Saturday, June 30, 2012

Wayang Dan Kain Pelikat

Last week aku tengok movie. Ceritanya? Madagascar 3. Aku dengan Hero je. OR ikut tapi dia tak nak join, so dia pegi jalan jalan kat mall.

Yang kesiannya si Hero, dari pagi dia dok tanya aku jadi ke tak nak tengok wayang sebab aku konon konon janji dari malam sebelumnya. Kejap kejap dia tanya.

"Papa, Hero nak tanya ni, jadi tak kita pegi tengok wayang?"
"Nanti la Papa fikir"

Papa sebenarnya malas. Hari hari weekend suka pose pose kacak je di rumah. Malas nak keluar.

Sampai ke petang, sampai tertidur tidur budak tu mengharapkan nak pegi tengok wayang. Dia lupa Papa dia selalu sangat MMJM.

Dah petang baru la aku ajak dia keluar, tu pun tertidur tidur Hero. Kocoh kocoh dia bangun mandi sebab Papa tetiba tala hailer kat telinga dia buat pengumuman jadi tengok wayang.


Ceritanya OK lah jugak sebab aku memang follow Madagascar yang sebelum ni. Cuma yang tak bestnya, ramai ibu bapak bawak anak anak tengok wayang, then ibu bapak yang terlebih syok !

Kejap ada bunyi anak menangis lah.

Kejap ada anak sapa main main kat tangga dalam wayang lah. Kan gelap tu. Pastu ada yang tertonggeng sampai ke bawah.

Macam macam hal.

Apa yang penting, cerita tu agak menghiburkan. Masih ada di pawagam. Sila pegi tengok.

Dalam citer Madagascar 3 ada lagu ni.

Tetiba terkenang kisah lama .......................


Masa keluar Hero perasan something kot sebab aku pakai short kotak kotak, pastu dia tanya.....

"Papa ! Kenapa Papa keluar pakai kain pelikat?"

* pengsan

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...