Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Saturday, July 4, 2020

JUN 2020 : Perintah Kawalan PerGERAK GERAK GERAK Khas

Hello Julai. bulan yang penuh keriangan dan lazimnya disertai acara-acara fiesta vaganza...

Mampukah langkah kembali dipanjangkan???? 

* check tahi lalat di kaki dah sebesar tahik lembu

Sambung bertravelan???


but wait ..........................!


Alright stop. Collaborate and listen !!!

PKP masih belum berakhir lagi. Walaupun kes kes Covid di Malaysia dah agak menurun tapi kita masih perlu berhati hati nak bergerak.  Kalau perlu bergerak pun kena gerak gerak khass.... gerak gerak gerak khas...

bergerak.......................................

* rampas mic AC Mizal lari menyorok belakang Abby Adabi !


Dan jam di dinding terus berdetak ah !!!

Bulan Jun berlalu dengan beberapa acara dan agenda kembali rancak selepas merudum di laut dalam sepanjang PKP tempoh hari... Dah kena kerja dan jadual agak dah busy semula.


Ada beberapa event yang perlu di kongsi ( walaupun tak penting ) tapi perlu dipaparkan untuk kelihatan busy dari biasa. Walhal tak de lah busy mana....

Travel memang masih tak boleh tapi acara makan makan dan tukar keadaan perut dari belon pasar malam menjadi belon udara !

Makan makan selepas PKP...








First time dapat keluar, rasa macam bebas dari penjara. Tapi makan kat kedai keluar ramai pun rasa macam makan sorang sorang pun ada !

Ada acara di Grand Hyatt KL...






Rindu lama tak jengok KLCC.... Adakah KLCC juga rindu pada ku?

Macam tidak jer...

Dan beberapa acara makan makan keluarga, sesi BBQ dan riang ria raya continues.....










Sesi makan makan dengan kawan kawan yang lama tak bertemu sua......







Keluar makan lagi.....  lama tak makan di luar kan !








Oh dapat jugak rasa susu pishang neelopah ! Yum yum... 

* tetiba jadi penggemar minuman bertenusu..





Ya ! Memang banyak acara makan makan di luar.

Tapi AWAS.......

Siaplah saya kata aku gemuk !


Aku rasa aku tak gemuk. Cuma rasa dah bertambah saiz jer...

Namun aku redha dengan ketentuan Ilahi.

* kesat airmata dengan kain tuala Ikea..

Bulan 6 juga meraikan Hari Bapa...





Anak anak aku lah yang sibuk nak celebrate. 

Celebrate hari aku tapi aku yang kena paw belikan kek untuk meraikan diri sendiri !

Tapi tak pe lah. Yang penting bulan june berlalu pergi. Datang julai semula. Bulan meraikan hari penetasan aku pulak.


Pelbagai acara bakal diatur untuk meraikan bulan temasya birthday sendiri ni. 

Yang pastinya, bulan july ini bakal diraikan dengan percikan bunga api dan letupan meriam Bellina dari pelbagai sudut dan sisi. Pasti lebih gilang gemilang tahun ni.

Sesiapa yang sudi nak bagi hadiah hari jadi, sila ingat ya. CASH and JEWELRY only !

Jam dinding, frame gambar, periuk belanga... tidak di terima !  Jeans & leathers maybe boleh di considered tapi NO NO NO to salted egg salmon skin whatsoever........ !


HAPPY BIRTHDAY to all July Babies........................

p/s ya ke masih baby ni?

Wednesday, April 29, 2020

Bahana PKP

Salah satu benda yang tak boleh nak elakkan sepanjang PKP ni adalah........................

* tak daya nak habiskan ayat. Mengalir lesu airmata jantan ni.

Sebab tak boleh ke mana mana. Ke hulu ke hilir dalam rumah... Ke sana. Ke sini. Ke sana ke sini. Ke sana ke sini..... Ujung ujung ke dapur jua detour !

Jadi kesannya memang ketara pada tubuh badan ! Ya lah. Asyik nak melantak je. Manjang lapar. Tak aku, semua pun sama. Kan?

Tapi satu benda yang baik, aku ada gak lah involve dalam merencana menu dan godek godek di dapur walau sekadar tukang kacau semata mata tapi sumbangan terbesar adalah menjadi tukang makan. Kejap kejap nak makan. Acap kali terasa nak makan jer manjang.

*intai kasut jogging.

"Are you okay besties?"


Dan ini sebahagian daripada menu menu yang berjaya menyumbang dalam penternakan tubuh badan sepanjang PKP ni....











































Sorry la bebulan puasa posting gambar makanan. Anggap je sebagai illustrasi semata, boleh kot bagi idea korang nak buka puasa masak apa nanti !

Of chos bukan aku yang memasak. Kalau tak  dah sah sah aku jadi penyumbang utama group fb 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'. Terima kasih la pada yang memasak. Tu belum kira menu fast food anak anak aku lagi. Kejap KFC kejap Dominos... macam macam kemahuan dan aku pun tak segan segan menumpang !

Dan kesannya jelas dapat dilihat hasil dari pemakanan yang tak berpenghujung sepanjang PKP nih !

PKP - Perut Kasi Penuh.

How?


* cry.............................. !

Sambil berposisi penyu belimbing dalam keadaan terbalik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...