Showing posts with label Mt Pinatubo. Show all posts
Showing posts with label Mt Pinatubo. Show all posts

Friday, August 16, 2013

Trip Mabuhay 04 : Mount Pinatubo - Part 3

Sampai di crater Mt Pinatubo aku, aku pusing pusing kejap sambil borak borak dengan beberapa Guide yang ada.

Dia orang cerita, dulu ada sorang pelancong German berenang sampai ke sana dan patah balik. Berjaya !!! Tapi lepas tu tak de yang berani dah nak mencuba.

Sebenarnya tasik ini terkepung, tapi untuk mengalirkan air dan menurunkan takat air tu, dia orang pecahkan satu kawasan dinding gunung ni bagi air mengalir. Tapi tempat tu di belah lain. Tak nampak pun daripada tempat yang aku lepak ni.

Cuma tempat ni je yang boleh di jejaki oleh pelancong dan cuma jalan tadi satu je yang ada. Belah belah lain adalah batu batan.

Gunung Pinatubo ini di katakan akan meletus setiap 500 tahun. Sewaktu kejadian terakhir dulu, tak banyak nyawa terkorban sebab dia orang dah dapat warning. Tapi kerosakan harta benda adalah tinggi sampai tentera Amerika terpaksa menutup Clark Field sebagai US Army Military Base kerana kemusnahan dan keadaan yang tidak selamat lagi.

Itu yang Clark Airport sepi buat sekian lama sebelum di buka semula untuk commercial flight mendarat di situ.

Layan view yang tenang dan damai kejap di kawasan ni.


Awan berarak mendung. Bayangkan kecubung gunung ni yang telah hilang sewaktu ianya meletus dulu.... besar tak besar.. eh tau tak kecubung tu apa???

Sambil sambil aku lepak lepak ambik gambar, dia orang sibuk pasangkan tent.

Aku punya pakej ni je yang ada tent, siap dengan makan dan sebagainya, jadi tak risau sangat sebab kejap lagi perut aku akan terisi !

"Yahooooooooooo"

Ops ! Sekali lagi.

Tak leh tarik high pitch nanti tanah runtuh !

Khemah di pasang. Yang ni khemah untuk Minah Salleh dengan anak anak dia. Belah sana tu dia pasang khemah untuk aku.

Tenang dan damai. Mamat ni mesti tak puas hati tak boleh berenang.

Air yang hijau

Macam nak hujan

Nampak bukit yang berumput hijau tu? Tu la asalnya kami daki dan turun dengan anak anak tangga tadi. Terpongeh jugak la nak naik balik semula nanti.

Sementara tunggu dia orang pasangkan khemah untuk aku, aku pusing pusing ambik gambar.

Tak boleh nak ke mana mana pun. Area tu je. 

Ada pendaki pendaki lain, dia orang tak ambik pakej macam aku, so dia orang lepak lepak je la tepi tepi ni. Makanan pun tak de.

Tunggu tunggu, maka khemah pun siap sedia dan makanan pun di hidangkan !!!

* tak leh menjerit nanti tanah runtuh !

Gembira dalam hati je. Yes ! Yes ! Yes !

Aku duduk dalam tent

Masa ni nak hujan, jadi tak panas sangat. So kalau hari panas memang kena ada tent kalau tak, rentung la duduk atas Mt Pinatubo ni. Ada satu bangsal di sediakan kat kawasan atas sikit. Ada jugak orang jual minuman dan harga boleh tahan la mahal.

Aku lepak dalam khemah sebab makanan dah siap. Heh !

Masa aku booking trip ni, ada dia tanya makanan apa aku nak. So aku cakap je la aku nak Muslim Food.

Tengok tengok !

Nasik dan sayur ! Terpaksa la aku jadi vegetarian !

Kalau nak kata, makanan ni memang lah tak hebat langsung. Nasik semata mata pastu sayur campur. Tu je. Tak de perasa apa apa pun. Tapi sebab aku memang lapar gila, aku bedal je. Kau mampoo makan sayur semata mata?

Makan dengan lahap sambil menyaksikan view Crater Pinatubo.

Masa ni aku rasa kalau ada sos cili Mc D tu pun sedap jugak rasanya.... apatah lagi kalau ada serunding. Tapi tak pe lah. tu je rezeki yang ada. Aku makan ni memang memilih tapi tak cerewet. Dan aku boleh habiskan nasik tu.... bravo ! brava ! bravia !

Khemah kami !

Lepas perut agak kenyang tu, aku lepak lepak dalam khemah.

Hari pun mendung dan nak hujan. Kami di beri masa sejam di sini, jadi macam dah tak de apa nak buat, aku pun........ berlunjur dan betul betulkan urat !

Tau apa jadi???

Aku tertido !!

Tau apa jadi lagi?

Aku rasa aku berdengkur !!!

Hahahaha. Mesti orang sekeliling bertempiaran lari sebab ingat bunyi gunung berapi nak meletus lagi.

Ada aku kesah?

Tak de. Aku penat ni. Jangan kacau. Aku baby ! Aku memerlukan tidur yang cukup demi kecantikan wajah dan kelangsingan tubuh !

* muntah keluar carrot.

Aku terlelap dalam setengah jam kot. Tetiba riuh rendah, rupanya hujan dah nak turun dengan lebat !! Terus Guide aku cakap suruh kemas kemas sebab nak turun sebelum hujan makin lebat. Takut batu batu nanti jatuh dan menutup jalan pulak.

Then aku keluar, dia orang kemas tent tu balik semula dan terus bergerak balik. Sedih kan, lepak tak lama dah nak kena turun balik semula !

Tak puas aku bersenggama dengan alam sekitar di sini. Dah la nak sampai punya la payah, duduk tak panas bontot dah kena turun semula sebab hujan dah turun.

* pasrah atas riba Erra Fazira

On the way tu hujan turun mencurah curah. Nasib baik ada pondok jadi semua berkumpul kat situ. Yang tak de tent tu pun semua dari tadi melepak kat situ.

Tapi ada satu aktiviti lagi sebenarnya. Part of this trip, sebagai salah satu projek pemuliharaan dan konservasi , guide siap bawakkan sebatang pokok untuk di tanam oleh aku. Ya. aku lah. Acara tanam tanam pokok bagi menunjukkan yang kita ni sayangkan alam semulajadi !

Dia orang siap bawak pokok. Dan dalam hujan tu, aku di suruh tanam pokok ! Pokok tu di beri nama

SUPERMENG MALAYA !!!

Tapi anak Minah Salleh tu dia excited jugak la nak tanamkan, so aku suruh dia yang tanam dalam hujan lebat tu bagi pihak aku. ( sebab abang dia dah tanamkan pokok yang emak dia punya )


"Pandai pandai la kau menjaga diri wahai pokok. Selamatkan diri dan dara mu kalau Pinatubo meletus lagi"

Hujan turun dengan lebat lepas tu. Lebat gila.

Aku dah cuak, buat apa apa jadi, aku tak lepas balik ke airport karang naya. Memang terlepas flight ke Kalibo.

Kami tersadai di situ agak lama. Tapi lepas tu rasa macam nak jalan je turun sebab takut hujan makin lebat. Nanti lagi susah nak berjalan sebab air akan bawak batu batu tadi dan silap silap jalan semua tertutup dek batu.

Lagi haru kalau memang aku tak leh nak balik ke airport dan catch flight pukul 6 petang nanti !

Hujan yang turun dengan lebat mencurah membasahi bumi

Sama lebatnya dengan airmata aku yang mengalir lesu kesyahduan..... ( sebab tak cukup tido )


Sudirman - Antara Hujan dan Airmata

Aku dengan Guide aku jalan je turun. Guide aku budak nama Dex tu memang bagus la. Tak abis abis dia bagi aku plastik suruh cover camera. Dah la aku tak de baju hujan. Beriya dia bagi plastik nak cover diri aku lagi. Tapi aku OK je mandi hujan, cuma takut camera basah je ler.

Time turun ni kena hati hati sebab jalan licin.

Slow slow sampai balik ke pondok trekking yang 30 minit tu, then hujan berhenti. Dan dan tu langit menjadi biru semula !

Argh. Stress. Tadik aku ambik gambar langit gelap semacam je.

Tu la namanya tak de rezeki lagi. Tapi tak pe lah. Aku pun dah selamat sampai dan jejakkan kaki.

Dari situ, kami menapak turun ikut laluan kami datang tadi. Time turun ni OK sikit la sebab tak mendaki. Ikut kaki jer lah. Sambil sambil tu aku dok borak dengan Minah Salleh tu. Anak anak dia excited jalan kaki. Dah la kecik kecik baru. Sorang 5 tahun sorang 7 tahun. Dan dia orang dah sampai puncak Pinatubo dengan jalan kaki !!!!

So aku tak boleh nak bangga apa apa.

* nanges sedu sedan.

Laluan turun 

Minah salleh tu, anak dia ( sorang lagi dah ke depan ) dan guide mereka

Tak sampai 15 minit kami menuruni Gunung Pinatubo ni, tiba tiba.................

Jeep datang !!!

Yes ! Yes ! Yes !!

Menjerit sekuat hati. Lantak la tanah nak runtuh sekalipun, Yang penting 4X4 yang banyak banyak tersangkut kat bawah tadi akhirnya lepas naik ! So drebar drebar tu semua bawak la 4x4 masing masing naik menuju puncak !

Haaa..

"Yahoooooo....... !!!!!"

Tak perlu nak jalan kaki lagi. 

Tapi turun tak de la penat mana pun, cuma aku pun agak terkejar kejar masa sebab takut tak lepas sampai ke airport !

4x4 menuruni Gunung Pinatubo. Nampak tak betapa kecik nya 4x4 tu semua...

Sampai kawasan memula tersadai tadi. Apparently dia orang bertungkus lumus alih kan batu batu tu bagi buka laluan

On the way balik tu aku tak sedar apa. Mengantuk gila.... tak puas tidur dalam khemah tadi.

Tak cukup tidur di Pinatubo, aku tidur pulak dalam 4x4 tu. Sedar sedar dah sampai ke jalan tar semula. Punya la mengantuk, jalan melambung lambung pun aku boleh tidur. 

Hebat daya tidur aku. Hahahaa.

Nampak kuning tengah jalan tu? Tu adalah padi. Dia orang selamba je jemur. Memang benda ni biasa dan tak de sesapa pun marah. Kereta siap elak lagi.

Tanah perkuburan mangsa Pinatubo

Akhirnya, kami sampai semula ke office di Talac tu.

Dia orang bagi masa untuk mandi apa semua tapi aku malas nak mandi. Bersih bersihkan diri pastu mintak drebar tu hantar ke airport. Mamat Guide tu dah di turunkan masa di local office, sempat la aku bagi dia tips sebab dia baik hati jaga aku walaupun tak de la jaga mana.

Dari office di Tarlac, drebar bernama Hirryan tu baik hati hantar aku terus ke Airport Clark. Adalah dalam 30 km jugak. Time tu pukul 4 petang. Sempat aku ajak dia singgah kat Mc D beli aiskerim sebab cuaca panas gila !

Sampai airport, masih awal. Tak tau nak buat apa dan tak tau nak lepak kat mana. Aku cari port lawa kat tepi parking.

Nampak pokok ni best je. Tau apa aku buat? No No No. Bukan bercucuk tanam......

Tempat kejadian

Dan di bawah pokok ni aku tertido lagi. Siap terlelap. Siap meleleh leleh air liur basi. Sempat sedut dua tiga round saki baki air liur bakal menetes ke bumi. Slurpppppppppppppppppp.

Kau mampu????

Aku sandar beg pastu aku bersandar kat batang pokok tu. Memula duduk pokok belah sana tapi ada kerengga. Pindah pokok sebelah ni pulak. 

Orang lalu lalang tengok je. Ada pak guard mundar mandir tengok aku. Mesti dia kata aku gila. Eh. Lantak la. Macam ni la namanya travel. Kena flexible. Tak boleh nak berkira sangat. Ada hari hari kita tidur atas tilam King Koil. Ada hari hari berFasha Sandar pada pokok pun jalan.....

Tapi kena hati hati la jugak. Lagi pun aku memang mengantuk gila.

Aku rasa aku lena kat pokok tu tak sedar diri agak lama.

Sebabnya, masa aku bukak mata, aku dengar dan nampak ada kapal terbang panaskan enjin tepi pagar depan tempat aku tidur ni. Pastu, aku sedar balik kapal terbang tu dah tak de !!!! Gila. Kalau Pinatubo tadi meletus pun aku tak sedar gamaknya.

Punya la tidur lena sampai tak sedar kapal terbang tu dah tak de. Nasib tak terlajak tido dan kena tinggal flight. Meraung aku kat situ jugak nanti.

Agak agak dah bosan kat situ, aku masuk untuk boarding domestic flight ke Kalibo menuju ke Boracay.

Tapi !!

Waktu menunggu sebelum boarding dalam airport tu, aku siap ambik port terlelap lagi ! Siap berbaring atas kerusi. Berdengkur some more. Hahahaha

Betul betul terasa penat dan mengantuk mata. Ni semua angkara Sang Pinatubo.

Huhuhu........ tapi abang kan baby. Baby kena mendapatkan tidur yang cukup. Kalau tak nanti baby amok ! Berani orang nak pandang pandang aku? Aku fire dulu dia orang dengan kuasa kesatria aku nanti.

Dalam hati dah dapat bayangkan, desiran ombak, angin berpuput lembut, bayu menerpa lembut ke wajah dengan angin sepoi sepoi bahasa Tagalog.

Oh. Boracay.... kini aku datang !!!!!

bersambung............

Thursday, August 15, 2013

Trip Mabuhay 03 : Mount Pinatubo - Part 2

4x4 tu stuck ! Tak leh bergerak dah. Tetiba drebar aku berhenti.

"Here?"
"I think we cant go any further Sir"
"Huh? Kenapa???"

* wah cakap Melayu ni.

Sebelum aku ambik pakej ke Pinatubo ni, dia ada siap bagitau, ada 3 trekking yang boleh di pilih.

1. 2 jam trekking.
2. 1 jam setengah trekking.
3. 30 minit trekking.

Hah !

Mestilah abang yang gagah gajah perkasa dan sangat rajin mendaki ni memilih yang paling senang. Tak de nya aku nak trekking berjam jam jauh tu.

Tapi !

Apakan daya. Langit tidak selalunya cerah.

"So I need to walk from here?"

Drebar tu angguk. Dia turun pastu pegi mendapatkan geng geng drebar dia yang lain. Aku nampak mereka berborak kejap sebelum dia kembali datang dekat aku.

"Yesterday, heavy rain Sir, so the falling rocks close the road"

Aku pandang dia dengan wajah bengis. Angkatkan kening Ziana Zain 14 kali. Dia pandang aku. Sepi.

"Kisah duka ulaN berulaN.... hati luka cinta kecundaN....... "

Dalam hati menjerit dan meronta.

Dalam keadaan panas macam ni kau nak suruh aku berjalan? Aku ni mengantuk ! Lapar juga. Why? Why Kenapa mesti begini? Oh Tuhan ku......................

Tak de cara lain. Aku nampak yang lain lain pun sudah mula turun dan memulakan perjalanan.  

* nanges tepi batu sambil korek pusat.

"You follow him Sir"

Drebar tu suruh aku ikut guide aku yang dari tadi mendiamkan diri kat belakang. Budak lagi dia. Kurus kering lak tu, tapi kalau dia jadi guide mesti la dia dah biasa. Tapi dia pakai selipar jer pun.

Kami terpaksa menapak dengan yang lain lain menyusuri sungai yang dipenuhi air dan batu batu. Memang jalan telah tertutup. 

"How far do we need to walk?"

Aku tanya Guide. Drebar aku tinggal kat situ.

"2 hours Sir"
"Aiya"
"Sir. Are you Filipino?"
"Hmmmmph"

Dalam keadaan macam ni kau nak berkenalan dengan aku? Kau dah kenapa?

Malas layan !

"No. I am not"
"Oh. I thought you Filipino. You look like Filipino"

Ya lah. Aku ni muka USB. Pegi Indon orang cakap aku Indon. Pegi Thailand orang cakap aku Thai. Pegi India je orang cakap aku Bangla ! Kenapa tak de orang cakap aku macam orang Italy????

Kenapa?????

Dia siap boleh cas aku Pinoy yang berlagak sebab cakap omputih.

"You see there Sir. The middle one. That is Pinatubo"


Aku merenung penuh keinsafan

Jubo !!!!

Jauh tu !

Mampu ke aku nak menapak sejauh tu. Dah la mengantuk. Perut lak lapar. Tetiba baru teringat chocolate apa semua yang aku bawak tadi semua dah bagi kat anak anak orang asli. 

Jadi apa yang tinggal?

Pasrah dan redha. Tu je la yang tersisa. 

Dengan keazaman yang tipis. Keikhlasan yang tak berapa nak ada. Kemalasan berganda. Kepenatan memuncak aku terpaksa redah jugak. Aku fikir, kalau aku tak jalan memang tak akan sampai la aku ke Puncak Gunung Pinatubo tu.

7km lagi.

Seawal kami berjalan, ada papan tanda tulis 7 kilometer. Nampak macam dekat je, tapi bila nak berjalan dengan kawasan masuk sungai nya, batu batu, kawasan turun naik bukit, panas !! 

Argh.....

Slow slow aku jalan. Mamat Guide aku tu jalan ke depan. Tapi dia bagus jugak. Selalu je dia perhatikan aku especially kalau nak melintas sungai ke apa, tapi aku OK je. Lama lama dia dah bosan dan tak nak tunggu aku.

Sebab aku bad mood aku malas nak melayan dia berborak.

"Hello ! Aku ni penat, jangan interview banyak banyak boleh tak? Karang aku makan orang di sini !!!"

Dalam panas terik sang mentari, aku menapak lagi. Yang lain lain pun sama. Ada dekat 20 orang semuanya tapi masing masing dalam kumpulan bersamaa Guide mereka sendiri.

No shouting? Abis tu cemana aku nak melepaskan keresahan hati?

* menjerit dalam hati kuat kuat

Penat jugak la. Akhirnya aku suruh dia berhenti kejap sebab aku nak berehat. Nak hisap rokok pun tak daya. Perut berbunyi dengan girang.

Aku kelaparan.

Duduk perhatikan orang lain. Biar semangat mereka yang beri motivasi pada aku untuk terus mendaki !

Potter yang bawak khemah dan makanan. Perlu ke aku rampas makanan dan makan dengan lahap di sini?

Guide aku bertopi biru tengah bersembang dengan Guide lain. Sabar dia tunggu aku 

Ahli rombongan yang lain sama sama mendaki menuju puncak.

Nampak budak kecik tu?

Hah ! Dia lah pemangkin semangat aku sebenarnya. Sebab aku fikir, budak kecik tu OK je berjalan dengan mak dia. 2 beradik lak tu. So aku kena lawan mereka.

"Kau mesti lawan Meng ! Kau mesti lawan !!!"

Macam tu ruh menyelinap masuk ke tubuh dan membakar semangat di jiwa.

Tapi budak kecik tak de lemak. Aku ni lemak dah sebesar khutub khanah ! Ada few times jugak guide dia kendung budak budak tu, guide aku nak kendung aku? Patah dulu tulang temulang dia sebelum aku sempat angkat naik dua dua kaki !

Baru abis 2km. Lagi 5 km?

Kami mendaki jalan jalan yang kering dalam panas pagi.

Memang boleh cair otak. Air pun aku tak de. Ada anak sungai, tapi takkan aku nak minum. Silap silap kan beracun, aku pulak yang susah nanti.

Bertahan !

Tapi view sepanjang trekking tu agak menarik. Ada bukit dan gunung ganang yang telah berubah wajah dek kerana hakisan.

On the way tu terjumpa pulak anak anak orang Asli ni lagi.

"Cant get my eyes of you............"

Berbogel adalah biasa

Orang Asli sibuk basuh kain di sungai

Nasib jugak ada orang orang asli ni. Ralit aku dok fikir.

Cemana mereka boleh hidup di tempat macam ni? Jauh dari bandar dan kampung. Aku tanya Guide dia cakap dia orang ni duduk dalam hutan atas bukit. Memang tak nampak rumah mereka. Kerja dia orang ni tanam pokok pisang dan jual pisang.

Dia orang adalah satu satu nya kaum Asli yang masih menghuni di kawasan Pinatubo ni. Tak nak lari walaupun lepas letusan yang berlaku dulu.

Tapi pelik. Masa aku tengok dia orang basuh kain tu, siap basuh karpet !

Apakah ada Bangla naik ke gunung ni jual karpet? Bayar bulan? Pastu tiap tiap bulan datang kutip hutang. Hahahaha.

Setelah berpenat lelah mendaki. Dalam malas malas dan tak de mood, akhirnya kami sampai jugak di kaki sebelum puncak Gunung Pinatubo ini.

Sedar tak sedar sudah dekat 1 jam setengah aku mendaki. Tak kira berhenti lagi tu.

Port terakhir

Actually bangsal bangsal tu adalah tempat rehat. Sebenarnya tempat ni la kalau nak mendaki untuk 30 minit tu.

Sepatutnya aku naik ke sini dengan 4X4 dan sampai kat situ baru aku start mendaki.

Tapi apakan daya. Orang kata, apa yang di rancang tak semunya dapat di tunaikan.

Ada toilet jugak di situ. Masing masing berhenti rehat sementara sebelum meneruskan perjalanan. Guide aku tu bagus. Dia tunggu kalau aku stop. Sabar je. Tak de cakap apa apa pun. Bila aku bagi sign aku OK untuk jalan, then baru dia jalan.

Welcome to Mt Pinatubo

Nampak tak masa masa yang di bagi tu? Jangan tertipu. Itu semua dusta semata !!!

Aku ni kategori apa pun tak tu? Warga Emas agaknya. Tapi kelakar dia eja Citizen jadi Citize. Dah macam kat Kelantan lak aku rasa.

Eh. Ke aku sebenarnya berada di Kelantan ni?

Macam mengimbau kenangan mendaki Gunung Stong je. Tapi tu dulu. Zaman aku masih muda dan fit !

Ini Guide aku. Nama dia Dex

Dex ni budak lagi. Umur 19 tahun.

Dia masih belajar di salah satu U di Talac tu. Dia ambik Sc Computer. Tapi aku tanya banyak banyak macam dia banyak tak tau je.

Weekend dia ambik upah jadi guide untuk sara hidup dan kos study dia. 

Macam tu la kehidupan dia orang ni. Ada la borak borak dengan dia. OK jugak dia.

Dari kawasan bangsal tadi kami masuk ke kawasan hutan dan menyusuri jalan jalan kecik. Ada anak sungai dan hutan hutan kecil di kiri kanan. Dex tu bagus. Dia dok tengok je aku takut aku hilang or aku lambat. 

Tapi bila sampai di sini semangat aku dah membara. Sebab aku tahu, dah nak sampai !

Anak sungai

Pokok

Macam buah Tin

Hah ! Lagi 10 minit !

Anak tangga menuju puncak

Berkobar kobar !

Berkobar kobar !

Dari kawasan hutan macam tu, tetiba jumpa anak anak tangga menghala ke puncak. Aku yakin dah nak sampai.

"Percaya pada diri, dengan harapan dan keyakinan......"

Muzik !

* buat somersault berputar 4 round, pastu aksi pukul bola tanggung 3 kali sebelum mendarat ke tanah semula lalu menjerit sekuat hati.

"Yahooooo !!"

Gembira. Baru rasa nak menyanyi nyanyi sikit.

Lepas daki anak tangga tu, then sampai la ke permukaan Gunung Pinatubo yang satu ketika dulu meletus dan memuntahkan laharnya ini.

Kepenatan aku hilang bila saja sampai di sini. Aku rasa lega. Aku rasa riang dan gembira !

Welcome !!!!

Pinatubo Crater Lake

Hah.

Sebaik je aku nampak crater tu terus kepuasan berganda rasanya. Hilang penat lelah. Yang ada hanya la excitement.

Gunung Pinatubo !

Kali ini, kau ku jejaki !!!! Piece of cake bebeh. Piece of cake !!!

* mati laaaa

Cuaca separa mendung

Crater kelihatan dari permukaan Gunung Pinatubo

"Yahoooooooooooooooooooooo !!! Opss"

Tak boleh menjerit di sini.

Jeritan akan menyebabkan soil erosian !!! Ning Baizura. Jaclyn Victor. Mariah Carey adalah di larang datang ke mari !

Dari permukaan crater tu tadi, nanti kena turun ke bawah sampai ke tasik.

Aku ambik masa lepak lepak dengan Guide Guide yang ada kat atas tadi. Borak borak. Dia orang cerita masa letusan berlaku dulu Tun Mahathir ada datang !

Pastu dok borak dengan Minah Salleh emak kepada budak budak kecik tadi. Dia dari USA tapi keje di Manila.

Then kami sama sama turun dengan berhati hati sebab anak tangga agak kecik dan curam !

Akhirnya kami sampai di permukaan tasik !

No Lifeguard. Swimming is not allowed sebab kedalaman crater ni tak dapat di pastikan

Ah........... Nampak tu dah runtuh sikit, mesti ada orang terpekik terlolong di sini

Akhirnya.

Macam nak sujud syukur je kan? Sebabnya aku tak expect kena mendaki sejauh tadi. Otak aku dah set paling jauh nak mendaki cuma 30 minit tapi kena 2 jam lebih.

Tapi tak pe lah.

Nampak view yang lawa ni, semuanya seperti sudah di lupakan.

Apa yang penting, nikmati keindahan yang jarang jarang di perolehi seperti ini............

bersambung.............

Wednesday, August 14, 2013

Trip Mabuhay 02 : Mount Pinatubo - Part 1

Ini part pertama tour ke Mt Pinatubo.

Cerita tak banyak mana, tapi gambar banyak so aku bahagi bahagikan lah. Tapi tak pe, aku bab goreng goreng ni hustler jugak. So aku goreng la mana yang patut.

* curah minyak bunga matahari tanpa kolestrol untuk sesi gorengan.

Sambil sambil tu teruskan makan kuih raya sebagai peneman. Jangan senyum sangat nanti nampak mentega melekat di gigi. Tak cantik !


Bulan masih bersinar

Seawal jam 5 pagi, pick up dah sampai kat bawah Tune Hotel. Elok je aku turun mamat tu dah menunggu. Guard tu macam dah tau, dia terus tunjuk kat aku pada 4x4 yang sedia menanti.

Phillipines ni walaupun pukul 5 pagi tapi cuaca dah nak cerah. Jadi tak de la teraba raba dalam kesamaran.

Sebaik saja aku naik pick up, mamat driver tu memperkenalkan dirinya sebagai Hirryan.

"Good morning Sir"
"Morning"
"You have your breakfast?"
"Not yet"
"You want to stop anywhere?"
"Where?"
"Hmmm Mc Donald's Sir?"
"OK"

Dan dia drive sampai jumpa Mc D pastu dia drive thru. Aku sendiri pun tak tau nak order apa. Aku order big breakfast. Ada roti, scramble eggs, hush brown dengan ayam sekeping. Aku suruh dia order sekali, dia order kopi dengan apa benda ntah. Then aku bagi dia ayam tu.

Hambik makan !

Makan dalam 4x4 dengan keadaan jalanraya yang tak berapa smooth. Nasib tak tercekik. Tapi OK lah sekadar mengalas perut.

Cuaca masih pagi tapi jalan di Angeles City menuju ke Capas Tarlac dah start busy. Di situ terletaknya tour office. Aku pun tak tau. Main ikut jer.


Magandang Umaga ( Selamat pagi )

Lebih kurang pukul 5.40 pagi, aku dah pun sampai di tour office tu. Ada ramai jugak yang lain lain menunggu semuanya nak ke Mount Pinatubo.

Aku paling last sampai. Macam biasa, hero buat kemunculan lewat.

"Uols tunggu iols kah? Apa??? Tak?"

* meraung tepi pagar.


Tour office ni terletak macam dalam kampung jugak lah lebih kurang. Ada banyak rumah rumah dan salah satu nya ni la dijadikan office dia.

Di sini, sebaik saja sampai, kena settlekan dulu payment tertunggak.

OK. Cerita pasal payment.

Satu team yang buat booking harganya adalah PHP8000. Malas nak convert. Dalam 1 team max sampai 4 orang, so boleh share cost lah. Tapi kalau sorang?? Hmmmm sendiri mau ingat lah. So better kalau nak join tour ni biarlah berkawan kawan so boleh la bahagi bahagikan cost tu.

Tapi aku tak de choice. Nak buat cemana.

Aku decide nak join tour ni 3 hari sebelum datang sini. So masa buat booking, kena transfer dulu PHP1000 thru Western Union kat depa ni dan sampai tu settlekan balance semuanya. Cash sahaja. Jadi sediakan wang yang mencukupi.

Harga tu termasuk pick up dari hotel di Clark, 4x4 ( 1 team 1 4x4), fees, guide, lunch, tent dan benda benda lain lagi lah. So kalau sorang, kiranya boleh pose pose sorang je la dalam 4x4 tu nanti.

Then ada sedikit briefing.

Team team lain yang turut serta

Briefing dia biasa biasa je lah. Dos and Dont. What to expect. Itinerary perjalanan dan sebagainya. Hari yang aku pegi tu ada 2 orang orang Malaysian Chinese girls. Tapi kira dah book lain lain, kira team lain je lah.

Di beri briefing lebih kurang 10 minit then kami semua siap sedia untuk bergerak. Kena sign document jugak la kot apa apa jadi nanti dan siapa nak bertanggung jawab.

Aku tinggal beg aku kat tour office ni. Takkan la nak bawak sampai ke atas kot.

Berikut sedikit trekking reminders untuk rujukan dan panduan.
  • No Electricity and CP signal at the crater
  • You might experience Late afternoon rains. Please bring light raincoat or umbrella.
  • 4x4 jeeps might be trapped at the riverbeds or might have engine trouble so please be patient while we arrange rescue.
  • In case of emergency, tour guides are with you to give you assistance.
  • You my seek refuge at the nearest Aeta Village in case of bad weather
  • Please don't skip your breakfast because you really need enough strength
  • You have to observe proper trekking attire: light clothing, light short or pants/leggings
  • Please wear durable footwear: Rubber shoes or trekking sandal/crocs
  • If you opt to wear rubber shoes or trekking sandal, wearing tight & thick socks is highly recommended due to volcanic ash and sand that will penetrate your shoes. It will rub your skin while walking and will cause blister & bleeding at the end of the trek. It always happen to most of our clients who don't wear socks.
  • Please bring an extra slipper (mandatory) Just in case your shoes fails you.
  • Head cap/Scarf or towels for sun/dust/rain protection
  • Sunblock lotion
  • Camera and extra battery
  • Towels/Masks to protect you from dust
  • Personal stuff: toothbrush, toothpaste, tissue, shampoo, alcohol etc..
  • Cane or sticks. This is very helpful in balancing as you have to cross several streams and slippery boulders. (for elderly)
  • Please cover your things with plastics if your bag is not waterproof so it will not be soaking wet in case you are caught in the midst of heavy rain.
  • Please don't bring valuables/jewelry during trekking and cover your mobile phones, wallets & camera or any other electronic gadgets with zip locked plastic to ensure safety. Please note that some of our previous clients who disregarded this particular reminder were caught under heavy rain as the descend and their cams & phones were soaked & wet.
  • Please see attached waiver form. You may print it and have it signed by your team members. If you have no access to a printer, please discuss the content of this waiver form to your team and inform them that you have to sign it at the meet-up point on the final trek date. Please don't forget to attach your deposit slip to the completed waiver form.
OK. Dah ready !


Lebih kurang pukul 6.30 pagi, kami bergerak ke local office untuk dapatkan clearance apa semua. Perjalanan dari tour office tu adalah dalam 20 minit je. Melalui kawasan perkampungan di Tarlac ni.

Tak de apa yang menarik sepanjang jalan. Banyak rumah rumah je. Aku pun dok usha usha nak menduri diri sebab agak mengantuk.

Sampai kat local tourism office tu, driver aku tu si Hirryan tu yang settelkan semua. Registration, clearance dan dapatkan gatepass untuk ke Pinatubo. Dan setiap satu 4x4 di berikan sorang guide. Guide ni kiranya local dari sini la. Salah satu cara membantu mereka menjana pendapatan. 

Aku punya guide tu budak lagi. Tapi aku tak berapa nak layan dia sangat sebab dia duduk belakang.

Di sini la tempat terakhir sebagai persinggahan bagi sesapa yang nak naik ke Pinatubo ni. 

Kalau sesiapa berkesempatan nak ke Pinatubo dan pegi sendiri tanpa tour package. Boleh je datang ke tempat ni naik jeepney dan register kat local office ni dan sewa 4x4 dan guide sendiri. May be lebih murah la kot. 

Once dah dapat clearance, baru boleh bergerak. Tapi nanti tak sampai 10 minit ada 1 military gate yang akan stop untuk buat checking. Dia akan check ada walkie talkie ke tak, torch light ke tak apa apa lah berkenaan dengan safety kot apa apa jadi di atas sana nanti.

Faham?

Gunung Pinatubo ini terletak di sempadan antara Pampanga, Zambales dan Tarlac. Tapi, Capas ni merupakan satu satunya tempat paling selamat untuk sampai ke puncak Mt Pinatubo ini. 

Maka selepas last security check point tu, bermula lah perjalanan yang agak bumpy, dusty dan berlekuk lekuk macam permukaan bulan keadaannya ( assume je aku pernah sampai ke bulan ).

Layan dulu gambar.

Sawah padi ( atau lalang ) dan pergunungan di  daerah Tarlac

Itu bukan Pinatubo. Pinatubo tak nampak pun dari sini

Mukabumi yang sedikit berbeza

Melepasi sungai sungai dan tanah lapang

Laluan berpasir dan berdebu

Orang asli yang tinggal di kawasan ini

Tinggi tak lembu lembu tu memanjat?

Sesi melepak dan bergossip lembu lembu di pagi hari


2 jam perjalanan dengan 4x4 ni memang la bumpy. Dengan debu debu berterbangan. Lebih elok kalau ada mask atau pun tuala. Sunglasses adalah sangat perlu.

Melambung lambung jugak lah sampai boleh menyebabkan sakit pinggang. Silap silap beralih peranakan.

Tapi aku punya 4x4 tak ramai. Cuma aku, drebar dan sorang guide yang dibekalkan siap siap masa kat local tourism office tadi.

Lebih kurang 40 minit perjalanan, nanti sampai di satu kawasan ni. 

Ini bukan 7 eleven

Tapi fungsi nya macam 7 eleven

Ini sebenarnya kawasan penduduk kaum asli Filipina iaitu Aeta. Tapi dia orang tak duduk sini. Dia orang duduk atas bukit. Cuma tempat ni, dia orang datang jual pisang dan apa apa lah, kalau nak beli. Ni je la port last kalau nak membeli pun. 

Tapi masa aku sampai tak de satu pun kedai di buka. Maybe masing masing tengah membuta. Tapi anak anak dia orang ada la dok lepak lepak main main kat sini. 

Dan port ni jugak la semua 4x4 berhenti untuk sesi ambik ambik gambar.

"Mabuhay.. peace you all !! Dont forget to follow us on tweeter"

4x4 berhenti untuk sesi bergambar ria

Bentuk muka bumi yang kelihatan dari kawasan ini. Pinatubo masih belum kelihatan

Pokok pokok pisang tumbuh bertebaran

Lepas tu perjalanan di teruskan lagi.

Kali ni lebih mencabar !

Melalui jalan jalan off road driving, turun naik sungai, merentas padang pasir, jalan berdebu, masuk lobang, langgar batu. Memang terasa macam iklan Marlboro lah.

Ke iklan kopi sechawan??

Tapi drebar aku tu agak terror la jugak walaupun aku dah macam apa je melambung ke kiri ke kanan.

Kalau Ratu Elizabeth ikut boleh terpelanting mahkota dia di sini !

Tapi view memang superb !

Cuma nak ambik gambar la payah sebab 4x4 yang terhuyung hayang tu. Drebar tu dah pesan kalau nak ambik gambar dia boleh stop, tapi aku suruh dia jalan je. Sudahnya, gambar aku dah tak de rupa gambar. Main bedal jer.

Jalan menyusuri sungai lagi

Pemandangan yang agak menakjubkan

Menyusuri jalan tanpa laluan yang betul

Dalam dok leka leka sepanjang perjalanan tu. 

Tiba tiba, 4x4 berhenti. Semua 4x4 yang lain juga terpaksa berhenti...........

"Hok aloh. Bakpo lagu ni saing??"

Macam tu la aku nak tanya drebar tu.

Rupa rupanya kami stuck !

"Abe... kito stuck nih. Lagu mano?"

Owh. Kecek Klate jugok mung?

Stuck as 4x4 dah tak boleh nak jalan dah !

Tiba tiba rasa sebak di dada. Terus rasa nak meraung tarik key E.

"Tidok Ayooohhh weyyyyyyyyyy !!!!!!! "

* korek pusat sambil meraung.

Buntu................

Dah stuck ni cemana?

Where is my John Wayne
Where is my prairie song
Where is my happy ending
Where have all the cowboys gone?????????


Paula Cole - Where have all the cowboys gone?

bersambung............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...