Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Sunday, August 7, 2011

Kuching Miaw Miaw - Ep 5

Anyway. Esoknya hari terakhir aku di Kuching, aku bangkit awal pagi.

Kemas kemas beg pastu ready untuk check out.

Aku ada plan penuh satu hari, so aku tak akan berkesempatan nak balik untuk check out tengahari. Maka dengan itu aku check out siap siap lah. Nasib baik hotel tu boleh jaga beg aku. Memang OK la hotel tu, banyak service tambahan dia boleh beri tanpa sebarang charge. Dah lah siap print kan aku punya boarding tiket lagi sebab aku check in online tapi tak boleh nak print. Senang mereka tolong print kan.

Dan pagi tu aku ada tujuan yang perlu di lakukan.

Hotel menyediakan van ke Kampung Budaya Sarawak dengan harga RM20 pergi balik. OK lah tu. 

Tapi aku kena bernaik naik van dengan orang lain lah. Tak kisah. Ada kerusi untuk aku, janji aku selesa dan sampai di tempat yang di tuju.

Pagi tu sempat breakfast dulu di cafe di lobby hotel. Makanan dia agak menarik dan sedap. Murah pulak tu. Macam set nasik lemak semalamnya, hari ni mee goreng dengan harga yang sama. RM5.50 !


Nampak yummy kan?

Memang sedap pun. Cuma aku kena cepat cepat sebab aku takut kena tinggal dengan van.

Tu pun sempat hisap rokok separuh je, Van dah datang menunggu nak angkut aku ke Santubong !

Van tu sebenarnya pick up dia ambik orang dari satu hotel ke hotel yang lain. Kena book dulu siap siap kat lobby then baru dia buat arrangement. Siap dia boleh belikan tiket sekali ke Kampung Budaya dengan harga RM60 !

Harga tu standard sebenarnya, tapi Ishak ada bagitau aku, kalau kau orang rajin, jangan beli dulu. Sila ke Damai Beach Resort kat lobby dia tu ada satu tourist agency, dia jual tiket dengan harga RM55. Kalau kat pintu masuk ke Kampung Budaya  pun harga dia sama jugak RM60. Cuma kalau dia jual kat agent mungkin murah sikit lah. Sebab tu hotel tu beriya iya suruh aku beli tiket dengan dia orang so dia orang adalah dapat diskaun sikit kot.

Perjalanan dari Kuching ke Santubong mengambil masa lebih kurang 45 minit. 

Jalan tak berapa jem. Sepanjang jalan tu macam macam lah aku boleh tengok. Nampak lah Pasar Satok yang glemar tu. Tapi aku rasa nampak macam pasar biasa je. Orang memang ramai, macam macam di jual nya termasuk lah kereta !

Tak de aku nak menyinggah pun. Duduk dalam van diam diam menikmati keindahan sekitar dan akhirnya aku sampai ke Santubong.

Van pegi hantar orang ke Damai Beach Resot dulu lepas tu baru hantar aku ke Kampung Budaya.



Dan macam aku cakap lah, tiket masuk pun sama jugak. RM60 !

Nasib aku memang baik jugak lah, masa tu tak berapa ramai orang nak masuk. Dan timing aku tepat sebab show dia bermula pukul 11.30 pagi. Just nice untuk aku menonton show dia di auditorium tu.

Memang la nampak kat luar dah tak de orang, rupa rupanya semua orang dah masuk dalam tu nak menunggu show !

So aku ambik tempat, dan ready je untuk menonton. Tak de apa apa expectation pun sebab aku ni bukan lah peminat benda benda budaya ni sangat. Aku just layan kan saja.

Memang dalam tu dah penuh orang memenuhi kerusi yang ada. Masing masing dengan kamera. Ada ramai jugak anak anak kecik semuanya macam excited.

Aku pun tunggu la sehingga lah show di mulakan.









Show dia macam biasa lah. More to kebudayaan. Tarian tarian dari suku kaum yang terdapat di Sarawak ni. 

Semua menari nari lah. Cuma ada satu show dari kaum Penan kot dia menyumpit dan siap jemput penonton lagi. Yang tu aku rasa menarik dan agak fun. Yang lain lain tu biasa je lah. Menari menari sampai letih, masuk tukar baju dan keluar lagi menari.

Dan aku rasa biasa je benda ni. Cuma kalau tak de show ni, memang lagi bosan kunjungan ke Kampung Budaya Sarawak ni. So pastikan, datang dan dapat menonton show ni. Jadual dia pukul 11.30 pagi dan juga 3.30 petang. Tu je. 2 kali sehari.

Kalau miss show ni, maka datang sini buat lawatan kosong je lah.

Dan yang part akhir tu dia akan jemput la sesiapa yang berminat nak menari boleh menari bersama sama di atas stage bersama penari dia.

Masa ni mungkin fun sikit lah, tapi aku still tak berminat nak join sama. Aku lepak tengok orang kejap sebelum aku mengambil keputusan keluar je sebelum orang lain nanti berpusu pusu nak keluar sama.

Keluar tu aku start berjalan di kawasan sekitar Kampung Budaya.

Kiranya tempat ni more to live muzium lah. Ada rumah rumah yang mengambarkan kaum kaum di Sarawak ini. Ada lah rumah Melanau, Penan dan sebagainya. Dan di setiap rumah ni, ada lah orang orang yang sibuk konon konon menunjukkan aktiviti harian kaum kaum tersebut siap dengan pakaian pakaian mereka sekali.

Dan tu lah, aku ni tak berapa gemar sangat, aku just jalan jalan pusing pusing macam tu je lah.

Layan kan je gegambar ni hah. 











So tu je lah. 

Aku just buat satu round je.

Rumah rumah tu ada yang aku masuk dan ada yang aku tak masuk.

Sebenarnya aku masih penat lagi. Penat dek kerana Bako semalam tu. Kaki masih sakit. Aku rasa nak berjalan pun lemah je. Memang dah tak de mood nak merayau dan jalan lebih lebih. Dengan kaki melecet nya. Dengan lenguh kaki je. 

Mood pun tak berapa bagus dek kerana kepenatan ni.

Tapi memang bagi aku Kampung Budaya ni macam biasa je lah. Memang lah wajib pegi bagi yang belum pernah pegi, tapi nak pegi lebih pada sekali tu aku rasa tak berbaloi lah sebab harga tiket dia pun macam agak mahal kan.

Cuma kalau nak mengenali kaum kaum di Sarawak ni, ini lah tempat yang paling baik sebab semuanya dapat di saksikan di satu kawasan ni. Lagipun orang kata, tak sah tak pegi Kampung Budaya kalau kita ke Kuching ni.

Tapi yang menarik, aku jumpa satu pakcik ni dengan wife dia. Bini muda la kot sebab bini dia muda. Yang menariknya, kamera pakcik ni power gila. Dia pakai Mark 1 ke apa. Dah lah tu 2 ketul okeh ! Siap dengan tripod sekali.

Impress sekejap. Buat aku rasa macam nak sorok je kamera aku.

* malu nyah............

Dan dia orang laki bini bersungguh sungguh la shooting dan posing sesama sendiri. Memang hebat. May be orang kaya la tu kot.

Memang aku tak spend masa yang lama kat Kampung Budaya tu.

Pusing dan lepas tu aku terus keluar.

Aku ke pantai. Ada port baru kawasan yang baru siap lah untuk lepak lepak. Ada tempat makan semua. Tapi tak de yang menarik jugak pun.

Just pusing pusing kat situ je.



Memang tak de apa yang menarik sangat kawasan ni. Pantai dia pun kecik je.

Cuma di kawasan ni jugak ada satu resort nama dia Damai Beach Resort terletak tak jauh dari Kampung Budaya di kaki Gunung Santubong ni.

Ada satu lagi resort sebenarnya nama dia Damai Puri Resort and SPA.

Aku dah tak tahu nak ke mana, fikir fikir dua tiga kali, nak masuk Damai Puri tu macam jauh ke atas pulak, akhirnya aku menapak pegi ke Damai Beach Resort tu je.

Sebenarnya tak de lah jauh sangat, tapi sebab aku sakit kaki so aku rasa macam penat gila. Menapak sampai ke hotel tu dan tengok apa yang menarik.

Biasa je, cuma ramai lah orang kat situ.

Jalan jalan riki pantai dia. Pastu aku dah tak tahu nak buat apa.



Memula aku ingat nak lepak kat restoran dia makan lunch buffet. Tak mahal pun. RM38. Aku dah tanya siap siap, tapi lepas tu aku nampak sesuatu yang menarik.

Hotel tu ada SPA !

Wah. Terus abang rasa terkinja kinja nak mencuba.

Kaki dah la sakit ni kan? Aku pun riki riki kat lobby tu. Tapi masalahnya SPA dia tu kat bahagian atas bukit. Mampus kalau aku nak kena menapak.

Tapi tak pe. Pihak hotel menyediakan pengangkutan ke sana. Aku just call SPA tu buat booking pastu arrangekan dengan orang kat lobby tu dan ada van hantar aku ke atas sana.

Terus abang rasa excited !

Yey. Ada masa  ni baik la aku memanjakan diri sendiri di sini.  Abis tu dah tak de apa aku nak buat. Nak balik ke Kuching, aku dah bagitau orang Van tadi, aku nak balik pukul 3 nanti. Tengok jam masa tu baru je pukul 1 tengahari.

So SPA adalah cadangan yang baik.








Van hantar aku ke tempat SPA dia di block bahagian atas bukit.

Nama SPA dia adalah Borneo Odessey Spa !

Dan kebetulan jugak, masa tu Happy Hour ! So harga SPA adalah 50% off.

Yey. Abang gembira bukan kepalang. Menarik jugak tu. Harga asal body massage dia adalah RM190. So kalau tolak 50 % diskaun murah lah tu. Mana lagi nak dapat murah murah di hotel 5 bintang macam ni.

Hebat.

Aku jadi excited.

"This way Sir"

Yang jaga kaunter tu bagitau aku. Aku ikut je.

Sebelum tu dia dah suruh aku duduk kejap dan dia jamu aku dengan air halia. Biasalah kalau nak urut tu minum air halia bagi buang angin angin dalam badan.

Aku dok snappy snappy sesuka hati je.

Hiks.

Lawa uols tempat dia. Biasalah abang feeling feeling berada di tempat mewah dan di layan dengan mewah.

Pastu dia bawa aku ke satu bilik yang memang khusus untuk urut mengurut ni. 

"U ke urut I?"

Aku tanya dia.

"Yes"
"Huh? Tak de orang lain ke?"
"No Sir. For Happy Hour, Cuma ada I jer"

Tertelan air liur aku sekejap.

Budak tu adalah Nyah !!!!!!!!!!

* koma dengan mulut berbuih.

Terus abang di landa debaran yang maha dasyat. Motip kalau Nyah yang urut aku, dah tak Happy Hour namanya ! Ni dah jadi Bencana Hour !

Tapi tu lah alasan dia. May be jugak dia trainee ke apa dan aku tak leh complain lah sebab dia dah bagi harga diskaun tu kan. Nak tak nak terpaksa lah. 

Redha.

"U can change first Sir. And rest here. I will come back"
"OK"

Aiyo. Lembut semacam je aku rasa. Dengan rambut kaler kaler.

Naik seram lak aku di buatnya.

Dalam hati berdoa. Jangan lah apa apa jadi. Mak tak rela di goda nyah !!!

Tapi aku lepak dulu layan. Sempat lagi snappy snappy nih. Hiks







Towel dia macam menarik kan?

Tapi abang tak paw sebab tak bawak beg. Takkan la aku nak ambik pose pose buat tudung !

Hiks.

Lepas aku lepak tunggu Nyah tu datang. Then dia muncul.

"U dont provide short ke?"

Aku tanya dia. Ya lah. Aku pakai bathrobe dia tu tapi dalam aku still pakai spender aku. Kang kena minyak minyak how? Kalau macam kat Sembunyi tu ada gak dia sediakan short. Dan kalau mana mana tempat lain pun at least ada disposable underwear tu. Tak de lah aku risau, seluar aku berminyak nanti.

"I am sorry Sir. We dont have"

Tu jawapan dia. So aku tak kisah. Terima je lah.

"U can take off your underwear if U want to Sir"

Gulp.

Masa tu aku dah terlentang atas tilam dia tu.

"Then I will be naked? Nevermind"

Tak kuasa lah aku nak bogel depan dia ni. Ntah hapa hapa je. Ada ke suruh aku bogel. Tak de faedah.

Tapi dalam hati aku memang macam macam aku fikir.

Berdoa pada Tuhan jangan la ada apa apa yang tak di ingini berlaku.

Start dia sentuh aku tu, aku pejam mata dan bayangkan.

Ulang 40 kali.

Dia adalah pompuan !
Dia adalah pompuan !
Dia adalah pompuan !

Tangan yang lembut yang menyentuh tubuh aku ini adalah pompuan !

Tanam dalam pemikiran ! Jangan sampai menyimpang. Kang tak pasal pasal ada orang kena terajang kan.

Tapi dia OK lah. Cara dia urut memang best. Lembut semacam je. Jangan aku pusing bukak mata tengok dia sudah. Terus aku di serang dengan mimpi ngeri !

No !!!!!!!!!!

Sampai tertidur tidur aku di buatnya.

Sampai la dia kejut aku suruh telentang. Masa tu aku terlentang dan aku rasa makin ketakutan. Anytime je dia boleh raba aku. Bila dia pegang peha dan perut tu aku rasa macam aku tarik nafas dalam dalam.

Jangan ! Jangan ! Dont touch ! Dont touch !

Tolong jangan raba saya. Saya masih teruna.

Tapi dia professional lah. Tak de apa apa yang berlaku. Lepas dia abis urut aku dalam masa satu jam tu. 

"Sir. I am done"

Dan dia terus keluar. Hah. Lega. Nasib baik aku tak kenal cabul.

So aku ambik masa. Lepak lepak. Hisap rokok. Menikmati keindahan pantai Damai dari belah atas pulak sambil pose pose mandi di bilik mewah. Hah. 

Seronok jugak lah.

Lepas abis aku mandi semua dan bersiap. Aku pegi bayar dan aku bagitau dia suruh panggil orang ambik aku kat atas.

Masa tu aku baru sedar dah nak dekat pukul 3 !

Mampus. Aku takut van tu tinggal aku. Mati lah aku tak balik ke Kuching.



So aku tunggu la van ni datang pick up aku kat atas.

Lambat pulak tu. Keji je aku rasa. Puas aku tekan tekan loceng suruh mereka datang cepat. Tapi hampeh.

Aku cuak. Takut pengangkutan aku pukul 3 tu dah blah tak tunggu aku. Nasib baik aku ada nombor phone abang tu then aku call dia.

"OK. Tapi jangan lambat ya"

Tu je pesanan dia. Masalahnya aku bukan nak lambat tapi pick up aku tak datang ambik aku lagi ni. Takkan aku nak berlari turun ke bawah.

Dekat 15 minit jugak lah aku tunggu. Akhirnya pick up datang.

"Cepat sikit ya. Transport saya balik ke Kuching jam 3"
"Abang dah booking ke?"
"Dah"
"Saya rasa dia dah masuk tadi, mungkin sekarang dekat Kampung Budaya. Saya hantar abang terus ke sana lah"

Argh. Lega !

Tak payah aku nak menapak berlari lari lagi.

So sudahnya, dia hantar aku ke Kampung Budaya dan memang betul van tu tengah tunggu aku kat sana. Memang nasib baik betul lah.

Lega rasanya. Masuk Van terus aku di culik balik terus ke Kuching.

Nasib baik. Tapi memang timing aku baik hari tu.

Sampai di Kuching aku dah tak tau nak lepak mana. Balik ke hotel then aku pegi makan sekali lagi kat Chillipepper sebelah Hotel Liwah tu. Ya lah. Aku kelaparan masih belum makan lagi hari ni.

Menu aku hari ni. Nasik Goreng Cina. Ayam masa Sweet Sour dan air Asam Boi.

Memang inzal !



Harga pun berpatutan.

Makan dengan kenyang. Tapi kaki aku lepas kena urut makin sakit.

How?? Macam nak cramp pun ada. Urat urat semua sakit. Aduh. Tak boleh jadi ni.

Lepas makan tu aku balik hotel. Bilik dah tak de, so aku lepak kat lobby dia tu je. Siap tertidur lagi. Mengantuk gila. Aku tunggu pick up hotel yang akan hantar aku ke airport tu lah.

Kat 2 jam jugak aku terlelap. Bukak bukak mata nampak orang lalu lalang kat lobby tu. Aku dah tak pedulik. Memang letih baru terasa. Lantak la dia orang dengar aku dengkur ke apa. Yang penting aku dapat tidur.

Kat pukul 7 aku terjaga.

Pick up hantar aku ke airport sepatutnya jam 7.30 malam.

Tapi mamat tu baik jugak la, dia kata sebab aku sorang je, so dia hantar aku cepat lah. Lagipun dia takut aku tak sempat sebab flight aku pukul 9 malam.

Dia terus hantar aku ke airport.






Sampai airport terus rasa lega.

Ada masa lagi. Tapi lepas tu aku cuak sebab aku rasa aku overload dengan barang barang.

Ya lah. Aku tak de ambik luggage. Dengan kamera. Dengan lappy. Pastu dengan kek lapis. Aku jadi macam tak tentu hala.

Nasib baik lah tak de orang timbang. So aku selamat masuk flight.

Dan flight dari Kuching ke LCCT bergerak lancar. Akhirnya tepat jam 10.30 malam aku selamat mendarat.

Adik aku dah pun siap siap menunggu.

Trip Kuching ni aku rasa menarik cuma sebab Bako tu suck up semua tenaga aku dan aku jadi lemah dan kepenatan yang teramat sangat. Tapi aku puas hati, sekurang kurangnya, aku dan tanah Borneo tidak asing lagi.

Inysa Allah, ada masa aku mahu sampai ke sini lagi. Masih banyak tempat perlu di explore. 

Saturday, August 6, 2011

Kuching Miaw Miaw - Ep 4

Lega.

Tu je lah yang boleh aku katakan bila aku pasti aku dah sampai ke tempat yang aku patut tuju.

Lepak kat atas sekejap menikmati keindahan alam. Betapa besar nikmat Tuhan bagi. Keindahan alam seperti ini dan nikmat mata dan pancaindera untuk aku merasai keindahan serupa ini.

Insaf sekejap.



Dari atas tebing tu nak turun ke pantai memang masalah jugak.

Memang cerun dia mencanak naik lebih kurang 80 degree. Tapi nasib baik la sebab turun kan. Pastu ada tali dan sebagainya. Boleh je kalau datang dari arah ni naik bot dan panjat bukit ni, tapi memang muntah darah lah aku rasa. Lagi steep pada yang aku naik tadi.

Tapi keindahan memang tak terkata cantiknya. 

Aku puas hati. Walaupun aku terpaksa berjalan jauh, sekurang kurangnya aku rasa setimpal dengan penat lelah.

Turun ke pantai, mat salleh dua orang tadi dah siap siap baru nak mandi. Dia orang pun baru sampai sebenarnya. 

"You made it !"

Dia orang menjerit. Aku senyum je lah. Pastu ada beberapa puak anak cina dok mandi manda tengah berseronok seronok. Memang tak de orang lah kat pantai tu. Best kan dapat pantai tu untuk diri sendiri walaupun untuk sehari.

Air dia memang superb. Memang cantik la tempat tu. Tak tergambar dengan kata kata.

Pakcik bot memang dah sedia menanti. Dari dia nampak aku tadi dia dah lambai lambai tangan.

"Nak rehat dulu??"

Dia menjerit. Aku angguk.

Aku ambik pot tepi batu tu dah melepak kat situ hilangkan penat. Memang penat.



Dekat setengah jam aku duduk melepak kat situ menikmati keindahan alam. Pakcik tu tunggu kat bot sampai lah aku bagi dia signal dan aku ingat nak harung je air tu sampai ke bot.

"Tak apa. Tak apa. Tunggu di situ. Nanti basah"

Dia tahu aku malas nak berbasah kot. Lagipun aku pegang camera semua. Dia datang ke arah aku. Siap terpaksa berkayuh lagi. Baik pakcik ni.

"Sudah?"
"Hah. Pakcik. Penat. Saya rasa mahu pengsan"

Dia gelak gelak.

"Ambik ni air"

Dia siap bagi aku air mineral sebotol. Lega. Sayang pakcik ni. Rasa nak peluk je. Hiks. Memang aku perlukan air. 

"So boleh bergerak ya?"

Aku angguk. Ambik pot dalam bot tu. Rasa lega tak terkira dapat minum air dan dapat naik bot. Sekurang kurangnya aku pasti, perjalanan aku pulang tak de lah sesiksa tadi.

Dari pantai Pandan Kecil tu kami bergerak ke sebelah bukit tu di mana di situ lah terletaknya Seastack tu.

Dari jauh dah kelihatan dan aku tambah teruja.





Puas !

Sea stack ni lah mercu tanda Bako. Mana mana kalau orang sebut Bako, itu lah signature dia. Gembira di hati aku dapat tengok dengan mata sendiri. 

"Tak pe. Pakcik berhenti"

Pakcik tu baik betul. Kejap dia berhenti pastu aku dok snap lagi. Pastu dia pusing kayuh slow slow batu tu dan aku ambik lagi.

"Pakcik, ke sana sikit boleh"
"Boleh"

Dia ikut je apa arahan aku. Hiks. Memang terbaekkk pakcik nih !

Puas bergambar kat situ, pakcik tu bawak aku ke batu lain pulak. 

Selain dari batu berbentuk kapal tu ada beberapa lagi batu bertenggek kat situ. Ada yang berupa macam kepala kuda laut dan juga singa !!!




Tu lah keajaiban alam semulajadi !

Tak syak lagi kenapa Bako di wartakan sebagai Taman Negara kerana ianya menyimpan misteri tersendiri.

Pakcik tu cerita kat aku, dulu dulu. Ada sorang orang alim ni bertapa di batu tu lah. Sampai dia mati. Dan masa dia mati, ada tanda dia tulis nama Allah dengan jari dia je kat batu tu.

Wallahuallam.

Aku ambik masa beberapa ketika sebelum meminta pakcik tu bergerak meninggalkan Bako dan pulang ke pengkalan.

Cuaca indah. Hati aku puas. 

Bot menyusuri Laut Cina Selatan sebelum memintas masuk ke Sungai Bako. Kelihatan Gunung Santubong dari kejauhan.

"Pakcik ! Sini ada...?"

Aku tak berani nak sebut. Aku tunjuk dengan tangan je.

"Apa? Buaya?"

Cabul kan mulut pakcik ni. Sebut kuat kuat.

"Ada. Di sana ada satu..."

Dia tunding jari buat aku jadi seriau. Kalau la apa apa jadi, buaya tu makan aku dengan handphone handphone aku, abis lah terkena radiasi !

Padan muka kau buaya ! So jangan makan aku. Nanti kau kena cancer !







Akhirnya bot selamat berlabuh semula.

Tengok gambar bot last tu. Kerusi dia kerusi lama rumah Makcik Mona okeh.

Mak aku derma kat sini kah?? Hiks.

Mati la sapa naik terus terbabas tak de airbag tercampak dalam sungai kena ngap buaya. Takut.....

Sampai kat jetty, aku buat pembayaran kat pakcik tu. Macam yang kami plan lah. Harga tiket one way RM47 x 2 dan harga dia ambik kau dekat Teluk Pandan Kecil tu tambah RM35.

Rezeki pakcik tu. Yang penting dia baik dan ikut je kerenah aku. Terima kasih pakcik !!

Dari jetty tu aku kena fikir cemana nak balik ke hotel pulak.

Aku dah tanya kakak kat situ, dia kata bas setiap sejam. Bas baru je bergerak masa tu, so aku kena tunggu lagi satu jam. Aduh. Lama la pulak tu. Bas Tune Hotel pun ada pagi je. Kalau bas harga dia RM3.50 jer.

Tengah aku mengelamun hisap rokok tiba tiba ada satu mamat ni tegur.

"Mahu balik ke Kuching?"
"Ya"
"Mahu kereta?"
"Huh?"
"Saya hantar kan mahu?"
"Berapa?"
"Hmmm RM40"
"Tak nak lah. Mahal"

Pastu dia pujuk pujuk aku balik semula, then aku berkeras tak nak.

Aku duduk lepak mengelamun sekejap then dia lalu lalang depan aku tak sudah sudah, akhirnya aku buat deal dengan dia.

Aku suruh dia hantar aku ke Semenggoh Wildlife Park !

Semenggoh ni adalah kawasan hutan di mana, Orang Utan yang asalnya dulu sakit dan yatim piatu, di bela. Tapi tidak di bela dalam sangkar ke apa. Dia di lepaskan ke dalam hutan. Cuma di bagi makan je. Aku rasa memang menarik nak tengok sebab Orang Utan ni semua liar. Bukan yang jenis kita boleh peluk peluk tu.

"RM100"
"Ah. Mahal"

Dia nak charge aku RM100. Dia hantar aku ke Semenggoh pastu tunggu dan hantar aku balik hotel. Tapi aku dah check dekat hotel, ada transport ke Semenggoh tu pun dah kira RM35. Lagipun aku tak de banyak masa. Masih awal ni kalau aku langsung boleh terus ke sana kan lagi baik. Sekurang kurangnya petang aku terisi.

Akhirnya aku nego dengan dia, dan aku bayar dia RM60 ! 

Take it or leave it.

Dan dia bersetuju. Benarnya dia pakai kereta kakak dia je. Siot je mamat tu. Tapi nak cari duit lebih punya pasal. Sanggup ni. 

So aku tak fikir panjang. Aku rasa idea yang baik untuk jimat masa walaupun aku terpaksa bayar lebih sikit.

Dari Bako dia memandu MyVi dan hantar aku terus ke Semenggoh. Semenggoh ni terletak di the other side of Kuching, tapi kami tak masuk town, dia ikut jalan short cut dan terus je ke sana. Jimat masa.

Kami kena cepat sebab sesi bagi makan kat Orang Utan adalah pukul 4.30 petang !

Jadi terkocoh kocoh la dia memandu. Nasib lah dia terror. 

Mamat ni, nama dia Ishak. Dia sebenarnya guide kat Bako. Dia kata dia ada nampak aku kat Bako tadi masa kat Park Office tu, tapi aku lah tak perasan dia. Aku cerita kat dia aku bagai nak mati kat atas tu dia gelak gelakkan aku je.

Best jugak borak borak dengan dia. Yang tak tahan tu, dia tanya aku.

"Abang kenal Salma?"
"Salma mana?"
"Yang menang Mentor 5 tu"
"Oh. Tau lah tapi tak kenal"
"Saya minat Shiha"
"Haaa?"

Tu je yang dia nak bagitau aku. Aku gelak je lah.

"Di sini, mana rumah artis artis?"

Aku tanya dia pulak.

"Hafiz tu semua tinggal di Petra Jaya"
"Camelia"
"Oh.. itu rumah dia besar bang.. di Petra Jaya juga"
"Dayang Nurfaezah?"
"Dayang tu dulu, dia asalnya di kampung. Tinggal dekat Bako. Tapi biasa lah lepas jadi artis sudah pindah ke Kuching"

Apa???

Dayang Nurfaezah dari Bako???

* koma.

Motip la kau Dayang, feeling feeling Beyonce padahal dulu duduk kat ceruk Kampung Bako sajork !!

Hiks.

Dan Ishak memandu terus ke Semenggoh Wildlife Park.

Tempat dia hutan lah. Nak masuk kena bayar RM3. Tapi aku cakap Ishak tu tourist guide aku, so dia tak perlu bayar.

Masalahnya, nak masuk kawasan hutan tu, kereta kena parking luar. Jenuh pulak nak kena berjalan masuk ke dalam. Ada kat 200 meter lagi masuk dalam hutan tu. Berlari lari aku ke sana sebab orang kat situ kata, dia tengah bagi makan.

Memang ramai la orang yang keluar masuk nak pegi tengok. Masa ni nampak lak makcik makcik dengan mengahnya jalan masuk hutan dengan baju kurung bagai. Abang masa tu dah fit sikit, laju je lah. Tapi kalau melepasi makcik makcik tu, siap nafas nafas dia orang boleh dengar.

Hiks.

Rasaain !!

Tapi dalam tu rupanya dah ramai orang menunggu.

Dia macam ada satu pelantar dalam hutan tu untuk tengok Orang Utan keluar dari hutan dan makan. Memang banyak la time tu dia orang tengah makan. Makan pisang dan sebagainya.

Yang bestnya, ada sekor tu, besar gila. Nama dia Limah !

Dari belakang macam hantu Kak Limah !



Tapi very the pemalas.

Lepas makan terus terbongkang tidur. Bukan nak bangun pose pose sebab orang ramai tengah menunggu ambik gambar dia orang dari pelantar ni hah.

Tapi kalau tengok di persekitaran memang banyak la kaum kaum mereka bergayutan atas pokok. 

Ada yang dengan anak. Ada yang solo molo dan ada jugak yang pose pose termenung.

Orang Utan ni semua jenis liar, so mereka tak boleh di dekati. Dia orang boleh jadi defensive dan boleh menyerang !




Tapi dalam banyak banyak Orang Utan tu, ada sekor ni sangat lah friendly.

Dia bergayut dari atas pastu turun berani dia datang dekat dekat orang ramai kat pelantar ni.

Siap pose pose lagi.

Orang ramai apa lagi lah menjerit jerit. Tapi sebenarnya larangan dia situ adalah tak boleh buat bising ! Ramai jugak yang datang dengan camera pelbagai jenis. Setakat kamera aku yang boleh zoom 200 meter tu apa lah sangat. Dia orang punya gedabak gedabak lagi, macam nak tercucuh hidung jer.

Dan ini lah yang friendly tu. Nama apa pun tak tahu. Lama pulang tu dia datang dekat. Siap bagi pose paling mengancam untuk orang ambik gambar dia.




Aku tak berada lama dalam hutan tu sebab orang pun makin ramai.

Bersesak sesak. Dengan macam macam bau dan berpeluh semuanya. Ya lah dah nak kena trekking jugak nak masuk dalam tu mesti la berpeluh. Kalau yang ada anak kecik tu memang kena dokong la dengan mak ayah mereka.

Satu hal pulak.

So on the way keluar, Ishak tunggu aku kat luar.

Rupanya kat belah luar tu ada Orang Utan jugak tengah pose pose makan di situ.

Ni hah. Nama dia Richie !



Dia tengah pose pose bergayutan dengan anak dia sambil makan.

Bersantai gamaknya. Anak dia cute, duduk bergayut ke sana ke mari tapi last last balik jugak kat bapak dia.

Dan, Richie ni adalah raja segala Orang Utan kat sini. Bak kata orang kat situ. Richie ni macam pailang lah. Dia ketua. Kalau dia makan, yang lain memang tak kacau. Kalau dia berjalan, yang lain bertempiaran lari. Memang dia garang.

Ramai jugak la orang dok tengok Richie ni dok melepak lepak kat situ.

Tiba tiba Richie ni penat melepak agaknya, dia terus terjun dan bergerak ke arah orang ramai. Terus je pengawal taman tu bagi tau semua.

"Lari ! Bagi laluan kat dia !!"

Dan bertempiran semua orang lari.

Padahal Richie tu cool je. Jalan dengan anak dia buat tak tahu. 

Tapi memang sebab dia jenis liar kan, dia tak suka orang ganggu dia. Mungkin dia pernah cederakan orang. Tak boleh di halang halang dia ni. 



Sempat lah Richie dengan anak dia bagi pose terakhir paling seksi dia untuk aku sebelum dia lari masuk ke hutan !

Puas berada di situ, aku ajak Ishak bergerak.

Aku dah keletihan. Satu hari berjalan ni. Dengan panasnya. Jadi kami naik semula ke kawasan tempat parking kereta di bahagian atas.

Tup tup. Ada sekor lagi mengendap.

Cuak aku sekejap. Betul betul dia duduk atas kepala aku. Buatnya dia terkam, tak ke naya???


Dari Semenggoh,. Ishak terus hantar aku ke hotel.

Dia kena cepat, kakak dia telefon nak guna kereta ! Hiks.

Bagus gak la ada dia ni, boleh layan aku borak borak. Sekurang kurangnya aku berjaya melaksanakan misi melawat ke Semenggoh.

Sapa sapa nak guna dia di Kuching untuk transport dan guide di Bako boleh mintak nombor dia. Ada dia bagi hari tu, mana ntah aku letak. May be ada dalam beg camera.

Sampai hotel aku kelaparan !

Hah ya lah ! Aku cuma makan pagi tadi je Nasik Lemak tu.

Aku tanya receptionist, dia suruh aku berjalan ke sebelah Hotel Liwah. Situ ada restoran nama dia Cilipepper.

Aku cuba la. Gigih lagi ni berjalan walaupun kaki dah sakit sakit. Nasib tak krem je.

Dan aku order Nasik Goreng Sambal dengan Lemon Chicken. Air Teh O Ais Laichi.


Yang penting, inzal uols !!!!!!!!!

Portion dia banyak gila. Dan paling hebat, harga aku makan tu berjumlah RM12.50 sajork.

* koma.

Gila murah. Dah lah banyak. Aku makan pun tak abis. Sedap pulak tu. So aku recommended sapa ke Kuching boleh try makan di sini. Dia macam kopitiam jugak tapi ada jugak masakan panas. Letak dia sebelah 360Xpress tu betul betul sebelah Hotel Liwah. 

Liwah ! Bukan Liwat !


Pulang ke hotel aku terus terbongkang !

Keletihan. Ingat nak jalan jalan town tengok sunset lagi sekali, tapi dah tak larat lah. Rasa nak pengsan tak hilang lagi.

bersambung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...