Monday, June 4, 2012

Incredible India - Delhi - Jama Masjid

Hari pertama di Delhi aku bangkit dan bersiap siap seperti yang telah di janjikan.

Sesampai aku di airport semalam. Ada satu mamat ni dah tunggu. Nama dia Rajan. Dia yang bawak sepanduk besar gedabak tertera nama aku. Macam dia tau je aku ni buta.

Mudah kerja aku. Aku follow je dia dan ada drebar dah menunggu kami dan terus bawa aku ke hotel.

Pakej yang aku ambil include semua. 

Airport pick up.
Hotel
Transport
Transport Delhi - Agra - Jaipur - Delhi
Tourist Guide

Dan lain lain.

Cuma nak masuk tempat tempat tu je tak de dalam pakej dan makan serta shopping aku di India.

Sebab tu aku cakap trip ni aku jadi Raja Khapoor !

Aku tak perlu nak fikir apa apa dah. Tak macam trip aku sebelum sebelum ni. Dengan desakan waktu yang sangat terhad aku rasa ni je la jalan terbaik. Aku malas nak ambik risiko lain. Bagi aku, asal aku sampai dan selamat pulang dah OK.

So lepas si Rajan hantar aku ke hotel. Kami discuss sikit on the itinerary. Dia bagi list tempat yang dia akan bawak aku dan aku tambah sikit mana yang patut. As agreed. Aku settlekan payment another 50% dan selesai.

Pagi tu lepas aku bangkit dan bersiap aku turun ke lobby tengok ada satu mamat menunggu aku. Bukan Rajan ni.

Tapi aku buat bodo je dulu, aku keluar hisap rokok kat luar dan tengok keadaan di luar. Hotel aku terletak di Karol Bargh.

Aku pun tak tau mana tempat tu. Tapi semalam dari airport ke hotel tak de la jauh mana rasanya. Lagipun penting ke aku nak ambik tau?

Aku kan Raja Khapoor !

Aku cuma perlu relaks dan tak payah fikir apa apa. 

Janji aku sampai ke tempat yang di tuju.

Hah. Sangat la tidak challenging.

Ada adegan drama Tamil berlaku di luar hotel.

Aku lepak lepak kat luar tengok orang lalu lalang.


Jalan tak berapa sibuk tapi nampak la orang lalu lalang, dengan orang berjual nya.

Banyak jugak beca dan teksi berhenti ingat aku nak naik. Aku just bagi sign aku tak nak. Aku cuma nak hisap rokok je.

Tengah aku dok melayan perasaan tiba tiba ada satu minah ni dengan anak dia datang.

"Eat ! Eat"

Dia buat isyarat nak makan. Anak dia tengah isap tetek dia. Dengan tak pakai baju nya. Dia pun compang camping. Anak dia siap berbogel.

"No"

Aku tau dia nak mintak sedekah so aku malas nak bagi. Plus aku tak de duit kecik. Aku belum beli apa apa lagi sejak sampai India ni.

Pastu dia siap merayu rayu. Siap tunduk dan sentuh kaki aku. Terpaksa aku lari. Dia kejar. Aku buat muka bodoh je. Dia tunggu je tak abis abis.

"I dont have small change"
"Please"

Tak abis abis dia merayu. Siap tunjuk anak dia luka luka lah. Pastu dengan anak dia menangis lah. Mata aku pun asyik tak leh lari nak tengok tetek dia. Selamba je dia tunjuk tetek kat aku. 

"Muslim? Salamuaialkum"

Siap bagi salam. Pastu merayu rayu lagi. Hish. Rengsa aku. Kesian pun ada. Tapi nak buat cemana? Last sekali aku masuk dalam lobby hotel aku pegi tukar duit kat lobby. Nasib la ada. 

So aku keluar cari dia. Dia nampak aku keluar terus dia datang berlari. Terkejut aku.

Aku bagi dia INR10.

Tapi aku tiba tiba rasa tertipu gila. Anak dia dah pakai baju ! Dia dah siap bersari bagai. Dah tak macam tadi. Rupa dah elok.

Bahlol betul. Kencing aku lah ni.

Nak tak nak aku bagi je INR10 (60 sen)

Sempat aku snap gambar dia sekali. Tadi masa anak dia menangis nangis sambil bergayut kat tetek dia, aku tak berani nak ambik.

Hish. Apa apa la. Macam macam kes orang India ni. Pagi pagi aku dah rasa kena kencing !


Lepas tu aku masuk hotel lobby dan jumpa dengan Guide aku yang pertama.

Nama dia Vikram !

So pagi tu kami discuss sikit sebelum drebar datang membuat kemunculan secara grand !

Terus aku di culik dengan rela nya ke destinasi pertama kami. Jama Masjid di Old Delhi.

Bangunan Stateman House

Perjalanan dari hotel ke Old Delhi tak de la jauh sangat.

Tapi kalau jalan kaki, bernanah jugak la tapak kaki secara serta merta. Aku just pose pose sambil mata meliar tengok kiri kanan.

Jalan tak jem.

First impression aku, kat Delhi tak de bangunan tinggi tinggi. Tanah dia luas. So macam tak serupa bandar sangat. Tapi bila aku tanya Vikram dia kata bangunan tinggi tinggi tu ada kat kawasan lain.

So tak jadi nak keji secara berterusan.

Suasana pagi di New Delhi

Hero Hindustan siap siap nak pegi keje naik Vespa

Setelah hampir setengah jam berpusing pusing dengan riang di New Delhi, maka kami pun sampai di Old Delhi.

Hah. Apa ada di Old Delhi?

Ni la tujuan pertama untuk hari pertama di Delhi. Melawat Jama Masjid.

Jama Masjid ni terletak di kawasan Old Delhi. Nak sampai area ni, akan pass Red Fort pastu masuk kat kat kawasan pasar yang orang macam ramai gila dan tetiba aku rasa pening sebab rasa termasuk dalam cerita Tamil.

Pastu dengan lembu berkeliaran. Pastu ada orang kencing tepi jalan. Pastu beca dan motosikal semua macam pailang dan perempit tak de tatasusilawati.

Ergh.

Nasib baik aku tak jalan kaki. Silap silap aku pening.

Sampai sampai terus berhenti di depan pintu masuk Jama Masjid.


Aku turun dengan Vikram.

Vikram bagitau, masjid ni kiranya private so kalau nak masuk kena bayar. 

Aku cakap aku nak usha dulu dari luar. Kalau OK aku masuk, if not, aku lepak luar je lah.

Vikram kata OK. Dia tunggu kat bawah dan aku masuk dalam compound masjid. Rengsa aku tunggu kat luar tu sebab ramai orang datang berkerumun. Jual gelang la. Jual cincin lah. Jual itu lah. Mintak sedekah lah.

Argh.....

Tetiba aku rasa nak lari dari peminat.


Masjid ini nama asalnya adalah Masjid Jahan Numa. Masjid ini merupakan masjid utama di Old Delhi dan telah di bina pada zaman Muhgal Emperor Shah Jahan lagi. Mengambil masa kira kira 14 tahun untuk siap dan merupakan masjid terbesar di India !

Masjid ni sebenarnya digunapakai sampai la sekarang terutamanya untuk solat Jumaat. Kawasan masjid ni kiranya boleh memuatkan lebih kurang 25 ribu orang pada satu satu masa. Masjid ini juga menyimpan khazanah Al Quran lama yang di tulis pada kulit rusa.

Nak masuk ke tak?




Bayaran masuk adalah INR 200 (RM12) dan simpan kasut INR 10 (60 sen). Kalau bawak kamera pun kena charge lagi INR 100.

Hmmph.

Aku memula fikir macam nak masuk. Tapi bila fikir fikir balik. Tak jadi lah.

So aku tak masuk.

So aku ambik gambar di kawasan sekitar je. Ramai jugak orang. Dan macam biasa kalau nak masuk masjid, yang foreigner kena tutup aurat.




Aku pun tak tau apa menarik sangat kat dalam masjid ni, tapi rasanya biasa je. Cuma dia besar dan kiranya hasil di bina dari zaman Shah Jahan dulu lagi. 

Kat luar tu ada lah jual jual. Aku just usha usha saja.

Layan gambar je lah.








Rasanya tempat ni boleh skip sebab struktur dia sama dengan masjid Fatehpur Sikri di Agra. Tapi kalau nak singgah untuk solat sunat tahiyatul masjid. Apa salahnya.

Dan yang penting !

Di kaki tangga.

Ranee Mukarjee dan Kajol tergolek dog tunjuk perut dan selulit masing masing sambil di perhatikan oleh Preity Zinta !

Kau mampu beraksi sebegini di tepi masjid????


7 comments :

  1. kitorang pun tak masuk.

    part mintak sedekah seksi bolen2 tu lawak hahaha! kat sana mmg tak leh kasi, if kasi, ha ko mmg jadi raja khapoor kena kerumun ngan peminat.

    ko tak beli sari ke utk OR?

    ReplyDelete
  2. ooo aku beli kat area ni, mmg diorang tebar2 jer la atas lantai kedai tu. aku bersila, tgk punya tgk, amik yg plg murah (rm30) patu aku beli satu jer! hahahaha!

    ReplyDelete
  3. aku x sempat nak membeli belah di sini.. pulak tu aku mcm cuak jer.. so x jadi.

    kau jumpa FM di sini kan biqque?

    ReplyDelete
  4. aku beli FM merata...ada kat agra, jaipur, tapi delhi ar plg skit n mahal. tah pape...

    ReplyDelete
  5. budak tu comel...maknya pun masih muda dan lawa..klu dah tempek2 mekap tu...kalah artis malaysia hoi..

    ReplyDelete
  6. Biq : ya la.. ikut nasib gak la kan. time mood nak menawar ada.. leh gak dpt murah.. time malas.. main beli jugak.


    HG : haaa tu la.... mcm lawa gak kalau sapu sapu bedak skit kot.

    boleh je jadi stewardess mak dia tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...