Showing posts with label Pattaya. Show all posts
Showing posts with label Pattaya. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Amazing Thailand : Pattaya 5 - Pattaya City

Hari ke dua di Pattaya aku bangkit tak de la awal sangat.

Semalam keletihan.

Apa apa, minum dulu bekalan kopi yang aku beli kat 7 eleven semalam.


Nak di jadikan cerita. Sebab aku ni kan berani di luar negara je. Dalam negara aku shy shy pig skit. Malas nak layan.

Sebelum tu dipersilakan yang belum mumayiz ke belakang sebab lepas ni ada unsur unsur kedewasaan sikit. Yang kurang matang dan masih kengkanak sila skip part bawah ni.

Ready?

So semalam lepas aku balik dari Sanctuary of Truth tu aku mandi solat semua dan aku keluar balik. Misi aku nak mencari makanan sebenarnya sebab aku lapar.

Pusing pusing pekan Pattaya, akhirnya aku sampai ke Walking Street yang aku lalu semalam tu yang banyak nude bar dan sebagainya. Terdetik hati aku dengan spontan, alang alang menyeluk pekasam biar sampai tangan bau ikan ! Begitu la alang alang dah sampai Pattaya, motip tak nak melihat apa yang terhidang di depan mata?

Dengan memberanikan diri aku usha satu nude show ni. Nak tengok la apa benda nude sebenarnya. Bogel bogel ker apa ke.

Layan gambar dulu.

Eh. Korang jangan bagitau mak aku, aku pegi tempat tempat ni tau. OR tak pe, aku dah bagitau dah. Kena bebel je sikit

Deretan sex bar

Mak hayam pun ada berkeliaran

Nak?

Lepak

Rupa rupanya............... ada Ping Pong Show uols !!

Meh aku cerita ping pong show ni. Aku rasa benda ni ada banyak di Bangkok, dan tak terkecuali di Pattaya ni sendiri. Nak masuk tu kena bayar dalam THB200/RM20. Ada bapak ayam la sibuk sibuk promote suruh masuk. Dia kata da 20 aksi !! Aku pun nak usha la. Siap kena check takut bawak kamera. Guard dah cakap, no kamera whatsoever.

OK. Fine.

So aku pun menanti penuh debaran, apa benda dia nak tunjuk. Keluar keluar terus bogel ke apa.

Dan masa berlalu pergi, sambil menunggu aku minum la air coke. Tu je la air yang aku boleh minum. Then bermula la show nya. Dalam tu tak de la besar mana, ada center stage dan ramai jugak la orang keliling mostly mat salleh. Pompuan pun ada.

So berbalik pada show ni, aku malas nak cerita details sangat la walaupun akan jadi details punya. Standard aku la bila lupa diri menaip dan otak aku akan bergerak laju selaju jari jemari ku yang mulus ni.

Then keluar la satu pompuan Thailand muka boleh tahan lawa dan dia yang memulakan show. 

Show nya adalah memanah belon menggunakan pepet.

Kau mampo???

Bertepuk sorak dan riang la semua manusia. Tak tau la berapa puluh kali dia praktis nak berjaya memanah dengan cara macam tu. 

Pastu baru lah memasukkan bola ping pong menggunakan pepet dan melantunkannya ke pentas.

* pengsan

Perlu ke aku pegi details? Hahahaha. Tak leh nak imagine walaupun aku rasa dia buat tu mudah je. 

Lepas tu ada acting lain lain jugak. Seperti fefet menulis surat !! Fefet menjahit !! Fefet meniup lilin. Fefet meniup belon. Macam macam lah. Naik pening aku di buatnya. Setiap kali lepas act tu ada lah dia orang mintak tips. Aku buat bodoh je. Pastu ada la performance dari lady boy aku rasa macam menyemak je. Pulak tu dia nampak aku datang sorang sibuk la nak bergesel gesel. Aku terajang baru tau.

Lepas tu aksi lain adalah fefet kemut pisang dan melantunkan kepada penonton.

Dan penonton berebut makan pisang tu.

Grosss !!

Terus aku rasa macam nak muntah.

Then aku blah. Tak boleh la lama lama, pening aku di buatnya. Fun la and first timer boleh la nak pegi usha kot, tapi aku rasa jijik pun ada kalau nak tengok sampai abis.

Siap ada aksi, bancuh kopi !!

Kau mampu bancuh kopi dalam fefet???

Lepas tu aku blah. Perut lapar. Tapi masih terbayang bayang bola ping pong keluar dari fefet. Sambil bawak motosikal aku dok ingat penyu bertelur je. Macam tu la agaknya. Nasib la aku tak suka makan telur penyu. Hahahahaha.

Then blah dari tempat tu, aku mula kan misi nak mencari Fridge Magnet untuk kawan kawan.

Puas aku berpusing tak jumpa. Banyak kedai dah nak tutup. Last sekali jumpa gak la gerai kecik jual. Terus aku borong. Dia bagi aku THB100 untuk 4 ketul. Tapi berat ler pulak nak bawak kalau dah beli banyak banyak.

Nak cari makanan tak jumpa kedai halal. Kedai memang banyak. Kalau cari mungkin ada. Tapi aku pun tak de check kat internet ke apa so main redah je tengok kiri kanan sambil bawak moto. Tak de jumpa.

Tup tup.. ada sekali tu, motosikal aku mati !!

Sudah. Terus teringat dosa. Aku ni kan tak leh buat dosa kering banyak sangat, nanti terus dapat balasan serta merta. Sudah. Cuak jugak motosikal rosak ke apa, nak balik hotel kang payah. Cuba start lagi, then jalan sikit mati lagi.

Rupa rupanya... minyak abis !

Aku lupa nak isi minyak. Actually aku tahu tapi aku malas nak ambik pot sebab aku fikir, macam kat Samui hari tu, dia orang suka rosakkan meter minyak tu, supaya nampak sentiasa kosong walhal ada lagi cukup la nak berjalan. Then nanti dia orang assume kita akan isi minyak la. Tu yang terjadi masa aku di Vietnam dan Samui hari tu. Kat Pattaya ni memang nampak minyak sikit, tapi aku fikir mesti ada lagi. Sempat la aku merayau siang tadi ke hulu ke hilir, tak abis pun minyak.

Tup tup sekarang terdampar sepi.

Nasib baik jugak la motosikal aku tu mati betul betul depan Shell !!

Heret jugak la berpeluh ketiak seberang jalan then isi minyak.

Pastu terus insaf. Malam tu aku beli Fish Filet je kat Mc Donalds sebab tak jumpa nasik. Balik hotel makan sambil tutup hidung. Bulat bulat aku telan. Tak pe lah, sekadar melapik perut. Aku fikir aku kena cari nasi di Bangkok hari esoknya.

Okey. Panjang pulak cerita ni.

Pagi tu aku plan nak pegi Floating Market Pattaya, tapi bila aku baca dia kata tempat tu tak authentic sebab di bina khas untuk pelancong. So aku malas nak pegi. Pastu nak pegi usha Jomtien Beach, satu lagi pantai di the other site of Pattaya Beach, tapi pagi tu aku sangat malas.

Bermalas malas di bilik then dalam pukul 10 aku terus check out. Nak gi hantar motosikal then nak naik Tuk Tuk ke station bas.

Sebelum tu usha buat kali terakhir Hard Rock Hotel Pattaya.





Banyak pulak aku ambik gambar kat sini. 

Lepas geram.

Then aku gi hantar motosikal pastu aku tanya orang kedai motosikal tu cemana nak gi station bas, dia kata depan tu ada kedai jual tiket naik mini van ke Bangkok.

Sedang elok la. Aku pun pegi tanya. Bas bergerak pukul setiap jam. Time tu pukul 11. So aku ada dalam setengah jam. Harga tiket pun murah je THB120/RM12.

Sambar terus.

Kedai mini van ke Bangkok

Ada pulak orang orang ramai ni. Tak faham dia orang ni kenapa

Ada tops market

Kawasan pekan Pattaya

Pastu tak tau nak buat apa bosan menunggu, aku merayau melilau di kedai kedai di tepi tu.

Tengok apa yang patut. Dengan harapan nak cari makanan kot la jumpa kedai ke. Macam lapar aku di buatnya. 

Layan tengok apa aku nampak.

Kuyah muyah

Hari yang sibuk

Kedai kedai yang ada




Sampai sudah tak jumpa kedai halal.

Last sekali aku pusing balik ke supermarket tadi dan masuk. Ada bakery shop. Aku beli roti dan biskut. Cukup la untuk mengalas perut.



Elok je keluar nak balik ke kedai tempat nak naik van tu dah nampak van menunggu.

Laju buai ku laju aku berlari. Takut kena tinggal.

Dia orang memang tunggu aku. Standard la aku ni asyik last sekali je kalau nak naik apa apa. Masuk van, aku terus melantak makan roti. Semerbak bau roti. Orang dalam tu pandang je.

"Lapar kah???"

Argh. Dia orang boleh makan macam macam. Aku ni yang tak jumpa Nasi Goreng Pattaya di Pattaya ni.

So misi mencari Nasi Goreng Pattaya di Pattaya adalah gagal !

Aku melayan perasaan sendiri sambil cuba cuba tidur tidur ayam sementara van bergerak menuju ke Bangkok.

Cost di Pattaya? Rasanya RM200 pun lebih pada cukup. Tak termasuk hotel la sebab hotel boleh pilih nak murah atau mahal. Lain lain tu, still mencukupi lagi.

Puas berada di Pattaya, nak pegi Bangkok pulak. Aku mungkin orang terakhir yang pegi Bangkok, semua orang macam dah pegi. Tapi tak per. Kita terjah !

Ayuh !

bersambung....

Thursday, October 4, 2012

Amazing Thailand : Pattaya 4 - Santuary Of Truth

Sampai kat hotel tempat aku menginap semalam, aku pun ambik barang aku.  Semua urusan selesai. Hotel tu baik hati siap arrangekan aku sewa motosikal.

Sewa motosikal adalah sebanyak THB150/RM15 untuk sehari. Kena bagi deposit RM50 nanti dia refund.

Kenapa aku perlukan motosikal?

Sebabnya aku nak pegi satu tempat ni yang bas tak masuk. Taxi mahal dan Tuk Tuk pun tak hantar. So baik je la aku sewa motosikal. Plus aku fikir, sebelum aku pulangkan esok, aku boleh pegi ke Jomtien Beach dan jugak kawasan kawasan lain. Ada floating market di Pattaya ni jugak. So sekali harung je. Tak payah aku nak fikir fikir dah pasal transport.

Tapi sebelum apa apa, check in dulu kat hotel untuk malam nanti.


Yehah !!

Aku baru book malam sebelumnya tapi atas desakan perasaan lepas tu rasa nak lempang diri sendiri sebab bertindak mengikut nafsu serakah. Tutup mata je lah.

Dari hotel tadi ke Hard Rock Hotel tak jauh. Aku cuma bawak motosikal aku, park dan terus check in. Urusan check in semua mudah dan pantas.

Aku tak leh berlama lama sebab nak pegi ke tempat lain dengan waktu yang dah petang ni. 

Usha dulu apa yang patut.

Reception dan lobby

Tengok bilik terus nak pengsan. Motip tidur di temani 2 vampires ni????

Bilik air

Turun balik ke lobby

Tak boleh berlama lama aku kata. Nanti aku ambik gambar lagi di hotel. Sekarang ni, aku nak pegi ke satu tempat ni. Memang aku dah mark sebelum sampai lagi aku nak gi tengok sendiri. 

Nama tempat dia adalah Santuary of Truth.

Kasik preview dulu skit

Santuary of Truth ni sebenarnya kuil hindu.

Terletak di satu pantai di kawasan utara Pattaya. Lebih kurang 12 km dari Pattaya City. Nak pegi kawasan ni memang agak payah kalau tak de transport so better ada motosikal ke at least.

Berpandukan peta aku bawak motor. Ikut jalan utama seperti yang ada dalam peta. Tapi nak jumpa jalan masuk ke pantai bermasalah skit.

Dua tiga kali aku berhenti tanya orang. Nasib baik la dia orang bagus bagus belaka.


Akhirnya... sampai juga. Masuk kat kawasan parking dia terus nampak replika Santuary Of Truth ni.


Macamana nak cakap tempat ni heh?

Kuil biasa je, tapi yang mengkagumkan aku, kuil ini sebenarnya di bina dengan kayu semata mata.

Ya. Kayu jati !!!

So aku nak tengok la sendiri cemana gedabak bangunan besar ni nak di buat dengan kayu? Kukuh kah? Kuat kah? Cantik kah?

Tapi, nak masuk ke tempat ni kena bayar mahal sikit. THB500/RM50.

Sebabnya. Kuil ni belum siap dan masih dalam process pembinaan. Duit tiket tu di guna pakai untuk melakukan kerja kerja pembinaan sebab ianya tidak mendapat sponsor dari mana mana pihak.

Tak pe la. Halal bi halal. Bukan datang hari hari. Keinginan aku untuk tengok dengan mata kepala sendiri tu lebih besar.

Tapi hari dah petang. Orang pun dah tak ramai.

Jom. save RM50 duit korang, aku belanja tak pe. Meh sini masuk tempat ni.


Lepas park motosikal, beli tiket so kena jalan sikit. Ikut je anak panah tu.

Kalau malas nak menapak, ada kuda di sediakan.

Kuda ni malu malu

Sampai nanti di kawasan macam pokok pokok dah nampak ukiran pada kayu yang di bina di kawasan ini.

"Tolong. Tolong Aini Bang Brahim...."

Dan jalan ikut laluan dalam tu, maka tersergam indah la tempat ini. Santuary of Truth.

Tadaaaaaaaaa

Masa aku sampai orang semua dah nak keluar. Dia tutup jam 6.30 petang. So aku ada lebih kurang 20 minit je. Tak pe la. Cepat cepat.

Apa lagi korang yang kat belakang tu. Cepat ! Terhegeh hegeh kang tempat ni tutup, korang nak bermalam di sini??

* mati la marah sapa pun tak tau.

Ini pandangan dari depan. 

Ini dari kawasan persekitaran

Tempat ni terletak di tepi pantai sebenarnya. Kalau cuaca menarik memang lawa nak ambik gambar sunset. Tapi cuaca tak menyebelahi aku. Kena berpuas hati dengan apa yang ada je lah.

Actually nya boleh masuk ke dalam.

So mari kita masuk.

Baca ni

Baca ni jugak.

"The Sanctuary of Truth is a gigantic wooden construction which covers the area of more than two rais. The top point of the building is about 105 meters high. It was constructed to withstand the wind and sunshine on the seashore at Rachvate Cape, Tumbon Naklea, Amphur Banglamung, Chon Buri Province.

The building was constructed according to ancient Thai ingenuity and every square inch of the building is covered with wooden carve sculpture. The purposes of decoration with wooden carve sculptures are to use art and culture as the reflection of Ancient Vision of Earth, Ancient Knowledge,  and Eastern Philosophy. With in this complex, visitors will understand Ancient Life, Human Responsibility, Basic Thought, Cycle of living, Life Relationship with Universe and Common Goal of Life toward Utopia"

My fav

Masuk dalam ada geng geng jepun ni lagi

Semuanya dari kayu jati

Aku tak tau la. Ni personal lah kot.

Masa aku tengok kat luar aku rasa biasa lah. Aku just fikir. 

"Oh. Cantik. Cantik... "

OK. That is it.

Tapi bila aku masuk dalam. Sebaik saja melangkah masuk tu macam ada aura. Dan aku terus rasa kekaguman. Kagum gila aku sebab ruang dalam tu besar dan dia buat dengan ukiran semua tu menggunakan cuma kayu dan craftman tangan.

Susah la aku nak cakap, bagi aku kena gi tengok sendiri. Menarik. Seriously menarik.

Ada tempat upacara sembahyang juga

Yang tak tahan tu siap ada muzik dalam ni.

Macam muzik bollywood lah. Lagu lagu hindu lama. Mengasyikkan jugak sebenarnya. Sesuai dengan persekitaran dan tour kat sini.

Tak ramai orang so aku abiskan masa berkeliaran sebelum kena halau keluar.


Wanita kesepian sedang berlapang dada

Kata kata kat sign ni memang menarik perhatian aku.

"The work indicates that humans are only dust in the universe and will ultimately become one with it. 

Physical beings deteriorate, ravages by the time but truth and goodness are immortal. 

Materials pleasure is a superficial physical and external joy. True happiness is found in intrinsic spiritual pleasure. 

Ideals make human life more meaningful. 

Determination to go to the ideal world is something desired by all men. Every belief,. every religion and every philosophy leads there by different paths. 

To ponder the great question of heaven and earth and yet live for humanity, to study and teach the sublime knowledge of scholar of the past and to create eternal peace for all mankind, this is the true goal of the knowledge great men strive to achieve"

puting tetek terbelah kena pahat


OK. Macam biasa lepas tu aku kena halau sebab tempat ni dah nak tutup. Jepun Jepun tadi pun dah blah.

So aku menapak keluar balik semula.

Bagi aku, tempat ni memang lawa dan cantik untuk photog. Bagi yang nak datang saja saja pun OK kalau rasa tak rugi RM50. Kalau selain dari sebab musabab ni selain korang nak beribadah (kot?) then ... tak de apa sangat lah.

Senja di Santuary of Truth

Lepas keluar tu, terus la blah. Pegi ambik motosikal aku dan terus balik.

Aku kan tak bawak spek so aku risau nak bawak motosikal malam malam. So sebelum malam menjelang. Sebelum hari gelap, baik je aku blah balik dulu. Nanti aku terpaksa meraba raba dalam kesamaran.

Layan ni skit lagi.



Adik ni baru bangun tido. Mak dia keje dalam park ni

Oh lupa nak kasi tau, nak masuk dalam ni kena pakai topi putih sebab under construction. Note : Topi putih tak de kena mengena dengan saiz tetek pompuan ni

OK. This is the actual view dari udara

Motosikal yang aku sewa

Then aku bergegas balik ke Pattaya Beach.

Dahaga. Lepak beli kopi pastu minum dan hisap rokok sambil melayan angin petang di tepi pantai. Dah tak ramai orang. Best.

Aku lepak je duk situ. Tak risau nak balik sebab depan Hard Rock tu je. Cuma kalau aku nak park motosikal kena masuk ikut lobby hotel tu belah belakang. Belah pantai ni cuma ada Cafe dia je. Boleh jugak nak masuk ikut belah pantai cuma jauh sikit dengan tempat aku nak park motosikal nanti.

Lepak lepak tepi pantai menunggu sunset.

ada lagi yang mandi manda

Payung payung yang siang tadi terbuka dah di tutup

Dah kemas kemas. Esok bukak balik

Menanti senja yang berlabuh

Penginapan di belakang je

Sign Pattaya bermandikan cahaya

Nampak merah di kaki langit tu? Tu je senja yang tinggal. Lain mendung

Orang cakap sunset kat Pattaya ni lawa. Tapi sebab cuaca mendung, ni je rezeki aku hari tu

Ni Hard Rock Cafe di bahagian pantai

Bilik aku facing town. View tak menarik. Bilik murah la katakan

OK. Ni entrance sebenar Hard Rock Hotel. Yang tadi tadi tu belah belakang hotel yang facing laut. 

Sempat merayau dan ambik gambar apa yang patut

Ni semua kat lobby, kat pool dan dekat kawasan sekitar hotel

Balik bilik aku realized seluar aku tak de.

Aku cuma bawak 1 jeans, 1 short dan 1 kain pelikat. Short aku dah basah. Aku fikir nak tidur malam nanti cemana? 

Last sekali turun gi beli seluar tido kat bawah.

Memang tak de plan nak beli apa apa pun kat merchandise shop dia. Semua mahal. Tapi terbeli jugak. Beli seluar pendek je pun.


Mandi dan bersiap siap aku kena cepat sebab aku nak cari makanan.

Aku nak makan !

Aku belum makan satu hari lagi hari ni. Lapar. Pegi usha kat Cafe Hard Rock macam tak de apa menarik nak di makan. Aku nak cari nasi !

So aku bersiap siap dan keluar

Malam tu panjang lagi langkah sebenarnya.. ehem ehem. tu nanti aku sambung cerita. Tapi bila aku balik hotel aku lupa. Malam tu sebenarnya kat Hard Rock ada party buih !!



Balik balik je  terus aku di rasuk puaka dan amarah.

"Hoi !! Motip tak hajak haku??????"

* hempas mandian Dettol sambil cekak pinggang

bersambung...............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...