Thursday, June 14, 2012

Incredible India - Jaipur - Galwh Bagh (Monkey Temple)

Sebelum sampai ke Jaipur, drebar bagi tau aku dia nak bawak aku ke Monkey Temple.

Bukan temple yang aku nampak sebelum tadi tu, tapi yang lain.

Aku ikut je. Walaupun penat setengah hari dalam perjalanan tapi aku rasa OK kot.

So kami bergerak sebelum sampai ke Jaipur tu dia membelok ke kawasan naik bukit sikit. 

Aku duduk je la dalam kereta diam diam.

Kawasan bukit sebelum sampai Jaipur. Ada kuil atas bukit tu, nak naik kena pakai tangga saja

Jalan nak masuk ke Galwh Bagh tu. Sunyi je. Seram gak la. Tapi sebab dalam kereta so aku relaks je

Banyak burung merak berkeliaran

Galwh Bagh atau Monkey Temple terletak di hujung bandar Jaipur. Kalau dari Agra boleh jumpa dulu la. Biasanya orang ke mari untuk bagi makan monyet !

* pitam

Macam tak de aktiviti lain je kan.

Dan aku ni sebab ikut je, malas nak fikir banyak. Tak de pun dalam itinerary aku rasanya. Drebar ni je saja suka suka bawak aku.

Lebih kurang 10 minit dari simpang jalan kami pun sampai. Nak masuk dalam kuil tu tak kena bayar tapi ada charge untuk kamera sebanyak INR50. (RM3)

So sampai tu, drebar parking aku terus je jalan. Hari dah petang macam tak ramai orang tapi nampak gak la ada pelancong mat salleh.

Pakcik ni jual kacang dengan harga INR10

Pintu masuk kawasan kuil

Kuil ni terletak di lereng bukit. Memang view agak lawa. Tambah pulak hari dah petang, matahari pun lawa buat tempat ni macam warna keemasan.

Sebaik saja aku nak masuk, tiba tiba ada budak dalam umur 12 tahun kot, dia follow aku.

Aku pandang dia. 

"Where are you from Sir"
"Malaysia"
"You want to see monkey?"
"I have seen a lot of monkeys at my place. I just wanna see this place"
"Oh... this is the temple... bla bla bla"

Tetiba je dia beriya menerang kat aku.

"Who are you?"

Aku tanya dia.

"Oh. I help my father. He owns shop over there"

Ada kedai kat luar aku tak perasan tadi. So aku pun buat bodo je lah. Pastu budak ni beriya ikut aku.

"Why are you following me?"
"Nothing. I just want to help you"
"I am fine. I just wanna take pictures"
"OK. I can tell you a bit about this place"
"I dont need any guide"
"No. I am not a guide. I am helping my father at the shop"
"OK"

So aku merayau la. Dia ikut aku sebelah. 

Borak borak lah macam biasa. Tak de apa apa.

"This way Sir. I show you something"

Dia ajak aku masuk dalam kuil tu. Aku tak nak masuk pun tapi tengok macam lawa gak kat dalam. So aku nak ambik gambar je.


Pastu dalam tu, aku nampak pakcik ni. Dia jaga lembu.

Dia mintak rokok. Aku bagi dia rokok. Pastu dia mintak duit !

Cis.

Aku malas layan. Aku keluar.


"Sir. This way"

Budak tu panggil aku lagi. Dia ajak aku masuk ke dalam satu bilik ni. Mula mula aku tak endah pun. Pastu dia datang dekat.

"You need to see this"
"What?"
"Come"

Dan aku terguda gak la. Aku follow je dia. Masuk dalam bilik tu tengok ada sami kuil dalam tu.

Motip !

"I am muslim. I dont do this"
"No.. just sit down. He want to talk something to you"

Aku berdiri kat pintu. Pastu Sami tu ambik bulu merak, dia buat apa benda ntah. Macam semayang kot. Pastu dia sapu sapu atas kepala aku.

Pastu dia ambik air apa benda ntah bagi aku.

"No. Thank you"

Pastu dia nak letak kaler merah kat dahi aku.

Motip???

"No............ No No. This is not right. I need to go now"

Aku pun bangun.

Pastu budak tu sebagai pengantaran.

"Sir.. he said you are a busy man. He said, he will pray that you will have more time for you and your family"

Aku gelak gelak.

Fuck off lah !

Pastu aku nak blah. Budak tu cakap lagi.

"Sir.. you know this temple... is bla bla bla bla"

OK. Secara ringkasnya.. dia nak aku donate. Fine lah. Aku malas nak buang masa. Aku bagi INR50. Pastu dia nak banyak !

Motip lah.

Gila ke apa.

Pastu pakcik kuil tu bagi aku tali benang yang ikat kat tangan macam Hindu pakai tu. Dia siap nak ikat untuk aku, aku cakap tak pe lah. Aku tak boleh pakai.

Aku terus blah keluar. Dengan budak budak tu aku tinggal.

Keluar dari kuil tu aku terserempak dengan sepasang omputih. Dia tanya aku apa kat dalam, aku cakap tak de apa apa. Tempat worship je. Aku dah kena con dengan budak tu sebab masuk situ. Omputih ni pun kata dia macam rasa tak de apa apa kat tempat ni.

Aku jalan jalan dan merayau naik ke atas sikit.

Kat belah atas tu tengah tengah antara 2 bukit ada kuil lagi. Sana lagi cantik


Aku panjat tangga pastu nampak ada kuil dengan kolam ni kat atas.

Aku pun panjat je tangga tu ke atas.


Wah !

Lawa jugak la.

Tup tup ada suara.

"Do you see monkey?"

Aku toleh. Lah. Budak tadi.

"Over there?"
"Yeah"

Pastu dia buat bunyi, monyet monyet tu meluru datang dari belah kuil tu ikut tepi tepi kolam ke arah aku.

Cuak seyy..

"Jangan monyet ! Jangan !!!"

Monyet monyet pelbagai saiz datang.

"Give them food"
"Oh"

Baru aku teringat aku beli kacang kat gate nak masuk tadi. So aku keluar kan dari poket aku, terus datang sekor ni sambar. Abis dia belasah seko seko. Pastu siap marah yang lain datang nak makan.

Lapar kot sebab aku sorang je kat atas tu. Mat salleh tadi semua masih kat bawah sana. Tak tau la dia orang naik ke tak.

Pastu aku ambik gambar gambar sikit



Kuil ni adalah kuih tempat ibadah dan air dalam kolam tu adalah air suci yang di ambil dari Sungai Ganges.

Jauh tu dia bawak datang.

Budak tu la cakap kat aku. Aku mengiyakan je.

Pastu hari petang agaknya, ada orang bagi monyet makan. Buah buahan la. Aku usha je la tengok monyet monyet ni. Tak de la interesting mana pun.

Makan mangga okeh

Dah start ada pelancong lain naik sama

Pakcik yang bagi makanan kat monyet. Selain mangga mereka juga makan ciku !

Ini ketua monyet !

Kuil ni ada beberapa tingkat.

Belah bawah yang ada kuil aku masuk tadi tu, pastu tingkat ada kolam tu. Dan kalau naik lagi ada kolam lagi.

Yang ni kolam boleh mandi.

Ada satu mamat ni tengah mandi. Budak tu kata, dia mandi kalau nak buang sial. Kalau ada penyakit. Dan apa apa hajat la boleh guna air ni.

Kolam ni dalam ! 9 meter lebih.

Abang ni membuat aksi terjunan bagi memikat gadis gadis India

Abang ni pulak berenang sebab nak buang sial ke nak ubat penyakit sopak agaknya


Dan tu gambaran dari atas bukit ke arah tempat aku mula mula naik tadi.

Kalau naik terus ke atas boleh tengok Jaipur dan sunset. Tapi aku malas nak naik sebab kena panjat panjat lagi.

Aku pun turun ingat nak blah. Dah penat.

Masa aku jalan turun tangga tu budak tu turun ikut aku sekali.

"Sir.. I helped you, you have to  pay me"
"No way. Not again"
"I am very poor Sir bla bla bla bla"

Dammit !

Dah sah aku kena con pulak dengan budak ni. Sial lah.

"Why didnt you tell me earlier? You should have told me if I need to pay you"
"Sir.. I told you about this place"
"I dont ask you to tell me. I dont ask you to tag along with me. You said, you are here to help your father !!"

Pastu aku dah mengamuk. Bengang gila.

Budak tu tetap dok ikut aku. Muka sedih je. Eiii aku rasa nak lempang lempang je kat situ.

"Dont do this to people especially tourist. You will ruin this place. No one will come"
"Sir...."

Aku benci mendengar alasan alasan dia tu. OK lah. Kesian jugak la sebab dia ikut aku. Dah nasib aku la sebab aku sorang je yang sampai dulu so aku yang terkena.

"How much you want?"
"500 rupee"
"Fuck off. I am not giving you that much"
"But Sir..."

Aku keluarkan wallet aku bagi dia INR100.

"This is not enough Sir"
"You lied to me. You cheated on me and now you are asking me to pay INR500?"
"But I helped you"
"That is not right. No !.... You father teach you to lie to people?"
"No Sir"

Argh !

Aku mengamuk bebel bebel kat dia. Sambil tu aku jalan keluar. Dia ikut je aku kat tepi.

Pastu aku diam. Langsung aku tak cakap apa. Dia jalan jugak.


"If you use that money to go to school. You will  never learn. You will fail in your exam !! That is my money. I gave that money to you because you are cheating on me. Where is your father? I will talk to your father !"

Pastu dia cuak agaknya aku bebel bebel.

"Sir. You can have your money back. I am OK"

Macam nak menangis pulak aku tengok muka dia. Dia hulur balik duit tu kat aku. Aku buat muka geram je.

"You can keep that money. But you will feel guilty for the rest of your life ! I mean it"
"No Sir. Take it back"
"No. I dont want that money back. You take it, but you will suffer. You will fail your exam. You will not be doing good in school. You will lose friends...bla bla bla"

Hahaha. Aku terlebih drama. Padahal INR100 tu cuma RM6.

Tapi aku geram kena kencing macam tu. Babi betul lah.

Sampai kat parking, aku lepak hisap rokok. Drebar aku ntah mana dia pegi. 

"Sir.. Please take your money. I dont want your money"
"Take it. But dont do it again"
"Thank you Sir"
"Promise me?"
"Yes Sir"

Pastu dia blah jalan ke gerai ayah dia. Aku malas nak pandang. Abang emosi tahap cipan.

Stress.

Tak lama lepas tu drebar datang. Dia tanya aku OK ke. Aku jawab OK je. Malas la nak besar besar kan hal.

So kami pun bergerak. Parking tu kena bayar sebab tak masuk dalam itinerary aku, so drebar kata dia suruh aku bayar.

Aku cakap fine lah.

Aku tanya dia.

"How much?"

Dia pandang aku. Pastu dia jawab dalam cuak cuak.

"200 rupee"
"No way !!"

Aku terus ketuk dash board !

Parking tempat macam tu takkan la sampai RM20?

Agaknya dia terkejut kot. Ya lah. Aku pun tengah angin dengan budak tadi.

"I am kidding...."

Dia jawab macam tu. Aku buat muka tak puas hati. Aku bagi dia INR5.

Lantak !

Lebih kau bayar sendiri.

Diam dia tak berani nak cakap apa apa.


Keluar tu masih banyak burung merak.

Dia cuba mengambik hati aku, dia berhenti la nak suruh aku ambik gambar. Sudah ! Drebar aku ni pun mata duitan nak kencing aku je.

Aku buat dono je.

Sepanjang jalan sampai Jaipur tu aku diam je. Buat muka bengang. Dia pun diam. Takut la tu aku report kat Tour company dia tu.

Dan akhirnya kami sampai ke Jaipur menjelang petang. Kami langsung terus ke hotel.

Aku dah sakit kepala melayan orang orang ni semua.



Sampai ke hotel, representative dari Tour company tu dah tunggu. Memang setiap kali sejak di Delhi dan aku sampai Agra, memang ada representative company akan datang jumpa aku. Dia akan suruh aku isi form, tanya apa apa samaada aku puas hati ke tak.

Masa kat Delhi tu aku dah bantai tulis pasal Vikram tu berjela jela.

Dekat Agra aku puji si Rajan tu pulak. Dan sekarang ni kat Jaipur aku rasa macam nak bantai je pakcik drebar tu. Tapi tengok muka dia terkulat kulat, tak jadi.

Tak pe lah.

Aku naik bilik, mandi dan berehat sampai ke malam.

Masih dalam mood bengang. Dia orang ni suka la buat aku jadi hilang sabar nak marah marah.

7 comments :

  1. bab sumpah seranah fail exam, takde kawan sume tu kelakar hahahaha! amik! padan muka. orang buat baik lagi mau kencing. diorang ni mmg putar alam tahap dewa zaman gangsa tau, adaaaaaaaaaa je nak kenakan orang. haih...aku plak yg stress hahaha.

    ReplyDelete
  2. tu la.. serious aku angin

    macam nak lempang 30 kali je budak tu...

    kau jumpa x budak2 mcm ni...?

    ReplyDelete
  3. woi Bq.. ko naik bukit tengok matahari kat angkor cambodia tu.. ada terpongeh tak?

    ke kau fit dan tak bermasalah?

    ReplyDelete
  4. yg aku panjat tu phnom bakheng...gile seh penat tapi ku gagahi jua demi nak tgk sunset yg akhirnya tak kunjung tiba, hujan! fit tak fit la, tapi dek kerana tercabar ngan makcik tua hancing dpn aku tu, aku panjat laju2 gak hahaha!

    ReplyDelete
  5. sepanjang kat sana, kes budak hanya

    1) amik air dlm ketapi, panggg kena lempang ngan station master
    2) mintak duit mesia, tapi kasi duit kecik dia tanak

    so mmg aku tak kena lgsg la bebudak menipu haram jadu tu lgsg...alhamdulillah...maybe sbb aku mmg tak layan langsung, mmg tak ckp apa, aku tunduk bawah, tanak tanak tanak, aku blah...hahaha! so diorang tak push la...so kes ko ni mmg menarik gile ar...

    ReplyDelete
  6. macam scene drama hindustan bab memebebel kat budak tu dan budak tu rasa bersalah suh amik balik duit. woh. nampaknya hati kene kental lah kalau nak ke sana sorang2.

    ReplyDelete
  7. kena ajar jugak ntah2 dah berapa org yg terkona

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...