Showing posts with label Xingping. Show all posts
Showing posts with label Xingping. Show all posts

Friday, April 19, 2013

# 11 - Merentas Kota Khayalan - XingPing to YangShuo

Sampai di port di tepi Li River tu aku pun turun.

Eh korang berlonggok longgok ni apsal? Cepat lah turun sama !!

* mati la marah sapa pun tak tau.

Ada nampak buggy menunggu dekat satu kawasan parking space. Siap ada orang berjual jual. Mungkin port ni penting jugak untuk orang tempatan yang tinggal di tepi tepi Li River tu pegi ke XingPing membeli barangan harian atau sekadar menyusuri sungai ni.


Tak de bas di sini tapi penduduk di sini commute menggunakan buggy ni. Kira macam bas mini lah. Aku dapat satu pass untuk naik buggy ni dan dia orang akan hantar aku ke station bus XingPing !

Buggy

Sebab tak de orang lain yang turun di sini kecuali aku, sesampai tu aku di sambut oleh para peminat !!!

"No kamera please... No camera !!!"

Ramai gak la. Semua pakcik pakcik dan makcik makcik. Dia orang ni menjual. Macam macam la dia orang jual. Ubi rebus lah. Telur rebus lah. Jual limau lah.

Pastu main paksa paksa aku beli !

"Nenek ! Saya tak makan telur rebus, nanti kentut saya busuk !!! Saya ni artis antarabangsa !!!!"

* mati la tak de orang pedulik

Jenuh jugak la aku nak berkata tidak. Dia orang ni bukan faham pun, pastu macam push push suruh beli.  Hish. Tapi bila tengok nampak kesian pulak. Cepat cepat aku lari dan pegi ke buggy yang ada, tunjuk pass dan tunggu sampai buggy tu bergerak ke XingPing.

Nenek dan datok yang menyerbu untuk menjual makanan mereka

Perjalanan dari port ni sampai ke pekan XingPing tak sampai lah 20 minit. Sejuk jugak la. Buggy akan drop kat station bus dan lepas tu, abis !

Sendiri fikir la lepas tu. 

Aku sampai kat station bus tu, tengok ada bus.

Bas ke Yangshuo


"Yangshuo?"
"Ya. Ya."
"At what time does this bus leave to Yangshuo?"

Haram tak faham.

Tak de orang faham. Angguk angguk geleng geleng. Sudahnya aku naik pening. Lain aku tanya, lain yang dia jawab. Atau salah jawab? Sebab aku tak faham apa dia orang cuba nak cakap.

Aku nak tanya next bus pukul berapa? Last bas pukul berapa? Bila aku tanya kat pondok tu, mamat tu asyik angguk jer. Apa dia angguk pun aku tak tau. Beriya iya angguk.

"Awak bodoh?"

Ntah ntah dia pun angguk.

Banyak la soalan aku nak tanya tapi tak mendapat layanan yang setimpal. Sudahnya aku tawakal je lah. At least boleh la jalan jalan sekitar tapi tak boleh berlama lama.

Sebenarnya masa aku naik buggy tu aku macam nampak port port yang lawa jadi aku fikir tak nak naik bas lagi lah, aku nak gi merayap jap kat pekan XingPing ni. So aku menapak melewati kawasan perumahan penduduk XingPing yang masih mengekalkan tradisi lama rakyat China. Ini boleh nampak dari struktur binaan rumah mereka, jalan dan semua benda lah. 

Tengok ni.

Kawasan perumahan 

 Mana semua orang pegi? Duduk dalam rumah layan sinetron?

Menapak lebih kurang 10 minit, aku sampai semula di tepi Li River tapi kali ni dari arah XingPing ni. Agak lawa jugak. Banyak bot bot dan pemandangan agak menarik.

Layan view.

Bot bot ni biasanya membawa penumpang menyusuri Li River dari XingPing ke Yangshuo

Jambatan dan sungai

Port naik ferry di XingPing

Pekan XingPing

Sebenarnya tak de apa pun di XingPing ni, tapi dalam proses menjadikannya lebih popular setanding dengan Yangshuo terutamanya pada backpackers. Sekarang ni ada banyak hostel hostel di buka di kawasan XingPing ni betul betul tepi sungai so pemandangan agak lawa ler kot. 

Apa apa pun, doakan pekan XingPing ini berkembang maju !!

* aci macam tu??

Hahaha.

Lepas abis pusing pekan XingPing ni, aku patah balik ke station bus tu. Elok aku nak sampai, nampak bas nak bergerak.

"Yangshuo??"

Aku menjerit sambil berlari lari kejar bus. Nasib drebar tu perasan.

"Yangshuo?"
"Yangshuo !"

Fuh. Lega.

Aku terus naik. Bas agak penuh. Tambang bas dari XingPing ke Yangshuo ni aku tak berapa ingat. Tapi rasanya dalam CNY7 kot ( RM 3.50).

Naik bas dan layan perasaan. Jalan raya agak tak elok. Bumpy. Orang pulak penuh. Kejap kejap bas berhenti. Ramai orang turun naik. Nak jejak ke Yangshuo tu dekat sejam jugak lah.

Tapi !

Selain daripada orang, ayam jugak naik bas ni ! Kalau makcik balik dari kebun, dengan guni guni hasil kebun naik bas sekali

Keadaan dalam bus dari XingPing ke Yangshuo

View. Cuaca sangat sejuk

Secara overallnya, aku rasa XingPing ni cantik. Kalau kebetulan dan ada masa, boleh singgah. Kawasan pekan dia betul betul dekat dengan tepi Li River ni jugak. 

Tak de banyak aktiviti boleh di lakukan di sini, tapi nampak macam banyak hostel jugak ler. Seeloknya kalau nak singgah sini, buat macam aku, naik rakit pastu turun dan merayau sendiri. Serious worth it dengan view dia.

Setelah hampir sejam jugak la duduk dalam bus, akhirnya bas masuk ke bandar yang lebih besar. Di situ aku pasti, aku dah sampai ke bandar Yangshuo !!

Hujan renyai renyai menyambut kedatangan aku ke Yangshuo.

Bas sampai dan berhenti di staton bas Yangshuo. Pekan dia tak besar mana, tapi agak sibuk. Banyak kenderaan, motosikal dan basikal ke hulu ke hilir. 

Turun dari bas aku terpinga pinga kejap. Tak tau mana nak tuju. Tapi tujuan aku cuma satu, aku nak makan ! Perut sudah berkeroncong Si Endong Endong minta di isi. Sebenarnya tak de la lapar mana. Masih boleh bertahan tapi dah jumpa kedai, aku isi lah perut aku siap siap !

Yang menarik nya, masa aku borak dengan family Melayu yang aku jumpa kat Longji Paddy Terrace tu, dia orang baru balik dari Yangshuo ni. Aku tanya la jugak apa yang best, dia cakap shopping !

Motip datang jauh jauh macam ni nak shopping??

Apa Guilin tu tak de benda nak di beli dah ke? Aku tanya jugak, shopping apa? Dia jawab, cenderamata, kain sutera China dan alas meja.

Aku dengar alas meja je then aku rasa tak penting mana. Tak pernah masuk dalam agenda aku datang travel jauh jauh dan beli alas meja  !

Dan aku tanya jugak dia orang pasal makanan halal kat sini, dia orang jawab.

"Senang je, kedai tu betul betul depan bus station"

Ha...........

So aku memang dah aim la nak makan kat kedai Muslim ni. Keluar dari bas, berlegar legar dalam hujan gerimis dan aku cari kedai makan yang di khabarkan tu.

Intai punya intai, telek punya telek. Tup tup nampak orang pakai kopiah !

Kedai yang signboard kaler biru gelap tu

Aku dah pasti ini la kedai nya, terus rasa nak tarik key Mus May.

"Sinar............... ku pasti kan suluhnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!"

* tolak Azlan dengan mesin taip writer jatuh longkang.

Anyway, dah jumpa kedai, apa lagi. Cross je la jalan tu dan pegi makan !

Hujan di Yangshuo

Menu dalam kedai

Aku tak tau apa nama kedai ni, tapi boleh nampak pekerja dia pakai kopiah kat depan. Ada  tulis tanda Halal lagi. Jadi jangan was was. Masuk dan oder !!

Masalah menu kat China ni pelik pelik. Dan aku biasa nya akan cari yang berasaskan ayam je lah. Dan yang penting jugak bagi aku, kena makan nasik. Mee apa semua tu aku tak berapa suka.

Telek telek menu tu lalu aku temui sesuatu yang mengujakan !

Nasi putih dan ayam masak paprik !

Aku saja saja bagi nama tu sebab aku tak tau nama dia apa. 

Menunggu tak lama then datang la hidangan yang masih berasap. Pergh. Tertelan air liur berteguk teguk. Makan nasik panas panas baru rasa puas !

Tapi.

Kalau jenis masakan ayam ayaman di China ni memang susah la nak dapat isi. Abis abis tulang temulang. Pastu kulit. Pastu lemak.

Suka la nak menambah kandungan lemak ke dalam tubuh aku ni. Naik 2 bukit kat Guilin kelmarin pun belum tentu lemak hilang selapis.

Anyway, makanan dia OK la boleh tahan. Cuma ayam tu banyak tulang, isi nya kurang. Mungkin isi dia buat masak lain kot. Tak abis pun aku makan, then bayar terus keluar.

Makanan tu dengan air aku bayar CNY 14 ( RM7). Lebih kurang la. Lupa sebenarnya. Janji kenyang.

Now, misi ke dua pulak nak cari hostel !

Pasar jual jual sayur tepi jalan

Aku book hostel ni malam sebelumnya bila aku confirm nak pegi Yangshuo ni. Sebab tak cukup masa nak balik ke Guilin jadi aku fikir, tidur je la di Yangshuo ni satu malam. Sampai ni pun dah petang, nak explore pekan ni belum tentu cukup masa, so esok aku ada satu hari di Yangshuo ni dan petang esok aku balik ke Guilin balik semula.

Aku booked hostel thru hostelworld. Ni kononnya hostel paling best dan hebat di Yangshuo. Nama dia Travellers Land Youth Hostel.

Okeh. Aku tau aku tak 'youth' mana tapi tiada had umur. Boleh je duduk plus harga dia pun agak murah. Satu malam aku cuma bayar RM40 ! Bilik bukan dorm ke apa !

Masalahnya cuma satu, tempat dia agak jauh dari station bus Yangshuo ni. Tengok pada peta kena jalan kaki kira kira 15 minit. No sweat. Makan lemak ayam pun dah banyak tadi, jadi kena la menapak untuk kembali kurus !

* tunjuk jari kelingking.

Belakang billboard besar tu la bus station Yangshuo

Aku menapak ikut peta yang snap kat internet. Jalan kaki dalam 10 minit jugak la pastu aku buntu. Aku tak sure dah lepas ke pastu ada macam banyak simpang.

Aku berhenti tanya orang, semua macam tak tau. Dia orang ni tak boleh nak baca tulisan rumi ! Aku pulak lupa nak snap nama jalan dalam Chinese !

Nasib la.

Sampai kat station minyak, aku tanya orang lagi. Ada mamat ni kata kena ikut jalan ke kiri. Aku ikut la. Sampai traffic light, aku tanya lagi orang. Dia kata kena patah balik pulak.

Cis !!!

Tak boleh jadi macam ni !!! 

Kalau orang tengok mesti kata aku dah tak de hala tujuan. Ya la, nak ke kiri pun salah, nak ke kanan pun dah rasa buntu. Sampai la aku jumpa mamat mamat atas motosikal yang sebenarnya dia orang ni macam driver jugak.

Aku tunjuk alamat dari iPhone aku then dia angguk.

"CNY 20"

Dia cakap.

"No !!"

Hahahah

Kau dah lah sesat tak tau hala tuju, pastu kau kedekut dan berlagak?

Kebal kan hati ni, konon nak cari jalan sendiri. Aku jalan lagi, ntah ke mana mana aku pun tak tau. Dah tak boleh track jalan ikut peta yang aku ada. Last sekali aku jumpa mamat jenis yang sama. Dia lepak atas motosikal dan kalau sesapa perlukan pekhidmatan hantar ke mana mana mereka akan hantar.

So aku buat muka tak malu tanya. Tunjuk lagi alamat. Dia angguk.

"CNY 20 !"

Dia cakap.

"No ! 10 !"

Ada kao tetap nak menawar harga? Dah la hujan ni.

"OK"

Dia suruh aku bonceng belakang dia. Aku pun sedap hati la sikit ni. Naik je motosikal tu, then dia cross jalan tu, then ada lorong kecik, dia belok, jalan tak sampai 10 meter.

Sampai !

Ini la dia hostel nya

Binawe !!

Nak je aku karate leher dia biar patah dua serta merta kat situ.

Kalau dia tunjuk kat aku jalan dari tempat aku tanya dia tu, just cross jalan pastu masuk lorong tepi tu dah boleh sampai. Jalan kaki pun tak sampai 5 minit !

Ini la bahana. Nasib badan ler nak buat cemana. Dia dropped aku, aku turun, bagi duit dan dia blah. Helmet pun tak de pakai pakai.

Anyway, lega jugak la sebab dah sampai ke hostel. Now aku boleh merangka apa aku nak buat selepas ni.

Sesampai je aku di sambut oleh owner dia bernama Hamson. Chinese tapi fasih cakap English. 

Aku serahkan passport pastu dia key in dalam komputer dia dan tetiba aku dengar lagu Melayu berkumandang !!

Walaweyyy. 

"It sounds like a Malay song. Is that Malay song?"

Aku tanya dia.

"I think so"

Dia gelak gelak.

"You speak Malay?"
"No... this is our way to welcome you to our hostel. We want you to feel like home"

Busit !!!

Kenapa aku tak terfikir macam tu? Sebab aku tau aku bukan berada di Malaysia lah !

Tapi !

Yang haru nya, lagu yang dia pasang tu lagu tak terkenal mana. Pernah la dengar tapi tak berapa familiar. Otak aku cuma sempat tangkap penyanyi tu sebut perkataan yang aku familiar.

Confirm lagu Melayu !

Tau lagu apa?

Hahahaha. Ni hah !



Di manakah pemandangan terindah di dunia
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku

Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku

Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta

Memula aku ingat lagu KRU, tapi rupanya lagu Adam AF ! Motip ! Dalam ramai ramai penyanyi Malaysia dia bagi aku lagu Adam AF??

Kat Malaysia pun aku tak dengar lagu ni !

I is antarabangsa !!!!

"Panadol please !"

* picit kepala sendiri

Tapi lagu ni sebenarnya menggambarkan perasaan aku sendiri terhadap pekan Yangshuo ni. Nanti aku sambung.

bersambung.........

Thursday, April 18, 2013

# 10 - Merentas Kota Khayalan - Yangdi to XingPing : Li River

Hari ke tiga di Guilin aku bangkit awal.

Bangkit !!!!!!!!!!!

* begitu semangat membara.

Kepenatan masih tak hilang lagi semalam. Tapi aku tidur nyenyak sebab makan ubat batuk dan ubat selsema tu. Cuaca pulak hujan. Sedang elok la. 

Tapi aku risau jugak, sebab kalau cuaca tak cantik, maka tak dapat la aku bersendaloka bersama alam secara sempurna. Penat datang jauh jauh kalau berkabus cemana?

Sedih gak ler.

Aku ambik pakej ni sekali lagi dengan hostel yang aku stay. Pakej berakit di Li River dari Yangdi Ke XingPing .

Pagi tu aku perabihkan makan nasik goreng dengan ayam semalam tu. Cukup la bekalan mengalas perut. Belum tentu aku akan jumpa nasik hari ni. Aku dah bersiap sedia. 

Dalam pakej yang aku ambik ni actually, kita akan belayar dari Yangdi ke XingPing dan akan berpatah balik ke Yangdi sebelum balik ke Guilin. Tapi aku nak mengambik pendekatan secara berbeza. Aku bagitau budak hostel tu, aku tak nak patah balik. Biar dia orang turunkan aku di XingPing tu so that aku boleh ke Yangshuo !

Heh. Bunyi macam merajuk je kan?

Agenda utama aku adalah untuk pergi ke Yangshuo. Apa ada di sana?

Li River

Sebelum tu, pagi pagi tu aku dah menunggu kat lobby then datang la sorang mamat ni ambik aku naik van. Then van bergerak pegi ke beberapa hostel dan hotel lain sebelum dia berhenti di satu tempat dan kami sama sama naik bas pulak dah. 

Aku ni pun main ikut je. Kalau orang culik pastu jual buah pinggang tak tau la cemana agaknya. 

Lepas naik bas tu, baru la ada sorang mamat ni bagitau, kami satu bas akan bergerak ke Yangdi di mana kami akan naik rakit menyusuri Sungai Li sampai ke XingPing. Untuk pakej ni aku bayar sebanyak CNY 180 iaitu kira kira RM90 ! Tak tau la mahal ke tidak. Aku dah cakap awal awal lagi kat mamat tu, aku tak akan patah balik. Turunkan aku nanti di XingPing dan aku akan ke Yangshuo. Tapi bayaran tetap sama. Tak pe lah.

Cemana nak pegi Yangshuo? Dia orang cuma boleh bagi aku pass buggy dari port turun di Li River hingga ke Yangshuo. Dari Yangshuo tu nanti aku fikir kendian. 

Sebab hostel ni aku dah book straight nite sepanjang aku di Guilin, maka aku terpaksa biarkan bilik aku kosong sebab aku plan nak bermalam di Yangshuo. Aku dah book hostel lain di Yangshuo dan bilik di Guilin ni aku tinggal je sebab aku tak bawak semua barang barang aku. Aku cuma bawak beg kecik je untuk keperluan aku satu malam di Yangshuo.

Mamat ni memberi penerangan. Nama dia KFC

Membebel bebel jugak ler mamat ni kat depan. Kejap cakap Cina pastu cakap omputih. Sebab pelancong semua bercampur. Dia cakap English dulu terangkan mengenai trip ni then macam biasa bila dia cakap Cina, aku tutup telinga.

Cubaan untuk tidur tapi gagal.

Bas bergerak meninggalkan Guilin untuk ke Yangdi yang terletak di pinggir Sungai Li ni kira kira 40km dari Guilin City. Actually boleh je nak menyusuri Li River dari Guilin terus sampai ke Yangshuo tapi makan masa lah. Lagipun, view yang di khabarkan lawa adalah sepanjang daripada Yangdi ke XingPing ni.

Dalam bas mat salleh German yang agak busuk pegi ke Longji Terrace dengan aku ada sekali. Dia senyum je dan aku tegur macam macam tu je.

Dah dia busuk sapa suruh. Kalau dia wangi nak gak aku borak borak dengan dia !

Kan? Kan?

Bas sampai di Yangdi. Semua orang ambik kesempatan untuk kencing. Ada toilet kat tepi tu.

Sampai di Yangdi ni kelihatan ada banyak rakit buluh bersiap sedia nak bawak pelancong macam kami. Memang ni antara port dia ler kot. So kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan kecik dan satu rakit tu boleh naik dalam 4 orang.

Layan gambar sekitar dulu.

Bersiap sedia !!!

Rakit ni nampak macam rakit buluh tapi sebenarnya tidak. Siap ada enjin lagi

Kami di bahagikan kepada kumpulan kecil. Yang handsome yang lawa satu group. Yang tak lawa satu group. Yang busuk pun satu group. Sebab aku tak berapa hensem dan tak berapa busuk, jadi aku dapat rakit dengan orang orang yang juga tak berapa nak lawa dan tidak busuk. Redha.


Pertama kali turun dari bas tu aku agak terpegun. Memang macam macam aku dah imagine cemana rupanya Li River ni. Lagi pun aku ada baca, belakang duit RMB 20 ringgit tu adalah gambar yang sama di ambil di Sungai Li ni. Begitu lah penghormatan kerajaan China kepada bukit bukit ni.

Memang dah boleh agak, ada banyak karst mountain di sepanjang sungai. 

Cuaca masa tu tak berapa elok jugak sebab baru lepas hujan. Tapi syukurlah tak hujan terus terusan. At least boleh la nampak walaupun jarak penglihatan tak berapa jauh mana.

Tapi aku cakap, pemandangannya tidak akan mengecewakan !

Percayaaaaaaaaaaaaaaaalah !

* tarik key Siti Nurhaliza versi Haziq AF.

Rakit mula bergerak menyusuri Li River

Li River ni panjangnya dari Guilin ke Yangshuo lebih kurang 83 kilometer. Kalau nak berakit memang makan masa 5 jam jugak lah. Tapi tak perlu la nak crusing lama lama. Bosan ler pulak. Pakej untuk pelancong pulak ada 2. Pertama naik rakit macam aku naik ni which is murah skit. Dan yang satu lagi naik ferry siap lunch apa semua atas ferry tu. Layan jugak la kot kalau ada masa.

Tapi aku tak de masa yang lama.

So berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian. Bersakit sakit di bahu, beg bawak ringan ringan !

* begitu aku cipta peribahasa sendiri.

Lantak !

Kalau tengok yang second dari kiri tu berbentuk patung budha

Sepanjang jalan menyusuri Li River ni memang banyak karst mountain atau batu batu kapur di tepi tepi sungai. Dan batu batu ni berbentuk macam macam dan ada nama nama tertentu. 

Nasib baik, aku naik dengan 3 orang budak Chinese pompuan. Dia orang dari Hong Kong. Kami berempat la naik satu rakit. Pakcik yang bawak rakit ni tak reti cakap omputih, so every time sampai ke batu batu yang kononnya resemble certain formation dia akan bagitau budak budak pompuan ni dan salah sorang daripada mereka sangat baik hati tolong translatekan untuk aku !!

Bagus betul.

Ini berbentuk ikan memanjang. Nampak kepala ikan tu?

Rakit ni banyak banyak macam berkonvoi la bergerak dari tempat kami bermula tadi menyusuri Li River ni. Cuaca berkabus dan agak dingin tapi cukup menarik. Aku just duduk atas rakit dan melayan perasaan. Sesekali layan borak dengan budak budak tu. Sorang je yang OK. Sorang lagi sibuk ambik gambar dan yang sorang lagi member dia tu lagi best.

Main handphone !!

Sepanjang berakit tu dia dok main handphone. Langsung dia tak tengok kiri kanan.

Kawan kawan dia dok OOOOO....... AAAA...........EEEE  dia buat tak peduli.

Macam tak de perasaan !

Dia dengan dunia dia. Mesti dia tak heran atau kena paksa dengan kawan kawan dia datang tempat ni. Atau dia dah 40 kali datang sini?

Rakit rakit bergerak

Setiap rakit ada kerusi tapi aku memilih untuk duduk di lantai di bahagian depan. Boleh main main air yang sejuk


Di sepanjang pelayaran tu boleh nampak la aktiviti penduduk kampung. Ada nampak binatang binatang. Ada perahu nelayan dan sebagainya. Asyik jugak lah. Cuaca pun best, cuma tak berapa cerah la jadi gambar tak berapa menarik nak di ambik.

Dan dalam keasyikan tu kami akhirnya sampai di tempat yang menjadi lokasi penting yang turut di ambil menjadi pemandangan di belakang note kertas RMB ini.

View yang sama dengan duit kertas CNY 20

Karst mountains


Macam aku cakap la, batu batu ni di percayai menyerupai macam macam benda. Ada rupa kura kura panjat bukit la. Rupa muka orang lah. Rupa baby lah. 

Yang mamat tourist guide tadi tu, dia naik rakit lain. Sibuk la dia menjerit jerit.

"Use your imagination !! Use your imagination, then you can see !!"

Imagination ler sangat. Aku tengok semua berbonjol bonjol je. Aku ni kan tak leh lebih berimaginasi, kang semuanya aku nampak macam tetek je.

Tetek di kiri. Tetek di kanan. Tu tetek besar, tu tetek kecik. Ada tetek tajam !

"Waaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Panjangnya kopekkkkkkkkkkkkk"

My imagination run wild with me sometimes.

* terjun tiruk dalam sungai menyelam sebelum kena lempang

Some of them memang macam menyerupai tapi bagi aku tu semua kebetulan je. Tak payah nak percaya sangat.

Perkampungan di tepi sungai


Actually dalam sedar tak sedar, hampir 2 jam kami menyusuri Li River ni. Rasa sekejap je sebab asyik masyuk layan perasaan dengan pemandangan yang lawa ni. 

Sampai di satu port ni, rakit rakit tu semua akan berpatah balik semula ke Yangdi tadi !!!

Tapi rakit aku je kena teruskan jugak sebab mamat tourist guide dah pesan kat pakcik bawak rakit ni hantar aku sampai ke port untuk ke XingPing. So rakit bergerak dengan aku dan 3 orang budak pompuan Chinese tu sementara yang lain lain berpatah balik dah.

OK. Aku nak bagitau satu catch dia orang ni kalau ikut trip macam ni.

Dia orang akan ambik kita pagi dan bawak naik rakit ni. In all adalah dalam masa 5 jam kesemuanya. Tapi ! Lepas pada berakit ni, dia orang akan pegi ke tempat lain ! Ada la pakej pakej ni melawat sampai ke Yangshuo jugak kot kalau tak silap dan pakej ni kena bayar lain ! Mahal pulak tu.

Dan benda alah ni dia cuma kasi tau masa dalam bas on the way tadi tu je. 

Kalau sapa nak ambik boleh la join, tapi kalau tak nak. Tunggu la kat port ni sampai bas tu datang balik ambik petang nanti. Tidakkah itu membuang masa? Maka, sesapa pegi sini, sila check dulu pakej tu samaada bas tu akan balik ke Guilin right after cruising ni atau dia pegi melilau lilau dan pelancong tak de pilihan lain melainkan ikut je kalau tak nak kebosanan ! Tu pun dia bagitau masa dalam bas !!

Nak kencing jugak dia orang ni sebenarnya.

Rakit akan berpatah balik bila sampai ke Mural Hill ni.

Dekat Mural Hill ni, di khabarkan terdapat 9 kepala kuda. So, sila lah cari sendiri di mana letaknya kuda kuda tu semua !

Mural Hill. Ada nampak kepala kuda?

Akhirnya rakit tu sampai jugak di satu port di XingPing yang mana aku akan turun kat situ. So tak de dakwa dakwi dah. Dia orang buang je aku kat situ dan aku lah seorang diri yang menentukan ke mana hala aku nak pegi.

Tapi !

Sebab tak patah balik, dan di turunkan di port ni, maka dia bagi aku satu pass untuk naik buggy sampai ke Pekan XingPing !

Rakit berlabuh

Awek awek yang sama satu rakit dengan aku memberi lambaian terakhir. Yang kat tengah tu yang bolayan view Li River ni. yang rambut panjang yang menjadi translator aku.

Selamat tinggal Li River, kelak kita bertemu lagi.

Sekarang ni, aku kena pegi ke XingPing sebelum meneruskan perjalanan ke Yangshuo !

bersambung......

Saturday, February 16, 2013

Highlight - Xingping, China

Kunjungan ke Guilin bukan saja tidak lengkap malah boleh dikatakan tidak berbaloi jika tidak menyaksikan pemandangan banjaran batu kapur, lembah hijau dan aliran jernih sepanjang Sungai Li yang begitu indah terutamanya dari Yangdi ke pekan Xingping.

Pelayaran dengan bot dapat menyaksikan landskap indah ini sudah cukup membuat hati terjatuh bergelimpangan. Silap silap lemas dalam sungai Li.

Sepanjang perjalanan menyusuri sungai ini, kita juga dapat melihat keunikan cara penduduk kampung menangkap ikan dengan menggunakan helang sebagai penangkap ikan.

Helang penangkap ikan mampu menyelam jauh ke dasar sungai ini untuk memburu ikan dengan menggunakan paruhnya yang besar. Bagaimanapun, terlebih dahulu, pemiliknya akan mengikat leher burung itu dengan tali untuk memastikan ikan yang ditangkapnya tidak dimakan terus oleh burung itu. Aku tak jumpa pun mungkin sebab cuaca sejuk sangat kot helang semua mogok.

Apa apa pun, pelayaran menyusuri Sungai Li ini memakan masa kira-kira dua jam setengah dari Yangdi dan berakhir di Xingping dan biasanya akan berpatah balik ke Yangdi. Tapi macam aku, aku turun di Xingping dan melilau tanpa pedoman.

Layan highlight buat jamu mata.

Yangdi 

Kawasan bukit bukit batu kapur

Tenang dan mendamaikan

Cuma cuaca je agak misty dan gloomy

Air sungai yang tenang 

Rakit yang belayar sepanjang sungai Li. Tapi bukan rakit buluh. Siap ada enjin lagi

Menyusuri Li River

Formasi batu batan. Formasi yang di kenali sebagai big budha (kanan)

Keindahan alam

Cuaca yang tak berapa cerah

Antara rakit membawa penumpang menyusuri Li River

Formasi di sebalik wang kertas 20 Yuan

Dari Yangdi ke Xingping

Mendamaikan

Kabus dan sirna

Tenang

Sungai Li dari XingPing

Agak lawa

Pedalaman Xingping

Pekan Xingping yang masih mengekalkan bangunan bangunan lama

Keindahan Xingping

Batu batuan

Kapal kapal penumpang

Warga emas di Xingping

Xingping ni sebenarnya pekan kecil yang agak kurang touristy daripada Yongshuo. Pekan yang masih mengekalkan tradisi penduduk lama China. 

Merentasi sungai Li dari Yangdi ke Xingping adalah view paling lawa. Tapi masa aku sampai cuaca agak berjerebu jadi agak sedih hiba jadi gambar gambarnya. 

Apa apa pun, Xiingping mempunyai tarikan tersendiri sesuai untuk mereka yang cintakan kedamaian dan alam semulajadi.

Macam habang !

* pegang dada, mata ke atas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...