Wednesday, June 13, 2012

Incredible India - Agra to Jaipur

Seterusnya aku kami meninggalkan Fatehpur Sikri menuju ke Jaipur.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Jauh gak tu.

Cuaca panas terik. Sepanjang jalan kering kontang je. Nasib la OK. Aku pose pose je. Kejap tidur. Jaga pastu tidur balik. Drebar tu gigih je bawak kereta.

Sesekali ada la kami borak borak. 

Dan bagi menghilangan keboringan aku dok ambik gambar je.

Pandangan biasa kiri kanan jalan. Orang jual buah dan macam macam

Rumah rumah di tepi jalan

Kuda ke keldai? Dah kena dera angkut batu bata

Kenderaan yang overloaded dengan penumpang

Kau berani?

Jalan raya dari Agra ke Jaipur. Jalan dia OK sikit berbanding dari Delhi ke Agra

Kawasan ladang yang kering dan kontang

Gambar tak de motif

Ni drebar aku waktu kami berhenti makan.

Dia kadang kadang cakap English aku susah nak faham.

"You give me one photo?"
"Arrr?"
"Give me one photo"

Rupa rupanya, dia nak suruh aku ambik gambar dia !

Dah berapa hari aku dengan dia, aku tak tau nama dia sapa. Hahahaha.

Ada la borak borak dengan dia sepanjang jalan tu. Dia tanya pasal arrange marriange dan love marriage. Dia kata kat India dia orang masih lagi arrange marriage. Nak kawin kena banyak duit sebab nak bagi hadiah kat ramai orang.

Aku layan je la borak borak dengan dia.

rumah dan ladang

Bahu jalan

Ustaz Don baru balik bagi kuliah

Penggembala

Tol

Monkey Temple

Drebar tu beriya suruh aku berhenti tepi jalan ambik gambar Monkey Temple tu.

Aku malas sebenarnya. Tapi aku keluar gak. Hisap rokok sambil tengok orang lalu lalang.

Suasana di tepi jalan

Satu pekan yang agak sibuk

Abang abang baru pulang dari melaram

Mamat ni sibuk la nak suruh aku ambik gambar dia. 

Tapi sepanjang jalan dari Agra ke Jaipur ada satu Drama Tamil berlaku.

Jeng Jeng Jeng.

Ambik mood Shah Rukh Khan jap. Mainan dalaman kena penting.

Ada sekali tu drebar tu cakap ada satu kuil yang lawa tepi jalan aku maybe boleh ambik gambar. Dan aku fikir kalau kuil biasa biasa ni aku malas sangat la nak ambik. Tapi bila dia nak berhenti aku rasa OK jugak sebab aku nak terkencing !

So aku keluar dan lintas jalan dengan harapan kat kuil ni mesti ada toilet.

Usha usha dari luar dulu.


Kuil dia biasa biasa je. Tapi aku tengok macam ramai orang Iran ke apa kat situ. Motip dia orang ni melawat kuil macam ni?

Aku pun usha la jugak. Apa benda yang menarik kot ada kat tempat ni.


Masuk masuk ke dalam tengok biasa biasa je.

Ada la patung Hindu tapi aku tak de rasa nak ambik gambar pun. Just tengok apa benda yang orang ni tengok.

Hahaha.




Sampai sudah aku tak tau apa benda yang dia orang taksub sangat masuk dalam kuil ni. 

Ada 2 awek tengah nak semayang. So aku masuk usha kejap then aku keluar nak cari toilet.

Jumpa la toilet. Then kencing semua cukup aku nak keluar.


Bila nak keluar tu aku nampak ramai orang. Ada kereta siap bunga bunga lagi. Ada la segerombolan manusia mostly lelaki. Adalah dengan kereta konvoi dan manusia dalam 40-50 orang.

Kat bahagian dalam kuil tu ada gak golongan wanita. Nampak macam ada acara. Pastu aku tengok je lah sebab aku ingat orang kawin ke apa.

"Where are you from Sir?"

Salah sorang daripada mereka ni tanya aku.

"Malaysia. What is it? Wedding?"
"No.............. actually today..  my father retirement. Today is his last day"
"Oooo"

Aku pun dengar la. Layan. Pastu dia cakap Tamil dengan ayah dia. Ayah dia angguk angguk. Senyum. So aku pun biasa la borak borak, ucapkan tahniah semua walaupun aku rasa dia tak faham apa aku cakap. Sorang dua je yang tahu English kot tapi dia orang sangat teruja tengok pelancong. Ramai ramai kumpul dekat aku dan dengar aku berborak.

"Sir. You have time. Tonite you can come to our house for dinner"
"Oh. Sweet. I love to, but I cant. I am on my way to Jaipur now"

Pastu dia orang ajak aku minum. Aku cakap aku ada air mineral. Memang aku tak berani nak minum merata rata.

Aku pelik sebab dia orang macam sapu sapu muka dengan powder kaler kaler, tapi dia orang cakap tu untuk blessing.

"Sir.. please Sir... for blessing"

Dia orang nak serang aku dengan powder tu !

"Er... No No... My driver is waiting in the car and he is gonna kill me for this"
"A little Sir. Please"

Dia orang beriya merayu. Last sekali aku hulur gak la muka aku. Suruh dia conteng kat pipi. Aku ingat dia buat sikit je. Tetiba semua menyerang !

Dan aku terguling kat tanah. Abis baju muka semua berwarna hijau dan ungu !

* nanges

Tu pakcik yang pencen. Sebelah tu anak dia yang pandai cakap omputih. Yang baju purple tu yang keji conteng muka aku mula mula. Yang lain lain pun keji sebab turut serta !

It was merely for fun la bagi aku. Memang la aku bengang tapi dia orang OK.

Drebar aku siap berlari datang ingat kan apa. Tapi dia OK lah. Lepas dia borak borak dengan semua ni. Drebar tu siap jadi tukang ambik gambar aku, pastu dia hilang pegi ambik gambar kuil !

Aku rasa dia dah lama teruja dengan kamera tu kot sebab tu dia nak try.

Tapi hampeh, gambar dia ambik semua senget benget.

Pastu ramai ramai dia orang bersihkan aku pulak. Hahahah.,

Sweet gila. Rasa sangat Tamil !

Tapi drebar aku OK. Cool je dia tunggu sampai aku abis selesai semua.

Kenangan manis ni. Teruja di terima oleh kaum sejagat.

Hahahaha. Macam Sirih Pulang Ke Gagang.

Yang kaum kaum pompuan pun siap keluar sebab dah jadi riuh rendah dek sebab aku. Kat jalan pun ramai yang berhenti tengok sebab dia orang berkumpul ramai ramai.

Sebelum beredar, aku salam dengan pakcik yang nak pencen tu. Aku kasi dia duit.

"This is for you. Get rest, you have been working for all your life. It is time to relax and enjoy your day"

Dia angguk angguk. Aku rasa dia tak faham. Tak pe lah.

Pastu budak budak ni pun excited. Semua nak ambik gambar. Masalah aku nak bagi duit tak de pulak duit kecik. Terpaksa bagi duit besar suruh dia orang bahagiakan sama rata.


Yang baju purple ni pandai cakap English

Aku beredar dengan driver lepas tu terus menuju ke Jaipur.

Tak habis habis drebar tu gelakkan aku. Sampai masuk dalam mata kapur apa benda pun aku tak tau. Hish. 

Tapi aku seronok dengan cara dia orang yang excited nak dengar cerita, tanya banyak benda pasal travel, dia orang tanya aku tak takut ke travel sorang sorang. 

Ada pulak yang tukang translate.

Budak ni paling cute.

Tu la pengalaman manis penuh rasa keTamilan dalam diri sewaktu aku di India ini.

4 comments :

  1. kira from one point to another mmg ko tak naik ketapi lgsg la ek? mmg raja kapoor sungguh...ha amik ko, kena kapur kaler2 kaw2 nyer, sungguh colors of ranggoli hahaha!

    kelakar la! tak pasal2 jer...seb beik diorang tak suruh ko kawin paksa ngan gadis kat situ, kalo tak, abih la parang OR naik ke leher ko hahaha!

    ReplyDelete
  2. ya.. begitu la kiranya ada...........

    ReplyDelete
  3. AAAAAAAAA....LAWAKNYA!!! keji sungguh budak itu. hahah

    ReplyDelete
  4. siyes mcm citer hindustan! merasa ditepung tawar warna warni kat situ!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...