Sunday, June 4, 2017

Jejak Bumi Parsi : 04 - TEHRAN to SHIRAZ

Aku terjelepuk hina dek keletihan seharian berjalan di kota Tehran ni. Padahal tak de la jalan jauh mana pun. Maybe masih belum terbiasa dengan 'masa' travel di sini.

Terlelap dan terjaga, akhirnya minah Melayu Kim K yang aku tunggu tunggu tu pun sampai. Rupanya dia lambat sebab sesat tak jumpa cari jalan balik hostel. Kan aku cakap hostel aku ni duduk dia kat ceruk rantau sikit, kalau tak mark betul betul sure tak jumpa jalan balik. Tapi staff hostel dia agak baik la dan sangat membantu. Banyak benda kami tanya dan banyak juga dia bantu.

Duduk borak borak dan merancang dengan staff Denj hostel tu dan lepas maghrib aku dengan Kim K bersepakat untuk ke station bus untuk ambik overnite bas malam tu dari Tehran ke Shiraz. Kami naik teksi je ke terminal bus e-jonub 

Terminal bus e-jonub 

Please take note, dekat Tehran banyak terminal bus dan setiap satu mewakili destinasi tujuan tertentu.

Untuk ke Shiraz dari Tehran memang kena naik di Terminal e-jonub ( Southern Terminal). The Southern bus terminal (Terminal-e-jonoob) is well equipped and handles buses head to and from destinations south of Tehran. It is 2 km east of Tehran's main train station and easily accessible via the dedicated Terminal-e-Jonoob metro stop.

Untuk ke terminal ni boleh je naik Metro, tapi sebab renyah kami memilih untuk naik cab je. Lagipun cab tak mahal sangat. Staff Hostel Denj Hostel arrange kan teksi untuk kami ke sana dan dia dah negos iap siap bayarannya 200,000 rial. (USD 6). 

Perjalanan ke terminal tu ikut keadaan traffic jugak lah. Time tu awal malam, so jalan boleh tahan jem. Setengah jam jugak nak sampai. Pakcik teksi tu tak reti cakap English, so dia bawak je la kita orang. Siap dia singgah berhenti kat kedai runcit beli biskut dan paksa aku makan !

"Hello ! Biskut timbang je? Not my level okeh !"

Macam tu aku nak jawab. Tapi menjaga hati dan dia pun paksa bukan main suruh aku makan, so aku makan lah. Dah la tu tak de offer air. Tercekik abam ! Dia sedap je sedut air kotak !....

Kat setengah jam kami sampai di Terminal e Jonoob tu.

South Passengers Terminal

Cabaran pertama adalah nak beli tiket. Since kami tak de booking apa apa dan sampai kat terminal tu ramai je ulat ulat yang mengejar. Tapi buat muka keras je dan kami terus ke kaunter yang jual tiket ke Shiraz. 

Kaunter tiket

Ada banyak tiket kaunter yang jual tiket ke Shiraz tapi tak semuanya jual tiket VIP. Boleh pilih nak beli tiket VIP atau yang biasa tapi VIP bus memang selesa memandangkan perjalanan memakan masa yang lama dan agak jauh.

Harga tiket yang kami dapat adalah 760 000 rial ( USD 13). Rasanya harga tiket ni memang tak fixed dan ikut nasib. Tapi kalau dapat range harga tu dah kira OK lah tu. Memang nampak mahal sikit harga tiket tu.

Kami beli tiket untuk trip pukul 10.30 malam. Sebab musim tak busy so senang la dapat seat.

Alternative lain untuk ke Shiraz dari Tehran ni adalah naik domestic flight ( sejam ) tapi tiket kena beli awal or thru agent. Atau boleh jugak naik train tapi train station tu terletak outskirt of Shiraz so nanti sampai kena cari transport lain pulak untuk ke town.

Mata dah mula mengantuk. Tunggu bas sampai dan aku rasa tak sabar sabar nak bergerak tinggalkan Tehran ni.

Ready nak meninggalkan Tehran

Dalam bas agak selesa. Seating 2-1. Kami di bekalkan dengan nasi (chicken kebab ) dan juga minuman.

Tapi sebab mengantuk, sebaik je bas bergerak aku terus posing yoga mata tutup mulut nganga.... tido !!!!

Sebab membuta aku tak perasan lama mana bas bergerak. Tapi ada few times bas berhenti dan aku turun untuk toilet break dan jugak isap rokok.

Ada sekali bas berhenti agak lama. Semua di minta turun. Ramai yang pegi melepak kat ruang kedai dan food court yang ada. Cuaca sejuk gila time ni.

Dan sebelum siang menjelma. Bas berhenti sekali lagi. Ada masjid dan penumpang turun solat. 

Aku solat kat sini. Waktu tengah solat aku perasan ada sorang lelaki berdiri tak jauh dari aku solat. Lama aku perasan dan aku rasa dia perhatikan aku ( sampai aku jadi tak kusyuk).

Sampai aku lepas solat then dia datang. Then dia tunjuk batu kapur yang memang ada kat dalam surau tu. Aku geleng kepala. Cuak pun ada sebab tak tau nak beraksi macamana.

"Sunni?"

Dia tanya aku.

"Yes"

Aku jawab perlahan. Dia angguk dan terus dia simpan batu tu. Batu tu di panggil batu karbala yang di gunnakan oleh penganut Syiah sebagai tanda sujud pada tanah.

Batu Karbala

Then mamat tu blah, aku pun blah naik bas. Nasib tak jadi apa apa. Cuak jugak sebenarnya. So aku fikir dia orang ni lebih terbuka dan tak de lah jenis paksa paksa.

Hari dah pun menjelang siang tapi kami masih dalam perjalanan.

Saki baki perjalanan aku just layan perasaan sambil melihat pemandangan di kiri kanan jalanraya dengan kawasan tandus, padang pertanian dan juga kawasan penempatan serta markas ketenteraan.

Bukit bukau

Penempatan

Keadaan jalanraya pun agak OK dan smooth je sampai la kami ke kawasan lebih padat dengan penduduk.

Dan sewaktu melintasi Qor'an Gate, aku yakin kami dah hampir sampai ke kota Shiraz.


Hotel di Shiraz


Memasuki pusat kota

Memasuki kota Shiraz, bas terus menuju ke Karandish terminal bas. Selepas lebih 13 jam perjalanan kami sampai ke Shiraz pukul 8 pagi.

The main Karandish bus terminal is 4 km from the city center.

Terminal bus Shiraz

Kaunter taxi

Sebab aku tak de hotel penginapan di Shiraz ni lagi so aku follow Kim K je sebab dia dah booking penginapan dia. Dari terminal bas kami ambik teksi. Kos teksi standard 120,000 rial beli kat kaunter kat terminal bus tu dan dia hantar ke destinasi.

Sampai ke kami sama sama menuju ke hostel penginapan Kim K. 

Kena tanya orang sebab tak sure jalan sebab kena masuk lorong lorong dari arah jalan besar.

Pengianpan Kim K

Courtyard

Tengok dari luar nampak dinding dinding batu bata je. 

Kami sampai dan di sambut oleh seorang lelaki. Dia memang tunggu kedatangan Kim K hari tu. Sebab aku tak de penginapan, aku tanya la kot ada bilik kosong. Dia kata dia check dulu tapi dia baik hati suruh aku tunggu dan breakfast kat situ pagi tu.

Pucuk di cita ulam mendatang. 

Sampai sampai terus di jamu makan. Ni typical breakfast di Iran. Ada roti makan dengan cheese dan buah buahan.

Dalam area hostel tu ada central compound siap pokok limau berbuah lebat

Malangnya lepas makan tu, mamat hostel Kim K tu bagitau tak de bilik kosong untuk aku. Tapi dia kata dia dah tanya member dia dan ada bilik kosong tak jauh dari situ.

Dia suruh aku makan dulu dan bila dah ready dia akan hantar aku ke sana ! Baik betul dia.

So lepas breafkast secara percuma kat Hostel Riz tu, mamat bernama Mohsen tu bawak aku ke hostel yang dia dah call yang mana penginapan untuk aku bermalam malam nanti di Shiraz ni.

Golshan Traditional House Hostel

Common area di tengah tengah bangunan. ( memang biasanya ada di hotel dan bangunan bangunan di Shiraz dan Iran)

Bilik aku dapat cukup besar untuk stay sorang sorang. Harga dia bagi USD 30 per nite.

Dah dapat bilik, mandi dan bersihkan diri setelah perjalanan dari Tehran semalam. Cuba cuba rehatkan diri sikit then lepas tu aku bersiap siap nak keluar.

Dah janji dengan Kim K nak jumpa dia kat jalan besar tadi untuk kami melawat ke destinasi pertama kami di Shiraz hari ni Nasir al-Mulk Mosque atau lebih di kenali sebagai Pink Mosque. 

Pink Mosque ni memang menjadi salah satu highlight trip aku ke Shiraz ni.  Salah satu permata terindah di kota bersejarah ini.......



Lihat diri ini
Tatap mata ini
Adakah aku pendusta cintamu...
Renungku disini di dalam hati ini

Adakah aku insan yang engkau cintai
Mana kau campakkan hatiku
Hati yang ku berikan padamu, kasih
Semua jawapannya ada padamu
Ku di sini kan setia
Menunggumu, oh kasihku
Meskipun maut mendatang
Menjemputku

Mengapa kau pergi dari diri ini
Mengapa harus kau merelakan aku
Mudahnya kau melepaskanku, oh kasihku
Mudahnya kau mencari teman penggantiku

Mana kau campakkan hatiku
Hati yang ku berikan padamu, kasih
Semua jawapannya ada padamu
Ku di sini kan setia

Menunggumu, oh kasihku
Meskipun maut mendatang
Menjemputku

(Mana ku campakkan hatimu)
(Hati yang kau berikan padaku, kasih)
Semua jawapannya ada padamu
Ku di sini kan setia
Menunggumu, oh kasihku
Meskipun maut mendatang...
Menjemputku...





Pasti boleh agak kenapa nama dia Pink Mosque?

bersambung................

12 comments :

  1. Lawo betul tingkap warna warni tu. I is suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumoh rumoh di hitaly kang banyok tingkap kaler kaler ginih....

      Delete
    2. Ye doh. Rumoh tradisional hitaly mmg comey

      Delete
    3. tu la. tapi skrg dah susoh nok cari

      Delete
  2. Kim k ni mmg jadi teman seperjalanan ke?

    Btw hostel rate dia agak mahal jugak kan tapi still affordable lah kot. Hehe.

    And nnt ni mmg tiru bulat2 je kot abg meng nye itinerary hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kim K jadi teman tapi mesra.... half way sekali pastu terpisah dan akhirnya bertemu semula !

      dalam flight seat dia depan my seat jer...

      nanti nak pi, cari accommodation yg elok elok

      Delete
  3. cantik courtyard Goishan hostel..suka2..

    ReplyDelete
  4. Bus terminal sume tulis arab ka..haha.

    Lawanya pink mosque!! Maw beratus gamba kat sini jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa ada translation atau tulisan rumi... buleh la nak faham skit2

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...