Showing posts with label 2016. Show all posts
Showing posts with label 2016. Show all posts

Saturday, December 31, 2016

G O O D B Y E - 2 0 1 6

Alhamdulillah, 

 Dipanjangkan usia dan di beri kemudahan serta diberi kesempatan untuk mengakhiri tahun 2016.


Tahun 2016 pastinya memberi terlalu banyak kenangan. 
Banyak perkara yang hadir dan berlaku kesannya tertinggal dalam hati.

Segala memori pahit dan manis yang pernah kita lalui semuanya teradun menjadi sebuah cerita. 

Yang manis akan tersemat disudut paling indah dalam jiwa. 
Dan semoga menjadi kunci bahagia. 
Yang pahit moga menjadi lembaran baru dalam hidup kita. 
Dan semoga menjadi pembakar semangat jiwa.


Semoga tahun 2017 nanti bakal memberikan seribu satu episod bahagia buat kita semua. Insha Allah. 

Berterima kasihlah kepada Tuhan kerana kita masih lagi diberi nikmat untuk bernafas di bawah lindungan Nya.. 



I set out on a narrow way many years ago
Hoping I would find true love along the broken road
But I got lost a time or two
Wiped my brow and kept pushing through
I couldn't see how every sign pointed straight to you

Every long lost dream led me to where you are
Others who broke my heart they were like Northern stars
Pointing me on my way into your loving arms
This much I know is true
That God blessed the broken road
That led me straight to you
(Yes He did)

I think about the years I spent just passing through
I'd like to have the time I lost and give it back to you
But you just smile and take my hand
You've been there you understand
It's all part of a grander plan that is coming true.

Yeah.

Now I'm just rolling home
Into my lover's arms
This much I know is true
That God blessed the broken road
That led me straight to you.

That God blessed the broken road
That led me straight to you.

Friday, December 30, 2016

Recap 2016 - Jelajah Bumi Tuhan

2016 akan melabuhkan tirainya tak lama lagi.

Saja nak imbas tempat tempat yang sempat aku jejak dan lawati. Ada tempat baru, ada lawatan sekali lagi, ada pergi atas urusan peribadi, ada jugak atas tuntutan kerja, semuanya memberi pengalaman dan kepuasan tersendiri.

2016 - Sederap kaki melangkah................

Jom usha lagi, destinasi destinasi gi mari gi mari, situ sana dan sini......................

* tarik nafas, masukkan ruh

01 - JANUARY

2016 bermula dengan lawatan ke Melaka.

Cuti cuti dan berbekalkan misi tersendiri

Melaka yang pastinya tak jemu jemu di kunjungi.

Selain Melaka, Penang juga turut menjadi destinasi awal tahun 2016

Berkunjung atas sebab musabab berurusan di sana. Tak lama tapi puas melepas rindu pada Pulau Mutiara.

Tak lupa cuti cuti santai di kota Kuala Lumpur

Mencari kedamaian sekeluarga di celah celah hiruk pikuk kotaraya

02 - FEBRUARY

Tanjung Harapan. Destinasi santai petang.

03 - MAC

Bulan Mac. Trip singkat ke negara seberang

Kota Palembang, menyingkap 1001 kenangan. Destinasi baru yang kini termaktub telah di jejaki

Mengintai gerhana sang mentari

Bulan yang sama, trip santai keluarga ke Ipoh Perak

Menyelinap di sebalik sejarah dan pembangunan kota bijih timah yang utama

04 - APRIL

Dan bila april menjelma............

April di Blue Wave Shah Alam

Tak lupa short trip urusan kerja di negeri Darul Iman

Ibarat sirih pulang ke gagang

Sambil menyelam minum air............

05 - MAY

Dan datangnya May 2016. Kenangan dan pengalaman yang akan tetap terpahat di hati dan sanubari.

Ziarah dan umrah mencari keredhaan Sang Pencipta

Pengalaman yang tidak ternilai harganya

Destinasi yang tak tergambar ketenangan dan kedamaian di sana.

06 - JUN

Jun menjelang dengan trip trip santai keluarga

StayCation sekitar ibu kota

Dan di bulan Jun. Ramadan sekali lagi tiba.

07 - JULY

Dan bulan Julai, bulan meraikan hari kemenangan.

Dan kunjungan kunjungan singkat serata kawasan jajahan

Bersiar siar sambil menikmati pengalaman dengan 1001 kenangan

08 - OGOS

Dan Ogos datang menyinarkan harapan

Menambah kekuatan diri dan merebut segala peluang yang diberikan  

Berselang seli dengan keriangan dan keseronokan

August, teguh menyusuri hari hari lain yang bakal mendatang

09 - SEPTEMBER

Awal september, langkah semakin jauh dihayunkan..................

Satu lagi nikmat dipermudahkan

Melihat sendiri kekuasaan Tuhan sekelian alam

Mencabar diri yang penuh dengan sifat lemah dan ketakutan

September tidak berakhir di situ saja

Kalau setiap kali ditinggalkan pasti tidak di lupakan.

10 - OKTOBER

Bukan satu tragedi, tapi sudah ketentuan.

Dari kutub selatan ke kutub utara demi tanggungjawab dan pelbagai urusan

Kota seni penuh sejarah sekali lagi jejak kaki melangkah

Sambil melihat perubahanan yang berlaku di lain lain kawasan

Namun kunjungan kali ini tidak begitu mempesonakan

Tapi penjelajahan tidak hanya berakhir di kota besar itu

Jauh lagi ke utara, di situ tempat aku tuju.

Dan peluang yang ada tidak di sia siakan.

Di Istanbul, satu lagi impian tercapai dan misi dilaksanakan.

11 - NOVEMBER

November datang..................

Dengan kesibukan dan urusan urusan semasa yang perlu di selesaikan.  

12 - DISEMBER

Dan.............. Disember sebagai pengakhiran.....

Yang pastinya bakal ditinggalkan dengan sejarah dan kenangan. Untuk setahun lagi penambahan. Usia dan pengalaman. Yang mana memungkinkan, jejak kaki ini akan melangkah lebih jauh dan jauh lagi.

Mencari destinasi.............................

....................... mencari kepuasan diri....

2016 ................

Berjuta langkah telah di atur. Beribu jarak telah di tempuhi. Moga sejauh mana pun aku pergi, aku akan kembali pulang. Pada fitrah dan kesucian insan. Walaupun tahun lepas tak banyak travel sangat tapi aku puas hati jugak la dapat jejak tempat tempat baru.

Cuma satu yang agak menjadikan aku sedikit terkilan untuk tahun 2016 ni. Tahun 2016, aku kena saman sebab speeding 2 kali. AES pun 2 kali dan terkantoi memandu di lorong kecemasan sekali ! Ni tengah ready nak naik court ni.

* menangis hiba belakang palang besi

Kalau kena jail korang datang lawat aku bawak coconut shake okeh !

Apa apa pun, sebagai manusia yang menumpang nikmat dan kesejahteraan-Mu Ya Allah.

Bukakanlah jalan dan segala kelapangan :

.... untuk aku melangkah lebih jauh lagi
.......untuk melihat kekuasaan dan kehebatan Mu, di langit dan di bumi dan keseluruhan alam ini
.........untuk menginsafi dan mensyukuri atas apa segalanya yang Engkau beri.

Dengan rahmat untuk setiap makhluk ciptaanNya nikmati !

Alhamdulillah. Amin ! Syukur selalu...............



Mata terpejam
untuk ku tahan
tangis ku linang
berpanjangan
makin ku lawan
makin ku ronta
tangis ku luruh bercucuran

Berkilau cahaya
di ufuk pandangan
masih ku nampakkan
wajahmu..
yang terindu - rindukan

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Makin ku lawan, makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan

Sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu.. tak lagi ku akan...

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya...
tak pernah ku agungkan....

Makin ku pejam
makin ku sedih
tangis ku tangis
berlarutan

Sandaran asmara
hanyalah harapan
esokku dambakan
disisimu tak lagi ku akan

Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
kenapa hidup harus berpasangan
kerana tuhan mahu menyatakan cintanya kepada kita insan

Syukur ku sedar sebelum bercerai nyawa badan
sempatlah diri buat perhitungan
janganlah pulang dengan kekesalan
cintanya...
tak pernah ku agungkan....

Wednesday, December 28, 2016

Mewangi : Harum Mania

Dah hujung hujung tahun ni, aku share koleksi wangi wangian aku yang sempat mewangikan aku sepanjang tahun 2016 ni.

Tahun ni tak banyak koleksi tapi dalam pada tu ada jugak satu dua yang terbeli dek kerana tewas dengan bau bau ni dan ada yang masih kekal bersama tak abis pakai lagi.

So elok kiranya, menghabiskan tahun 2016 ni, perkongsian sesuatu yang wangi wangi. Selalu travel je peluh boleh bikin merecik dan menganggu emosi orang di persekitaran. Jadi kali ni kita berwangi wangian.

"Biarkan bunga ku mewangi................ selamanya"

* tolak Akim masuk lubang sampah !

Shrettttttttttttttttt !

* sembur keliling kasik hilang bau kepam.

01 - Dsquared2 He Wood Rocky Mountain. 7/10

Dsquared2 He Wood Rocky Mountain Eau de Toilette Spray for Men

He Wood was launched in 2007. The nose behind this fragrance is Daphne Bugey. Top notes are violet and violet leaf; middle notes are vetiver and cedar; base notes are amber, musk and fir.

Dsquared² He Wood Rocky Mountain Wood is a new fragrance for men by the house of Dsquared². It belongs to collection Dsquared² Nature Always Wins, which is different, unique and complementary to other fragrances, as well as connected directly with theme of the house of Dsquared².

Sekali lagi sebagai tatapan. Botol dengan kayu di keliling

Aku beli masa saja nak try woody dari koleksi Dsquared2 dan aku agak suka jugak lah bau nya.

Ada bau fresh dan bau kayu bercampur. Ada sikit sikit macam bau orang tua tapi kira OK lah. Aku pun jarang pakai jugak perfume ni. Bau dia tak de la lasting mana. Tapi kalau yang mencari kelainan especially bau bau kayu kayan, boleh cuba. Aku abiskan yang ni dulu, nanti cuba yang lain pula dari koleksi Dsquared2 ni.

02 - Woody Intense by ARABIAN OUD - 6/10

Woody by Arabian Oud is a Oriental Woody fragrance for women and men. Top note is agarwood (oud); middle notes are patchouli and rose; base notes are musk and amber.

Kotak dia

Bau dia macam sipi sipi bau Hajar Al Aswad.

Perfume ni aku beli masa kat Mekah. Dah usha dari Madinah lagi tapi tahan tahan, last sekali kat Mekah jugak terbeli. Saja nak try Arabian Oud. Kuat jugak bau dia tapi tak de la macam bau minyak atar.

Tapi bau dia lebih kepada bau kayu kayan. Macam kuat gila kalau pakai. Kalau aku pakai hari Jumaat ada je yang akan tegur bau dia kuat sangat. Tapi tak lah sekuat Amouage. Amouage aku tu sampai aku dah tak rasa nak pakai sebab mesti orang tegur bau dia kuat sangat dan aku pun selalu pening balik keje bau dia masih melekat.

03 - Arabian Knight ARABIAN OUD - 8/10

Arabian Knight by Arabian Oud is a fragrance for men. Arabian Knight was launched during the 2010's. Top notes are citron and jasmine; middle notes are cinnamon and rose; base notes are cedar, vanilla and amber.

Arabian Knight

Perfume ni pun aku beli masa kat Mekah. Ada promotion kat Arabian Oud tu so aku pun sambar. Bau dia kurang bau Arab tapi kadang kadang aku rasa macam bau peria.

Yes ! Peria as sayur tu !

Tapi aku suka lah bau dia. Kena dengan hidung. Kalau pakai rasa bau sedap tu mengikut jer ke mana aku pegi.

Jangan sesapa tahan nak beli Peria pulak. Aku tak jual !

04 - Evoke for Him by AJMAL  - 5/10

Evoke for Him by Ajmal is a Aromatic fragrance for men. 

Top notes are bergamot, green apple and lavender; middle notes are cardamom, juniper, orris and heliotrope; base notes are vetiver, sandalwood and musk.

Evoke by Ajmal

Jangan tak percaya, kalau dah hidung tergoda, tak cukup 2, tiga aku borong perfume masa kat Mekah dulu. Tapi yang ni bukan dari Arabian Oud tapi dari Ajmal. Banyak kedai kedai dia kat area mall mall tepi Masjidil Haram tu.

Bau dia boleh tahan sedap tapi agak tak lasting. Masa try memula tu mula la rasa sedap gila.

Dah beli, shreet dua tiga kali, then bau tak kekal. Datang la bau sampah kalau tetiba kena pegi buang sampah.

So tu je la 3 perfumes Arab yang aku beli masa time gi Umrah dulu. Ada beli untuk orang lain jugak tapi aku pun tak sure bau cemana. Main beli je ikut suka. Hidung kalau dah banyak sangat cium bau, boleh hilang deria.

05 - 360° Red for Men by PERRY ELLIS - 7.5/10

360° Red for Men by Perry Ellis is a Oriental Spicy fragrance for men. 360° Red for Men was launched in 2003. 

The nose behind this fragrance is Jean-Louis Grauby. Top notes are orange, nutmeg, lime, mandarin orange, bergamot, cloves and cinnamon; middle notes are lavender and coriander; base notes are patchouli, vetiver, sandalwood, musk, red cedar and oakmoss.

First time pakai Perry Ellis

Dulu rasa Perry Ellis ni brand cikai cikai tapi berjenama jugak so aku tak berapa follow. Tapi ada sekali tu aku tengok ada promotion, harga untuk 200 ml agak murah, so aku pun sambar.

Sambar tapi bayar lah. Kalau tak bayar kang kena sambar petir pulak.

Sebab kuantiti dia agak banyak dan botol pun besar dan panjang, so boleh pakai sesuka hati. Bau pun wangi macam bau oren dan rempah tapi tak berapa stay lama kat badan. Harga murah, rasa berbaloi juga sebab banyak so boleh sembur sekali kat kucing kucing supaya mereka turut segar dan wangi sentiasa walaupun selepas berak di koridor depan !

06 - Dolce & Gabanna Pour Homme by D&G - 10/10

Nampak tak aku kasi markah penuh tu?

Designer duo Dolce & Gabbana launched their first perfume Dolce & Gabbana Pour Femme in 1992, followed by its male equivalent Dolce & Gabbana Pour Homme in 1994. Rich floral character of the feminine edition and aromatic - fougere for the masculine one, this perfume pair marked the decade of the nineties. In 2012, the designers have decided to "return to the roots" and to re-launch the two fragrances. 

Dolce & Gabbana Pour Homme reedition is of aromatic, dry and floral character and opens with notes of tangerine, bergamot and neroli. The heart consists of lavender, sage and pepper and the base includes tobacco, cedar and tonka accords.

Dolce & Gabanna Pour Homme

Dolce & Gabanna memang banyak keluarkan perfume best best tapi ini lah all time favourite aku dari koleksi mereka. Aku pernah pakai satu ketika dulu dan tahun 2016 ni, sempat beli dan menikmati kewangiannya yang tak terperi.

Aku suka. Tak de dakwa dakwi. Bau dia kuat dan lasting. Dan bagi aku memang ada ummph !

07 - Silver Black by AZZARO - 9/10

Silver Black by Lorris Azzaro is a Woody Aromatic fragrance for men. Silver Black was launched in 2005. 

The nose behind this fragrance is Francoise Caron. Top notes are lime, apple, anise and bergamot; middle notes are coriander, juniper and cardamom; base notes are sandalwood, patchouli, vetiver and white musk.

Azzaro Silverblack

Koleksi koleksi perfumes dari Azzaro sememangnya menjadi perfumes yang aku sangat suka dan aku memang mula berjinak jinak dengan brand ni semenjak study lagi. Dan dalam koleksi dia tu ada yang memang favourite aku dan salah satunya SilverBlack ni yang memang best kalau pakai time malam.

Bau dia sweet dan tempting. Mengharumkan tubuh. Menyerikan keyakinan diri.

Pakai pakai pastu tarik selimut dan tido.......................... !

08 - Zara Black Tag Intense by ZARA - 8/10

Zara Black Tag Intense by Zara is a Leather fragrance for men. 

This is a new fragrance. Zara Black Tag Intense was launched in 2014. The fragrance features bergamot, black pepper, cedar, leather and suede.

Black Tag Intense by ZARA

Aku bukan la peminat brand Zara. Tak de pun baju atau barang dari Zara yang aku ada. Tapi aku pernah dapat perfume Summer for Men by Zara ni dulu dan semenjak dari tu aku memang suka gila. Malangnya perfume Zara ni bukan la senang nak dapat di Malaysia ni.

Baru baru ni sewaktu di London, aku usha usha Zara Store sebelah Harrods tu, cari perfume yang aku nak tu tapi tak de, end up aku beli yang ni. 

Kenapa aku beli? Sebab harga dia murah. Tak sampai pun 20 GBP.

Dah bau dia? Hmmmm sedap !!! 

Perfume Zara ni best best bau dia rupanya.

09 - 7.0 Zara & 8.0 Zara by ZARA - 8/10

Biasalah kalau dah depan mata, murah lak tu. Beli satu tak cukup. So aku sambar yang ni pulak.

Penyebab utama aku sambar sebab dia combined 2 perfumes dari koleksi Zara ni dan harga dia cuma 17 GBP ! 

Murah dowh. Apa lagi. Tak fikir panjang aku terus beli jer.

Zara Perfume

7.0 Zara dan 8.0 Zara

7.0 Zara by Zara is a Floral Woody Musk fragrance for men. This is a new fragrance. 7.0 Zara was launched in 2015. Top notes are violet leaf and mint; middle notes are geranium and lavender; base notes are musk, sandalwood and cedar.

8.0 Zara by Zara is a Aromatic fragrance for men. This is a new fragrance. 8.0 Zara was launched in 2015. Top notes are melon, mint and violet; middle notes are watery notes and lily-of-the-valley; base notes are amber, musk and cedar.

Memang berbaloi beli. Murah dan sedap. Cuma tak berapa lasting je. Pakai lepas mandi malam malam pun OK. Yang hijau tu bau dia macam bau tembikai !

Hah. Jangan tuduh aku jual tembikai pulak !................. Tapi perfume Zara ni bagi aku memang berbaloi.

Sila lah cari !

10 - Polo Black by Ralph Lauren 9/10

Polo Black by Ralph Lauren is a Woody Aromatic fragrance for men. Polo Black was launched in 2005. The nose behind this fragrance is Pierre Negrin. 

The fragrance features sandalwood, tonka bean, patchouli, mango, sage, tangerine, lemon and wormwood.



Satu lagi perfume lama yang tetiba rasa rindu nak pakai. So beli dan pakai. Kasi sesekali terimbau kenangan zaman Dinosaur masih pandai berwangi wangi dan gosok gigi !

Raplh Lauren memang baunya tak asing lagi dan memang koleksi dia orang macam Polo Black, Polo Blue, Polo Romance memang stay antara yang aku gemarkan.

11 - Blue Jeans Versace by VERSUS  7/10

Hah ! Ni perfume zaman study study tak de duit tapi hajat hati nak berwangi wangi.

Bau yang fresh dan boleh di cam oleh pihak musuh dan orang lain sebab bau dia memang macam tu.

Botol dia kecik tapi bau dia power.

Blue Jeans is a fragrance one always goes back to. A classic masculine fragrance with woodsy, citrusy notes with a spicy heart and a warm drydown. 

Top notes are composed of bergamot, lemon, anise, basil and palisander tree. Geranium, rose, lavender, jasmine, sage, heliotrope and lily are at its heart. The drydown contains the notes of iris, sandalwood, vetiver, musk, patchouli, Tonka bean, vanilla and amber. Blue Jeans was created in 1994.

Aku dapat ni pun orang bagi. Biasalah pegi London dapat la harga perfume ni murah murah. Tapi aku jarang pakai so aku bagi Hero je. Biar dia wangi sikit.

12 - P.U.R.E. MILLION by Giorgio Valenti 7/10

P.U.R.E. Million by Giorgio Valenti is a Oriental Woody fragrance for men. Top notes are mandarin orange, pink grapefruit and spicy mint; middle notes are rose oil, cinnamon and spices; base notes are leather, amber, patchouli and white wood.

P.U.R.E. Million by Giorgio Valenti 

Aku pun tak tau brand apa ni. Ada orang nak belikan perfume, dia tanya aku dan aku suruh cari One Million by Paco Rabanne. Last sekali balik dia lantingkan aku yang ni.

Mati kutu garu kepala tak pernah dengar. So aku just pakai jarang jarang. Tapi lama lama aku suka lak bau dia. Tak kuat tapi sweet jugak lah.

Pakai time nak tido supaya orang sebelah datang bertempek. :-)

Tapi aku memang suka tido pakai pefume sebab aku rasa macam best je tidur dalam persekitaran yang wangi. Melekat lekat kat bantal dan selimut sampai pagi ! Harumnya biar subur di hati...... !



Di lingkaran diamku termanggu,
Terkenangkan kembali,
Saat indah aku bersamamu,
Di belai cinta suci

Sewaktu kelukaan hatiku,
kau datang dan memberi
Taburan bunga sucimu
Harum Subur di hati

Tapi kini kau pergi
Tinggalkan aku sendiri
mengusir sepi mengusir rindu
Terpisah selama-lamanya
Kau pergi dariku

Titisan airmata di pipiku
Memanjat doa suci
Saat indah aku bersamamu
Masih tetap di hati

Cintaku masih untukmu
Rinduku masih padamu
Walaupun kita jiwa
Namamu tetap di kalbu

Ku semadikan cintamu
Didalam doa kudusku
Kepada tuhan aku meminta
Damailah engkau di sana
Menghadap tuhan yang Maha Esa

So tu je la koleksi yang ada sepanjang tahun 2016. Ada yang murah dan ada yang mahal. Aku suka je asal wangi dan aku rasa perfume ni memang penting samaada suka atau tidak. 

Ada bos aku pernah bagitau aku. 

"Jangan kedekut spend RM 300/400 setiap 3 bulan supaya bau wangi"

Aku rasa dia cakap macam tu kat aku sebab time tu bau aku busuk kot !

Ingat ! haruman adalah santapan rohani. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...