Ni kes pegi picnic di tempat yang tak di rancang !
Picnic tu memang dah rancang, tapi tempat ni kiranya memang adhoc.
Day trip ni masa celebrate birthday Hero dan highlightnya dah keluar dulu : Birthday Si Hero
Day trip ni masa celebrate birthday Hero dan highlightnya dah keluar dulu : Birthday Si Hero
Waktu nak gi sesi lawatan ke Zoo Negara dulu masa nak celebrate birthday Hero, OR memang siap masak masak sebab takut budak budak lapar. Dan kami plan nak makan sebelum masuk Zoo Negara. Mana mana tempat yang available lah.
Tapi waktu dah sampai Zoo Negara, nak parking pun tak lepas sudahnya terpinga pinga tak tau nak berhenti makan kat mana. Takkan nak makan dalam kereta?
Berkat berkawan baik dengan Wanita Waze suara cemerlang, aku riki port paling dekat untuk picnic dan itu la yang membawa kepada kami berpicnic di Taman Tasik Ampang Hilir ni !!
Taman Tasik Ampang Hilir.. terletak di Ampang la kan?
Seriously aku tak pernah singgah kat tasik ni. Pernah la lalu highway MRR2 kat sebelah tu usha usha tapi tak pernah datang.
Kali ni.. buat buat jadi lah.
Perjalanan dari Zoo Negara ke Tasik Ampang Hilir ni tak jauh mana. Dalam 12 KM dan keadaan lalu lintas pun tak jem. Cuma Waze tu bawak masuk celah celah rumah orang, bersimpang siur sebelum nak sampai ke sini.
Kawasan banyak rumah orang kaya kaya. Macam banyak rumah kedutaan jer
Princess kata nanti dia besar dia nak beli rumah ni. Ya lah Nak.. Papa tumpang tinggal je la nanti. Jangan sesat dalam rumah sendiri sudah
Kami sampai dalam tengahari.
Kebetulan pulak ada orang kawin kat dewan kat tasik ni. Tapi since kami tak di undang tak de la nak buat buat muka macam di jemput pulak. Parking pun OK lah.. masih ada walau terpaksa menapak sikit.
Dah sampai je terus cari port. Nasib baik tak ramai orang kat tasik tengahari tu..... !
Lepak lepak tepi tasik
Jumpa port menarik. Bangunan baru buat tu macam mencacatkan pemandangan
Tenang dan mendamaikan
Kawasan persekitaran. Sesuai la kalau nak joging joging dan beriadah di waktu petang
Ada taman permainan kanak kanak
Nak gi main tapi takut sebab ramai orang
Ada air pancuran. Kalau duduk belah sana boleh nampak skyline KLCC kot. Sebab panas aku malas nak pegi
Kemudahan yang disediakan
Santai
Pokok kelapa melambai
Lepak lepak sambil isi perut
Dewan Serbaguna
Danau
Kediaman
Platform untuk aktiviti di sini
Rumah rumah mewah
Tenang
Hijau
Kemudahan
Sekali imbas nampak menarik jugak la tasik ni walaupun tak besar mana.
Pokok pokok menghijau di jaga rapi. Sampah sarap pun tak de so tak de la semak mata. Sesuai kalau datang beriadah dan jogging petang petang sambil menghirup udara segar di pinggir kota.
Maybe ada banyak jugak aktiviti yang dijalankan di kawasan tasik ni. Aku pun tak pasti.
Yang penting, kalau sesat boleh la picnic kat sini !
Tapi kemudahan lain aku tak check pulak. Toilet awam apa semua macam tak nampak. May be ada dekat dengan dewan. Kami pun lepak kejap je. Lepas abis makan then terus blah patah balik ke Zoo Negara.
Tapi ada satu drama yang sampai sekarang aku payah nak terima walaupun aku yang ada kat situ.
Nampak kawasan tu? Nampak tak mamat naik jetski tu?
Masa kami lepak lepak berpiknik, aku adalah perasan mamat tu naik jetski kat tasik tu ke hulur ke hilir. Buat aksi aksi nak tarik perhatian. Tapi sebab jauh, tak de la aku beriya nak ambik gambar dia.
Tup tup masa aku berdiri tepi tasik tu tetiba dia datang.
"Hey.. do you have permission to take my photos?"
Nada tegur tu memang bunyi macam cib*i jer. Bongkak dan sungguh riak.
Aku terkejut gak la memula sebab dia datang dengan jetski dia tu then dia berhenti dekat tepi tasik tempat aku berdiri.
"I am sorry?"
Aku just nak double confirm apa yang aku dengar.
"Do you have a permission to take my photo?"
"What makes you think that I have taken your photo?"
"You didnt?"
"No !"
Aku nak tunjuk je kamera tu kat dia. Memang aku belum snappy pun gambar dia secara dekat tengah main jetski tu.
"Did you take photo of the house? Do you know that is my house?"
Aku terdiam. Tak tau nak cakap apa. Kalau aku kata kau bodoh mesti dia lagi amuk.
Kalau tak nak orang ambik gambar rumah dia pegi la buat rumah dalam tanah !
Muka cocky gila. Pak Arab. Tak de la muda dan tak de lah tua sangat. Ntah ntah rumah pakcik dia ke apa, poyo je lebih.
"You want me to call the police?"
"Why do you wanna call the police? I did not do anything wrong"
"You better get off or I will call up the police. You want me to call the police?"
Stupid asshole ! Cakap dok ulang ulang ayat yang sama je. Muka berlagak gila.
Aku malas nak bertekak jugak. Buang masa aku je. Pada melayan orang berlagak bodoh sombong macam ni, baik aku gi tengok binatang kat Zoo Negara.
Tapi seriously, memang tak leh ambik gambar rumah mereka ke? Ada akta apa apa ke?
Aku pun confuse walhal aku rasa aku berada di tanah air sendiri !
Lantak dia lah. Bongkak dan bangang. Kalau dia mengelupur kat situ, memang aku tak tolong dah !, Biar la dia nak jadi apa pun ..... mahu jadi hantu atau mahu jadi buaya !
Sakit hati ku memikirkan kamu
Sakit mata ku melihat wajah mu
Dimana sayang mu dimana kasih mu
Bila ku pilu engkau jauh engkau jauh
Dimana dirimu dimana waktu ku
Bila ku perlu engkau jauh
Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja
Andainya aku kau ingin semula
Maafkan aku ku tak mahu ku tak rela
Dimana sayang mu dimana kasih mu
Bila ku pilu engkau jauh engkau jauh
Dimana diri mu dimana waktu ku
Bila ku perlu engkau jauh
Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja
Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja
Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja
Hek eleh kekwat nya.
ReplyDeleteNtah, aku pun tak sure. Memang tak boleh snap gambar rumah orang ke?
Kalau panggil polis pun, polis akan tangkap kita ke.
Eh lagi satu mana lah kau nak tau tu rumah dia. Kan?
Kok yer pun boleh je kot cakap elok elok.
Eh eh menyirap pulak haku.
kann? aku sebenarnya lebih banyak terkejut dan tak sangka...
Deletetak sangka boleh jadi macam tu... mentang mentang la rumah dia lawa pun.. bukan aku nak gi beraya.... bodoh punya orang.
Alahai berlagak nya pak arab tu.... Tak perlu layan org yg sombong mcm tu... Anyway tempat ni bukan panas ke nak lepak2 untuk picnic...
ReplyDeletememang sombong... ntah2 dia pun menumpang je.
Deletepanas jugak tapi ada port2 boleh berehat
bukan taman tasik tue public area ka? Ke camera ko ada ala2 paparazi tue yg dia menggelupur sgt tue? tapi mmg x leh terima lar dia nk meroyan camtu..motif?
ReplyDeletentah. dia bengong.. saja la tu sebab aku x ambik port dia main jet ski tu yang dia agak bengang.. pastu kecoh2 aku ambik gambar dia. padahal dia bengang sebab aku x ambik gambar dia.. hehehe
Deletemarah pulak baca pasal pak arab tu...mana la kita nak tau tu rumah dia, tak nak bagi orang tengok letak tembok le...huhu...nasib baik dia tak claim tu tasik dia,
ReplyDeletekannn..... kalau dia claim tu tasik dia.... aku berdoa tahik terapung berkumpul depan rumah dia tu.
Deletekalau takmo org amik gambo rumah, takyah buat rumah setempek kat tepi tasik yg sah2 public kluar masuk kan
ReplyDeletekann?? high five kita Azra !
DeleteKesian ko Meng !.Dekat situ takde pun sign larangan mengambil photo.Nada tegur tu cibai habis.Mamat tu kira nasib baik jumpa ko,kalau jumpa orang lain errmmm
ReplyDeleteaku malas nak bergaduh sebab sah sah dia jauh atas jet ski.. setakat gaduh mulut... buat letih aku je. kalau dekat memang aku kencing atas kaki dia !
Deletehahahaha
Arghhh....membara je aku baca...aku ada rumah lagi besau dari dia tak kecoh pun..hihihi...aku respek ko Meng...ko memang penyabar...klu partner aku yang kena...dah kena maki dah..tak pun lebam dah muka mamat poyo tu...
ReplyDeletetime tu je aku sabar sebab malas nak layan...
Deletekalau hari lain... memang makan tanah mamat tu
kurang hajo ! mendidih dah ni.... Rasa macam nak je aku tumbuk muka dia laju laju... Kau memang sabar Meng. Keji tul pak arab tu!
ReplyDeletesabar sabar Atok.. Sabar tu kan separuh daripada iman..
Deletebuah manggis menjadi tak tahun ni?
Zaman muda-muda dulu weekend rajin ke sini jogging bersama-samaan dengan housemate.
ReplyDeleteSeriously annoying dengan pendatang yang berlagak di bumi Malaysia tu
perlu kah kita ramai ramai baling tahik ke rumah beliau???
Deletenanti sambil2 kau jogging tu jangan lupa hendap sekali ada tak mamat poyo main jet ski ni
hek elehh...
ReplyDeletememang ci*** laa..
buat aku tercarut je pagi pagi yang suci ni ..
ambik gambar rumah dia banyak banyak
post sana sini
letak slug cocky arab's house
hahahaha.... rumah dia rasanya yang hujung sekali sebab ada jetty utk jet ski tu belah kiri....
Deletenanti aku godek2 ada tak gambar dia tersnap
berlagaknya......mai kita bakor jer rumah dia...
ReplyDeleteKat situ mmg kawasan perumahan elit, duta2 banyak kt situ....
tapi tak mungkin dia tu duta, ape barang datang ke msia jadi duta kerja main jetski jer...
ntah2 tukang kebun kot? hahahah berlagak je lebih
Deletemak aih panas hati plak baca...pffttttt punya pak arab...
ReplyDeletepatut ko baling je apa yg patut tu meng, pelepah kelapa ke batu besar ke...kasi menggelupur dia jatuh dalam air...
hahahaha... aku terfikir nak baling tahik jer..
Deletetapi x de la pulak terasa nak berak time tu
patutnya meng tangkap gmbr pak arab tu terus.. lepas tu virallllll hahahah zaman skang semua kena viral hahahaha.
ReplyDeletehahahaha.... org macam ni memang attention seeker.. kang lagi di viral lagi dia suka...
DeleteEventho entry ni tahun lepas, sy nk komen gak hahaha.. Saya org sini bang memang sana port rumah2 kedutaan keliling tasik tu. Sebab tu rumah besar besar. Pak arab yg kurang hajo tu pun kedutaan gak rasanya sebab sana xde foreigner duduk melainkan kedutaan. Species ni mmg kurang ajo pun berlagak mcm malaysia ni bapak dorang punya. Prnah ada kes org arab2 gak la bawak bini berjogging situ pakai sluar ketat. Sana track sempit bila ada laki jogging blakang bini dia, dia fikir laki tu saja nk tgok ehem bini dia. Da bgaduh. Pasal jetski tu patutnya dia bkn bole sesukahati bapak dia layan jetski atas tu pasal tasik tu bkn bapak dia punya. Tu dbkl/mpaj yg incas. Kalau kantoi mau kne. Tapi x tau la kot dia ada org dlm ke apa yg dia blagak mcm tu. Dorang ni kalau kurang ajar ngan kita senang je bang, maki je balik dlm bahasa melayu kita. Mampus terpinga pinga hahahaha selalu org sini kalau kne smua dok maki dlm bahasa mlayu je bang. Bior dia bodoh sndiri. Silap besar la dia dtg malaysia nk tunjuk ketahian dia. Sorry deh emosi skit pasal dia memburukkan kawasan kami hahaha..
ReplyDeleteha ha ha.. sabor sabor...
Deletemana ajk taman? kita baling tahik kat jet ski dia jom? heheheh..
biasalah org dpt power mudah berlagak kalau tak kena cara. padahal bukan dia yang jadi duta kot.. ntah2.. dia tu tukang cuci jet ski je.. berlagak bukan main.
eh tumpang emo balik semula...