Yehah !
Kenapa kalau nak berkelah kena pegi resort? Boleh ke masuk kawasan resort kalau kita tak stay di sini?
Ni aku nak cerita pasal salah satu destinasi keluarga yang gemarkan alam semulajadi sesuai untuk mencari ketenangan dan juga kedamaian.
Tapi kalau anak asyik mengaruk tak damai jugak kot !
Apa apa pun, tempat yang aku maksudkan itu adalah Kalumpang Resort & Training Center.
* tabur bunga rampai sepanjang jalan
* tabur bunga rampai sepanjang jalan
Selamat datang Tuan Tuan dan Puan Puan
Mesti ada suara suara sumbangseh bertanya.
Kenapa kalau nak berkelah kena pegi resort? Boleh ke masuk kawasan resort kalau kita tak stay di sini?
Bagus soalan tu. Sangat mencabar minda masyarakat.
Jawapannya, tentu la boleh.
Entrance
Baik lah. Kalumpang Resort & Training Center ini merupakan satu kawasan resort yang di bina di persekitaran Sungai Inki di Kalumpang. Memang ada resort, chalet apa semua tapi kalau kita tak stay di sini pun, kita masih boleh bersenda gurau dan bermain main dengan air kerana ada air terjun di kawasan ni.
Ya ke air terjun?
Terjun la tapi tak berapa tinggi.
Air sungai je kot.
Mungkin tuan empunya tanah kedaung ni mahu membuat duit lebih, so boleh la sesapa yang tak stay di sini pun datang untuk berkelah.
Kalau nak bermalam pun tak de masalah. Janji bayar. Ada banyak chalet di sini. Range harga chalet lebih kurang RM100 - RM 200 per nite. Tengok jenis chalet lah.
Tapi.
Ha.. Jangan ingat kalau tak stay sini suka suka hati je boleh masuk. Ada charge di kenakan. RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak kanak. Jangan risau, kalau bayar tu maksudnya boleh la guna facilities yang ada macam toilet, bangsal tepi sungai kolam renang, surau dan lain lain lagi. Cuma tak leh menumpang bilik je lah. Tapi kalau nak BBQ ok jer.
Ini bukan la kunjungan pertama aku ke sini, dulu dah pernah datang sekali.
Cuba usha gambar dulu.
Sungai
Ini restoran tepi sungai
Air yang mengalir tak berapa lesu
Orang bermandi manda
Kawasan dia berbatu tapi ada la ruang mandi manda
Antara chalet yang ada
Restaurant
Air Terjun lagi
Chalet tepi air
Kalau tak nak mandi sungai, kolam pun ada
Si Hero suka la mandi kat kolam ni sebab dia takut mandi sungai. Lagipun banyak batu batu.
Terbantut la aku nak mandi manda di sungai tu feeling feeling Sophiah Jane. Eh. Bukan ke?
* pegang dada ikat kain nak berkemban
Hahahaha.
Aku suruh dia gi mandi kolam tu sendiri. Tak de la jauh pun. Tetiba jawapan dia buat aku tewas tak terkata apa.
"Papa. Cikgu Hero cakap, kalau nak pegi mana mana mesti di temani oleh keluarga"
* campak spek mata lalat dan bikini polka dot dalam sungai.
"Ya lah. Ya lah"
Papa akur. Biar je Ibu pose pose makan pau Yik Mun tepi sungai mengenang nostalgia dengan kekasih lama sambil bagi ikan makan.
Kalau nak pegi elok pegi hari yang bukan public holiday takut orang ramai. Kalau nak free ada je tapak perkelahan Sungai Inki lepas pada resort ni, tapi kawasan tu agak tidak terjaga sangat macam kawasan Kalumpang Resort ni.

Ni alamat dan website : Kalumpang Resort
KALUMPANG RESORT & TRAINING CENTRE
Lot 426 & 427 Jalan Sg Inki,Kg Pasir Putih, Kalumpang
44100 Kerling, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel : (+603) 6049 1969
Fax : (+603) 6049 1087
Cemana nak pegi? PLUS exit Tanjung Malim. Lepas tol instead kiri ke Tanjung Malim, belok kanan ke Kuala Kubu Baharu. Nanti nampak sign lepas masjid belah kiri.
Nak kata grandis sangat tempat ni tak de lah. Cuma kawasan berbayar dan terjaga. Facility pun lengkap jadi boleh jadi option bagi sesiapa yang mungkin kebetulan ke Tanjung Malim tu. Tapi, jangan sampai tercicir kunci rumah dan kunci kereta di sini, nak pegi balik semula malam malam.. ayoyo.. scary woooooo !!!
P/S : Gambar saja di bloom mengambil efek bunian.