Friday, June 15, 2012

Incredible India - Jaipur - Hawa Mahal And Others

Ya kawan kawan.

Hari ni kita akan melawat beberapa tempat menarik di Jaipur !

Pagi tu aku bangkit awal seperti yang di janjikan dengan drebar dan guide di Jaipur. 

Aku bangun breakfast dulu macam biasa kat bawah. Tengah duduk duduk tu, ada sorang pakcik ni tegur aku, rupa rupanya dia adalah guide aku.

Dah berumur sikit. Saiz badan pun besar. Aku tengok kalau dia nak jadi guide aku, mesti dia tak larat nak panjat memanjat tangga ke apa so aku rasa OK sikit.

Mesti kalau aku jalan laju laju dia mengah pastu dia tak mau ikut.

Hahaha.

Lepas makan kami bersiap siap dan terus bergerak.

Menyusuri kota Jaipur yang terkenal dan mendapat jolokan Pink City itu.

Kenapa Pink City?


Sebabnya, di satu kawasan di namakan Old City Jaipur, semua bangunan adalah wajib berwarna pink !

Actually bukan pink pun, more to merah bata, tapi dia orang sebut pink sebab dulu dulu tak de kaler pink kot. Cat mahal !

Asalnya dulu bangunan di sini semua kaler kuning. Tapi pada satu hari yang Indah. Prince of Wales, King Edward dari London telah datang melawat Jaipur. King Edward sangat suka kepada warna pink ! Maka, seluruh bangunan di Jaipur telah di tukar kaler kepada pink bagi meraikan kedatangan dan lawatan King Albert ke India waktu itu.

Motip la King ni suka kaler pink?


So sepanjang jalan bila masuk old city Jaipur ni bangunan dia semua kaler macam tu. Semua kaler pink.

Kalau sapa pakai Saree pink mesti tak dapat di bezakan tu orang atau pun bangunan. Kau berani????

Hahaha

Jaipur di waktu pagi

Kota Jaipur ni agak besar, dan dalam kota tu ada satu kawasan yang di namakan Old City Jaipur yang mengekalkan warna pink tu. Dan dalam Old City Jaipur ni ada satu kawasan yang di namakan City Palace di mana telah menjadi kediaman raja yang memerintah kawasan Rajasthan ini.

Seluruh kawasan City Palace ni ada gate gatenya. Tapi tak semua gate boleh di masuki oleh orang biasa. Ada 4 pintu semuanya dan salah satu pintu adalah khas untuk raja masuk.

Ni gate untuk raja sahaja.


Kalau orang biasa masuk, agaknya kena tembak.

Agaknya lah. Aku pun tak tau.

Makcik junjung baldi - Khas untuk Lily

Kedai kedai menjual pelbagai barangan

Pagi tu setelah bergerak dari hotel kami, drebar bawak masuk Old City dan kami singgah di Hawa Mahal dulu.

Ni bangunan yang sangat synonym dengan kota Jaipur yang memiliki sejarahnya yang tersendiri.


Hawa Mahal ini telah di bina dan menjadi sebahagian daripada City Palace. Tujuan ianya di bina sebab dulu dulu selalu ada perarakan atau majlis majlis keramaian dan mereka akan berarak seluruh kota. 

Bagi mengelakkan kaum kaum wanita dari golongan di raja, di lihat oleh orang ramai dan bagi tujuan mereka juga untuk mengintai apa yang berlaku di jalanan, maka tempat ini di reka khas untuk tujuan skodengan tersebut.

Boleh masuk dalam ni tapi aku tak masuk.

Feeling feeling tengok dari luar je.

Kat depan ni ada deretan kedai. Ada je orang akan offer naik bangunan di belah depan untuk ambik gambar penuh Hawa Mahal ni. Tapi jangan terperangkap. Kang kena bayar. 

Aku memula hampir terkena, tapi nasib la Guide aku tu walaupun dia besar, aku turun dia pun gigih ikut aku menyeberang jalan. 

 Ayuh. Kita tengok bangunan ini dari pelbagai sudut.







Semuanya ada 950 tingkap dan setinggi 5 tingkat.

Di nama kan Hawa bermaksud Dingin sesuai dengan tempatnya untuk golongan wanita wanita sahaja.

Siapa tak wanita pegi bertenggek kat bangunan lain !

Selepas menghabiskan masa lebih kurang 10 minit di kawasan ni. Dalam pagi yang terik dengan mentari dan kepanasan hampir memuncak. Kami pun bergerak ke destinasi pagi itu ke Amber Fort.


Amber Fort terletak di kawasan Amer. Amber Fort ni merupakan kubu pertahanan dan juga pusat pentadbiran kerajaan sewaktu Raja Man Singh berkuasa.

Yang membezakan kawasan Jaipur dengan Agra dan Delhi. Monumen monumen di Jaipur ni memang mengambil kira element element Hindu tidak seperti di Agra yang lebih mengutamakan element dari Arab dan Islam.

Tapi nanti aku buat entry lain sebab tempat tu besar dan banyak benda nak gebang. 

Usha je kawasan sekeliling yang tandus lagi kontang

Dan kawasan ini di kelilingi oleh tembok yang panjang dan luas. Bak kata Guide aku tu sebelum kami sampai di kawasan ni.

"Have you seen The Great Wall of China?"
"No. Not yet"
"You wanna see it?"
"Here?"

Aku gelak gelak.

"Close your eyes"

Wah... main cak cak cak pulak dengan aku.

Tak de la aku nak tutup pun. Tapi lepas tu dia tunjuk.

Ya. Di sekeliling bukit bukit tu memang ada tembok tinggi macam di China. Kata Guide tu, King waktu tu pergi ke China untuk lawatan dan beliau suka lalu membuat tembok yang lebih kurang sama di Jaipur ini sebagai benteng pertahan kotanya.

Kawasan jajahan Amer

Perkampungan

Selepas spend masa di Amber Fort yang aku rasa tempat aku paling suka di Jaipur ini, kami bergerak dan berpatah balik ke kota Jaipur.

Dan melalui kawasan itu, kami berhenti sekejap di Jal Mahal. 

Apa itu Jal Mahal kawan kawan?

Tengok ni !


Ya. Jal Mahal merupakan istana yang di bina di atas tasik.

Separuh tenggelam dan separuh lagi muncul. Terletak di satu posisi di perjalanan dari kota Jaipur ke Amber Fort. Boleh singgah tepi jalan je. Boleh nampak.

Kami singgah on the way balik dari Amber Fort tu.

Cool jugak tempat dia tapi memang tak de apa apa lah. Hanya tengok istana ni dari jauh je yang di bina di atas tasik buatan manusia ini.


Aku tanya guide aku.

"Who built this?"
"The same king who built Amber Fort"

OK.

Mesti kawan kawan nak tanya aku kan, kenapa King tu bina istana di atas tasik macam ni?

Meh sini aku nak jawab.

Ewah...

Dulu dulu King tu tak duk sini. Dia duduk tempat lain. Udaipur kot rasanya yang menjadi kota pentadbiran. Dan King ni suka berburu. Dia keluar berburu dalam hutan sampai la ke kawasan Jaipur ni.

Dan zaman dulu dulu, kalau pegi berburu tapi gagal bawak balik apa apa kira satu kemaluan lah. Maksudnya nanti orang keji ke apa. Maka... King tu suka tempat ni, maka dia bina tasik ni sebagai takungan air dan bina istana di tengah tengah nya.

So... sebab ada air ni, binatang akan datang untuk minum di kawasan tasik ni so dia boleh berburu dengan senang lenang.

Dan tempat ni juga menjadi tempat istirehat beliau ketika musim Summer.


Dah.

Tu je aku nak citer.

Oh. Ada orang jual jualan juga di kawasan ni. Tapi tak berapa menarik.

Yok. Kita pegi tempat lain pulak.

1 comment :

  1. ha pi tgk tembok china cepat2 hahaha!

    pandai raja dulu2 kan? apa yg diorang buat/bina, ada jer cite sebaliknyer...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...