Saturday, June 17, 2017

Jejak Bumi Parsi : 17 - ISFAHAN : Sio Se Pol Bridge | Hasht Behesht

Suasana di persekitaran Siosepol Bridge ni lebih meriah.

Ada yang berkumpul dan bersantai, ada yang berpicnic bersama keluarga. Dan ramai yang turut menggunakan laluan di atas jambatan ini untuk menyeberang ke arah sebelah sana.


 Siosepol Bridge

Si-o-Seh Pol (The Bridge of 33 Arches) - Built 1602. It is highly ranked as being one of the most famous examples of Safavid bridge design.

It is one of the eleven bridges in Isfahan, Iran and the longest bridge on the Zayandeh River with the total length of 297.76 metres (976.9 ft). It is one of the most famous examples of Safavid bridge design.

Built in 1599–1602, the construction was financed and supervised by Allahverdi Khan Undiladze, chancellor of Shah Abbas I, an ethnic Georgian. It consists of two superimposed rows of 33 arches. There is a larger base plank at the start of the bridge where the Zayandeh River flows under it. This supports a tea house which nowadays is abandoned due to drought which some claim is due to government mismanagement

Pandangan ke arah lebih atas


Ada taman kat situ

Aku ambik keputusan untuk cross

Dan aku singgah di one of the arch yang ada. 

Duduk lepak dan tengok orang tempatan dengan lagak dan aktiviti masing masing

Bersantai atau tunggu orang?

Mengenang nasib diri?

Ada yang bergambar

Akak akak Iranian baru balik berjalan

Dari arah aku datang. Jauh jugak aku berjalan

Abang Iran mencari jalan pulang

Pendek kata macam macam aktiviti ada di sini. Jambatan bukan sekadar laluan merentas sungai tapi dah menjadi port orang tempatan bertemu dan berkumpul rakan dan taulan dan turut menjadi tempat riadah.

Dah abis cross jambatan Siosepol ni

Laluan selepas merentasi jambatan ni adalah laluan yang sama yang akan sampai ke hotel Amir Kabir Hotel yang aku menginap semalam. Aku kena balik ke sana jugak sebab beg aku tinggal di situ.

Tak tahu nak tuju ke mana lagi, aku berjalan je usha usha kawasan.

ATM machine kat Iran ni terbuka macam ni je. Kalau kat Malaysia dah lama ada lori tarik.

Tiba tiba aku rasa sinar sang suria memanchor !

Tak jumpa KFC tapi Kentucky House !!! Rasa nak sujud syukur je.

Nampak macam KFC tapi bukan. Yang penting..... peha peha ayam yang seksi tu membuat aku tambah berahi.

Aku order dan makan di sini. Lama gak menunggu. Ayam dia besor gila ! Rasa not bad lah.

Nom nom nom. Mengiurkan tak?

Sebab tak abis aku tapau je. Kang buleh makan bila bila.

Chaharbagh Bala Boulevard

Bazaar entrance. Tapi tutup pulak

Sepanjang jalan pun semua kedai tutup

Sebab macam ada masa aku merayap masuk kawasan garden kat situ

Dan aku akhirnya sampai di Hasht Behesht (The Palace of Eight Paradises)

Reportedly built for residence purposes of the King's harem in 1669

Hasht Behesht (Persian: هشت‌بهشت‎‎), meaning "Eight Heavens" is a Safavid era palace in Isfahan, Iran.

It was built in 1669 and is today protected by Iran's Cultural Heritage Organization. Of more than forty mansions which existed in Isfahan during the rule of Safavids, this is the only one left today.

Usha kawasan. Tak masuk pun sebab ada entrance fee jugak.

* masih dalam mood kedekut

The Palace of Eight Paradises

Palace ni terletak dalam satu kawasan taman/ Lawa gak taman ni

Dan ramai jugak yang berkelah

Dan berdatingan

Pepokok. Ada jugak puak puak pakcik pakcik dok main chess dan dam dalam taman ni.

Salah satu bangunan tepi jalan. Macam bangunan kerajaan je

Jalan lagi ikut sisi jalan utama

Sedar tak sedar aku dah sampai semula kat hotel tu. Siap terlajak lagi sebab tak perasan.

Sampai hotel aku ambik beg aku. Lepak jap kat area courtyard hotel guna internet sebab nak cari hotel kat Kashan. Destinasi aku seterusnya. 

Aku plan lepas ambik beg tu aku nak terus ke terminal bus dan ambik bas ke Kashan sementara hari masih siang ni. Kang sampai sedang elok malam buleh terus tidur jer.

Tengah aku duduk kat meja tu tetiba datang Pakcik ni bawak teh panas. Ah ! Baiknya hati dia. Terharu lagi abang. Nasib tak menitis air mata... !

Pakcik ni tak reti sembang English, tapi dia dok usha usha gak la DSLR aku dan cuba cuba ambik gambar. Seronok dapat pegang kamera agaknya.

Tengah aku dok ralit browse internet tu tetiba dengar suara orang bercakap.

"Eh ! Kau dapat tuala tak?"

Pastu ada sorang jawab.

"Rasanya ada lah tapi tak tau. Kena mintak kot !!"

Aiyooo. Tetiba aku malu jadi orang Malaysia. Ada puak akak akak serombongan dok berborak dari hujung courtyard ni ke hujung courtyard sana. Kuat lak tu borak.

Nasib la aku Pakcik tu tak tanya aku orang mana, kalau dia tanya pasti aku mengaku yang aku warga Switzerland.

"Apa? Pakcik tak percaya? Pakciik pun teka saya orang Bangladesh ?"

* nanges

Pastu sebab yang memekak tadi tu tetiba hakak hakak belalang tempur tu datang kat courtyard dan bersidang kat situ. Dia orang tengok aku, so aku buat buat la friendly.

"Malaysia ke?"
"Haah.. Orang Malaysia jugak ke?"
"Ermm tak lah. I dari Spain. Well, actually I have a lots lots of mix ! Tapi because I selalu banyak makan budu so boleh lah cakap Melayu !"

Hiks.

Aku ngaku je lah, pastu akak tu terus tanya kat mana tempat makan. Dia orang baru sampai dari Tehran ke Isfahan ni.

"Kalau boleh nak yang authentic Iranian tau?"

Amboi akak, demand macam Queen Zenobia ! 

Nak authentic makan je flat bread. Tapi aku baik. Aku tunjuk dia kedai makan yang aku pegi malam semalam tapi dah tutup tu.

Sempat akak tu tanya.

"Travel sorang ke?"
"Haah"
"Eii berani nya?"

Dalam hati nak je jawab.. 

"Sini rasanya lagi selamat dari kat Malaysia Kak !"

Tapi kang akak tu ingat aku derhaka kepada negara pulak.

Lepas abis minum dan ambik beg, aku borak dengan Pakcik yang bagi aku  diskaun semalam tu dan tanya dia kat mana nak ambik bas ke Kashan. Dia bagitau terminal yang sama aku sampai kelmarin dan aku boleh ke sana naik bas je. Tak payah naik teksi. Dia siap bagi aku tumpang solat jap kat bilik kosong kat situ.

Pakcik tu suruh aku tunggu bas depan kedai across jalan besar

Dia siap tulis kat kertas suruh aku bagi drebar bas nanti kot dia tak faham aku nak turun kat mana. Baik pakcik ni.

Bas sampai aku pun naik. Tunjuk kertas tu kat drebar bas. Tambang cuma IRR 10K ( RM 1.30)

Hari dah nak senja

Bas berhenti kat Terminal bus Kaveh

Dan aku terus beli tiket bus VIP dari Isfahan ke Kashan. Harga tiket IRR 130K ( RM 18). Jarak perjalanan makan masa 3 jam.

Tunggu bas tiba. Bas yang aku naik tu bawak budak budak balik asrama. Penuh dengan dia orang je. Muda muda lagi. Tetiba aku feeling muda gak. Hiks.

Akhirnya ketika remang senja berlabuh, bas mula bergerak meninggalkan terminal di Isfahan ni menuju Kashan

Remang remang senja pun datang

Dan siang berganti malam.

Dan begitu lah, aku tinggalkan kota Isfahan ini dengan rasa gembira di jiwa. Gembira sebab Isfahan tak seperti Yazd. Yazd buat aku rengsa, Isfahan buat aku di terima.

Bukan nak membeza bezakan antara ke dua dua nya, tapi sebagai manusia yang normal kadang kadang aku rasa rapuh dan tercabar dalam pengembaraan seperti ini bilamana apa yang diharapkan menjadi sebaliknya.

Terus berdoa semoga saki baki hari yang ada, perjalanan di permudahkan kesemuanya...........

Bas terus bergerak membelah laluan bertemankan bintang bergemerlapan di langit malam menuju ke destinasi seterusnya.....  Kashan.



Darimu ku mengenal arti kekuatan
Hadirmu semua indah
Dalam diriku bertempat hanyalah kamu
Melengkapi diriku
Berpisah kita hanya untukku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Dan bila ku sendiri tiada resah lagi
Tanpamu ku tempuhi
Berpisah kita hanya untukku sedar semula

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh

Tanpamu ku rapuh

Bintang malam setia seperti dirimu
Tetap pudar menghilang tiada gantimu
Dan ku masih terasa degupan jantungmu
Tanpamu ku kan rapuh rapuh
Tanpamu ku rapuh

Darimu ku mengenal arti kekuatan
Hadirmu semua indah

bersambung.............

7 comments :

  1. Replies
    1. dalam setahun hanya sekali je. time musim hujan.

      Delete
  2. Adakah itu Abang Meng ? Berdiri tegak dalam salah satu arch.

    ReplyDelete
  3. Macam touching pulak entry Isfahan ni rasanya..cover dukalara ko kat Yazd kot kan..

    *tetiba teringin kfc lak tgk ayam goreng tue haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam dia besar.... tapi tak pedas sgt...

      isfahan ni mmg best

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...