Showing posts with label 2010 RoadTrip Krabi. Show all posts
Showing posts with label 2010 RoadTrip Krabi. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

Trip Sawadeekap GBS 2


Pagi pagi tu kami bangkit seawal mungkin. Janjinya pukul 8.30 pick up akan datang ambik kami untuk menaiki bot ke Phi Phi Island.

Kalau ke Phi Phi ni, dia guna speed boat kerana perjalanan dia agak jauh. Makan masa hampir 45 minit jugak lah.

Bangun dan bersiap. Kami tunggu kat lobby hotel je.

Agak lewat orang tu muncul.

Masing masing masih mengantuk. Malam semalam aku keluar je jalan jalan dengan IH. MH mula mula kata nak ikut, tapi haram membuta tak sedar apa. BW sah sah awal awal lagi dah tidur. Dia tidur kat bawah lah, kita orang bertiga tidur atas katil. Ada 2 katil queen kami dekatkan dan lanyak 3 orang.

Tak sempat nak breakfast pagi tu.

Akhirnya ada lah mamat ni datang dan ambik kami dengan pick up. Tak jauh pun dari hotel kami ke tempat berkumpul. Tapi mungkin dah kira package sekali.

Agak ramai yang nak ambik trip Phi Phi pagi tu. Kami di bahagikan mengikut kumpulan. Di beri sticker berwarna untuk menaiki speed boat.

"Blue ! Blue ! Please follow me. Yellow wait !!"

Hahah. Kelakar bila Siam cakap English. Padahal aku bukan nak join group tu. Aku cuma nak ke tepi sebab nak hisap rokok. Dia ingat aku nak join. Aku yang pakai sticker kuning.

Kami sempat beli roti. Lepak kejap dan akhirnya kumpulan kuning di panggil untuk menaiki boat.

"Balacuda number pive. Here here. Pollow me"

Boat kami nama Baracuda. Nombor 5 !

Speed boat tu boleh memuatkan hampir 20 orang.

Kami ber empat ambik port depan di ruang terbuka dalam speed boat tu. Saja nak rasa angin. Bersama kami ada pasangan Belanda yang agak tua tapi agak friendly. Dok borak borak dengan dia lah sambil ambik gambar.

Perjalanan agak smooth walaupun boat memecut laju melepasi 4 pulau yang kami lawati semalam. Kali ni perjalanan kami agak jauh.

"Hello. My name is Kwan. I your tourist guide. Anything, you can ask me. This boat go to Phi Phi Don now. After we go Phi Phi Leh. You need anything, you look por me"

Minah nama Kwan ni cuba bermesra dengan kami. Orangnya periang dan sangat baik hati. Tapi English dia kelakar gila.

Speed boat kami terhenti di tengah tengah laut sebab ada boat kecil rosak. Berkali kali Kwan mohon maaf pada semua penumpang dan menerangkan yang mereka nak membantu bot kecil yang rosak tu. Kami OK je.

Speed boat tarik bot kecik tu ke satu kawasan penempatan berdekatan dan kami menuju ke destinasi pertama kami di Monkey Bay.

Sebaik saja speed boat kami menghampiri Monkey Bay, kami mula merasai kelainan.







Air dia sangat clear. Pantai dia bersih memutih. Memang cantik. Sudah banyak speed boat berlabuh di gigi air.

"You can snorkel here. 30 minutes only. Apter this, we go Monkey Bay"

Kwan bersuara.

Kami dah tak sabar sabar nak terjun. Air dia memang lawa. Memang best. Pakai snorkeling gear yang di bekalkan, sebaik saja kami turun, terus je masing masing berendam !

Minah Kwan ni bagus betul. Dia siap pasangkan life jacket kat MH.

"This one loose.. cannot. I pind another one por u"

Pastu dia ambik, dia nak pakaikan semula kat MH. Tengah dia nak ikat tu, MH terbersin tersembur agaknya kena dia.

"Hepppppp ! I shower alreadyyy !!!"

Hahaha. Kelakar.

Tapi tempat tu memang best. Banyak ikan. Clear water. Mandi best. Nikmat. Syurga dunia.

Lawa gila.

Ada problem sikit. BW punya snorkeling gear terjatuh. Puas aku dengan IH cari. Tak jumpa. Abislah ingat dah kena ganti dah. Rupa rupanya, dah ada orang jumpa dan bagi kat Kwan. Kami jumpa Kwan lepas tu.

"You tell me. If you loose again next time. U call me. Hep ! Hep ! I pind por you"

Hahaha. Kelakar lah. Masa dia sebut help ! tu siap dengan tangan tangan ke atas. Bebudak GBS je tahu punya lah kelakar minah ni bercakap. Tapi dia memang baik dan sweet.

Kami habiskan masa di Monkey Bay mandi manda sebelum speed boat sudah bersedia untuk bergerak.

"Now we go to Maya Bay. Hep many boats. Other boat dont like you. This boat like you. You see number fipe"

Hep tu adalah 'have' ! Hep Hep. Hep juga untuk 'help' agaknya.

Macam semua orang cakap macam tu. Mamat yang bawak boat semalam tu pun sama.

"Can we drive to this beach?"

Aku tanya dia masa kat Phranang Beach.

"No hep No hep !!"

Dia nak cakap, dont have kot. Tapi lawak lah.

Bila sampai ke Maya Bay tu baru lah kami tahu. Memang banyak bot kat situ. Memang betul betul kena cari boat yang sama.

"You hep to pind this boat. If late. Boat lip we come back tomorow only"

Hahaha.







Maya Bay... Secantik namanya. Maya Bay ni merupakan lokasi filem The Beach yang di lakonkan oleh Leornardo De Caprio.

Orang ramai gila. Jamu mata best.

"Come I show you...."

Kwan panggil kami dan kami mengekori dia. Rupanya dia nak tunjuk satu spot yang boleh ambik gambar lucah ni. Kami gelak je. Tapi kalau orang tak tahu, memang tak perasan.



Pastu aktiviti mengambil gambar bermula. Macam macam pose. Orang memang ramai. Tapi air dia lawa. Pantai dia walaupun kecik je tapi memang cantik.

Tak puas kami di situ. Tapi puas jamu mata.

Sempat godek godek dalam air kejap sebelum kami pantas kembali ke boat kami.

"This boat dont like sand"

Memang kalau nak naik boat, kena pastikan tak de pasir melekat kat seluar ke apa. Kalau ada, dia orang akan bersihkan. Kalau selipar dia orang ambik selipar tu dan cuci. Memang mereka memastikan boat berada dalam keadaan yang bersih. Tanpa pasir pun.

Memang manarik spot ni. Kami layan je lah.

Hebat ! Puas ! Cantik ! Terkesima. Semua ada. Memang tak terkata betapa cantiknya Maya Bay nih. Cuma tu lah, ramai sangat orang. Siap BW kata dia nampak pelakon Indon. Aku pun tak tahu mana satu. Sebab tak pernah tengok Senatron Indon !

Selesai habiskan masa di Maya Bay. Speed Boat bergerak ke destinasi seterusnya.

Nama tempat tu Ao Loh Samah. Kawasan tu tempat snorkelling. Kami turun lah tapi air dia agak berombak. MH tak berapa berani. Kesian dia walaupun dia excited nak snorkelling. Aku pun snorkel kejap je. Kuat sangat ombak.





Habiskan masa kat situ kejap then kami bergerak lagi.

Kali ini ke Blue Lagoon. Air dia biru ! Di sini tempat James Bond terjun dalam satu scene dalam movie James Bond dulu. Aku pun tak tahu yang mana satu. Si Kwan siap tunjuk batu tempat dia terjun tu.

Tapi memang lawa. Kawasan dia berteluk. Air dia biru. Tenang macam tasik.







Speed boat kami cuma bawak lalu dalam tu je sebab kawasan tu tak berpasir untuk singgah. Habis bersiar siar kami menuju ke kawasan lain pulak.

Ada gua kat area tu. Kami singgah sebentar je lepas tu kami ke destinasi seterusnya. Ke Phi Phi Don. Pulau Phi Phi Leh. Phi Phi Leh ni lah banyak penempatan. Resort semua ada. Phi Phi Don tadi lebih pada pulau yang terpencil dan tak de kediaman.

Masing masing dah kelaparan.

Boat menongkah laju dan akhrinya kami singgah di Long Island di Phi Phi Leh tersebut.

Kira inilah pekan untuk Pulau Phi Phi ni.





Part of this trip. Kami di beri lunch. Memang ada macam dewan makan di sediakan dan kami makan kat situ. Kami dah pesan dengan dia kami nak halal food. Nasib baik, pengusaha tempat makan tu memang Islam so kami belasah je makan.

Tomyam dia inzal. Banyak udang dan sotong. Nasik lauk pauk dan ada spaghetti juga.

Makan sampai kenyang. Lepas tu kami jalan jalan kat bandar kecik tu. Ada lah deretan kedai kedai kat situ sebelum kami kembali ke Baracuda nombor 5 untuk meneruskan perjalanan.

Waktu tu hari dah gelap. Macam nak hujan. Nasib tak jadi. Tapi laut Andaman mula berombak. Speed Boat tu laju, melambung lambung kita orang. Jadi fun pulak terutamanya kami yang duduk bahagian depan ni.

Destinasi seterusnya kami singgah di tengah tengah laut untuk snorkelling lagi.

Kat sini coral dia hidup lagi. Ikan ikan tak usah nak cakap lah. Campak je roti, memang dia orang berebut macam piranha. Aku dengan IH dan BW snorkell. MH pun sama. Tapi IH jahat dia baling roti kat aku, terus ikan ikan tu kerumun aku.

Takut pulak bila ikan banyak banyak ni. Tapi best.

Tengah tengah aku snorkel tu, tetiba aku perasan.

Alamak !

Wallet aku dalam seluar.

Sudah. Cepat cepat aku naik. Takut lah terjatuh dalam laut tu, meraung aku nanti. Tapi basah kuyup la wallet tu semua.

Aku naik lepak je tengok dia orang snorkell tak puas puas.

Lama jugak kami snorkel di situ. Akhirnya boat bergerak lagi menuju ke destinasi terakhir. Bamboo Island !

Dan kat sini lah, kami rasa pulau yang pantai dia sangat lawa. Air dia hijau dan boleh snorkel di gigi air je. Cantik gila gila.

Layan je lah.

Memang puas hati. Pulak tu kami di jamu dengan kek, buah buahan seperti tembikai dan nenas. Sedap pulak tu. Kami je belasah makan banyak banyak !

Kami mandi dan berguling guling kat tepi pantai tu.

Syok gila ! Gila gila punya syok. Tak pernah aku jumpa pantai di Malaysia ni secantik Bamboo Island ni.







Dan paling syok adalah cuci mata. Di mana saja, hah... bersih lah bijik mata kita orang.

"Kau diri situ"

Seperti biasa, IH tukang ambik gambar. Ada je yang kena jadi patung cendana. Pose bukan main padahal dah tahu, bukan dia ambik gambar kita orang. Tapi mencapap gambar orang kat belakang. Siap zoom full lagi.

Jenuh dok gelak je lah kita orang. Tapi memang best !

Sampai ke petang.

Akhirnya kami terpaksa bergerak pulang ke Krabi.

Speed boat laju tu buat kami melambung lambung. Tapi fun trip la. Semua dalam boat pun best. Borak borak gelak gelak.

"Can we go to that beach?"

Aku tanya Kwan.

"No hep !"

Dengan tangan tangan ni.

"Why?"
"Pribate. Bery ekpensip"

Dia bercakap bersungguh sungguh. Expensive !!

Kita orang yang dengar ni dok gelak je lah. Memang best Kwan ni. Si MH lagi kelakar. Dia nak panggil Kwan tu.

"Kwen. Kwen !"

Kwen laaaaa...

Pemandu boat tu pun best. Siap bawak boat dan pusing 360 degree sampai menjerit jerit kita orang dalam tu. Pastu sempat menjerit masing masing nak lagi. Menjerit cakap bahasa Thai lak tu !

Best gila.

Sampai Ao Nang Beach semua keletihan.

Kami tak ambik masa yang lama. Singgah kedai kedai kejap nak cari Fridge Magnet tapi tak banyak yang menarik. Nak shopping pun malas. Masing masing beli apa yang patut je. Then kami bergegas balik ke hotel.

Kami dah buat plan lain. Asalnya kami nak bermalam di Krabi 2 malam. Tapi malam malam di Krabi tak best sangat. Tak de apa nak buat. Aku dah riki dengan IH malam sebelumnya jadi kami cadang nak gerak ke Hadyai terus. Tak de lah besok kalau nak drive balik jauh jauh.

Kami terus tinggalkan Ao Nang Beach dengan tak mandi lagi tu dan terus ke Hadyai. Nasib baik on the way tu jumpa masjid dan kami singgah mandi dan solat di situ.

Kat maghrib kami tinggalkan Krabi menuju ke Haadyai.

Aku kat belakang. Tidur. Baru rasa mengantuk. IH dan MH kat depan. MH yang drive.

Perjalanan balik dari Krabi ke Haadyai mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Kami sampai di Haadyai pukul 10 malam. Dah tak de apa. Carik hotel dan akhirnya jumpa lah hotel. Murah je bilik dia. RM55 satu malam. Tapi macam rumah pelacuran jugak lah. Hiks. Pedulik la, janji kami dapat tidur.

Masing masing kepenatan.

Tapi kami keluar juga. Cari makan. Jalan jalan tu banyak la offer nak langgan pelacur. Kami buat bodo je. Jalan jalan di bandar Hatyai malam tu dan kami singgah makan seafood.

Menarik juga. Murah. Dan sedap !

Makan sampai kenyang. Kami naik tut tut je sebab malas nak drive dan tak tahu kawasan. Murah je. Satu trip sorang RM2.

Balik hotel malam tu keletihan dan kekenyangan. Terus tertidur !

Janji pagi esok nak bangun awal awal.

Ya. Pagi besoknya kami bangun tak berapa awal. Pukul 8 jugak. Kena gerak balik ke KL hari tu jugak sebab aku kena ambik LL4 kat airport. Dia sampai malam. Kami dah budget, kena gerak dari Hadyai at least tengahari.

Kami ke pasar Hadyai. Usha usha. Tak de apa sangat macam pasar kat Malaysia ni je. Tapi ramai orang Islam. Paling leceh nak cari makan. Jumpa jugak tapi menu cakap lain, dapat makanan lain. Masalah komunikasi sebenarnya tapi kami belasah je lah sebab dah lapar.

Jalan jalan kat pasar tu, bebudak ni nak beli kacang kacang.

MH kelakar.

Gajus tu macam sedap juga.

Mula mula dia dengan IH. Pastu BW datang.

"Test ! Test !"

Dia mintak kacang lebih nak test. Konon untuk BW tapi dia belasah juga.

Pastu aku datang.

"Test ! Test !"

Hahaha. Minah kedai tu gelak je. Tapi bagi jugak. Tapi memang best kekacang dia.







Kami lepak lebih kurang, jalan jalan kat area tu pastu MH teringin nak makan pulut mangga !

Kami cari punya lah susah nak jumpa. Lepas check out tu baru tanya orang hotel rupanya ada depan hotel kami tu je.

Jumpa dan lepak makan. Aku makan sikit je tak minat sangat. Dia orang je la belasah. BW siap makan pulut durian lagi.

Tak boleh jadi, selesai semuanya, kami terus bergerak tinggalkan Hadyai ! Kena cepat cepat.

Perjalanan balik tu kena isi minyak sebab minyak nak abis. Kami letak sikit je nak bagi lepas sempadan sebab minyak mahal.

Masalah bila nak keluar sempadan dekat Bukit Kayu Hitam tu sebab jem ! Banyak kereta. Tersangkut sangkut. Dekat 3 jam jugak kami berurusan di situ, tu yang jadi lama tu.

Lepas sempadan tu baru OK.

Kami singgah sekali je untuk solat dan minum. MH drive dulu. Pastu aku drive kejap. Susah nak drive bila hujan lebat. Sampai kat Gopeng IH pulak drive.

Yang lawaknya, minyak nak abis.

Punya lah cuak kita orang dalam tu sebab tak jumpa cari stesen minyak. Dah lah keluar tol tak cukup duit dalam touch and go.

IH dan risau dah. MH tukang buat lawak suruh IH makan kacang banyak banyak meredakan ketenangan.

"Mana ni? Aku menanti cahaya"
"Sabar. Sabar. Makan kacang dulu"

Last sekali nampak Petronas. Lega ! Tu pun kereta dah terhenjut henjut !

Pantas lepas tu bergerak balik dan sampai kat rumah aku pukul 11 malam.

Trip kali ni best sebab tempatnya menarik. Abang syorkan, sesiapa nak pegi Krabi dan Phi Phi boleh naik flight saja kalau kau orang bukan jenis explorer macam kita orang. GBS ni main redah je. Penat memang penat. Sengal bontot tapi kami puas hati !

Perbelanjaan RM400 sorang tu ngam ngam. Cukup untuk makan kami semua, tol, bayar bot, island hopping, hotel, minyak pegi dan balik. Pendek kata... still dalam budget kami ! RM100 untuk personal shopping ! Kami tak beli apa apa sangat pun.

Tapi masing masing rasa puas !

Krabi dan Phi Phi.. Destinasi terbaik kami.... !

Saturday, October 1, 2011

Trip Sawadeekap GBS 1


Ingat lagi satu malam dulu tu, aku lepak dengan IH.

"Beb cuti nanti kita nak gi mana?"
"Ntah. Engkau?"

Dia tanya aku balik.

"Kita pegi Hadyai nak? Aku tak pernah pegi"
"Aku OK je. BW? MH? CP?"
"Nanti aku tanya dia orang. Rasanya BW OK je kot!"

Borak borak dan lepas tu kami start planning lite lite. Masa tu yang confirm nak pegi BW dan MH. CP? Macam biasalah dia. Orang busy selalu je berdolak dalih ! Tapi kami faham. Orang bekeluarga memang macam tu. Kami yang bujang bujang ni panjang langkah tak apa.

Kami buat sedikit persiapan, riki riki apa yang patut. Hajatnya nak drive sampai Bukit Kayu Hitam pastu naik bas ke Hadyai. Aku pun tak tau apa nak tengok kat sana, tapi selama ni aku asyik dengar orang pegi je. Pegi buat apa pun tak tahu.

Hari demi hari, sampai satu malam yang lain, aku lepak dengan IH, MH dan BW. Tiba tiba datang ura dan aku usulkan pada mereka.

"Kita drive nak? Sampai ke Krabi?"
"Boleh ke?"

MH agak musykil.

"Ntah. Aku rasa OK kot. Kita bawak kereta ke sana?"

Masing masing diam. Macam tak percaya. Aku pun sebab dok tengok peta dan aku rasa macam tak berapa jauh. Menarik jugak buat explorer macam ni. Yang best dengan bebudak GBS ni dia orang tak membantah terus terusan. Memang masing masing was was. Aku sendiri pun was was tapi bila aku tengok dan usha dalam internet, itu bukanlah perkara yang mustahil !

Ada logika di situ !


Planning demi planning. Tapi tak de lah fokus sangat. Kami cuma plan macam tu je, ada lah time duduk minum minum tu borak sikit sikit tapi tak planning bebetul. Susah jugak kalau planning habis habisan tapi nanti tak jadi. Tapi dari segi aku pulak, aku dah buat study sikit, macamana nak drive ke sana, apa yang boleh di lakukan dan aku kena yakinkan mereka.. semua ini bisa menjadi realiti !

Sehingga lah hari yang di nanti nanti kan. Hari khamis tu, lepas abis kerja aku balik rumah. Masih belum packing. MH dan start cuti. IH pun sama. BW je kerja. Memula aku ingat nak gerak hari khamis tu jugak tapi sebab ada meeting. Lagipun BW tak boleh blah awal dari opis. Fikir jugak, takkan nak ke Krabi dalam masa 3 hari? Nak drive lagi ! CP tak dapat ikut sebab ada komitmen kekeluargaan.

Kalau naik flight last minute macam tu mana ada tiket murah murah !

Malam tu, IH dan BW dah sampai kat rumah aku time aku masih pose pose tidur petang. Masih belum berkemas. Banyak benda tak siap lagi. Dia orang lepak kat rumah kejap dan time tu lah baru aku nak packing.

"Pukul berapa kita nak gerak ni?"

BW tanya.

"Lewat lewat sikit lah"

Dan aku ambik masa berkemas. Cari passport semua. IH dok buat last minute check up thru internet sebab aku suruh dia yang digest semua benda. Aku dah bagi prilimenary itenarary kat dia. Yang lain biar dia digest.

Malam tu jam 11 malam kami keluar dari rumah aku. Kereta official GBS seperti biasa lah, Cik Putih BW !

Sebelum tu pegi rumah LL4 dulu ambik kamera. BW ada bawak kamera. IH pun bawak kamera abang dia juga. Lepas keluar dari rumah LL4. Terus ke rumah MH. Ambik dia dan kami makan dulu. Malam tu malam New Year jalan agak jem. Tapi masing masing tak ambik pot pun pasal nak celebrate New Year ke apa. Dalam kepala otak masing masing....

Krabi ! Here we come.

Lepas makan malam, kami mula bergerak. IH yang drive. Kami tinggalkan Shah Alam tepat jam 12 tengah malam. Menyusuri Guthrie Highway terus ke Rawang.

Aku dengan MH kat belakang. IH dengan BW yang konon konon jadi co pilot kat depan.

"Tidur ke BW nih?"

Aku tanya IH.

Haram. Co Pilot ke benda, siap berselimut dah ! MH memang kami suruh tidur awal awal sebab nanti dia nak drive. Plannya, drive sikit sorang. Aku ni malam malam nak drive ada limitation skit sebab mata kelabu.

Masuk PLUS highway, masing masing melayan perasaan. BW dan hanyut. MH sesekali hanyut dan terjaga. IH drive penuh tekun. Aku tak boleh lena. Lagipun kesian IH drive sorang sorang. Tukar seat dengan BW. Biar aku lak jadi co pilot. Sekurang kurangnya, aku tak drive tapi boleh teman si IH tu. Kang dia sorang mengantuk pulak.

Perjalanan dari Shah Alam ke Bukit Kayu Hitam smooth je. Tak jem tak apa. Kami sempat singgah di Hentian Sungai Perak. Kecing dan minum minum sikit. Time tu hampir pukul 3 pagi.

"Nak singgah mana mana lagi ke? Awal lagi ni?"

Aku ingat memula nak singgah rumah sepupu aku kat Sungai Petani. Tapi bila sampai area tu dah pukul 4 pagi.

"Terus kan je lah. Kalau sampai awal sementara tunggu boarder bukak, kita tidur dulu"

Masing masing bersetuju.

Akhirnya seawal pukul 5.30 pagi, kami dah tiba di Bukit Kayu Hitam. Not bad lah 5 jam setengah drive. Sampai kat situ terus blur.

"Apa nak buat ni?"

Kami riki riki tempat tu dulu. Tak de apa apa pun.

"Kita kena buat insurance keta, tukar duit ni semua. Aku rasa ada kedai bukak tepi tu. Kita cuba riki"

IH patuh dah drive berpatah balik. Sampai kat Boarder memang tak de kedai yang bukak. Ada deretan bas dan kereta menunggu pintu sempadan di buka. Bagi kami masih awal. Masih banyak benda perlu di siapkan dulu. Sebelum sampai boarder tu ada 2 kedai. Kat situ boleh beli insurance kereta dan siapkan dokumen imigresen. Bayaran untuk insured kereta dengan imigresen cuma RM18.

"Nak tukar duit sini ke?"
"Ya lah"
"Sorang berapa budget ni?"

Masing masing bertanya aku. Aku sendiri pun tak pasti. Tapi lepas kira kira. Akhirnya aku buat keputusan.

"Sorang tukar RM500. RM300 buat duit trip dan RM200 tu untuk individu, nak shopping ke apa ke?"

Masing masing bagi aku duit RM500 dan aku tukar. Siap semua urusan. MH pun dah berak ! Kami pun bergerak semula seawal pagi tu untuk mula masuk boarder.

Kereta agak banyak. Orang pun dah mula ramai, tapi masih OK lagi.


Lepas boarder Malaysia, dia chot passport semua tanpa perlu kami turun. Tapi sebaik saja nak lepas boarder Thailand, kami kena parking kereta dulu di kawasan yang di sediakan. Beratur untuk chop passport. Lepas tu kena ambik pass untuk bawak kereta masuk. Owner kereta mesti ada. So BW yang kena beratur dan aku teman dia. IH dan MH tunggu dalam kereta.


Lepas siap semuanya. Kami mula bergerak. Tak de banyak hassle. Cuma sebab kita orang tak berapa tahu, so kena dua tiga kali pegi ke kaunter tu. Padahal boleh buat sekali harung je walaupun kaunter yang berlainan.

Akhirnya, Cik Putih berjaya melepasi sempadan.

Aku masih belum tidur sejak semalam. IH pun sama. BW dah macam orang kurang sara. Dengan rambut bersepahnya, muka sembabnya asyik membuta je keta. MH yang drive.

Perjalanan melepasi sempadan Thailand dan terus ke Sadao yang jaraknya tak berapa jauh. Kami singgah di 7 eleven dulu beli peta.

Aku masih jadi co pilot. MH drive. IH dan BW kat belakang.

"Kita singgah mana mana dulu. Cuci muka ke apa ke"

Cadangan di sambut baik oleh semua orang. Ya lah. Dari semalam muka masing masing dengan tak mandinya. Kalau dapat air, simbah simbah pun segar juga.

Sepanjang perjalanan tu, banyak masjid kelihatan. Memang tak susah nak cari. Tepi tepi jalannya. Akhirnya kami ambik keputusan untuk singgah kat satu masjid ni. OK jugak. Boleh gosok gigi dan bersegar segaran. Yang penting MH nak berak lagi !

Biasalah, tag MH. Berak ! Berak ! Berak ! Di mana saja anda berada.......

Perjalanan dari sempadan terus ke Krabi melalui pekan Phattalung dan Trang terus ke Krabi tanpa perlu masuk ke Hadyai.

MH drive straight. Kalau kira kira, dari sempadan kami bertolak jam 7 pagi dan terus perjalanan, hanya singgah di satu kawasan berbukit ni. Konon namanya Scenic View. Tapi permandangan macam belakang rumah aku.


Jalan agak smooth juga. Cuma banyak pick up truck dan u turn sebab jalan dia cuma expressway je bukan highway macam kat tempat kita. Sepanjang perjalanan cuma deretan rumah rumah orang dan ada kuil kuil besar yang mana kami sempat singgah nak ambik gambar.

Tak boleh buang masa. Kami kena teruskan perjalanan.

Peta yang kami beli tu tak berapa membantu. Ada satu time tu, kami stop tepi jalan, nak figure out mana nak pegi. Tapi dengan bebudak GBS ni best. Sesat ke apa ke, tak stress. Masing masing macam fun fun je.

"Mana ni?"

MH tanya. Dia tukar drive.

"Kiri. Eh kanan. Peta ni bodoh lah. Terus je lah"

Hahaha. Macam tu la lebih kurang. BW tak abis abis melebam kan mata membuta. Dari keluar Shah Alam sampai dah ke Phattalung tu asyik tidur je. IH tidur tidur ayam. Aku tak tidur tidur jugak. Mata dah tak boleh nak bukak. Tapi tahan dulu !

Pekan Trang tak ada apa apa sangat. Masing masing kelaparan. Tak sempat nak makan lagi. Ingat nak cari kedai halal kat Trang tu tapi haram tak jumpa.

"Kau tengok kanan IH. BW tengok kiri kot ada makcik makcik pakai tudung ke"

Aku bagi arahan. Tapi haram tak jumpa. Sampai ke sudah akhirnya kami teruskan perjalanan je. Nasib baik ada cokelat dalam kereta. Masing masing dok pulun makan cokelat bagi mengisi perut.

Janji kenyang.


Sepanjang perjalanan kami terpaksa berhenti isi minyak dulu. Minyak kat Thailand agak mahal dari minyak kat Malaysia. Kalau kat KL full tank keta Cik Putih baru RM50 lebih, tapi di Thailand, dekat mencecah RM100 ringgit. Tu pun kami dah isi siap siap sebelum masuk boarder tadi.

Masalah kat Thailand ni, tak ramai orang reti cakap English. So jadi macam ayam dan itik pulak. Kami singgah pun kat stesen minyak tu je. Sempat kencing dan beli air dalam botol. Splash Minute Mate dia inzal okeh !!!

Kami bertolak jam 12 tengah malam dan tepat jam 12 tengahari, kami sampai ke pekan Krabi !

Masing masing dah mula excited. Dah tak de orang tidur dah.

"Betul ke ni jalannya"
"Betul. Tapi ini bukan destinasi kita. Kita kena pegi ke Ao Nang Beach"

MH drive melengkar lengkar dalam pekan Krabi. Tak de apa sangat. Pekan biasa je. Tapi tiba tiba.

"Singgah sini jap. Ambik gambar"

Ada satu spot kat pekan Krabi tu bersebelahan dengan sungai Krabi. Cantik juga kawasan dia. Tapi kami fikir... untuk drive 12 jam dan nak tengok scenery macam ni je?




Sedih ! Hampa ! Kecewa !

Tapi masing masing tak komplen. Park kereta tepi tu dan kami turun untuk ambik gambar. Masing masing pose pose dengan muka lebam !

Untuk pengetahuan semua, Krabi bermaksud pedang ! Tapi kami memula ingat maksud dia Ketam sebab ada gambar ketam kat pekan dia tu. Tak kisah lah, apa apa pun. Tapi masing masing dah letih. Mengantuk. Penat semua ada. Dengan tak mandi nya cuma cuci muka. Dah tak sabar nak sampai ke destinasi, nak check in bilik dan sebagainya.

"Sampai ni aku nak tidur"

Aku masih belum tidur. Macam Zombie dah bijik mata.

Dari Pekan Krabi kami menyusuri jalan jalan lagi menuju ke destiasi yang patut kami pegi. Ao Nang Beach. Tapi peta tu lah, macam pokemon ! Langsung tak membantu. Kami terpaksa tanya orang.

"How to go to Ao Nang Beach"
"You go here. Not far. Left right straight"

Hahahah. Lawak bila orang Siam cakap English. Tapi sedaya upaya dia nak kami faham. Siap nak tunjuk jalan keluar. Nasib baik mereka agak friendly dan kami pun akhirnya jumpa jalan yang sepatutnya kami ikut.

Perjalanan dari pekan Krabi ke Ao Nang Beach dalam 20 KM saja. Tapi banyak kereta, dan jalan raya pun macam tengah banyak construction, so kena drive slow slow. Tapi kami dah mula nampak batu batu besar macam kat Batu Caves tu di sepanjang jalan. Dalam hati terdetik.

Kejap lagi kami bakal sampai !

Dan kami tiba di Ao Nang Beach selepas tu. Dia ada pekan dia tapi more to tourist destination. Masing masing dah excited.




Kami menyusuri tepi pantainya dan hati aku sedikit gembira. Sekurang kurangnya perjalanan sejauh ini agak berbaloi. Kelihatan banyak bot bot di gigi air. Pulau pulau juga kelihatan tidak berapa jauh dari pantai.

"Menarik juga"

Kenderaan bersimpang siur. Deretan kedai kedai memang meriah.

"Park sini lah. Aku cari bilik !"

Kami belum booking bilik. Memang ingat nak walk in je. So dia orang tunggu dalam kereta dan aku cari bilik. Mula mula cari yang facing laut tu, tanya punya tanya, rata rata harganya agak mahal. Kira dalam RM200 lebih semalam. Sepatutnya tak semahal tu.

Akhirnya kami cari lagi dan akhirnya dapat bilik yang murah sikit.

RM80 !

OK lah. Not bad. Tapi ada problem sikit lepas tu. Sebab kami nak sumbat 4 orang dan bilik tu pulak satu level dengan lobby. Dia cas lagi RM20. So harga bilik RM100. OK lah jugak. Lagipun masing masing dah keletihan. Ingat nak mandi dan berehat je. Perut pun dah berkeroncong senandung sayang.

Tak boleh jadi ni.

Aku dok borak borak dengan minah jaga hotel tu. OK jugak. Lepas fikir fikir, hari masih awal lagi. Kalau nak pegi Island Hopping besok, hari ni kami nak buat apa? Lagipun masa terhad. Kami cuma ada 2 hari di Krabi dan hari ke tiga kami dah plan nak gerak balik ke KL.

Ada dua package island hopping.

Pertama melawat 4 islands. Pulau pulau berdekatan dengan Krabi ni. Kami ingat nak ambik yang tu. Tapi ada satu lagi package boleh terus ke Phi Phi Island. Tapi yang ni mengambil masa satu hari jugak trip nya. Kalau boleh memang nak ambik dua dua package.

"Cemana?"

Aku tanya bebudak GBS.

"Ikut je lah"

Tu lah jawapan dia orang. Tetap aku nak buat keputusan. Tapi aku OK je.

"Kita start 4 islands petang ni. Besok kita ke Phi Phi?"
"OK. Tapi MH tak letih ke?"
"Aku OK je"

Dia menjawab. Kesian jugak sebab dia drive dari pagi. IH pun dah sempat lelap dalam kereta. Aku ni tak tidur tidur ! Aiyohhhh. Apa jadi dengan aku ni?

Selepas kami selesaikan semuanya, masing masing bersependapat.

Petang tu kami pegi Island Hopping 4 islands tu. Tapi tiket tak dapat beli kat hotel tu. Sebab trip tu biasanya pagi. Dia kata kalau nak jugak, kena tanya kat kaunter boat kat tepi pantai tu. May be dia orang boleh arrangekan private tour. Kami book yang phi phi Islands trip je dengan harga 1200 Baht seorang. Not bad lah. Lepas tu kami riki riki, kalau kat tepi tepi jalan dia orang bagi 1300 Baht tapi kalau boleh bargain dapat juga 1100 Baht.

Tak kisah lah.

Masing masing dah excited. Masuk bilik. Tak sempat berehat apa. Letak beg. Mandi dan solat ikut turn lepas tu terus bersiap.

"Kita snorkelling ke petang ni?"
"Pakai je la baju baju yang patut"

Masing masing tak membantah. Bersiap semua dengan sapu losyen dan sebagainya kami tinggalkan bilik penginapan.

Destinasi kami, ke tepi pantai. Tak jauh pun. Tak sampai 5 minit menapak.

Kami singgah di kaunter boat tu dulu. Sebenarnya memang boleh arrange walaupun hari dah petang tapi harga agak mahal sikit. Kalau biasa orang bayar 400 Baht seorang, tapi kali ni kami kena bayar 2200 Baht untuk satu boat !

Bagi bagi pun tak de lah banyak beza. Plus dah tengahari dan kami pun tak de masa nak bargain lebih lebih.

Kami setuju !

Sebelum tu isi perut dulu.

Tak susah nak cari kedai kedai Halal. Nampak je makcik makcik pakai tudung tengah mengoreng. Masalah dengan mereka ni, nak cakap English lah. Aduh ! Menangis nak bagi faham.

Kami duduk makan. Makcik ni ambik order.

"I repeat. Rice with Chicken.... bla bla bla...."

Dia sebut semula makanan yang kami order. Masing masing angguk tanda bersetuju.

"Moment please......"

Kann ! Kami terkesima sekejap. Masing masing saling berpandangan. Wah ! Makcik tu tetiba English dia sangat high level. Padahal nak sebut air pun punyalah terbelit lidah. Tetiba Moment Please....

Bantai gelak je lah kita orang.

Duduk makan, makanan tak berapa inzal tapi kami dah tak de masa. Kena cepat sebab boat cakap pukul 3 kami kena gerak.

Makan ala kadar dan kami terus pegi kat kiosk tiket boat tadi, selesaikan semua.

"You go there. Boat waits"
"OK"

Kami tengok di tepi pantai dah ada yang melambai lambaikan tangan. Itu lah boat yang kami akan naik !

Kalau ikut letih memang letih. Tapi kami excited !

Naik boat yang di panggil Long Tail Boat ni kami di bawa ke pulau yang pertama untuk Island Hopping package ni.




Suka hati kita orang. Dalam boat tu kami berempat je. Feeling feeling lah ni. Kejap kejap nak pose ambik gambar.

Perjalanan dari Ao Nang Beach ke pulau pertama tak sampai setengah jam. Walaupun bot tu tak de lah laju sangat. Air tak berapa berombak melancarkan lagi perjalanan kami.

Tak tahu apa nak expect di pulau tu. Destinasi kami, Tup Island !




Tup Island ni merupakan pulau kecil yang terletak dengan Chicken Island. Satu lagi pulau nama dia Mok Island. Tiga Islands ni berdekatan. Yang menariknya, bila air surut, kami boleh berjalan dari satu pulau ke pulau yang lain.

Agak menarik juga.

Sampai je.. Wah ! Chantek !








Tapi orang ramai gila. Kebetulan air tengah cetek. Masing masing mengambik kesempatan berjalan atas pasir yang menghubungkan ke tiga tiga pulau ini.

Memang lawa. Menakjubkan. Airnya sangat jernih. Tapi sebab orang terlalu ramai, kami menapak dan terus je ambik port cantik dan rehat rehat. Kami di beri masa 40 minit oleh abang yang bawak boat tadi. Dia tunggu lah kat bot tu.

Layan gambar gambar di sini.

Selepas tu, kami nak boat semula dan menuju ke Chicken Island. Sebenarnya pulau yang ni kami dah singgah tapi masa segitiga 3 pulau tu, tapi kali ni kami di beri view dari hadapan nak menujukkan kenapa, pulau ini di panggil Chicken Island.

Ya. Ada kepala ayam sikit.





Selesai ambik gambar, kami di bawa semula oleh boat tadi dan terus ke pulau seterusnya. Poda Island ! Jaraknya tak de lah jauh pun dari satu pulau ke pulau yang lain. Dan pulau nya lebih kepada pulau kecil berbatu kapur dan ada pantai sikit.

Tapi Poda Island ni sangat lawa. Yang nampak lebih lawa sebab ada batu besar yang menjadi signature Krabi ni. Batu yang terletak berhampiran dengan tepi pantai Poda Island ni.

Kami singgah. Layan ambik gambar. Menghirup udara segar tepi pantai sambil berposing. Lepak dan mandi manda.

Agak menarik.








Keletihan drive dari semalam mula hilang. Masing masing terubat dengan keindahan alam semulajadi yang tak tahu macamana nak describe. Memang cantik. Memang menarik.

Layan lagi gambar gambarnya.

Selepas menghabiskan masa di Poda Island. Aku, IH dan MH dah mandi laut semua. BW pose pose pakai spek mata hitam duduk tepi pantai. Feeling ler tu.

Dan kami meninggalkan Poda Island menuju ke tanah besar semula. Tapi kali ini bukan di Ao Nang Beach. Tapi di Phranang Beach.

Dekat Phranang Beach ni ada juga seketul batu besar. Cantik. Pantainya agak panjang. Ada resort mahal kat situ. Katanya satu malam boleh cecah RM10 ribu ringgit. Tapi tak berapa exclusive sebab ramai orang di pantai sebab dia dah menjadi satu destinasi penting kalau ambik package 4 islands ni.

Kat pantai tu ada cave juga.

Masa tu dah nak dekat senja. Mula lah matahari mengambil tempat untuk beradu.










Masa tu masing masing dah inzal tengok sunset lawa gila. Lawa gila gila !

Ambik gambar sampai habis battery kamera.

Kami tinggalkan Phranang Beach dan pulang ke Ao Nang Beach.


Malam tu kami jalan jalan di kedai kedai berdekatan tu. Cari tempat makan. Banyak kedai kedai. Tapi masing masing dah keletihan.

Dapat makan. Seafood dia agak menarik. Dan tak mahal.






Balik bilik dan semua pengsan !

Masing masing dah keletihan. Masing masing kepenatan. Tapi trip hari pertama agak menarik. Dan kami tak sabar sabar untuk trip ke dua esoknya. Trip ke Phi Phi Island....

bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...