"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya" (Mulk -15)
.... so travel the world, see things, learn, share, relax, respect, repent.. and..... travel more, eat better, and enjoy life.
supermengmalaya@gmail.com
Dari Thimphu pagi tu kami terus bertolak ke Paro semula.
Aktiviti hari ini adalah ke Tiger's Nest atau namanya Paro Taktsang. Orang kata tak sah kalau ke Bhutan dan tidak melawat ke sini sebabnya ini la icon negara Bhutan yang sangat terkenal.
Thimphu
Perjalanan ke Paro
Perjalanan ke Paro mengambil masa lebih kurang sejam sama macam semalam. Tapi Tiger's Nest ni terletak di kawasan sebelah pekan Paro, jadi kami terpaksa rentas pekan Paro sekali lagi.
Layan gambar gambar di perjalanan.
Suasana di persekitaran negara Bhutan
Jambatan
Lembah Paro
Pekan Paro
Melintas Paro Dzong sekali lagi
Laluan ke Tiger's Nest
Rumah orang Bhutan
Laluan masuk ke base Tiger's Nest
Dari Pekan Paro tu, lebih kurang setengah jam lagi then kami sampai di tempat untuk pendakian ke Tiger's Nest ni. Jalan memang agak teruk tapi suasana kekampungan dan desa Bhutan memang menarik perhatian. Ada sungai dan gunung ganang.
Semuanya nampak mendamaikan.
Sebaik sampai di kawasan parking, drebar park dan Leela brief aku sikit sambil dia tukar kasut dia daripada heel ke kasut sport.
"We are going to hike to Tiger's Nest. It is about 900 meter from the base"
"OK. Is it going to be tough?"
"Hmmm not really. I think you will be fine. There are horses if you dont want to hike, but I am sure you dont need one. You look fit"
Aku? Fit?
Hello !
Aku ni? Fit?????
FIT-Nah tu nama nya.
"Yeah... I dont need one!"
Hello orang kampooooooooooooooooooooooooooong !
Takkan la aku nak memalukan kaum ! Dia boleh hike, aku mesti boleh ! No kuda kuda. Kita mesti tunjuk yang kita fit dan berdaya saing. Jangan memalukan masyarakat Malaysia !
Kann? Kann Janet kan??? Kita boleh ! Malaysia boleh !
Suasana di base
Ada warga tempatan menjual cenderamata
Peraturan...
Orang agak ramai di kawasan tu
Ada yang sudah mulakan pendakian
"Aku rasa Meng pasti menyesal nanti............."
Aku pandang kuda kuda dengan lesu. Kuda kuda pun seolah olah muka slenge jer.
"Meng.. Lu sure ke lu tak nak sewa gua yang cantik lawa ni???"
Part of me, aku pun tak pasti aku boleh hiking sampai ke atas atau pun tidak. Aku dah mengelat waktu di Sarangkot, aci je kan kalau nak mengelat kalau nak naik ke atas Tiger's Nest ni.
Tengok dari bawah, perghh boleh tahan sayup sayup jugak lah pandangan.
Pandangan dari bawah. Nampak tak Tiger's Next di tebing bukit tu.. Boleh tahan la semput.
Close up sikit. Nampak Tiger's Nest tepi tu? Dan kalau tengok keseluruhan rupa bukit tu, ada tak nampak macam muka harimau?? Haaa tu la salah satu sebab di panggil Tiger's Nest
Tak de choice.
Leela dah bersemangat waja, jadi aku tak leh menunjukkan aku lemah.
Kita mesti lawan ! Mesti !!!
* dalam hati dah nak menitik air mata.....
Hidung dah macam serombong kapal dah ni. Kalau ada daun jatuh sure boleh masuk dalam lobang hidung.
Seawal pendakian
Memula jalan dia agak mendatar, masuk dalam hutan hutan, pastu naik sikit demi sikit. Ada laluan di sediakan. Tapi makin lama memang makin mencabar.
Kembang kempis, kembang kempis. Kempus !
Kemmon Meng. You can do it !
Laluan tepi tepi bukit menuju ke atas
Ada nampak orang potong kayu
Dan ramai jugak penganut Buddha yang datang untuk naik ke atas untuk beribadat
Sebab tengok ramai pompuan, dan ramai budak kecik, dia orang relaks je. Paling tak leh blah, minah Leela tu, relaks je dia memanjat. Tak de mengah pun.
"How many times have you been up there?"
"I cant remember. Every time I have tourist, I will go up there with them"
"Serious sh*t? How many times this month?"
"This is my fourth time"
* pengsan.
Patut la aku macam pelik kenapa dia nak ikut aku naik, ingat dia hantar sampai bawah je memula. Aku OK je pun kalau naik sorang sorang.
Dan patut lah dia langsung tak heran. Yang nak mampusnya adalah aku..
Tetiba terbayang wajah kuda kuda mengejek ngejek aku yang tak nak hire mereka tadi.
By the way, kalau sewa kuda, harganya sebanyak USD10. Tapi kuda tu tak akan bawak sampai ke monastery tu pun. Separuh je. Separuh lagi memang kena mendaki jugak !!!
Separuh jalan. Rest kejap kat sini
Ada banyak praying flags di sini
Baru 1/3 perjalanan....
Kawasan di bawah
Monk yang naik ke atas....
Orang orang Bhutan pun sama.... Tak ramai sangat pelancong masa aku naik time tu
Mereka yang naik ke atas untuk bersembahyang
Laluan...
Akhirnya, berkat kesabaran, kesungguhan dan keyakinan diri...............
Sampai jugak aku di sini. Dah boleh tengok Tiger's Nest berdiri sama rata dengan tempat aku mendaki.
Hah................. bangga, riak dan takbur kejap dengan diri sendiri.
Tapi riak yang tak lama, sebabnya................
Tiger's Nest dari ketinggian 10 ribu kaki dari paras laut
Sebenarnya laluannya belum lagi sampai. Baru 2/3. Ada satu lagi fasa pendakian untuk betul betul sampai di monastery tu.
Dari tempat yang biasa orang ambik gambar ni ( gambar atas tu ).. kena turun naik anak tangga lagi sebanyak 700 steps !!!!!
"Argh........ tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk Yuna help meeeeeeee !!!"