Sunday, June 10, 2012

Incredible India - Agra - Taj Mahal Sunset

Selepas makan di Agra kami balik hotel.

Tak lama, aku sempat basuh muka tak berehat pun terus aku turun balik.

Masa kat restoran tu, aku tanya Rajan kat mana tempat aku boleh tengok sunset dan Taj Mahal dan dia suggest aku pegi ke satu tempat ni. Plan asal aku nak pegi sendiri je naik teksi ke beca ke apa, tapi Rajan ni baik gak la. Dia cakap.

"Let me talk to the driver if he can send you there"

Dan drebar ni tak de banyak halangan. Cuma kalau aku yang mintak mesti dia banyak hal pulak. Tak nak la jadi macam kes di Delhi kelmarin.

So Rajan blah dulu lepas tu aku cuma keluar dengan drebar je. Dia hantar aku ke satu kawasan ni di Tebing Sungai Yamuna di mana aku boleh nampak Taj Mahal !

"You can go inside this park or you can walk"
"How about the view?"
"About the same"

Drebar bagi tau. Ada satu Rose Garden di mana tempat Shah Jahan nak bina Taj Mahal kaler hitam tu tapi tak jadi sekarang di jadikan Rose Garden. Nak masuk dalam tu kena bayar.

So bagi mengambil langkah malas nak bayar. Aku jalan je terus dan sampai le ke kawasan tebing ini.

Terus terpaku melihat Taj Mahal dari jarak dekat.

Pandangan penuh

Close up

Sampai sampai kat sini kelihatan ada ramai orang jugak la. 

Masing masing menunggu sunset.

Tapi Taj Mahal ni mengadap Selatan dan Utara maka matahari sebenarnya kat sebelah kanan. Tak nampak. Cuma cahaya je lah yang kelihatan hasil pantulan dari marmar berwarna putih di bangunan Taj Mahal ini.

Aku lepak lepak kejap.

Ada je yang suruh ambikkan gambar dia orang. Aku OK je.

Masjid

Sebuah lagi banguan serupa masjid tapi di sebelah kiri. Tempat ini menjadi tempat istirehat pembesar atau keluarga di raja yang datang untuk melawat Taj Mahal ini

Kubah Taj Mahal di bawah ini lah bersemadinya Mumtaj Mahal dan Shah Jahan

Agak lama jugak la aku duduk kat area ni.

Sekadar duduk dan merenung Taj Mahal dan berfikir cemana dan bagaimana mereka membina bangunan se gah ini pada waktu dulu.

Memang lawa dan cantik.

Lagi cantik sebab kena simbahan cahaya remang remang petang mentari yang hampir hilang.

Tahukah anda di Taj Mahal di tak de lampu? Ianya depend so much pada cahaya matahari yang masuk dan juga cahaya bulan.

Warna kubah akan berubah mengikut cahaya matahari dan bulan. Kalau sunset warnanya akan bertukar menjadi kekuningan.

Tahukah anda Taj Mahal ini di buka pada waktu malam bila bulan mengambang??

Ya. Kecuali malam jumaat. So kalau malam bulan mengambang memang boleh datang melawat Taj Mahal ini. Tapi hari siang Jumaat, Taj Mahal memang di tutup sebab kat masjid tu orang solat Jumaat.

Kelihatan pelawat masih ramai di perkarangan Taj Mahal


Dari arah aku ambik gambar ni memang tak boleh lepas berjalan ke arah sungai. Kawasan ini telah di pagar. Tempat ni la paling dekat yang boleh pegi pun. Keseluruhan kawasan ini telah di kawal rapi oleh guard.

Sungai pun dah kering. Dah tak macam dulu. Air cetek je.

Salah satu post guard

Salah satu tiang menara di sekeliling Taj Mahal


Tengah aku duduk duduk tu, tiba tiba ada orang tegur aku.

"Herlo. Where are you from?"

Aku toleh. Macam cam minah ni. 

"Were you at the restaurant?"

Aku rasa aku perasan dia masa aku makan kat restoran tadi. Pelik jugak aku tengok westerner macam dia tapi dia makan Naan dengan Tandoori Chicken bersungguh sungguh.

"Yes... "

Dan bermula la kami berborak borak. Nama dia Laura. Berasal dari San Paulo, Brazil.

Yang keji nya, aku cakap aku dari Malaysia dia tak tau ! Dia tak kenal Malaysia !!!

"You know Singapore?"
"No"

Memang sah buta geography lah ni. Aku boleh tau San Paulo kat mana dia tak tau Malaysia.

Cis !!!

Dia tanya dan nak tengok gambar yang aku ambik. Dia sebenarnya photographer. Dia datang India dah 4 bulan travel sorang sorang. Aku tengok dia ambik gambar pun siap tertonggeng tonggeng. 

So kami berborak borak la. Lama jugak. Syok gak borak dengan dia. Sampai ada satu pakcik India ni datang dan menyebuk. 

Laura ni sementara di India, dia mengajar Yoga dan juga English. Tapi aku rasa English dia buruk gila. Tapi nice lady la. Muda lagi. Borak borak sempat bertukar tukar email dan facebook.


Ada perkara menarik berlaku sewaktu aku duduk kat sini. Lama jugak la aku duduk. Memerhatikan orang. Tak ramai tapi ada lah yang datang kawasan ni. Mostly foreigner. 

Dan aku perhatikan satu ni yang boleh sama sama kita tafsirkan sendiri.

Tentang hidup dan kehidupan. Tentang survival dan kesusahan.

Tengok dan tafsirkan la sendiri.








Dua tiga kali dia orang ulang ambik kayu api.

Kat tepi kawasan ni macam ada satu kawasan setinggan. Aku tanya drebar masa balik tu dia kata memang kawasan ni orang miskin miskin tinggal. Rumah macam nak roboh. Ada yang masih duduk dalam khemah.

Kesian gak la. Tak boleh nak fikir cemana mereka boleh survive hidup macam ni. Umur umur macam ni masih ada masa untuk bermain, pegi sekolah dan mencari ilmu tapi realiti kehidupan mereka memaksa semuanya jadi berbeza.

Di sebalik kemegahan Taj Mahal sebenarnya ada kisah yang terselindung.

Agaknya lah.

Dan saksikan saki baki Taj Mahal.



Sampai hari nak gelap jugak la aku tunggu.

Ada beberapa orang pelancong turut sama. Masing masing mencari momen momen best untuk ambik gambar. Aku just lepak kat satu tembok dan hisap rokok.

Melayan perasaan sendiri.

As much as aku benci berada di India tapi aku rasa India ini memberi pengalaman dan cerita kehidupan tersendiri.

Mengulit perasaan sendiri sampai hari semakin gelap.


Dan begitu la aku tinggalkan tempat ini dengan kepuasan di hati. 

Esok Taj Mahal, aku akan mengunjungi mu lagi.................................


2 comments :

  1. kitorang masuk taman tu, nama dia mehtab bagh. tunggu sampai petang, sunset tak menjadi sbb air sungai tak banyak, so reflection dpt skit jer. masa tunggu tu, nyamuk banyak nyer la hai. patu ada bebudak kecik dtg mintak sedekah sambil gendong adik yang bogel. mmg situ kawasan setinggan. siap ada pompuan ni tunggu boipren dia kayuh sampan dari seberang tu, nak dating ngan dia.

    mmg taj mahal cantik sgt. aku pun terkesima.

    ReplyDelete
  2. ya aku setuju dgn ko..

    nyamuk adalah bermaharajalela manja di kawasan ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...