Aku memang tak berapa gemar buka puasa di luar. Selagi boleh aku akan buka puasa di rumah. Tapi ada hari hari tertentu dan event tertentu atas dasar jemputan tertentu dan keadaan selera tekak yang kadang kadang dambakan lambakan makanan untuk di jamu, ketamakkan muncul dan mengatasi segalanya.
Cerita Iftar Ramadhan 2017.
Dan orang kata alang alang buka puasa di luar, pilih lah yang agak agak kasi puas hati !
Ramadhan Buffet
Indulge in the best of Malaysian and international cuisine at Lemon Garden’s Festive Dinner Buffet from 27 May to 24 June 2017. Priced at RM198 nett per person (Sunday-Thursday) and RM218 nett per person (Friday-Saturday).
Berbuka di sini dengan team aku lebih kurang 10 orang. Sekali sekala bertemu sua dan berjumpa sambil makan makan dan bergurau senda !
Sebagai boss yang acah acah baik, kena lah sesekali berhabisan untuk jamu selera tekak anak anak buah. Kalau ikut harga memang macam melampau buka puasa mahal mahal macam ni, tapi sekali sekala.. ikut kan je lah kemahuan anak anak buah aku ni !
Shangri-La Hotel menjadi pilihan
5 Stars hotel yang terkemuka di ibukota
Shangri-La Ramadan
Dan sesi buka puasa di Shangri-La ini adalah di salah satu restoran mereka iaitu Lemon Garden yang baru saja siap di refurbished dengan deco baru dan lebih selesa.
Gema Ramadhan
Aku sampai pun agak time dah nak berbuka. Biasalah masuk KL ni jem belaka. Tapi demi sesuap nasi, sanggup jugak ler.
Layan dulu interioir kawasan dalam restoran Lemon Graden ni.
Penuh orang
Memenuhi ruang kawasan
Tapi sebab memang dah booking, ada je kerusi meja yang telah di sediakan.
Fresh seafood, barbecued delights and local and international specialities are available at Lemon Garden’s Festive Seafood Dinner Buffet
Jom melawat buffet kaunter dan apa yang available untuk memenuhi selera pengunjung yang hadir untuk berbuka di sini.
Healthy corner
Penuh dengan aneka makanan makan sihat
Salad segar
Dan macam macam lagi
Sihat ke benda benda ni?
Bread dan roti roti
Bagi yang mahukan western food
Aneka spaghetti dan pizza
Kambing golek
Kaunter makanan
Dan aneka lauk pauk
Untuk di pilih
Pilihan macam macam
Barat utara timur selatan
Kudapan
Dan aku mulakan dengan hidangan penuh sihat. Tak boleh haloba walaupun makanan macam macam tersedia. Kena jaga body !
Dan waktu berbuka ditemani dengan persembahan gamelan
Abis sesi pertama, berhenti solat dan hisap rokok jap.
Sambung sesi ke 2.
Hidangan timur tengah
Dan lagi aneka juadah
Cekodok dan goreng pisang pun ader
Apa barang datang hotel mewah makan makanan kampung kampung begini? Jatuh standard abang sebagai wakil dari Hitaly
Kurang kurang chinese cuisine or Japanese
Tapi highlight menu buka puasa di sini adalah hidangan seafood.
Udang udangan
Kaum kaum dari semudera raya
Ulu Tiram
Ketam ketaman yang merusuh sesama sendiri
Makan lah selagi muat perut dan masih berdaya
Sambil di temani oleh abam Kassim Slamat
Dengan penyanyi udangan yang tak berapa menghiburkan. Nyanyi lagu ngantuk ngantuk saja
Dan di sudahi dengan pukulan padu pencuci mulut
Yang ada
Yang beraneka selera
Sampai surrender !
Oh buah buahan jangan di lupa
Makanan memang banyak tapi setakat mana lah sangat kita mampu makan?
Agak membazir jugak la sebenarnya, imagine orang lain di negara negara yang susah memang tak de peluang nak tengok makanan sebanyak ni apa lagi nak makan.
Memang buffet Ramadhan ni aku tak galakkan. Tapi sekali sekala... back to the same excuse yang ada. Sekali sekali boleh lah....
Overall, makanan buffet Ramadhan di Shangri La Hotel ni agak banyak tapi kesedapan dia tu biasa biasa jer. Dulu dulu aku datang berbuka kat sini rasanya lebih sedap dari sekarang ni. Or mungkin dulu orang belanja, tapi kali ni aku yang kena belanja !
Anyway makan makan ni buat syarat jer... apa yang penting, time yang ada untuk get together dan mendengar masalah masalah staff staff tu buat session macam ni penting juga.
Perut kenyang, masing masing riang. Boss yang garu kepala.... nasib lah setahun sekali !
team bang meng ada kosong tak? saya hantar resume boleh? hahaha
ReplyDeleteBtw, selamat hari raya, maaf zahir batin
gadis hot tak leh keje.. hilang fokus staff lain nanti !
DeleteSelamat Hari Raya Meng, maaf zahir & batin...
ReplyDeleteselamat hari raya nasa.. maaf zahir batin juga.
DeleteTakde buka posa kat hotel dah 2-3 tahun ni. Nak minta keja kat kampeni abam Meng jgk boleh?
ReplyDeleterejek jugak !
Deletesedapnyeee
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteTahun ni berjaya mengelakkan diri dr buffet bukak puasa... hahah
ReplyDeletebegitu lah seeloknya !
DeleteMeng...bg email, aku nak jadi 'anak buah' ko gak la...ihikk
ReplyDeleterejek !! nanti suka ajak aku gossip...
Delete