ni boleh merebak walau tanpa kita even realized. Tonton dan fikir sendiri how bad this thing can be.



Let's play our role to keep our country safe. It can be tough and rough to live through the Controlled Movement Order, but we've got to help prevent the spread of the virus.

Stay safe at home everyone, keep calm and stay sane ! 

#dudukrumah
#dudukdiamdiam
#mereputituindah
#stayathomeisawesome
#besafe
#keranamucorona

p/s collections of photos from google and respective Facebook page. Ada watermark sebab aku preset untuk auto resized.

Monday, December 30, 2019

DEC 2019 | A Sweet End to The Year

Cuti dan aktiviti di bulan Disember 2019......

Berada di KLIA menanti kepulangan kesayangan kesayangan yang selesai mengerjakan umrah....


Alhamdulillah, selesai dan mereka selamat kembali pulang. Cuma anak dara aku demam sepanjang masa di Mekah.



Sementara tu di KL....



Layan anak bujang aku tengok wayang................. dan santai cuti cuti staycation................ !




Kali ni menginap di The RuMa Hotel & Residences, Kuala Lumpur.













The expectation was high sebab ni hotel terbaik di KL setakat ni dan sesungguhnya aku berpuas hati. Everything was excellent and memang terbaik !

Pastu balik kampung sat.



Dan kenikmatannya adalah dapat makan makanan yang sedap sedap.....termasuk Lemang Tok Ki..



First time singgah dan dapat rasa. Memang sedap lah dapat makan lemang dan rendang walau di luar musim perayaan !

Nanti aci singgah lagi...

Dan kembali ke ibukota........................




Buat persiapan untuk musim persekolahan tahun depan yang bakal bermula......

Tahun ni kami ke Sogo mencari barang barang dan kelengkapan.................








Fuh ! 

Bersenggol senggolan dengan orang ramai mencari barang. Lagi haru sebab kurang mendapat kerjasama dari yang nak sekolah.

Tiap kali nak sekolah ni lah isu nya. Macam aku pulak yang nak sekolah ! Kena bersiap sedia fizikal dan mental. Nasib 2 orang jer.

Siap kena gula gula nak bagi mereka senang bekerjasama...



Dan aku memang expect orang ramai etc... Jadi malas nak berpenat penat, kita menginap je dekat area berdekatan Sogo tu....





Dan siapa sangka, service apartment yang kami sewa tu adalah lokasi shooting drama Sofea Adellea nih !


Siapa layan?

Eh. Tak caya?


Sama tak lukisan kat belakang Mirah Filzah tu?


Bantal mamat ni?


Aksi Mirah Filzah dan lakonan semula anak aku bukak peti sejuk ! Ahaks

Dan yang ni..................



Tak perasan pun memula since aku tak de lah follow pun, tapi bila tertengok terus rasa macam...... lokasi yang sama !

Maybe aura ke-artisan kami sangat kuat... Maklum lah sesama artis.

* pitam...



Sementara itu, ..............................di ruang galaxy far far away...... 



....finally the ending of the story that began 42 years ago and spans generations.

Manakala di bumi....




Cubaan mencerap gerhana namun gagal nak dapat cincin nak pinang MF............. eh, perlu ke aku tunjuk tangan gergasi nak kasi sama macam tangan MF ni?


Apa apa pun selamat menempuh hari hari terakhir tahun 2019 ni..... Manis manis belaka benda benda to end the year.


Semoga muncul tahun 2020 kelak dengan kehidupan lebih terang & 1001 kemanisan................ !

Kan Mira kan?????? Manis ke Mirah?

Selamat bercuti dan selamat ber-travelan bagi yang ambik peluang mengembara di pengakhiran tahun ni !!!!

Terus sukses !



Jika muram duka yang datang melanda
Mendung bukanlah pengakhir segala-galanya
Senyumah sayangku, besarkan hatimu
Jangan biarkan secalit lara mengganggumu

Bangkit serta percaya keindahan menunggu

Bintangkan bersinar walau gelap datang
Di tepat pada waktunya
Matahari ada tetap terang dan ceria
Jadi janganlah kau diam saja
Wahai oh sayang intan payungku
Percayalah hari esok pasti indah

Selingan yang indah di balik gelisah
Jadi penawanan resah di hati yang gundah

Bangkit serta percaya keindahan menunggu

Bintangkan bersinar walau gelap datang
Di tepat pada waktunya
Matahari ada tetap terang dan ceria
Jadi janganlah kau diam saja
Wahai oh sayang intan payungku
Percayalah hari esok pasti indah

Andai badai datang singgah
Tetap kau berlayarlah

Bintangkan bersinar walau gelap datang
Di tepat pada waktunya
Matahari ada tetap terang dan ceria
Jadi janganlah kau diam saja
Wahai oh sayang intan payungku
Percayalah hari esok pasti indah

Esok pasti indah
Jadi janganlah kau diam saja
Wahai oh sayang intan payungku
Percayalah hari esok pasti indah
Ooo
Esok pasti indah
Esok pasti indah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...