OK. Baru boleh sambung bercerita pasal tempat ni.
* tarik nafas dulu.
Aku tak mau terlalu emosi. Considering tempat ni jauh dari hiruk pikuk kota dan tak berapa bole nak compare dengan resort resort atau hotel yang pernah aku duduk sebelum sebelum ni.
Ini perihal Penyabong Warisan Resort yang terletak di Endau, Johor.
Tengok view memang lawa. Ada suasana damai dan tenang, lokasi tepi pantai yang sememangnya menjadi tarikan untuk menginap di sini. Ada pulak kemudahan beraktiviti yang sedikit lain daripada yang lain menjadikan tempat ni lebih menarik dan tersendiri.
Sebenarnya aku dah lama aim tempat ni nak pegi bercuti dengan family, so bila ada peluang kiranya excitement tu lebih skit. Nak sampai ke sini bukannya dekat. Kena melalui perjalanan merentas highway kurang kurang setengah hari perjalanan.
Urusan booking aku dah buat awal sebulan sebab dah tau tempat ni macam selalu penuh je. Tak de kemudahan nak booking online. Memang kena call nombor nombor yang ada. Ada few times aku called no hp.. Jawapan dia.
"Saya dah tak kerja kat situ"
Eh.
Bukan satu nombor tapi 2 nombor. Called nombor resort tak berangkat. Lepas tried few times baru dapat booking. Siap siap bayar deposit dan akhirnya masa pun tiba.
Perjalanan menuju ke resort melalui bandar Mersing. Jalan memang tak bagus.
Terletak di Penyabong, Endau. Untuk sampai ke sini boleh melalui highway menuju Selatan, exit di Ayer Hitam terus ke Kluang dan Mersing sebelum ke Endau. Boleh jugak ikut laluan Persekutuan ikut Muadzam Shah dan Rompin sebelum ke pekan Endau dan berakhir di Penyabong.
Laluan menuju ke Penyabong. Jalanraya agak OK.
Setelah berjam jam perjalanan akhirnya sampai ke destinasi.
Kawasan resort dia agak luas. Ada tasik dan deretan chalet chalet dan rumah rumah ala ala homestay di bina dalam kawasan.
Macam menarik jugak tengok kayak kayak yang boleh di guna untuk aktiviti petang petang di sini.
Urusan check in agak slow. Aku sampai dah agak petang tengok kat kaunter tak de orang !
Reception area
Dah tak de orang, aku gi merayau dulu tengok kawasan. So meh jalan jalan tengok kawasan.
Bangunan utama yang ada reception dan ada swimming pool di depan.
Chalet chalet tepi tasik
Di bahagian lain masih banyak lagi chalet chalet kecik
Penginapan ala ala rumah tradisional yang ada dan baru di bina
Setengah jam kemudian balik ke reception area baru lah ada staff jaga.
Hello staff ! Awek pegi mana?
Dah nak check in salah pulak booking. Aku mintak bilik lain dia bagi bilik lain. Pastu tetiba ada charge tambahan BBQ la apa lah, walhal aku tak de pun bagitau nak berBBQ. Settled lah. Then dapat bilik.
Sebab aku ambik Executive Suite so lokasinya dekat bangunan utama yang ada reception tu je.
Compound dan bilik bilik suites yang ada.
Nak naik bilik kena tinggal selipar kat bawah. Tangga sempit.
Aku ambik Executive Suites yang merupakan bilik paling besar di sini dan terletak di tingkat atas. Memang tak ambik chalet chalet tepi tasik tu sebab aku dah agak size kecik dan tak selesa.
Queen Size Bed
Ada sofa set
View dari balcony bilik
Saiz bilik Executive Suites agak besar. Harganya RM 220 semalam. Kira not bad lah. Tapi keadaan bilik sangat tak terjaga. Sampah depan pintu tak di bersih dan tak di sapu. Amenities kurang. Aircond tak sejuk. Air paip kecik dan macam macam serba kekurangan. Tak macam resort pun, lebih kepada homestay.
Malam ke dua aku mintak tukar bilik dan di beri bilik yang bersebelahan.
Bilik yang ni OK sikit. Boleh la bertahan sampai malam ke 2.
Facilities yang ada di sini pun tak banyak.
Ada swimming pool tapi macam more untuk kanak kanak.
Ada tempat BBQ jugak boleh di sewa kalau nak berBBQ. Ada charge tambahan di kenakan.
Tempat istirehat
Kayak di sediakan bagi yang nak berkayak tapi banyak kayak dah uzur. Safety jacket pun dah rosak.
Mostly semuanya kurang di jaga dengan betul. Tempat elok dan lawa tapi rasa macam resort terbiar pun ada.
Lokasi Penyabong Warisan Resort ni bukan lah tepi pantai sebenarnya. Memang tak de pantai boleh mandi atau lepak lepak. Tapi more to kawasan kuala sungai berlumpur dan pokok pokok bakau. Ada jetty kayu pun tak di maintained elok dan macam nak roboh. Lagi lagi kalau gergasi macam aku ni nak tumpang berjalan.
Memang bukan pantai untuk port mandi manda. Kalau nak ke pantai kena drive sikit ke Pantai Pasir Lanun tak jauh dari situ.
Tapi laluan tak berturap dan kena masuk dalam hutan
Then baru jumpa pantai
OK lah pantai dia landai.
Harga penginapan memang tak termasuk sarapan. Masalahnya sarapan tak disediakan, kedai makan pun tak der ! Ada dewan makan je tu pun untuk cater booking yang ramai atau ada team building je. Kalau yang datang sendiri sendiri ni kena cari tempat makan sendiri.
Adalah port makan tak jauh dari sini iaitu di Pantai Penyabong. Gerai gerai dan warung kecik yang menjadi port mengisi selera.
Petang petang boleh makan goreng gorengan celup tepung. OK lah ada lah pilihan untuk makan tapi pagi petang siang malam datang sini je cari port makan.
Overall, 3 hari 2 malam di sini rasa macam terlalu lama. Aku tak sabar sabar nak check out dan balik ! Macam tak lengkap je rasa percutian masa kat sini. Maybe expectation aku agak tinggi.
Tempat ni OK. Lawa. Cuma tu lah.... kalau kemudahan dinaik taraf. Services di tambah. Bagi sikit lagi keselesaan should be lebih menarik.
Tapi damai dan tenang tu memang ada di sini.
Cuma mungkin aku rasa tempat ni lagi sesuai untuk event team building daripada penginapan yang boleh di panggil 'resort'.
Tapi still macam resort? Hahahaa. Ntah lah. Tak reti aku nak cakap.
Masalah tempat tempat macam ni, viral pastu hype sekejap je. Aku pun pasrah je la dengan trip ke sini. Lelah dan mengalah. Nak repeat tu memang tak la kot.
Ayuh ! Dangdutan yok.
Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia
Dulu ku tak tahu
Kalau cintamu kau bagi dua
Dulu ku tak tahu
Kalau kau sudah ada yang punya
Kini ku mengerti
Betapa sakitnya hati ini
Kini ku sadari
Telah lama ku dikhianati
Lelah hati ini
Lelah hidup denganmu
Walau ku terlanjur sayang pada dirimu
Namun ku sesali semuanya ku sesali
Untung saja aku tak sampai bunuh diri
Lelah ku mengalah lelah memendam rasa
Luka hati ini tak dapat terobati
Telah sekian lama hidup bersandiwara
Biar ku mengalah asal engkau bahagia
Tak mudah tuk dijalani
Hanya merana hati
Bagai jarum dalam jerami
Sulit untuk kembali
Kasih biarkan aku pergi
Jangan tak jadi datang kalau sesapa yang teringin. Tak pe ada doubt tapi be prepared dengan kekurangan. Kena datang sendiri dan nilai sendiri.
Lot 500 JP 58/4, Jalan Kg. Baru,
Penyabong
86900 Endau, Johor
Tel: 019-745 5929 (ROSLI) / 07 - 7942455
E-mel: penyabongwarisan@gmail.com
fb : penyabongwarisanresort/
takkan nak bawa bekal megi kot kan?
ReplyDeletekalau bagitau awal awal senang... boleh bawak periuk belanga... gulai kawah siappp
Deleteadeii meng...dah la group nak gi sini utk family day bulan 3 nih. bertabah je la weiii
ReplyDeletekalau group booking makan siap siap.. tak de la kang kebulur.
Deleteshould be ok kot. just go and enjoy
klu smpi guest x sabar nak balik tu agak fail lah...
ReplyDeleteguests yang mengada ngada memang macam tu.... hahhaa
DeletePengalaman saya ok aje. ... Maybe taste tinggi
ReplyDeleteyup. expectation tinggi
Deleteendau ni kmpung halaman tpt kelahiran aku 40 thun lalu.. tp bukn nk kondem la mmg serius xbest sbb xde ape yg terlalu menarik,Yg ada mini tasek n kayak uzur je sbg daya tarikan..tiada Kemudahan kedai mkn yg berhampiran.. Nak lepak tepi pantai jgn berangan sbb dikelilingi pokok bakau n pantai terbiar xsesuai mandi manda seram lg ada.. Entah ape menarik x tahulah kecuali menginap disini tp korang kena drive ke pantai penyabung ok baru bole mandi manda disana kot..
ReplyDeletesomehow i have to agree with u... nothing much to see.. viral je lebih tapi tak proper maintained.
DeleteYes..agreed...Saya anak.kelahiran penyabong ni..tp sya dh menetap ni pahang..bg sya first and last sya stay kt situ...hahaha...sbb bilik sya Ade tikus..besarr wehh..maintainance mmg failed..surrounding bg sya oky lah..
Deletemoga ada improvement in term of facilities dan amenities nya.. mana tau penyabong bakal menjadi terkenal seantero dunia kelak sama level mcm ibiza ker.. haks
DeleteMemang temoat ni hanya sesuai utk aktiviti berkumpulan. Di mana semua telah diatur termasuk makan minum. Sekolah kami buat hari keluarga di sini. Mmg seronok di mana aktiviti terancang dan dan diadakan juga aktiviti keagamaan di sebelah malamnya.
ReplyDeletemungkin ada target customers yang dia org memang fokus..
Deletememang sesuai la kot utk group or family day
try pergi Savanna Hill Resort Ulu Tiram....
ReplyDeletejauh tu... baik gi desaru je...
DeleteSavannah best for me cuma kolam plak cetek XD
Deletenanti abis pkp try
DeleteKalau nk g hotel mesti full booked.. Kat melaka pun bnyk,nape x gi? , tp kalo resort camni ko nk buat blog utk kutuk tmpatnye mcm Xpayah la.. Kesian org niaga bro ..buat surat masuk dlm peti cadangan jela
ReplyDeleteokey noted. u have your opinion.. so do i.. sebab tu ada term namanya 'check and balance"
DeleteLain kali pergi hotel/resort 4* 5*,yg harga mahal tu ,barulah sesuai dgn taste high expectation tuan
ReplyDeletePengalaman saya sendiri Hari ni mengecewakan. Masuk² je bilik penuh dengan habuk & rambut² kt penjuru² lantai yg x di sapu bersih. Cadar & sarung bantal pun Masih melekat² rambut. X sure laa diorg ni tukar cadar ke x. Hmmmmm bilik harga rm130/night. Kepala 🚿 xde. Mandi guna getah je. Then kt kwsn ni sebiji tong sampah pun susah nak nampak. Harap dpt laa improvement. Sape yg pentingkan keselesaan x recommended dtg sini. Ni komen sy sbg customer yg dtg menginap bukan niat nk menjatuhkan, cume minta take note. Tq
ReplyDeleteBetul same goes to us dtg dgn harapan n sb promosi tp skali da masuk nak balik cepat nak check out cepat sb tak well maintenance la resort nya
ReplyDelete