Friday, June 9, 2017

Jejak Bumi Parsi : 09 - SHIRAZ : Shah Cheragh

Kami jalan kaki ke tujuan lokasi seterusnya. Shah Cheragh Shrine.

Suasana lalulintas di kota Shiraz

Salah satu statue di tengah jalan. Tak sure lak sapa. 

Dan di Iran ni memang banyak gambar gambar di lelaki di lukis pada dinding bangunan.. rasanya itu adalah antara ketua ketua tentera yang mati di medan peperangan dan di anggap syahid oleh kerajaan Iran.

Sempat kami singgah sebab ada penjual panggil kita orang sebab nak bergambar. Terasa glamer. Sebagai balasan, dia jamu kami makan Falafel.

Ada terminal bus kat area tu

Menuju lokasi tujuan

Tak jauh sangat menapak. Dah nampak pintu gerbang dan ramai orang keluar masuk ke kawasan ni. 

Sampai kat depan pintu masuk. Tapi waktu kami nak masuk ada pak guard halang. Dia suruh kami tunggu. Nak tak nak tunggu la kat luar tu.

Tapi nampak orang local bebas je keluar masuk area ni. Aku jadi tambah musykil tempat apa ni?

Ada la dekat 20 minit menunggu. Macam dah tawar hati lak lama lama kat luar tu tapi guard tu tetap suruh tunggu. Lagipun sebab masuk tempat ni free so aku rasa tak rugi apa apa pun kalau masuk dah alang alang kat sini.

Ada la lagi apa benda dia cakap tapi sebab dia tak reti cakap English so kami pun tak faham.

Last sekali datang seorang pakcik ni dan dia speaking English. Rupa rupanya dia adalah tourist guide. Nak masuk ke dalam Shah Cheragh ni, pengunjung yang bukan local mesti di temani oleh guide dan guide tu lah yang akan bawak dan terangkan tempat tempat dalam ni. Pengunjung tidak di benarkan berkeliaran sendirian tanpa di temani guide yang telah di khaskan ni.

Lepas berkenalan kami di bawa masuk ke dalam.

Masa masuk dekat entrance door tu kami terus diterangkan serba sedikit berkenaan tempat ni dan masa tu baru la aku tau yang tempat ni sebenarnya perkuburan sanak saudara salah seorang daripada 12 Imam dan salah satu daripada holiest place di Iran ni.

Ada beberapa bahagian makam dan masjid dalam kompleks Chah Cheragh ini.

Rasa macam tak menarik je nak lawat kubur. Tapi tengok binaan dia agak gempak juga. Aku layan kan je lah Pakcik ni bercerita.

Baca ni.

Shāh Chérāgh (Persian: شاه چراغ‎‎) is a funerary monument and mosque in Shiraz, Iran, housing the tomb of the brothers Ahmad and Muhammad, sons of Mūsā al-Kādhim and brothers of ‘Alī ar-Ridhā. The two took refuge in the city during the Abbasid persecution of Shia Muslims.

The tombs became celebrated pilgrimage centres in the 14th century when Queen Tashi Khatun erected a mosque and theological school in the vicinity.

Pakcik tu beriya riya bercerita dan kita orang buat muka tak nak ambik tau. Tak sabar nak masuk dalam tapi dia insist kami tunggu dan dia nak terangkan. 

Satu kali tu walkie talkie dia berbunyi..... dia lari ke depan sebab ada orang panggil agaknya. Terus bila ada peluang....

"Jom. Jom. Jom. Jom kita lari dari pakcik ni !!!"

Hahaha. Aku dengan Kim K dan buat perancangan memisahkan diri dan slow slow kami lari masuk ke dalam kompleks Shah Cheragh ni sendiri.............

Ada bangunan besar dan cukup gah. Ini merupakan muzium dan library

Di kawasan tengah tengah ada courtyard dengan pool.

Pastu nampak orang keluar masuk ikut pintu di bangunan besar satu lagi. Kami followed jer.

Rupanya tempat ni adalah masjid tempat mereka solat Jumaat. Lampu tengah tu berat dia ber tan tan !

Sebaik saja masuk dalam ruang solat yang besar ni kami di sapa oleh sorang lagi lelaki. Dia pun guide jugak rupanya. So dia sambung explain pasar tempat ni. Katanya lampu di bahagian atas tu berat dia few tan !

Karpet di bahagian bawah diperbuat daripada tangan.

Dan dia offered kami masuk ke bahagian sebelah yang merupakan Shah Cheragh yang sebenar. Kawasan lelaki dengan wanita ikut entrance lain lain, so aku dengan Kim K terpisah.

Sebaik saja masuk dalam ruangan ni, tetiba aku terpaku. Mulut ternganga............. 

"Mak ai.. tempat apa ni???"

Serious aku tak pernah tengok binaan dengan hiasan dalaman sebegini. 

Terpukau.

Terpaku.

 Terkesima.

 Terpana. 

Tersesat dalam kilauan

Terlekat

Terkagum

Ter... ter... ter...

Tak tau nak cakap cemana. Nak beraksi pun rasa kaki melekat terus. 

Few seconds aku macam lost dan tak leh hadam. Kamera pun gagal nak fokus tang mana. Mulut memang ngaga. 

Terkejong sekejap sebab tak dapat terima hakikat macam ni sekali tempat ni.

Wow !!! Aku rasa macam berada di dunia fantasi.........................

Sekali teringat hebatnya Mirror Room di Golestan Palace di Tehran hari kelmarin tapi kat sini... tempat ni memang beyond words................

Cantik. Serious cantik !

Terkesima, terjampi aku seketika...



Bermula pandang pertama
Terlihat kamu di depan mata
Terasa debar di dada
Menahan rasa bila kau ada

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintai

Ha ha ha aku ketawa
Terasa aku tak tentu arah

Kau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamu

Malam, berganti malam
Masih terbayang
Apa yang berlaku
Pada diriku
Ternyata kamu
Ternyata kau mahu diriku
Selamanya kau milik ku

Dan di bahagian dalamnya kelihatan ada yang duduk sambil berzikir. Ada yang sedang solat. Ada juga yang mengaji. Tak ubah macam suasana dalam masjid masjid yang biasa kita tengok.

Tapi kenapa tempat ni di bina macam ni sekali ?

Shāh-é-Chérāgh is Persian for "King of the Light". 

The site was given this name due to the nature of the discovery of the site by Ayatullah Dastghā'ib (the great grandfather of the contemporary Ayatullah Dastghā'ib). 

He used to see light from a distance and decided to investigate the source. He found that the light was being emitted by a grave within a graveyard. The grave that emitted the light was excavated, and a body wearing an armor was discovered. The body was wearing a ring saying al-‘Izzatu Lillāh, Ahmad bin Mūsā, meaning "The Pride belongs to God, Ahmad son of Musa". Thus it became known that this was the burial site of the sons of Mūsā al-Kādhim.

Tempat ni memang tempat keramat dan ada makam di dalamnya. Dan aku tercari cari makam yang di maksudkan tu.

Makam Ahmad bin Musa yang menjadi keramat di sini. Musa adalah abang kepada Imam Ali - Al redha. Imam ke 8 syiah. Kira anak sedara Imam ni.. tapi macam ni dia punya gah.

Dan dekat kubur ni ramai yang datang memohon doa. Dengar la rayuan dan doa mereka. Ada yang siap menangis merintih.

Tak sedap pulak rasa nak duduk lama lama dalam ni. Lagi lagi orang pandang je aku bawak kamera dan ambik gambar. Tak de lak nak tunjuk rasa hiba sama. Then aku decided keluar ikut pintu di belah belakang.

Sebalik tirai tu dah kira laluan keluar

Elok pulak bila aku keluar pintu ni terserempak dengan pakcik tourist guide memula yang aku lari tu.... Dia lambai lambai aku buat derk jer.... Hahaha "Sorry I dont know you" * run

Ni bahagian belakang selepas keluar dari Shah Cheragh tadi. Ada kolam tempat wuduk

Ini lah Shah Cheragh dari arah belakang tempat aku keluar tadi. Bawah kubah tu la kubur tadi tu.

Keluar dari situ aku masih lagi terasa kekaguman. Kagum satu hal. Tak leh terima satu hal lagi. Aku memang macam tak leh terima kenapa binaan tu macam tu sekali. Dengan gemerlapan cermin dan kaca memang bukan seperti biasa yang kita tengok. Memang betul betul lain.

Lawa memang lawa. Serious aku sendiri tak abis terkesima tapi.... bila fikir lagi, untuk apa? Hmmm aku tak de jawapannya. Tapi aku yakin mereka ada kepercayaan yang kukuh yang mereka pegang dan perjuangkan.

Tengah aku berdiri kat luar tu tercari cari Kim K tetiba ada sorang minah Iran dengan pakaian serba hitam memegang sebuah walkie talkie ni tegur.

"Excuse me... Where is your guide?"
"Haaa"

Terpinga pinga aku nak jawab. Muka dia macam marah. Aku jadi gelisah !

Cuak !

"My guide... my guide.. my guide.... "

Berpusing keliling.

Ah.. sudah !

bersambung.................

8 comments :

  1. Dpt mkn free? alhamdulillah
    Hah, kalut ribut doh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. falafel dgn sandwich...

      kalut takut kena tangkap kang.... naya !

      Delete
  2. aah lawanya dalam ni! tengok gambar pun aku dah terkesima rama

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..... tapi ada satu tempat tu tak leh ambik gambar.. kau dok ralit2 nak snappy ada org pukul dengan penyapu... !

      tapi serious lawa

      Delete
  3. Huyoooo...dasat tapi aku konpius so masjid ka makam sebenarnya tempat tue??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua dua lah.. tu la taksub sgt dia org ni dgn keturunan saidina Ali tu

      Delete
  4. terlangok dibuatnya tengok gambar dlm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. sini oke tak de org datang pukul dgn penyapu..

      tak leh ambik gambar dalam tu sebenarnya

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...