Showing posts with label Vang Vieng. Show all posts
Showing posts with label Vang Vieng. Show all posts

Thursday, April 7, 2016

Backpacking Laos : 04 - VV | Sepetang Di Vang Vieng

Aku tinggalkan Blue Lagoon untuk berpatah semula ke pekan Vang Vieng.

Sebenarnya aku dah tak de hala tuju. Cuaca panas macam ni buat aku mengantuk jer.

Perjalanan dalam cuaca panas

Tengah bawah moto ikut kawasan ni nampak pondok di tengah sawah. Nampak tak? 

Aku siap singgah dan membuta kat situ ! Hahaha.. Lena jugak la sejam dua !

Bila cuaca dah teduh sikit baru la aku balik ke pekan Vang Vieng semula. Sebab tak tau nak ke mana aku just lepak lepak je tepi Nam Song River tu tengok aktiviti petang sementara menanti senja.

Nelayan di Nom Sang river

Tempat hentian orang berkayak

Ada gerai gerai santai di tepi sungai di Vang Vieng ni. 

Tempat lepak lepak

Orang berkayak

Aku beli air dan lepak di one of the gazebos tu sambil rendam rendam kaki dan makan roti

Jualan petang petang

Jambatan buluh merentasi sungai. Yang ni tak payah bayar kalau nak cross.

Budak budak ni ponteng sekolah agaknya. mandi sungai

Abis lepak lepak kat tepi sungai tu, aku pegi usha kat pekan jap. Nak tengok kedai Nazim yang halal tu. 

Pagi tadi aku dah lalu, ni nak usha balik semula sambil ronda ronda kawasan Vang Vieng.

Kedai kedai di pekan Vang Vieng. Tak banyak kedai pun. Jambatan buluh tu belah kiri daripada bangunan K Mart tu

Okey. Hati hati di Vang Vieng ni ada 2 restoran Nazim. Yang ni tak halal !

Ni Nazim yang halal. Letak nya tak jauh tapi kalau nampak tanda halal tu, ya la tu. Sebab masih awal aku tak nak dinner lagi, so aku ronda ronda lagi tanpa arah tuju

Jualan hasil tani

Aku nampak sign ni dan ikut laluan tu turun ke arah sungai. Motosikal park je kat tepi jalan

View sungai yang agak menarik

Lepak lepak kat sini menikmati suasana petang.

Syok jugak. Aman damai je. Sesekali bunyi jerit pekik orang bertubing. Ada few bar tepi sungai dan ramai jugak yang sedang lepak lepak.

Menjelang petang, hot air balloon kelihatan mula terbang di udara Vang Vieng

Langit petang. Sementara menanti senja

Tak de keje

Boleh pulak aku terjumpa cincin kat sini

Aku tinggal kat sini

Tengok hot air balloon berterbangan. Kalau nak naik ni bayar USD 80

Lepak menanti senja yang tak berapa menarik. Port dah cun

Tapi awan gemawan melindungi cahaya mentari

Cari tempat makan dan dinner di Nazim Restaurant

Dalam resto. Service lembab jugak walaupun tak de orang.

Aku order beryani ayam. Tak sesedap kedai semalam kat Vientiane tu. Harga pun agak mahal di Vang Vieng ni. Dalam 40,000 kip (RM 20). Dah la tak pedas.

Aku mintak cili sos dia kasi aku cili nih ! Berdesip kena sebijik.

Di Vang Vieng ni, kalau kat most kedai makan atau bar, dia orang akan pasang sitcom Friends. So kalau suka layan boleh la layan.  Semua kedai macam pasang cerita Friends je merata rata.

Dah abis makan, aku gi hantar motosikal then jalan kaki balik ke guesthouse aku. Ambik beg. Lepak jap menunggu pick up. Kata pick up pukul 7 malam. Kol 8 pun tak muncul muncul. 8.30 baru datang.

Pick up ambik dan bawak ke tempat bas tepi airstrip tu.

Sleeper bus dari Vang Vieng ke Luang Prabang.

First time naik sleepers di Laos. Sangat berbeza dengan Vietnam dan sangat tak selesa. Bayangkan single bed tu nak kena baring 2 orang. Nasib la mamat sebelah aku tu kurus tapi aku pun tak selesa jugak.

Sudahnya bertahan lah. Tidur pun tak lena.

Bas berhenti beberapa kali, sempat aku turun naik kencing dan merokok.

Pukul 9 malam dari Vang Vieng, katanya pukul 5 pagi baru sampai Luang Prabang. Tup tup pukul 2 dah sampai !

Kami di turunkan di station bus Luang Prabang. Suasana senyap dan sunyi di kawasan ni

Bersama sama aku ada minah salleh solo. Mat salleh satu family dan 3 orang budak budak korean. 

Since aku dah tersilap booking penginapan di Luang Prabang malam tu, sepatutnya aku tak payah booking sebab aku naik sleeper bus. So sebab dah booking, aku ambik je tuk tuk ke penginapan aku ni pukul 3 pagi. Memang aku tak de alert apa apa pun, gamble je ni pada aku tak de arah tuju.

Budak budak Korean tu nak ikut sekali. Tambang tuk tuk dari bus station ke pekan Luang Prabang 20,000 kip sorang. Mahal gak lah tapi sebab awal pagi. Dah la cuaca sejuk.

Lagi haru sampai kat guesthouse aku tu, gelap gelita. Panggil panggil tak de orang menyahut. Jenuh aku seru. Macam macam bunyi aku buat. Gate tetap berkunci. Rumah gelap gelita.

"Helll...............oooooooooooooooo it is me ! "

* keluar suara parau Adele.

Pastu cepat cepat masuk chorus sebab tak ingat lirik.

"Hello from the other side. I must have called a thousand times..................... "

Haram jugak tiada sebarang tindakbalas. Nak buat apa lagi? Buat bunyi batuk?

"Kong. Kong. Kong"

Sekuat hati aku batuk mengalahkan orang sakit TB. Tapi tak berkesan jugak.


Kesian budak budak Korean bertiga tu. Konon teman aku, pastu dia orang nak tanya kot ada bilik kosong kat guesthouse aku ni. Dah dekat lama tak de jawapan, aku suruh dia orang cari hostel lain je. So dia orang blah dan aku tertinggal sorang sorang berteman dingin malam dan suasana sunyi.

Misi di sambung semula.

Ketuk besi kat pagar.

Kletung ! Klentang !

Tak de hasilnya.

Ha ! Buat bunyi anjing?

"Arf, au au, bow-wow"

Isk tak jalan jugak. Ke aku menyalak ala ala manja macam anjing puppy je?

Tiba tiba sayup sayup kedengaran laungan anjing lain melolong lolong buat aku jadi ngeri serta merta !

Dan mereput lah aku kat situ menanti dan terus menunggu............... Deng !



Ku membayangi jiwa hati mu tapi perpisahan menunggu
Ku ingin membelai mu namun kasih ku tiada restu

Diri begini kerna selama di tinggalkan marah sengsara
Hingga hilang terlupa siapa aku sebenarnya sayang…

Oh dengarlah sayu tangisan ku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan berlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu... oh...

Oh dengarlah sunyi tangisan ku
Kau tahu ku amat menyayangi mu
Oh pergilah kau bukan milik ku
Pulang pada yang mengasihi diri mu… ohh

Kesepian berlalu… oh... Maafkan daku… yeah...

Sampai di sini ku lepaskan pergi
Biar ku damai bersemadi
Luka mu ku mengerti
Kan ku hilangkan derita… ini... yeahh...

Oh dengarlah sayu tangisan ku
Mengapa degupanmu ku seru
Kerna kesepian nan berlalu
Kembalikan hidup yang ku rindu... oh...

Oh dengarlah sunyi tangisan ku
Kau tahu ku amat menyayangi mu
Oh... Pergilah kau bukan milik ku
Pulang pada yang mengasihi diri mu…
Kau ku seru…

bersambung...................

Wednesday, April 6, 2016

Backpacking Laos : 03 - VV | Tham Poukham ( Blue Lagoon )

Lepas cross jambatan kayu yang kena bayar tu, ikut je laluan yang ada.

Laluan tak berturap dan tak de signage. Make sure dapatkan peta dari tempat sewa motosikal tu lah. Tak pun tanya je sesiapa arah ke Blue Lagoon ni, ramai je yang boleh tolong.

Jalan tak berturap dan berdebu bila berselisih dengan lori yang lalu

Walaupun jalan dia flat tapi kalau naik basikal penat jugak. Ada je aku jumpa Mat Salleh jalan kaki. Kebal betul dia orang ni! Tapi view memang cantik dengan pemandangan sawah dan bukit bukau

Jangan mudah tertipu on the way tu macam banyak je scam yang kononnya claim tu la Blue Lagoon  tapi sebenarnya bukan ! Dia orang pancing jer ni.

Sesekali terserempak dengan budak budak local

Kena hati hati sebab laluan dia akan bersimpang. Signage tak berapa jelas

Tapi kat simpang tu orang jual kain tenunan

Ambik kanan dan terus lagi 2 KM

Jalan penuh debu

Selepas hampir 7 KM bawak motosikal, akhirnya aku sampai ke tujuan aku iaitu Blue Lagoon, Vang Vieng.

Entrance masuk dan kawasan parking. Ada je mat salleh yang have have naik ATV.

Blue Lagoon

Tham Poukham - Blue Lagoon, (7 km west from town, maps provided where you can rent bicycles, accessible by mountain bike or motorbike. Be careful along the way, in recent years a number of imposters have shown up, all claiming to be the 'blue lagoon'. Keep to the main road and you should be OK). 8AM-6PM. 

A spring fed lagoon at the bottom of "Golden Cave". The lagoon itself is small, and surrounded by a parking lot, vendors, construction and trash. On most days, it is plenty crowded, with tourists practically landing on top of each other from the rope swing. The waters are inhabitated with a few hundred carp that will eat locally sold fish food out of your hand. The cave above requires a modest 100 m climb up a makeshift bamboo ladder. Once inside, there is a short walk to the Sleeping Golden Buddha and glimmering stalactites about 300 m further inside. 10,000 kip entry and 10,000 kip to rent a head-torch, mandatory if you go deeper into the cave than the Buddha (check the battery in advance). Guides for the cave advertised at 50,000 kip but this is probably negotiable. 

Guides are recommended as finding the best way to climb through the cave can be quite difficult.

Untuk masuk ke kawasan ni, kena bayar entrance fee 10.000. Ada pondok tiket sebelum masuk area parking.

Ada kawasan parking di sediakan di kawasan ni.

Jambatan. Ada orang check tiket di sini

Kawasan Blue Lagoon ni tak de la besar mana. Kiranya dia macam sebatang sungai tapi air memang kaler turqoise. Memang lawa.


Kawasan tumpuan

Yang tak lawanya tempat sempit dan orang ramai !

Memang ramai yang datang untuk mandi manda di sini.

Masing masing bersedia nak terjun

Lihatlah aksi dan gaya mereka semua ni bermandi manda penuh keriangan.

Berenang renang

Apa apa ke la gaya kau dik. Asal kau bahagia

Beriang ria

Menunggu giliran

Terjunan

Aksi

Riang

Memang part paling best kat sini adalah tengok orang !

Aku memang tak de plan nak berbasah basah so aku just tengok tengok je lah. Puas tengok orang kat sini aku cari port jauh skit dan berehat jer.

Kawasan tak de orang berenang


Air dia macam dalam jugak

Berendam

Memang area ni tak besar mana, tapi selain daripada mandi manda di Blue Lagoon tu, ada jugak aktivuti lain yang boleh di lakukan di sini.

Seperti zipline

Atau berehat dan bersantai di pondok pondok yang di sediakan. Kena bayar lain rasanya ni. Mat salleh ada yang sun bathing kat padang.

Menyewa tube

Sliding. Ni pun kena bayar lain

Atau bagi ikan makan

Memang tak de banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini unless memang datang nak mandi. Tapi kawasan ni kecik je. Tu yang aku rasa agak kecewa juga.

Ada jugak local yang datang piknik. Dah la piknik bising, pastu siap blast muzik kuat kuat menganggu ketenteraman awam jer.

Ada few restaurants dan jugak kemudahan toilet di sediakan.

Aku tak stay lama. Lepak lebih kurang, nampak makin ramai orang datang menjelang tengahari tu then aku pun blah.

Cuaca tengahari semakin panas

Blah bawak motosikal patah balik ke pekan Vang Vieng.

Panas tak menahan. Aku dah tak de acara lain lepas ni cuma nak tunggu sunset. Rela lah aku menanti cuaca redup sikit untuk menikmati senja di Vang Vieng ni nanti.



Apa yang kau impikan, bukankah untuk bahagia?
Perlu apakah lagi bersandiwara?
Bukan kasih dan sayang yang membuat diri gelisah.
Tapi penghalang cinta yang kita tempuh.
Rela menanti walaupun parah, walau berdarah.
Rela menanti walau terhalang, walaupun malang.
Rindu selalu membara di dada.
Oh.

oh.
Ingin selalu berjumpa berdua.
Rela hatiku kau curi.
Rela hingga akhir nanti.
Rela menanti walaupun parah, walau berdarah.
Rela menanti walau terhalang, walaupun malang.
Rela menanti walaupun parah, walau berdarah.
Rela menanti walau terhalang, walaupun malang.
Rindu selalu membara di dada.
Oh...

ohh...
ingin selalu berjumpa berdua.
Rela hatiku kau curi.
Rela hingga akhir nanti.
Rela menanti walaupun parah, walau berdarah.
Rela menanti walau terhalang, walaupun malang.
Rela menanti walaupun parah, walau berdarah.
Rela menanti walau terhalang, walaupun malang.
Rela menanti walaupun parah, walau berdarah.
Rela menanti walau terhalang, walaupun malang.
Rela menanti walaupun parah, walau berdarah.

bersambung..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...