Monday, February 29, 2016

Kembara Di Bumi Taiwan - 26 : Taipei - Shilin Night Market > Taoyuan Airport > KLIA2

Hah !

Maka sampai la ke entry terakhir trip Kembara di Bumi Taiwan ni.

Sebulan jugak nak abis publish. Dah abis ni tetiba rasa syahdu pulak dah.

* kesat airmata dengan kain organza supaya airmata nampak mewah. Ke kurang mewah?

Hari terakhir di Taiwan ni memang aku cover jalan jalan di sekitar Taipei City jer sebelum ke airport untuk ambik flight balik malam nanti. Tazabbar nak kembali ke tanahair tercinta !

Taipei - Always more delights !

Selepas melawat Grand Hotel Taipei, dari MRT Station Yuanshan, aku naik train sampai ke station Jiantan. Cuma satu station je. Memula macam nak jalan kaki tapi fikir fikir, kang jauh aku yang pengsan tepi jalan. Naik je la 1 station pun, tambang macam biasa TWD 20/RM 2.50.

Abis dah duit duit syiling aku guna pakai untuk kegunaan naik bas dan juga naik train. Tapi naik MRT dia bagi balance kalau guna duit besar, cuma naik bas je la mereput tunggu memang tak akan dapat punya !

Sampai di MRT Station Jiantan, dah nampak sign tertera besar besar..............

Arah ke Shilin Night Market. Confirm lah tak sesat.

Tak jauh pun Shilin Night Market tu dari MRT Station Jiantan. Tapi hati hati sebab ada stattion MRT Shilin jugak lepas pada station Jiantan tu. Tapi kalau nak ke Shilin Night Market ni memang kena turun kat station Jiantan ni.

Keluar dari station MRT, cross jalan maka nampak lah blok bangunan yang di penuhi dengan gerai gerai jualan. Macam Pasar Malam kat tempat kita jugak lah.

Shilin Night Market

Shilin Night Market di Taipei ni merupakan night market paling besar dan paling popular sekali di Taipei mahupun Taiwan.

Memang ada banyak night market serata Taipei ni tapi tak segempak Shilin ni la kot. Aku pun cuma sempat ke 4 night markets sepanjang aku di Taiwan ni. Tak tau cemana nak expect tapi memang aku aim nak datang ke Shilin ni jugak bagi tengok sendiri keadaan dan suasana tempat ni.

Orang pun boleh tahan ramai

Kawasan Shilin Night Market ni kiranya macam square area, ada bangunan dan banyak warung dan gerai di buka selepas waktu malam ketika jualan bermula.

Kalau jalan kaki, memang kena ikut susur tepi tepi kedai tu je la then nanti kiranya akan jadi satu pusingan dan kembali semula ke arah MRT Station tadi tu.

Gerai gerai jualan biasanya di buka seawal jam 4 petang dan berakhir lewat jam 1 tengah malam.

Ayuh, kita tengok apa yang ada di Shilin Night Market ni.

Main ambik gambar je aku pun tak pasti dia jual apa

Paling banyak orang jual buah buahan. Samaada buah potong ataupun di buat jus. Aku geram jugak tengok buah buahan ni tapi tahan diri tak nak beli memula

Strawberry chocolate

Laluan antara kedai kedai

Air telur katak pun ada di jual di sini !

Baju bajan !

Aneka barangan

Jual asam. Pau sikit boleh?

Spentot dan sport gear

Barang barangan macam ni pun ada

Air tebu !

Pala Pala. Kedai kasut rasanya ni. Motip la kedai kasut nama Pala...

Fridge Magnet. 

Aku intai intai jugak la konon nak beli souvenir FM kat Taiwan ni. Tanya tanya harga boleh tahan cikai punya mahal. Paling murah pun TWD 80 seketul. Gila ke apa. Yang standard tu kadang boleh cecah TWD 100. Paling murah dia bagi TWD 90. Bayangkan seketul FM harga RM 13?

Malas la aku beli !

Dah abis jalan jalan kawasan buah buah, cenderamata, baju baju dan benda benda kering, tiba la pulak di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

Gerai gerai makanan !

Memang nampak heaven dia orang datang makan kat sini. Aku cuma mampu memandang je lah.

Sotong apa benda ntah ni

Warung warung makanan

Di masak siap siap di sini

Habuan bagi yang mencari makanan

Laku jualan Asoh ni

Sotom

Durian pun ada di jual !

Lagi orang jual buah buahan. Aku terkena jugak la kat sini.

Ada awek ni jual mangga. Dia jual sebijik la. Mangga nampak elok dan manis la. Aku tanya harga dia terus siap packing dalam bekas dan plastik pastu bagi aku.

"500 Dollar"
"What?"

Gila mangga sebijik harga RM 66 !

Aku terus cakap aku tak jadi beli then dia bengang. 

Dia insist jugak suruh aku ambik. Aku malas nak kecoh kecoh, aku suruh dia kurangkan je mangga yang dia potong tu. So dia cakap dia boleh buang sikit dan kasi aku harga TWD 200. Tu pun dah kira RM 26 ! Mangga jenis apa la mahal macam tu.

Terpaksa la aku bayar dan makan. Manis tu memang la manis tapi ingatkan harga tu rasa macam tak berbaloi jer.

Terus malas nak berjalan dah. Menapak sambil makan mangga dengan linangan airmata !

Mangga paling mahal pernah aku beli.  

Sesi masad masad pun ada

Yang paling tak menahan kat night market dia orang ni mesti ada tikam tikam macam ni. Kalau satu row tu memang jenis tikan menikam macam ni je

Sebelum aku balik ke MRT aku sempat beli air lemonade kat gerai ni. Secawan TWD 30 / RM 4. OK la walaupun aku rasa mahal jugak

Jalan balik ke MRT Station Jiantan

Bagi aku Shilin Night Market ni memang wajib di kunjungi kalau ke Taipei ni lebih lebih lagi kaki shopping. Banyak barang boleh di cari. Nasib la aku ni memang bukan jenis reti membeli so aku pandang sepi je.

Tapi kalau nak cari barang kat tempat ni la banyak pilihan. Cuma harga je aku tak pasti sejauh mana murahnya sebab aku pun tak de beli apa apa.

Dari MRT Station Jiantan, aku ke MRT Station Xingtian Temple. Station yang awal awal aku naik masa aku memula sampai di Taipei tempoh hari.

Aku ke sini sebab nak ambik bas ke airport.

Masa kat hostel yang memula dulu si Minah Jean dah pesan, kalau nak gi airport naik bus kat Xingtian Temple ni. Opposite dari station yang aku turun masa memula sampai dulu tu. Senang naik bas kat sini sebab lebih dekat jaraknya dengan airport dan tak ramai orang. Tak pening kepala dan serabut otak kalau naik kat Taipei Station.

XingTian Temple

Dah berkali kali lalu depan dia, nak balik ni baru aku masuk tengok kawasan dalam ni.

Xingtian Temple atau dikenali juga sebagai Hsing Tian Kong Temple adalah temple di Zhongshan District Taipei. Temple untuk penganut yang devoted to Guan Yu, the patron god of businessmen.

Temple seluas 7,0000 Sq meter ini di hiasi dengan banyak gambar gambar naga dan telah di bina pada 1967.

Di depan temple ni ada MRT Xingtian Temple Station, station MRT yang first aku naik masa hari tu sampai dan last aku naik di Taipei ni tadi lepas balik dari Shilin Night Market.

Dekat belakang Xingtian temple ni ada tempat tunggu bas ke Taoyuan Airport.

Bus stop ke airport. Tiket ke airport kena beli kat kaunter dalam kedai sebelah 7E

Ni bas ke Taoyuan Airport

Aku naik bas dari sini ke airport lebih kurang jam 7.30 malam. Masih awal lagi kalau di ikutkan, tapi aku dah tak de apa nak buat dah kat Taipei ni. Hati jiwa raga dah lama balik Malaysia. Tubuh badan je yang masih tertinggal di sini.

Bas kosong, ada drebar dan 3 orang penumpang je termasuk aku.

Jarak perjalanan dari bus stop di Xingtian Temple ke airport memakan masa lebih kurang 40 minit ! Tambang TWD 140 / RM 18

Dah sampai kat bus stop di airport

Terminal 1, Taoyuan International Airport

Airport terminal

Check in dulu.

Jadual penerbangan 

Urusan check in semua cepat sebab aku tak de nak check in apa apa. Just verify document dan dia bagi boarding pass je.

Sempat aku keluar hisap rokok dulu kat luar.

Dah tak de apa apa yang tertangguh, aku masuk dalam boarding terminal. Lepas immigration, jalan jalan duty free dan terus je ke gate perlepasan.

Airport Taiyoan ni nampak biasa je dari luar, tapi aku suka environment airport ni. Tak sesak. Tak serabut. Semuanya sistematik dan facilitiesnya pun sangat bagus sekali.

Ada free 15 minit massage untuk setiap penumpang di airport ni. 

Ada prayer room

Khusus untuk pelbagai agama

Cuma nak kena gi toilet ambik wuduk. Agak jauh sikit la toilet dia

Smoking room dia macam outdoor sikit. Luas. Cuma ada 1 je dan dekat gate yang aku terpaksa menapak jauh. Tapi demi nak hisap rokok kan? Sanggup je menapak jauh mana pun.

Duty free shop dia memang best. Banyak kedai. Nasib tak de duit je so jamu mata je lah.

Penerbangan Air Asia X ke KLIA jam 11.45 malam

Menunggu untuk boarding

Panggilan terakhir masuk ke pesawat

Dah siap siap nak berlepas ni wey. Tak sabar nak balik !

Dalam flight. Seat belakang tak penuh. Lagi pun weekdays kan.

Baca baca magazine jap

Pesawat sudah mula bergerak ke landasan untuk berlepas pulang.

Selamat tinggal bumi Taiwan.

Terima kasih di atas pengalaman dan pengajaran.

Terima kasih di atas segalanya yang aku kutip sepanjang berada di bumi mu ini.

Terasa sayu untuk tinggalkan tempat ini walaupun aku cuma menumpang sekejap waktu. Ada banyak yang aku pelajari dari pengembaraan di Taiwan kali ini. Ada macam macam pengalaman dan pelbagai emosi yang aku terpaksa hadapi. Harapnya semua itu akan membuat aku lebih kuat sebagai manusia. Lebih redha dan bersyukur atas apa yang Tuhan kurnia.

Tidak sesekali aku menyalahkan apa yang berlaku.

Tidak ada rasa benci dalam diri. Dan perpisahan ini pun adalah satu perjalanan yang telah dirancang. Walaupun berat kaki melangkah, kau terpaksa aku tinggalkan.

Bye bye Taiwan !

Chewah !

Nampak tak ada drama propah-popia di situ?



Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama....

Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia

Ku harungi
Hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayangan mu
Tak sanggup aku kehilangan
(kehilanganmu)

Masih tercari-cari............

Dalam flight aku tak sedar bila masa dia orang serve makanan etc. Aku memang pengsan awal awal lagi sebaik saja flight take off. Punya la penat.

Sedar sedar dah nak landing !

Tapi bagus jugak aku tertido, tak de la aku terkebil kebil tak tau nak buat apa. Esoknya aku keje. tambah cuti Emergency Leave sehari semalam sebab terkandas di Taiwan.

Jam 4:20 pagi pesawat selamat mendarat. OR dah siap siap menunggu di subuh hari siap dengan setin kopi tongkat Ali. Supaya lancar membuang balik nanti.

Hmmm. Muahciked !

Alhamdulillah subuh subuh hari sampai di KLIA dengan selamat

Balik rumah, tukar baju dan terus pegi opis. Buat muka blur. Semua orang tanya aku gi mana dan macam biasa aku diam tanpa alasan.

Tak de orang perlu tau aku pergi mana. Tak juga staff staff aku. Dia orang cuma tau boss dia orang bercuti jer dan dia orang boleh mengulat bila aku tak der. Nasib la sehari jer.

Maka demikian lah tamat sudah kisah perjalanan kembara di bumi Taiwan ni.

Katakanlah:

Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu" - [29:20]

Mengembaralah kamu untuk mencari pencipta alam ini. Sesungguhnya dengan mengembara lah banyak pengajaran dan pedoman yang diperolehi dengan melihat budaya bangsa dan cara hidup masyarakat lain. 

Terima kasih kerana sudi membaca. Minta maaf kadang kadang aku terbawa emosi sekali masuk dalam entry. Semoga entries trip ni membantu pada sesiapa yang teringin ke sana dan perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Jumpa lagi untuk trip trip yang akan datang. Gerak lu pepe roger.



Sekian
Sampai di sini saja kita
Terima kasih segalanya
Yang pernah engkau janjikan pada ku

Sekian
Mulai dari saat ini
Kan ku cuba memaksa hati 
Tidak mengingati dirimu lagi

Makin lama ku menunggu
Makin tersiksa jiwa ku

Andainya malang sudah suratan
Ku menerima kenyataan
Terima kasih sekian saja
Ku doakan kau bahagia

Sebab last entry aku belanja 2 lagu. ada rupanya lagu tajuk sekian terima kasih !

So,.... Sekian, Terima kasih.

TAMAT. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...