Showing posts with label Isfahan. Show all posts
Showing posts with label Isfahan. Show all posts

Saturday, June 17, 2017

Jejak Bumi Parsi : 17 - ISFAHAN : Sio Se Pol Bridge | Hasht Behesht

Suasana di persekitaran Siosepol Bridge ni lebih meriah.

Ada yang berkumpul dan bersantai, ada yang berpicnic bersama keluarga. Dan ramai yang turut menggunakan laluan di atas jambatan ini untuk menyeberang ke arah sebelah sana.


 Siosepol Bridge

Si-o-Seh Pol (The Bridge of 33 Arches) - Built 1602. It is highly ranked as being one of the most famous examples of Safavid bridge design.

It is one of the eleven bridges in Isfahan, Iran and the longest bridge on the Zayandeh River with the total length of 297.76 metres (976.9 ft). It is one of the most famous examples of Safavid bridge design.

Built in 1599–1602, the construction was financed and supervised by Allahverdi Khan Undiladze, chancellor of Shah Abbas I, an ethnic Georgian. It consists of two superimposed rows of 33 arches. There is a larger base plank at the start of the bridge where the Zayandeh River flows under it. This supports a tea house which nowadays is abandoned due to drought which some claim is due to government mismanagement

Pandangan ke arah lebih atas


Ada taman kat situ

Aku ambik keputusan untuk cross

Dan aku singgah di one of the arch yang ada. 

Duduk lepak dan tengok orang tempatan dengan lagak dan aktiviti masing masing

Bersantai atau tunggu orang?

Mengenang nasib diri?

Ada yang bergambar

Akak akak Iranian baru balik berjalan

Dari arah aku datang. Jauh jugak aku berjalan

Abang Iran mencari jalan pulang

Pendek kata macam macam aktiviti ada di sini. Jambatan bukan sekadar laluan merentas sungai tapi dah menjadi port orang tempatan bertemu dan berkumpul rakan dan taulan dan turut menjadi tempat riadah.

Dah abis cross jambatan Siosepol ni

Laluan selepas merentasi jambatan ni adalah laluan yang sama yang akan sampai ke hotel Amir Kabir Hotel yang aku menginap semalam. Aku kena balik ke sana jugak sebab beg aku tinggal di situ.

Tak tahu nak tuju ke mana lagi, aku berjalan je usha usha kawasan.

ATM machine kat Iran ni terbuka macam ni je. Kalau kat Malaysia dah lama ada lori tarik.

Tiba tiba aku rasa sinar sang suria memanchor !

Tak jumpa KFC tapi Kentucky House !!! Rasa nak sujud syukur je.

Nampak macam KFC tapi bukan. Yang penting..... peha peha ayam yang seksi tu membuat aku tambah berahi.

Aku order dan makan di sini. Lama gak menunggu. Ayam dia besor gila ! Rasa not bad lah.

Nom nom nom. Mengiurkan tak?

Sebab tak abis aku tapau je. Kang buleh makan bila bila.

Chaharbagh Bala Boulevard

Bazaar entrance. Tapi tutup pulak

Sepanjang jalan pun semua kedai tutup

Sebab macam ada masa aku merayap masuk kawasan garden kat situ

Dan aku akhirnya sampai di Hasht Behesht (The Palace of Eight Paradises)

Reportedly built for residence purposes of the King's harem in 1669

Hasht Behesht (Persian: هشت‌بهشت‎‎), meaning "Eight Heavens" is a Safavid era palace in Isfahan, Iran.

It was built in 1669 and is today protected by Iran's Cultural Heritage Organization. Of more than forty mansions which existed in Isfahan during the rule of Safavids, this is the only one left today.

Usha kawasan. Tak masuk pun sebab ada entrance fee jugak.

* masih dalam mood kedekut

The Palace of Eight Paradises

Palace ni terletak dalam satu kawasan taman/ Lawa gak taman ni

Dan ramai jugak yang berkelah

Dan berdatingan

Pepokok. Ada jugak puak puak pakcik pakcik dok main chess dan dam dalam taman ni.

Salah satu bangunan tepi jalan. Macam bangunan kerajaan je

Jalan lagi ikut sisi jalan utama

Sedar tak sedar aku dah sampai semula kat hotel tu. Siap terlajak lagi sebab tak perasan.

Sampai hotel aku ambik beg aku. Lepak jap kat area courtyard hotel guna internet sebab nak cari hotel kat Kashan. Destinasi aku seterusnya. 

Aku plan lepas ambik beg tu aku nak terus ke terminal bus dan ambik bas ke Kashan sementara hari masih siang ni. Kang sampai sedang elok malam buleh terus tidur jer.

Tengah aku duduk kat meja tu tetiba datang Pakcik ni bawak teh panas. Ah ! Baiknya hati dia. Terharu lagi abang. Nasib tak menitis air mata... !

Pakcik ni tak reti sembang English, tapi dia dok usha usha gak la DSLR aku dan cuba cuba ambik gambar. Seronok dapat pegang kamera agaknya.

Tengah aku dok ralit browse internet tu tetiba dengar suara orang bercakap.

"Eh ! Kau dapat tuala tak?"

Pastu ada sorang jawab.

"Rasanya ada lah tapi tak tau. Kena mintak kot !!"

Aiyooo. Tetiba aku malu jadi orang Malaysia. Ada puak akak akak serombongan dok berborak dari hujung courtyard ni ke hujung courtyard sana. Kuat lak tu borak.

Nasib la aku Pakcik tu tak tanya aku orang mana, kalau dia tanya pasti aku mengaku yang aku warga Switzerland.

"Apa? Pakcik tak percaya? Pakciik pun teka saya orang Bangladesh ?"

* nanges

Pastu sebab yang memekak tadi tu tetiba hakak hakak belalang tempur tu datang kat courtyard dan bersidang kat situ. Dia orang tengok aku, so aku buat buat la friendly.

"Malaysia ke?"
"Haah.. Orang Malaysia jugak ke?"
"Ermm tak lah. I dari Spain. Well, actually I have a lots lots of mix ! Tapi because I selalu banyak makan budu so boleh lah cakap Melayu !"

Hiks.

Aku ngaku je lah, pastu akak tu terus tanya kat mana tempat makan. Dia orang baru sampai dari Tehran ke Isfahan ni.

"Kalau boleh nak yang authentic Iranian tau?"

Amboi akak, demand macam Queen Zenobia ! 

Nak authentic makan je flat bread. Tapi aku baik. Aku tunjuk dia kedai makan yang aku pegi malam semalam tapi dah tutup tu.

Sempat akak tu tanya.

"Travel sorang ke?"
"Haah"
"Eii berani nya?"

Dalam hati nak je jawab.. 

"Sini rasanya lagi selamat dari kat Malaysia Kak !"

Tapi kang akak tu ingat aku derhaka kepada negara pulak.

Lepas abis minum dan ambik beg, aku borak dengan Pakcik yang bagi aku  diskaun semalam tu dan tanya dia kat mana nak ambik bas ke Kashan. Dia bagitau terminal yang sama aku sampai kelmarin dan aku boleh ke sana naik bas je. Tak payah naik teksi. Dia siap bagi aku tumpang solat jap kat bilik kosong kat situ.

Pakcik tu suruh aku tunggu bas depan kedai across jalan besar

Dia siap tulis kat kertas suruh aku bagi drebar bas nanti kot dia tak faham aku nak turun kat mana. Baik pakcik ni.

Bas sampai aku pun naik. Tunjuk kertas tu kat drebar bas. Tambang cuma IRR 10K ( RM 1.30)

Hari dah nak senja

Bas berhenti kat Terminal bus Kaveh

Dan aku terus beli tiket bus VIP dari Isfahan ke Kashan. Harga tiket IRR 130K ( RM 18). Jarak perjalanan makan masa 3 jam.

Tunggu bas tiba. Bas yang aku naik tu bawak budak budak balik asrama. Penuh dengan dia orang je. Muda muda lagi. Tetiba aku feeling muda gak. Hiks.

Akhirnya ketika remang senja berlabuh, bas mula bergerak meninggalkan terminal di Isfahan ni menuju Kashan

Remang remang senja pun datang

Dan siang berganti malam.

Dan begitu lah, aku tinggalkan kota Isfahan ini dengan rasa gembira di jiwa. Gembira sebab Isfahan tak seperti Yazd. Yazd buat aku rengsa, Isfahan buat aku di terima.

Bukan nak membeza bezakan antara ke dua dua nya, tapi sebagai manusia yang normal kadang kadang aku rasa rapuh dan tercabar dalam pengembaraan seperti ini bilamana apa yang diharapkan menjadi sebaliknya.

Terus berdoa semoga saki baki hari yang ada, perjalanan di permudahkan kesemuanya...........

Bas terus bergerak membelah laluan bertemankan bintang bergemerlapan di langit malam menuju ke destinasi seterusnya.....  Kashan.



Darimu ku mengenal arti kekuatan
Hadirmu semua indah
Dalam diriku bertempat hanyalah kamu
Melengkapi diriku
Berpisah kita hanya untukku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Dan bila ku sendiri tiada resah lagi
Tanpamu ku tempuhi
Berpisah kita hanya untukku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Tanpamu ku rapuh

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh rapuh
Tanpamu ku rapuh

Darimu ku mengenal arti kekuatan
Hadirmu semua indah

bersambung.............

Friday, June 16, 2017

Jejak Bumi Parsi : 16 - ISFAHAN : Chahar Bagh Boulevard | Khaju Bridge

Dah abis spent masa kat Naqsh-e Jahan Square aku masih merangka mana tempat nak di tuju.

Ada few places yang menarik tapi macam jauh jauh lokasinya. Nak jalan kaki mau berdarah jugak hidung karang. Plan nak solat Jumaat pun tergendala sebab aku tanya orang kat situ masjid terdekat dan ramai yang tak tau.

Akhirnya.......

* tarik key Rock Kapak...

Aku ..
Musafir hina........................ 
Kini terluka.
Di taman cinta...... !

Tetiba kedengaran suara bergema seluruh alam....

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya....
Nanana....... ( sambung sendiri )

Part ni jangan contohi aku. Solat tu kena jaga selalu.

* register dalam kepala otak sendiri.

Tempat tujuan aku seterusnya adalah melawat bridge bridge yang ada di Isfahan ni.

Selain daripada Naqsh-e Jahan Square, Isfahan turut terkenal kerana memiliki beberapa bridges yang merentas Zayanderud River di pinggir kota Isfahan ni. Masalahnya nak jalan tu jauh jugak tapi doable lah. 

Setakat jalan kaki 3-4 KM tu apa lah sangat untuk orang yang fit macam aku ni kan?

So aku nak cuba ! Hastag : #brocuba

Tinggalkan Shah Mosque dan area dataran Naqsh-e Jahan 

Lalu ikut laluan dalam peta pusing belakang kawasan Shah Mosque. Jelas kelihatan kubah masjid ini dalam peringat restoration


Jumpa kereta ni. Rasa macam nak hijack

Pastu aku nampak macam ramai orang dengan camera apa semua dok kerumun. Sebab menyibuk, aku gi usha. Rupanya ada sesi photography. Ada minah Iran sebagai model. Tak tau la photoshoot apa tapi bila aku dekat je, semua yang pegang camera tu pandang aku.

Dan aku rasa dari pandangan mata dia orang, mereka seia sekata berkata..

"Lu sapa? Pehal buat kat sini?"

Sebab aku sedar diri aku pun blah !

Tak tau tempat apa

Tapi macam lawa gak kawasan dia

Dan aku menapak lagi beberapa KM. Tak ramai orang yang aku selisih maybe semua duduk rumah kot sebab tengahari. Or pegi masjid untuk solat Jumaat. Tapi aku nampak ada je kaum lelaki time time tu berkeliaran di jalanan.

Tapi aku cool sikit la. 

  
Jalanraya di Isfahan

Menapak agak lama juga akhirnya aku sampai di sebatang jalan yang di kenali sebagai Chahar Bagh Boulevard.

Ada Pakcik naik basikal. Nak ajak race kang..... makan asap je pakcik ni dengan aku. Ahaks

Chaharbagh Boulevard 

1596, dating from the Saffavid era, the avenue is the most historically famous in all of Persia.

Memang canttik jalan ni. Ada ramai yang duduk melepak juga.

Chahar Bagh Boulevard (Persian: چهارباغ, translation: Four Gardens) is a historical avenue in Isfahan constructed in the Safavid era of Iran.

The avenue, historically, is the most famous in all of Persia. It connects the northern parts of the city to the southern sections and is about 6 kilometers long. On the east side of this street, there are the Hasht Behesht and Chehel Sotoun gardens.

Shah Abbas I was the king who changed his capital from Qazvin to Esfahan and decided to pour all the countries artistic wealth into that central spot which has been dubbed for centuries "Nisfi Jahan" or "Half the World". The chief architect of this task of urban planning was Shaykh Bahai (Baha' ad-Din al-`Amili), who focused the programme on two key features of Shah Abbas's master plan: the Chahar Bagh avenue, flanked at either side by all the prominent institutions of the city, such as the residences of all foreign dignitaries, and the Naqsh-e Jahan Square ("Exemplar of the World")

Aku sebenarnya lapar. Tapi masa jalan tadi aku nampak kedai roti so aku berhenti beli. So aku plan nak lepak kat area boulevard ni dan isi perut.

Roti beli kat kedai. Susah nak explain kat budak kedai tu sebab dia tak pandai English. Tapi cukup la untuk melapik perut aku ni buat sementara.

Masa tengah duduk makan tu, aku perasan ada 3 orang warga emas lalu kat situ. 2 lelali sorang pompuan tua.

Dan dia orang melepasi aku.

Tetiba aku perasan salah sorang daripada lelaki tu patah balik. Then dia seluk poket dia dan hulurkan pada aku.

Aku ambik je lah.

Dia bagi aku kekacang !

Pastu dia pusing tak cakap apa apa pun dan blah jalan balik ikut yang 2 orang lagi tadi. Sungguh aku terkejut dan terharu.

"Pakcik ! Pakcik !"

Cubaan untuk memanggil.

"Kacang je ke? KFC tak de?"

Jeng ! Jeng ! Jeng !

Agak agak Pakcik tu datang karate aku tak? Hahaha....

Tapi sungguh aku terharu. Lepas budak budak semalam belanja aku makan, pakcik ni pulak tunjuk kat aku Iranian Hospitality yang tersemai dalam diri warga di sini.

Pastu jumpa kucing gemuk. Tapi kucing kucing kat sini sombong sombong belaka

Sambung makan dan rehat jap kat Chahar Bagh Boulevard tu sebelum menyambung berjalan another 1 KM.

Dan akhirnya aku sampai di tebing Zayanderud River yang mana ada salah satu jambatan yang terkenal di Isfahan ini iaitu Khaju Bridge

Waktu tengahari berdiri tapi nampak macam ramai local bersantai santai di kawasan ni. Memang sah ! Yang lelaki tak gi solat Jumaat kat sini rasanya orang tak heran. 

Siap ada yang berkelah kelah dan mengambil kesempatan cuti hari Jumaat ni untuk bersantai.

Zayanderud River yang kering kontang

Pol-e Khaju (Khaju Bridge)

Laluan di atas jambatan merentas sungai

Khaju Bridge (Persian: پل خواجو ‎‎ Pol-e Khāju) is a bridge in the province of Isfahan, Iran, which has been described as the finest in the province. It was built by the Persian Safavid king, Shah Abbas II around 1650, on the foundations of an older bridge. Serving as both a bridge, and a dam (or a weir), it links the Khaju quarter on the north bank with the Zoroastrian quarter across the Zayandeh River. Although architecturally functioning as a bridge and a weir, it also served a primary function as a building and a place for public meetings. 

This structure was originally decorated with artistic tilework and paintings, and served as a teahouse. In the center of the structure, a pavilion exists inside which Shah Abbas would have once sat, admiring the view. Today, remnants of a stone seat is all that is left of the king's chair. This bridge is one of the finest examples of Persian architecture at the height of Safavid cultural influence in Iran. In words of Upham Pope and Jean Chardin, Khaju bridge is "the culminating monument of Persian bridge architecture and one of the most interesting bridges extant...where the whole has rhythm and dignity and combines in the happiest consistency, utility, beauty, and recreation.

Sambung baca lagi : Wiki Khaju Bridge

Aku tak plan nak cross Khaju Bridge tu lagi sebab ada few jambatan lagi dan aku nak usha belah sini dulu. 

Khaju Bridge. Kalau malam malam tempat ni lagi meriah rasanya sebab ada lampu lampu.

So aku menyusuri kawasan tepi sungai yang kering kontang tu.

Sungai ni patut jadi macam empangan tapi end up kering kontang disebab kan silap planning.

So sudahnya tempat ni jadi tempat warga tempatan bersantai. Tak semayang Jumaat gak la tewww

Dan beraktiviti bersama keluarga masing masing

Jalan lagi jumpa taman. Ramai family bawak anak anak mereka main kat sini. Tengah tengah hari buta !

Pinggiran sungai

Jumpa jambatan ke 2. Joubi Bridge

Aku crossed jambatan ni

Joubi Bridge ni is one of Isfahan's oldest bridges and was built in 1665, during the Safavid era.

Maklumat tambahan.

Joui Bridge ( Persian: پل جویی‎‎ Pol-e Joui ), also called the Choobi Bridge, is a bridge in Isfahan, Iran. It was built in 1665, during the Safavid era.

The Joui Bridge is located between Khaju and Ferdowsi bridges. It is 147 meters long and 4 meters wide, with 21 arches. It was built during the reign of Shah Abbas II to irrigate and connect the king's gardens on both sides of the river. The bridge and the two parlours within were for the exclusive use of the shah and his courtiers. Nowadays the parlours are being used as tea houses.

Zayanderud River yang seperti padang jarak

Crossed ke belah satu lagi dan aku berjalan menyusuri sungai ni. Belah sini teduh sikit

Di tepi ada taman dan tempat orang beriadah

Berjalan dan jumpa jambatan dengan lalulintas trafik.  Nama jambatan ni Ferdowsi Bridge

Sebab tujuan aku bukan nak melintas kat jambatan tu, so aku kena jalan lagi ke depan

Bangunan di seberang. Ni part of Isfahan jugak

Lebih kurang 2 KM berjalan kaki dari Khaju Bridge tadi, maka sampai la aku ke destinasi yang di tuju

Siosepol Bridge atau ejaan sebenarnya Si-o-seh pol

Si-o-seh pol turut di kenali sebagai The Bridge of 33 Arches

Gambaran mudah untuk menyatakan yang jambatan ni ada 33 lengkungan di bawahnya

Aku ambik masa lepak lepak di jambatan termasyur di Isfahan ni. Angin sepoi sepoi begitu menenangkan walaupun matahari cerah memancar.



Pernah berpikir 'tuk pergi
Dan terlintas tinggalkan kau sendiri
Sempat ingin sudahi sampai di sini
Coba lari dari kenyataan

Tapi ku tak bisa jauh jauh darimu
Ku tak bisa jauh jauh darimu

Lalu mau apa lagi
Kalau kita sudah gak saling mengerti
Sampai kapan bertahan seperti ini
Dua hati bercampur emosi

Tapi ku tak bisa jauh jauh darimu
Ku tak bisa jauh jauh darimu

Sabar sabar aku coba sadar
Sadar sadar seharusnya kita sadar
Kau dan aku tercipta
Gak boleh terpisah

Dan tak bisa jauh jauh darimu
Ku tak bisa jauh jauh darimu

bersambung.................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...