Showing posts with label Pulau Dayang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Dayang. Show all posts

Thursday, October 15, 2020

#traveldalamnegara : Pulau DAYANG, Mersing

Meh sini aku nak bagitau spoiler !

Aku dah berkunjung ke almost semua pulau yang ada di Mersing ni dan aku setuju kalau ada yang mengatakan pulau paling lawa adalah Pulau Rawa !

Tapi now aku dah jumpa pulau yang lagi lawa dari Pulau Rawa. Namnya Pulau Dayang !

Kenapa? Tak percaya?

Usha nih !

 

Pulau Dayang terletak bersebelahan dengan Pulau Aur. Jangan confused dengan Pulau Dayang Bunting tau, dayang ni belum bunting lagi !

Pulau ini memang cantik dengan keindaan alam semula jadi yang akan memukau sesiapa sahaja yang datang ke sini.

Cuma ada satu resort je di sini tu pun susah nak booking. 

Pantai dia dengan pasir memutih. Air yang membiru. Dihiasi dengan pepohon kelapa dan batu batu memang lebih tempat untuk mendapat bidaan sebagai pulau tercantik !

Dan kalau nak tengok panorama laut, pendakian ke Letak Semalu lebih kurang 40 minit akan terus buat korang terpaku !

Pendakian agak mencabar tapi sebaik sampai di puncak, korang akan tau kenapa Pulau Dayang antara pulau yang tercantik pernah aku kunjungi.


 







Pemandangan di pulau ini teramat cantik dan pasti akan menjadi kenangan yang terindah.





 



Hands down untuk pulau pulau yang lain. Pulau Dayang layak mendapat jolokan Maldives of Johor !

Tapi jangan pegi ! Bak kata pepatah, kalau takut di lambung ombak, jangan bertandang ke Pulau Dayang.

Dayang sebenarnya tak berapa suka korang berbondong bondong ke sana. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...