Lepas Red Fort kami bergerak ke beberapa kawasan lain dan akhirnya kami sampai ke destinasi kami seterusnya iaitu India Gate.
India Gate terletak di tengah tengah New Delhi dan merupakan Monumen Kebangsaan India.
Cuaca start panas menggila. Vikram kata cuaca macam tu biasa. Dalam lingkungan 42 darjah celcius.
Bontot la biasa.
Abang ni selalu bergelumang dengan salji. Mana biasa dengan tempat tempat panas ni??
* begitu aku menipu.
Tapi memang panas.
Duduk dalam kereta memang tak rasa sebab aircond. Tapi keluar je terus rasa macam nak masuk kereta balik semula.
Berpeluh peluh muka. Belum cerita ketiak lagi. Rexona pun tak mampu menghalang daripada ketiak basah. Aku cuak jugak la kot ada bau kari dari tubuh sendiri. Tapi aku belum makan kari sejak sampai semalam. Bau Si Vikram ni kejap kejap ada mari.
Bila mari aku rasa tajam semacam je.
Drebar aku tu tak de la bau pulak. Mamat tu diam je. Nama pun aku tak tau. Dia keje dia bawak kereta je dan hantar kami ke hulu ke hilir. Pastu tunggu kami sampai dan bawak ke destinasi seterusnya.
Kenderaan yang aku naik OK lah. Kereta TATA. Macam Saga di Malaysia. Yang penting selesa sebab aku sorang sorang kat belakang.
Sampai kat India Gate, Vikram tanya aku.
"That one looks like the one in Paris"
Aku diam je. Mungkin la serupa tapi tak berapa nak sama.
"You've been to Paris?"
Dia tanya aku. Aku angguk.
"Have you?"
Aku tanya dia balik.
"No'"
Dia jawab.
Kann.. Sedap sedap je kau nak menyamakan tempat ni dengan Paris. Sudah !
Ada la sikit sikit kot cuma keadaan dan lokasi serta cuaca yang membuatkan aku rasa tak sama dengan Paris !
* mati la tak nak bersubahat.
India Gate ini terletak di New Delhi can memang di bina berdasarkan Arc de Triomphe di Paris tu. Di bina pada tahun 1931 sebagai mengenang askar askar India yang telah terbunuh seramai 90,000 orang.
Si Vikram ni dia suka suka je asal sampai kat satu tempat tu, dia akan cakap.
"OK. Can I have 2 minit of your time?"
"OK"
Dan dia start bercerita pasal monumen monumen dan tempat tempat yang kami lawati. Masalahnya aku tak suka dengar sebab aku rasa fact dia bagi tau aku tu semua aku boleh dapat kat google. Aku malas nak dengar dia cakap plus aku dah start tak suka dia.
Aku ni pulak kan jenis kalau tak suka orang tak de kever kever. Memang mimik muka akan tunjuk aku tak suka dan bo layan.
Tapi dia bercerita jugak.
Paling keji. Lepas dia cerita kat aku, nanti dia akan tanya soalan balik.
"So.. how many Indian Army I told you about?"
"Errk?"
Dan aku selalu macam tu sebab aku tak ambik port apa dia cakap. Aku just nak ambik gambar dan pusing pusing ikut suka aku je. Bosan la ada orang mengekor manjang.
Kadang kadang aku buat jugak muka bosan bila dia bercakap. Lantak. Biar dia tau aku tak suka dia.
Lebih keji bila dia tanya aku then aku jawab.
"I dont know !"
Pastu dia bengang.
Hahahaha.
India Gate
Di dinding ini di tulis nama askar askar yang terkorban
Di bawah gate ni ada askar jaga, so tak boleh masuk. Kena tengok dari jauh je. Dan ada api menyala sebagai simbolik kubur askar askar yang tidak di kenal pasti
Aku tak tau menatang ni apa. Aku malas nak tanya Vikram. Lotus kot.
Di satu kawasan selari dengan India Gate ni ada satu canopy ni.
Berkepung tapi bawah dia tak de apa apa pun. Kosong je. Aku pun tak pasti untuk apa.
Dan di kawasan sekitar memang ada macam garden dan park untuk orang berehat.
Memang ramai orang lah. Tempat ni menjadi lokasi untuk sewaktu menyambut hari kemerdekaan dan acara acara penting yang lain.
Orang memang ramai. Memang tempat ni menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Yang berniaga pun ada. Macam macam la di jual nya. Naik muak bila kena push banyak banyak kali.
Layan kan je la saki baki gambarnya.
Lebih kurang 30 minit aku di kawasan ni. Aku blah je tinggalkan Vikram sebab dia tu suka nak mengekor aku dan suruh dengan apa dia cakap.
"Perlu ke aku dengar?"
Macam tu abang sombong dan bongkak di negara orang.
Bosan lah. Plus dia cakap ntah hapa hapa. Macam menghafal je. Baik aku usha keliling.
Tengok aci ni mengintai.
"Hoi.. Aci anak beranak? Kau intai apa huh??"
* mati la tak di pedulik.
"Hoi Auntie. sementara korang mengintai tu, bak sini aku nak pinjam payung !"
Dan lepas tu kami menapak semula kat parking kereta. Tempat ni besar so aktiviti menapak adalah wajib. Parking pun agak jauh.
Cuaca??
Tak payah cerita lah. Kalau make up tebal, sampai kereta make up dah cair. Elok elok muka Lady Gaga. Sampai kereta wajah dah bertukar menjadi burung Gagak.
Hish. Aku ingat balik pun aku rasa tak sanggup nak mengharung cuaca panas. Sampai sakit kepala. Start dari sini la aku sakit kepala. Panas sangat.
Nasib ada abang ni jual air.
"Bang. Bagi air paling sejuk macam kat Alaska 3 botol !"
* mati la lepas tu aku di serang oleh orang jahat yang naik moto macam dalam cerita Tamil.
Tapi ada kisah drama Tamil jugak di parking kereta tu.
Aku tengah hisap rokok. Vikram borak borak dengan drebar pastu ada mamat lain. So aku berdiri je bawah pokok. Tiba tiba adik ni datang. Dia jual something. Aku tak tau dia jual apa tapi macam kacang kuda pastu ada cili apa semua.
Dia nak suruh aku beli, tapi dia tak reti cakap English. Duduk la dia berlengkar kat aku sekian lama. In fact aku perasan dia ikut aku dari masa kat India Gate tadi lagi. Punya la jauh.
"Yana Yane Yane Yanaaaa"
Tu dia cakap Hindu. Korang imagine je lah.
"No. I am sorry. I dont eat that"
"Please.. Yana. Yane. Yane. Yuna"
Yuna?
"I am sorry"
Aku just geleng geleng kepala.
Masalahnya aku tak tau apa benda dan aku tak terasa nak makan. Kang muntah hijau pulak kat sini. Tapi tengok muka dia kesian gila.
"Please sir"
"I am sorry"
Pastu aku terus blah dan masuk kereta. Aku pandang belakang. Dia berdiri tegak tengok je kat aku. Macam macam dalam fikiran dia agaknya. Muka dia sugul je.
Mamat ni kekwat konon tak makan kacang kuda.
Ke apa?
Tapi aku kesian dan terhiba rasa. Mula la datang fikiran, kalau lah Hero yang jual macam tu. Kalau Junior? Kalau orang orang yang rapat dengan aku terpaksa berpanas panas macam ni sekadar nak menjual kacang kuda?
Eh. Tapi aku tak boleh menangis dan berduka lara nestapa ! Tidak lebih lebih lagi depan si Vikram tu. Kang dia tau aku mellow dan tak tough. Nanti dia suka suka je kencing aku lagi.
"Sorry Dik. Moga rezeki kau bertambah murah lepas ni. Abang dari Italy. Abang tak makan kacang kuda ! Abang makan Pizza saja"
* pekup mulut dengan tuala wanita extra wing
kahkahkahkahkah! ok, post ni lawak! kuar sume lady gaga, yuna hahaha!
ReplyDeletesiut je vikram buat pop quiz. cam hampeh jer.
masa aku kat sini, kitorang sempat tgk drama tamil. penjual chai tu akan lari bila nampak polis. tapi ada yg kena tangkap, pelempang dia kasi depan2 tu, sebijik cam dlm movie ko tau. gile tul...
chai tu mendapa?
ReplyDeletekau beli baju I love tu kat celah mana?
ReplyDeletechai tu teh tarik india, sedap gak. tapi try kat hotel la, tepi jalan aku tak try.
ReplyDeletebaju tu aku beli kat delhi, ada bazaar bawah tanah kat connaught place nyer area...tapi kain nipis gile!
oh
ReplyDeleteaku x tau chai tu apa.
kesimpulannnya..
kau lagi TAMIL dari aku !
* lariiiiii
bengong! hahahaha! *kejar sambil bawak cawan chai*
ReplyDelete