Masa kecederaan !
Tak de banyak masa nak di luangkan walaupun ada few tempat dalam kawasan Fatima È Massummeh Shrine ni yang nak kami lawati.
Fatima È Massummeh Shrine
Keluar dari kawasan shrine tu ada bazaar jualan. Meriah juga dengan orang ramai
Masa kat sini aku tak jumpa cari Kim K !
Mula mula aku hisap rokok jap kat tepi tu, nampak dia melilau masuk kedai dalam area bazaar tu. Pastu bila aku cari semula tak jumpa !
Sudah... !
Jenuh aku cari dia satu persatu kedai yang ada
Nasib baik jumpa. Tengah shopping rupanya dia !
Bergerak dari bazaar tu kami nak keluar nak cari teksi untuk balik ke tempat tadi. Waheed janji akan jemput kami di tempat yang sama.
On the way tu nampak satu lagi bangunan masjid tak jauh dari situ. Sempat kami curi curi masa untuk masuk.
Imam Hassan Al-Asgari Mosque Qom
Masjid ni tak kurang hebatnya juga walaupun tak ramai orang time tu
Dan terkesima jugak kami tengok di bahagian dalam nya.
Carpet yang halus buatannya
Kubah utama dengan hiasan chandelier
Buleh pulak dalam sunyi sepi dalam masjid ni Kim K terlanggar palang besi. Tergolek dengan dia dia. Hahaha. Nak gelak aku di buatnya.
Kusyuk sangat ambik gambar.
Suasana dalam masjid di penuhi dengan orang belajar dan mengaji
Dan ada pulak kumpulan wanita siap boleh ajak Kim K makan !
Dan dia sibuk la beramah tamah kat situ. Aku dah tak de masa. Terpaksa bagi sign. Tu pun dia buat bodo je. Nak je aku baling selipar nak suruh dia bergerak cepat sebab laluan lelaki dengan wanita di asingkan.
Hiasan dalaman masjid Imam Hassan Al-Asgari
Jemaah
Nasib baik kami bawak selipar siap siap so keluar ikut pintu belakang
Lepas keluar dari masjid ni cari laluan untuk tunggu teksi tapi tak jumpa. Pening kejap tak tau nak tuju ke mana.
Papan tanda menuju ke Jamkaran.
Aku teringin jugak nak gi Jamkaran Mosque di Qom ni tapi sebab tak de masa dan lokasinya agak jauh juga nak menapak ke sana dari shrine ni.
Jamkaran Mosque di bina berdasarkan kepercayaan yang pembinaannya di ilhamkan sendiri oleh Imam Mahadi. Ia nya menjadi salah satu masjid tersohor di Qom dan seluruh Iran ni.
Meninggalkan kawasan masjid
Terpaksa cross jalan ke laluan utama di seberang jalan sebab di sana lebih banyak teksi
Jualan di tepi jalan.
Menunggu teksi tak kunjung datang. Yang ada pun ada penumpang. Last sekali main tahan je berhenti la satu prebet sapu ni. Aku tunjuk kertas yang dah di tulis oleh Waheed sebelum tu yang mana menjadi lokasi tempat dia menunggu.
Tambang prebet sapu IRR 7000 jer. Belasah je la janji selamat sampai.
Sampai di tempat awal awal tadi, Waheed dah menunggu dengan kereta dia. Buruk je kereta dia ni sebenarnya tapi OK la ada aircond
Masa dalam kereta, aku cakap dengan Waheed, sebelum blah dari Iran ni aku terasa nak makan ice cream kat Iran ni. Aku dah makan masa kat Shiraz dan Isfahan. Teringin pulak. Kang mengidam kalau tak dapat. Baby dalam perut tendang tendang kang.
Waheed kata boleh singgah kat R&R kat highway on the way ke Imam Khomeni Airport (IKA).
Dan seperti di janjikan kami singgah di sini. R&R yang rupa dia macam mall
First time tengok mall yang proper kat Iran ni
Banyak jual kekacang dan manisan selain daripada butik fashion
Hajat kesampaian. Jumpa gak aiskerim ni. Last sebelum balik. Aku syorkan sesapa di Iran jangan lupa try ice cream di sana. Sedap !
Alang alang kat sini, Waheed syorkan kami makan malam dulu since ada masa
Makan kat food court dia. Ada banyak choices jugak lah.
Memang kelas tempat ni. Toilet pun menarik dan besar
Selesai makan kami bergerak dan sambung perjalanan menuju ke airport
Sepanjang jalan dok borak borak sesama kami. Waheed banyak berkongsi pasal Iran dan sesekali dia tanya jugak aku pasal Malaysia. Dia tak abis abis bayangkan Malaysia dengan banyak pokok pokok hijau. Memang berbeza dengan persekitaran di Iran ni.
Keluar jugak cerita pasal Syiah dan Sunni, tapi dia relaks je dengar aku cerita dan aku pun sama. Tak de sesapa nak bangkang sesapa. Kami just share pendapat dan pandangan masing masing.
Dan sampai di Imam Khomeni Airport (IKA)
Dan kami berpisah di situ.
Kami bayar USD 15 kat Waheed sebagai bayaran dia hantar kami ke airport. Kalau ikut kan teksi dari Qom tambang lebih kurang USD 25. Masa tu dah abis duit USD kecik kecik dah. So main bagi je dan dia pun terbuka je terima. Tak banyak songeh.
"Thank you very much. You are very nice Malaysian I have ever met"
"Hmmm because u havent met any Malaysian before?"
Hahahaha..
Tapi dia memang dok puji puji kita orang lah. Puji pasal apa pun tak tau. Dan bagi aku dia pun friendly jugak lah. Cuma kadang kadang komunikasi terbantut, either aku cakap terlalu laju dan dia asyik suruh aku repeat berkali kali.
Letih !
Apa apa pun kami terus masuk dan check in
Flight schedule
Sebab tak de apa nak buat, masuk je terus ke balai menunggu
Tahik ayam Air Asia X ni. Flight delayed rupanya... Melangut la tunggu flight sampai.
Kat sejam lebih gak menanti. Pastu baru la announcement bagitau flight dari KL baru landing.
Masuk flight dah mengantuk
Makan pun tak selera. Jamah jamah je. Mata mengantuk. Nasib aku ambik quiet zone dan dapat seat sorang sorang jer. Kim K duduk seat depan aku jer.
Layan mata sampai terjaga
Dah siang dah. Sambung tidur lagi sampai la annoucement bagitau dah nak mendarat. Yeay ! 8 jam aku berjaya tidur dengan lena.
Flight dah decent, melintasi Subang Airport
Hello Malaysia !
I am back !
Landing time
PD
Landing time
Selamat pulang akhirnya
Alhamdulillah......
Sampai airpirt OR dah siap siap menunggu.
Aku memang gembira dengan trip ni sebab Iran memang salah satu tempat yang aku nak pegi. Kalau di beri peluang aku nak je ke sana lagi tapi tak explore Iran tapi side trip ke Baku dan negara negara lain di persekitar.
Bagi aku Iran memang menarik. Dan pandangan aku berbeza masa sebelum pegi dan bila dah balik. Tapi aku fikir benda benda yang positif saja lah. Yang tak kena dengan jiwa dan pendapat aku, aku anggap ianya pilihan masing masing.
Susah jugak nak move on Iran ni sebab aku terasa dekat di hati. Setelah merasai dan mengalami Iranian Hospitality, selayaknya aku katakan aku jatuh cinta dengan Iran,
Walaupun dengan fahaman yang berbeza, tapi ternyata ia selamat untuk di kunjungi.
Iran menarik, unik dan tersendiri ! Highly recommended !
Berhentilah mengganggu mimpiku
Jangan muncul di dalam anganku
Bisukanlah ngiang suaramu
Bergema di fikiranku
Kenapa sampai jadi begini
Hati seperti sudah tersihir
24 jam sehari tak terhenti-henti
Memikir dirimu
Apa ini cinta
Yang hati ku rasa
Indah tapi menyiksa
Apa ini cinta
Mana balasannya
Atau ku hanya rindu
Pada dirimu
Yang tidak peduli
CIntaku ini
Mungkin ku salah tafsir senyuman
Ku sangka ramah itu godaan
Namun ia sudah cukup
Menawan perasaan aku terpedaya
Apa ini cinta
Yang hati ku rasa
Indah tapi menyiksa
Apa ini cinta
Mana balasannya
Atau ku hanya rindu
Pada dirimu
Yang tidak peduli
CIntaku ini
Tapi apa gunanya diriku melepaskan
Peluang ini untuk yakinkan perasaan
Apa ini cinta
Yang hati ku rasa
Indah tapi menyiksa
Apa ini cinta
Mana balasannya
Atau ku hanya rindu
Pada dirimu
Yang tidak peduli
CIntaku ini
Apa ini cinta
TAMAT
Alhamdulillah. Habis juga cerita Iran.
ReplyDeleteSelamat hari raya abam Meng. Lepas raya cerita kembara di mana pula?
lepas raya kembara ke bumi tandus dan gersang.. hahahaha\
Deletedah balik dah ni. tunggu update
Yeay dah hbs! Jenuh carik line kat kelate ni nak baca blog abg meng haha.
ReplyDeleteSlmt hari raya!
selamat hari raya. bila plan nak gi iran? dpt tiket dah?
DeleteAlhamdulillah selamat pulang..tak sangka Iran menarik ingat kan negara bergolak..huhu. Thank you Meng sharing keindahan Iran.
ReplyDeleteGigih aku abiskan baca within 24hours haha.
Selamat Hari Raya! 😊
gigih !! thankss...
Deleteselamat hari raya An...
Mana gambar kim k?
ReplyDeletesila cari !
Delete...dan Iran mampu menggemukkan pelancong?
ReplyDeletetak sgt. sebab makan roti je kan..
DeleteMeng...betul kata ko...aku ada terbaca di blog satu omputeh ni..dia terus tertarik dengan islam sejak balik melawat iran dek kerana jatuh cinta dengan hospitality orang di sana...moga ada rezeki aku satu hari nanti untuk melawat ke Iran
ReplyDeleteamin. insha allah... jgn sangkut org sana sudah lah...
DeleteBoleh dpt x contact waheed ni. Email sy pearlhada@gmail.com
ReplyDeleteThanks
insha allah
Delete