Monday, June 18, 2012

Incredible India - Jaipur - Amber Fort - Part 1

OK. Entry ni akan membawa kita semua berjalan jalan di Amber Fort.

Tempat ni bagi aku sangat menarik dan tempat paling best di Jaipur untuk di lawati.

Amer Fort juga di kenali sebagai  Amber Fort terletak di Amer (sebuah bandar dengan kawasan seluas 4 kilometer persegi ,11 kilometer dari Jaipur, Rajasthannegeri, India. 

Ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama di kawasan Jaipur, yang terletak tinggi di atas bukit. Amer Fort telah dibuat oleh Raja Man ​​Singh I. Amer Fort dikenali untuk gaya seni, mengadun unsur-unsur  Hindu Rajput. Kubu dengan benteng besar, siri pintu dan laluan berbatu, menghadap Tasik Maota, di barisan hadapan.  

Pandangan dari bawah bukit




Kubu kubu ni memiliki dinding dan tembok yang mengelilingi bukit bukau ni sebagai benteng pertahanan kawasan yang menjadi kompleks istana mewah dan dibina dari pasir merah dan marmar ini.

Ada tasik di bawah tu. 

Dan atas bukit tu ada beberapa kubu lain dan juga penjara dahulu kala.




Untuk naik ke atas kubu ini boleh jalan kaki naik tangga atau pun naik gajah !

Part of pakej aku tu yang sebenarnya aku pun tak ambik kisah mana, dia bagi satu ride free naik gajah gajah ini ke puncak bukit tu.

Kalau biasa biasa, nak bayar harga naik gajah ni adalah dalam INR900. Lebih kurang RM50 satu ride ke atas.

Cool jugak la.

Sampai sampai je guide aku tu terus pegi buat arrangement untuk satu aksi... gajah naik gajah !

* dua dua gajah bakal pengsan

Suasana di bawah sebelum naik gajah

Gajah dah bersedia untuk di tunggangi

Tetiba ada taman kat tepi tu

Gajah docking dengan muka bosan. Hari hari buat keje yang sama.

Gajah gajah berkeliaran dengan pemandu masing masing untuk mengambil penumpang

Gajah yang telah di solek dengan bantuan Nurol Shukor. Cheek Bone kasik naik skit bagi menyerikan wajah

Laluan gajah naik ke atas. Tengok tu taik taik gajah bersepah sepah

Bontot gajah pun dah kena solek.

Pemandangan kawasan sekitar dalam perjalanan menuju puncak

Di bawah dekat tasik tadi ada taman juga

Mamat mamat paparazzi bersedia nak mengambil gambar kita dengan naik gajah. Aku malas melayan. Nanti dia orang ambik then dia orang cuci lah. Apa aku buat, time dia orang panggil nak fokus gambar aku, aku tala balik kamera aku kat dia orang. Terus dia orang punah harapan. Malas nak melayan selagi kita tak tengok dan pose selagi tu la dia dok panggil.

Ya. Sudah hampir ke puncak

Nak sampai puncak adalah dalam 15 minit. Gajah ni jalan slow slow je dan tak memotong.

Yeah !

Dan akhirnya sampai ke atas. Di mana ada satu courtyard besar dan luas di puncak bukit tu.

Guide aku tak naik gajah ni sebab kalau dia naik gajah, mati terus gajah ni karang. Mamat yang bawak aku di atas gajah ni agak keji jugak lah.

Memula dia nak tukar Pound dengan aku. 

"I dont use Pound, why should I change?"

Dia tak puas hati. Dia cakap nanti aku boleh guna Pound tu beli kat mana mana.

Aku berkeras tak mahu layan.

Tau berapa duit Pound yang dia ada?

1 Pound !!!

Bongok je.

Malas aku layan.

Pintu masuk Amber Fort


Lagi keji dia mintak aku tips.

Aku cakap aku tak boleh bagi dia tips sebab aku tak de duit kecik. Kat India ni kalau berjalan kena make sure ada banyak duit duit kecik sebab senang nak bagi tips.

Pulak tu dia mintak aku tips INR100. Keji.

Dah la naik gajah kena bayar, pastu nak bagi tips kat dia orang pulak. Macam macam la aksi muka sedih dan sebagainya.

Last sekali aku nampak ada signboard tulis, tak perlu bagi tips kat dia orang ni. Aku tunjuk kat dia baru la dia diam. Patut la awal awal lagi dia mintak belum turun dah suruh bagi. 



Sampai sampai je, turun dari gajah. Pakcik Guide aku dah menunggu !

Wah. Dia lagi cepat. Naik helikopter kah?

Rupanya dia dengan drebar naik dengan kereta. Ada parking kat bahagian belakang fort ni. Terkejut jugak aku dia lagi laju pada gajah walaupun size sama je lebih kurang.

Ops.

Dia belikan aku tiket. Dia mintak duit dengan aku INR200. Aku bagi je. Lepas tu aku mintak ticket tu dari dia. Aku cakap aku nak simpan.

Dia bagi aku. Ya. Dia beli untuk harga foriegner. Lega sikit rasa di hati sebab aku tau dia tak menipu aku part tu.

Apa yang menariknya, Amber Fort ni terbahagi kepada 4 bahagian atau courtyard.

Ni courtyard pertama.


Sampai sampai je ada kawasan lapang tu. Di kelilingi oleh tembok dan dinding. Masuk kawasan ni belum kena bayar lagi. Ni dulu menjadi kawasan perhimpunan untuk rakyat jelata dan juga askar askar.

Sekarang dah jadi tempat lapang. Ramai je pelancong berkeliaran.

Yang nak naik Courtyard ke 2 ni baru kena bayar.

Ayuh. Kita naik.


Pakcik tu walaupun size dia besar. Dia relaks je jalan slow slow mendaki anak tangga untuk ke atas.

Aku rasa guide aku ni OK. Dia pun banyak bercerita tentang benda benda yang menarik mengenai Amber Fort ni.

Courtyard ke 2

Pemegang pintu


Di kawasan Courtyard ke 2 ni dulu dulu merupakan tempat untuk meeting raja raja dengan ahli majlis negara.

Nampak tiang tiang di gambar di atas tu. Setiap seorang ahli majlis akan duduk di setiap tiang tu mewakili taraf dan kepentingan individu tersebut dalam kerajaan beliau.

Kalau perdana menteri tu duduk kat tiang depan sekali dekat dengan King.

Kalau sami kuil ke apa, duduk kat belakang belakang skit. Tapi setiap tiang tu ada significantnya yang tersediri.


Di atas Courtyard 2 tu ada satu lagi pintu memasuki ke Courtyard ke 3.

Courtyard ke 3 ni lebih kepada Istana raja zaman dahulu kala.

Nampak tak ada 2 dome kiri dan kanan? Raja Man Singh ni ada 2 isteri. So sorang isteri duduk kat satu dome tersendiri di kiri dan kanan pintu gerbang tu. King duduk kat tengah tengah. 

Nampak tak tingkap kecik di tengah tengah tingkat paling atas tu?

Kalau Raja balik dari perang atau berburu. Isteri isteri beliau akan mencampakkan bunga dari tingkap itu ke bawah. Tingkap kecil tu menjadi tempat untuk isteri isteri Raja tu mengintai tengok Raja dah balik. Ke excited-dan Maharani mana boleh rakyat nampak so kena kever kever.

Mungkin menjerit manja.

"Kanda.............. Kenapa tak SMS bagitau nak balik?????? Dinda belum mandi lulur lagi ni"

Sambil curah bunga cengkih ke bawah.

Begitu aku mengarut.

Ukiran yang mementingkan element elemengt bunga dan binatang

Original tombol pintu 

Bumbung di dalam bangunan. Tu yang kaler oren tu real gold tau

Arch dan Design

Kawasan garden dalam Courtyard 3.

Dan dalam Courtyard 3 ni ada satu tempat menarik. Nama dia... Istana Kaca !!!!

Jeng Jeng Jeng..............

2 comments :

  1. nurul shukor??? buduhhhhh! tergelak aku!

    ko tau brapa berat barang kemas bini raja tu? sampai kena naik kusi roda ko tau! kaya sungguh! mcm pakai tali kapai! hahaha!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...