Monday, June 4, 2012

Incredible India - Departure

Taraa !!!!

Dah start nak naik hantu menaip ni. So aku akan cuba menaip. Tak tau cemana nak cerita trip India ni sebab aku tak backpacking so aku tak boleh nak cerita dari satu point ke satu point yang lain.

Al maklum la aku kan menjadi Raja Khapoor !

Bangun pagi, driver tunggu kat hotel pastu terus ke tempat tempat melawat dan keje aku masuk kereta, pose pose, sampai, keluar, usha apa yang patut.

Selesai.

Memula memang aku rasa tak best jugak travel macam ni. Langsung tak mencabar minda. Tapi bila aku kenangkan cuaca yang panas macam hapa tu, aku bersyukur.

Alhamdulillah.

Aku rasa keputusan aku, pada waktu dan saat itu adalah sangat tepat.

Jika tidak aku tersadung, lemah dan langsung tak bermaya karin nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

So untuk trip India ni, aku tulis portion by portion tengok la mana mana yang aku boleh tulis.

Enjoice !

++++++++++++++

Kalau nak ulang pasal trip India ni, nangis terkangkang aku mengenangkan kisah sedih pilu luka di hati ni.

Tapi bak kata orang. Semua yang berlaku itu ada hikmah dah pengajaran. Maka, terima la dengan hati yang terbuka. Redha atas takdir yang berlaku dan berlapang dada...

Lapangkan dada sekarang !

Ya. Angkat tinggi sikit.

Yaaaaaa... macam tu.

Hiks.

So part hari Jumaat sepatutnya aku terbang tu, pagi tu aku dok mundar mandir kat dalam rumah. Serba tak kena. Kejap duduk. Kejap baring. Kejap berjalan. Kejap picit jerawat depan cermin.

Apa nak di buat pun tak tau.

OR pagi pagi dah tanya aku.

"Awak jadi pegi ke tak Yang?"
"Ntah"

Buntu dia nak tanya lebih lebih. Bila dia keluar aku cakap apa apa nanti aku SMS dia.

Pagi tu aku pun dah SMS IG. Dia sempat ajak aku pekena roti canai dulu.

'lu gila?'
'alaaaaaa.. tak payah pegi laaa'

Pujukan berunsur niat jahat.

Aku call Air Asia X. Sekali. Mamat tu cakap nanti dia call balik.

2 jam aku tunggu. Haram tak call. Aku call balik sebelum solat Jumaat. Dia pun cakap nak call balik.

Haram !

Gila keji dia orang ni. 

Last sekali aku dengan ringan tangan dan tulang temulang kemas beg. Campak 4-5 helai baju dan kelengkapan yang aku rasa perlu nak bawak. Lepas tu aku pegi solat Jumaat macam biasa.

Balik solat Jumaat tak de jugak. Aku merenung iPhone aku macam orang gila. Amokan puaka nyaris merajuk jiwa. Tapi mengambil keberkatan hari Jumaat aku terus bersabar dan bertabah.

Last sekali aku call Air Asia X lagi.

"Hello. OK. Let me know. Can I change it to Tehran of I have to fly to India by this evening? If you cant change my flight to Tehran then issue me e ticket. I dont have much time"

Sebab aku tau flight pegi India memang petang tu jam 6 petang.

"Sorry Sir. I need to call you back"
"Again?"
"I promise"

Pundek lah !

Aku rasa nak hantuk kepala ke dinding serta merta.

Tak pe. Aku siap siap. Budget kalau dari rumah pukul 2 then aku terus je ke KLIA. Apa apa pun, biar aku dah ada kat sana. Kalau tak jadi pegi aku boleh balik rumah je sebab flight ke Tehran hari esoknya baru ada.

Aku angkut beg, keluar rumah dan terus tunggu teksi. Teksi sampai, terus pegi station LRT.

Lama tak naik LRT, tak reti nak beli tiket !

* nanges.

Pastu dapat naik LRT baru aku dapat panggilan dari Air Asia X.

"OK Sir. E Ticket sent to your email"
"Where Am I going?"
"India"
"OK"

OK. Whatever. India pun India lah. Actually dari tahun lepas aku memasang hasrat nak pegi India. Tapi banyak halangan sampai la ke tahun ni. Pastu Air Asia pulak buat taik macam ni la jadinya.

Apa apa pun, plan asal aku pun memang nak ke India. So. India !

Here I am.

Tunggu kau sanah !

KL Sentral

Sampai KL Central aku pegi tukar duit dulu. Tukar sikit pada US Dollar dan sikit untuk Rupee. Tak perlu tukar ke Nepal sebab aku tahu, flight aku ke Nepal akan burn begitu saja.

Perut pun lapar, tapi aku kena uruskan banyak hal lagi.

Pegi Maybank. Pastu aku pegi check in kat kaunter MAS.

Dah beli tiket ERL pastu dekat depan kaunter MAS tu aku baru teringat sesuatu.

Maybank cad aku tertinggal kat ATM machine !

Fuck !

"Kejap ! I will be right back"

Aku cakap kat mamat kat kaunter check in tu. Terpinga pinga kejap dia.

Aku berterabur lari ke Maybank semula. Nasib la tak berapa jauh. Aku jumpa guard dan cakap kat dia, dia cakap ada jumpa. 

Ah. Lega.

Pastu nak tunggu pulak nak ambik Debit Card aku tu. Nasib baik la tak lama. 

Apa dah jadi ntah. Kalut semacam je aku ni. Terus keluar kejap dan hisap rokok. Mencari ketenangan. Otak aku ni dok bergerak dari tadi. Macam macam aku fikir.

Kalau aku sampai India nanti mana aku nak tuju?

Hotel?
Esok nak pegi Agra cemana?
Train?

Apa semua tersumbat sumbat dalam otak aku dalam masa yang sama.

Tenangkan hati. Layan rokok sebatang dua baru aku masuk dan pegi ke Kaunter MAS dan check in semula.

Semuanya berjalan lancar.

Pastu aku pegi ke Kaunter Ticket MAS mintak dia printkan e ticket aku balik nanti sebab aku memang tak sempat nak print apa apa. Check in pun main tunjuk passport je.

Selesai semua baru aku boarding naik ERL menuju ke KLIA.

Dalam ERL

Dalam ERL baru aku sempat call OR dan bagi tau dia. 

"Awak ni betul ke nak pegi?"
"Pegi je lah"

Dia pun separuh percaya tapi dia kenal sangat aku dah so dia tak boleh nak cakap apa apa.

Then aku BBM IG bagitau aku on the way ke KLIA. Pesan sikit apa benda aku nak dia uruskan dan ingatkan dia few benda.

Nasib baik jugak dalam ERL tu ada free wi fi. Baru aku log in dan surf apa yang patut untuk cari ground arrangement dia India. Aku try book train ke tapi semua macam dah penuh. Ada foreigner punya quota kalau naik train boleh je kalau aku nak gamble tapi aku fikir tak pe lah. Aku try je cari pakej mana mana. Kalau tak dapat memang aku kena gamble betul.

Rezeki aku jugak la, aku just hantar email kat satu tour company ni dan tak lama terus dia balas. Procedure dia pun senang je. Dia issue aku satu form so aku bayar 50% dari harga semua dan balance aku bayar waktu sampai sana.

Bagi dia semua flight details aku dan.................

Tara..................

Aku rasa lega sikit.

Hajat ke Tehran adalah tidak kesampaian

Sampai kat KLIA aku gi hisap rokok dulu kat luar. Sebab aku dah check in so tak de nak risau apa apa dah. Nak tunggu boarding lagi. Tapi aku fikir aku masih ada banyak masa.

Perut pun lapar dan berkeroncong si endong endong.

Lepas hisap rokok then pegi cari makanan.



Duduk makan kat Secret Recipe.

Perut lapar. Sambil tu dok call OR borak borak lagi. Pesan memesan. Pastu sibuk lagi aku dok balas email thru BBM sampai aku senak otak dan aku fikir.

OK.

Matikan Black Berry sekarang.

Aku kena mulakan mood bercuti.

Campak BBerry dalam beg dan terus sambung makan. Oh. Aku tak de beg check in sebab Si Daud agak ramping. Aku tak de bawak apa apa sangat pun. Macam biasalah aku travel beg ringan ringan je.

Menu di Secret Recipe. Sempat makan cake untuk meredakan ketegangan dalam diri

Lepas abis semua tu. Dalam sejam lagi sebelum berlepas aku pun masuk ke balai berlepas.

Ronda ronda kawasan sekitar. Dah lama tak masuk KLIA. Maklum la abang ni kaki travel budget. So tak mampu nak naik MAS. Selalu naik kapal terbang tambang murah saja. 

* kesat air mata.

Usha usha kawasan sekitar. Beli rokok sebagai bekalan. Aku ada baca rokok tak lepas 1 karton ke India tapi aku gamble la. Kalau dia nak rampas, rampas je lah. 



OK. Semua dah siap. Dah tunggu kat Gate dah. Semuanya golongan Pari Pari menunggu nak terbang ke India. Aku sorang je la kot yang berbangsa Melayu.

Tak kisah la. Janji tak de bau.

Kalau ada bau aku pengsan.

Lama gak la menunggu. Sempat aku pegi hisap rokok satu round lagi sebelum pengumuman di buat untuk bersiap sedia berlepas.

Hah.

Masa tu baru aku yakin dan tak de jalan untuk berpaling lagi. 

Dalam masa 6 jam lagi, aku akan menjejakkan kaki ke bumi kari !

Boeing 777-200 yang membawa aku ke New Delhi

Suasana dalam flight

Seat aku tepi tingkap dan aku duduk kat belakang. Tak de orang kat sebelah. So OK.

Memang biasa aku akan mintak seat kat belakang sekali. Moga moga tak ramai orang. Cuma bising sikit la. Tapi tak pe.

Apa yang penting. Selesa.


Pesawat mula meluncur laju di landasan dan meninggalkan KLIA.

Cuaca petang hari agak mendung dan berawan. Aku pun macam mengantuk light light. Pastu dapat form immigration India tu aku dah siap isi semua dan baru la mula nak melayan perasaan.

Macam macam perasaan terbuku dalam hati aku ni.

Tak tau cemana nak imagine apa yang bakal berlaku kelak tapi tak pe lah. Macam tak biasa. So aku redahkan jua.


Cepat je senja so hari pun dah nak malas.

Duduk melayan perasaan dengan cubaan untuk menidurkan diri. Tapi gagal. Pastu aku sakit kepala. Tahan tahan tahan.

Dah la tak bawak ubat ubatan apa apa. 

Last sekali duduk je lepak lepak dan berehat sambil layan in house entertainment dalam flight. Aku tengok cerita Sherlock Holmes yang baru. Tak tengok lagi. 

Layan jugak la.

Hari dah nak gelap

In flight info

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke New Delhi

Flight Data

Pastu makan time !

Ya. Aku sangat gembira walaupun tadi aku dah belasah makan kat Secret Recipe.

Tapi makanan adalah tak berapa sedap. So aku agak kecewa. Makan jugak la cuma tak abis. Main jamah jamah je.


Pastu sakit kepala makin datang menyerang.

Argh.

Stresss.. Apa nak buat ni. So sebab naik MAS. Kan Malaysian Hospitality kena bagus. Maka aku mintak penadol dengan crew. Dan dia bagi. Nasib baik. Kalau tak aku keji 40 bakul.

Usha gak kot ada crew yang aku kenal tapi semua tak kenal or .. mereka tak kenal aku !

Hiks

 

Lepas makan penadol rasa nak tidur lah.

Tup tup makcik kat seat aisle ni pulak la, time dah gelap dalam flight time tu la dia bangun nak membaca. 

Makcik ni... sebaik saja flight take off, dia membuta !!

Tidur terus. Langsung tak bagi can punya. Dah la dia conquer seat tu sorang so dia tidur baring macam tu. Dia tidur sebelum sebarang pertarungan bermula.

Pastu orang bangun makan dia makan.


Pastu orang berehat, dia tidur balik semula. 

Motip nasik tak hadam lagi kau dah tido?????

Stress jugak la aku dengan Asoh ni.


Pastu lampu tutup. Aku baru ingat nak ambik feel gelap gelap nak meniduri diri yang sakit kepala ni.

Tup tup dia bangun !!!


Pasang lampu.

Pastu baru nak isi borang.

Pastu mintak air dengan crew. Pastu apa benda ntah lagi dia buat. Terus kacau aku.

Stresss !

Sudahnya aku tak tidur sampai akhirnya. Sampai pesawat mula berlegar legar di ruang udara Delhi dan mendarat dengan selamat di Indira Ghandi International Airport.


Ya. Aku dah selamat sampai ke New Delhi selepas kurang lebih 6 jam penerbangan.

Waktu di Delhi 2 jam setengah lewat pada Malaysia. So kiranya sampai di Delhi jam 9 malam walaupun kat KL dah hampir 12 tengah malam.

Turun dari flight, layan rokok dulu. Kurang nikotine dalam tubuh. Pastu baru beratur untuk immigration clearance. Tak lama. Kejap je. 

Welcome to India

IGI Airport - Terminal 3

Namastee

Immigration Clearance

OK.

Lepas chop passport. Then aku keluar. Tak de kastam tahan so rokok aku selamat.

Keluar dari balai ketibaan. Aku nampak ramai orang. Dalam hati terdetik. 

Ada or tak de?

Sebab aku tak bawak spek so aku agak rabun. Aku kena pegi dekat dekat dan check satu satu.

No.

Bukan.

Kecikkan mata. Baca satu persatu lagi.

Not me.

Hmm no.

Then terdiam kejap. Aku baca sekali lagi. Tengok orang yang pegang sepanduk.

Tiba datang seru. Lalu aku lambai kan tangan perlahan.................. dan tiba tiba suara emas keluar dari kerongkong.

"Hello ! It is me you looking for? I can see in your eyes ! I can see in your smile !"

Pose pose Lionel Richie depan balai ketibaan.

Piak !!

* pastu kena lempang

Ya. Ada orang menanti. Dia pegang besar besar nama aku. Lega. Satu kerisauan terhapus sudah.

Amin.

'Welcome to India Mr SuperMeng !!!'

6 comments :

  1. hahahahaha part lagu lionel richie tu cam haram lawak! hahaha!

    gile ko, otw baru tau nak ke india? dah atas erl baru book? mmg last minit kaw2 nyer ek...

    so bermulalah trip raja khapoor ko ala2 ada drebar ek :D bring it on!

    ReplyDelete
  2. wow.. kagum i dgn u.. haha.. i yg pegi bertiga, plan 3,4 bulan before pun dok risau je nk p india.. haha

    ReplyDelete
  3. LS : kalau x plan lagi adventurous.. tapi kena redha kalau plan huru hara...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...