Wednesday, June 20, 2012

Incredible India - Jaipur - Solo

Sambung !

Lepas drebar hantar aku balik ke hotel aku pun bermalas malasan.

Cuaca panas aku rengsa nak jalan jalan dengan dia orang. Kalau di ikutkan masih awal lagi. Guide aku ada tanya nak pegi mana mana lagi ke tak, aku suruh hantar kat hotel je.

Aku dah penat.

Balik hotel tu aku rest kejap sampai petang then aku fikir aku nak gi merayau sendiri.

Aku nak shopping ! BW ada kirim suruh beli Saree. Walaupun aku tak reti beli, tapi aku fikir, baik je la aku gi usha. Dapat tak dapat belakang kira. OR tak de nak apa apa tapi aku fikir, boleh aku beli kan dia jugak. Sekali dengan anak anak buah aku.

Buah tangan dari India.

Kat bilik aku surf kejap mana nak gi shopping. Guide aku ada bagitau few tempat, tapi aku rasa semua tempat yang dia nak bawak tu semua tourist spot. Nanti dia orang nak makan komisyen je.

So baik je la aku fikir sendiri. Aku nak pegi kol berapa, nak balik pukul berapa pun ikut suka aku.

Aku tanya mamat receptionist kat hotel.

"How to go to Johari's Market?"

Dia guide aku skit. Lebih kurang then aku pun keluar. 

Aku nak naik tuk tuk tu je. So aku keluar dari hotel aku tunggu tuk tuk. Ada je. Tak susah nak dapat.

"Johari's market. How much?"

Tanya harga dulu.

"INR80"

Ya. Mamat kat hotel pun cakap around tu harga dia. So aku pun bersetuju. 

Sebaik saja aku naik Tuk Tuk tu aku perasan something.

Oh no !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku tetinggal kamera.

Bongok betul. 

Pastu aku suruh dia patah balik ke hotel aku. Dah la dia tak berapa nak faham. Berpusing pusing roundabout. Siap kena hon. Aku lak yang cuak.

Then sampai hotel, naik kejap ambik kamera baru turun balik.

Ni perjalanan dari hotel aku ke Johari's market.

Bangunan bangunan pink

Kakak bawak beg Aishah lari dari rumah. Ke kena buang dari AF?

Nak gi mana tu?????

Aktiviti jualan di sepanjang jalan

Kesibukan kota Jaipur

Ni drebar aku

Susasana waktu rempitan

Johari's market terletak di Old Jaipur.

Dalam kawasan kawasan berbangunan pink ni lah. 

Aku keluar dah petang. Aku baca dari internet je tempat ni la kalau local membeli belah. So kalau kita tourist, feel feel jadi local dan pegi beli beli di sini. At least harga boleh di runding. Kalau beli kat kedai kedai yang menjadi tempat pelancong tu masak la kena kencing.

Johari's market ni merupakan kawasan kedai kedai sepanjang jalan. 

Ada deretan kedai kedai bermula dengan jualan kain, pasar basah, baju bajan, aksesories dan macam macam. Pendek kata apa semua nak ada kat kawasan ni kecuali mak dan ayah je tak de.

Mak dan ayah kat kampung ! Tidak di jual di pasaran.

Johari's market

Sampai kat Johari's market ni, drebar tuk tuk pun berhenti. Dia yang bagitau aku.

Mamat tu boleh tahan busuk so aku tak sabar sabar nak terjun dari Tuk Tuk tu. Dia nak tunggu tapi aku cakap tak payah.

Nanti aku balik sendiri.

Padahal cuak jugak fikir cemana aku nak balik. Aku siap print map dari google cemana nak balik. Apa apa karang fikir, sebelum tu mari usha kawasan sekitar ni.

Kedai kedai di Johari's market

Bila drebar tuk tuk berhenti aku terus masuk kedai pertama.

Usha dulu dari luar sambil isap rokok. Nampak macam kedai kain.

"Hello Sir.. You from Malaysia !"

Argh !

Kantoi.

Abang berkulit cerah mulus mediteranien ni pantas je kantoi. Tak boleh nak feeling feeling sikit.

"Why?"
"Mari masuk. Mari masuk"

Lah.

Cakap Melayu pulak.

Aku buat buat layan separuh hati. 

Rupanya dia mamat jaga kedai tu la. So dia pun nak menjual kain kat aku. Aku follow je lah. Nak beli kain cemana pun aku tak reti.

Dia pun mula la menebar kain satu persatu. Dia pernah keje di Malaysia dia cakap. 

"Which one you want?"
"Show me what you have"

Kalau dia bentang kain kapan pun aku ingat Saree agaknya. Mana la aku reti. Tapi setau aku kain Saree ni rupa lip lap lip lap sikit.

"This one, Maharani Saree. This one.. bla bla bla"

Begitu dia menerang kat aku dan aku buat muka blur.


"How much this one?"

Aku tanya dia.

"INR800"
"OK"

Aku pun bangun dan mula nak keluar.

"Wait Sir...."
"I will come back"
"How much you want?"
"I am looking for something around INR300"

* mati la kedekut.

"More Sir.. INR500"
"OK. Let me go around and see, I will come back"

Pastu dia nak menahan lagi. Aku buat muka ketat. Aku cuma nak ambik nama kain Saree je so nanti kedai kedai lain aku macam bijak sikit.

Jalan lagi, ada je orang tarik tangan suruh masuk kedai dia.

Kali ni aku bijak.

"Do you have Maharani Saree?"
"Yesss. Come. I will show you"

Dan dia mula bentang kain banyak banyak/.

"How much"
"INR1000"
"OK"

Pastu aku bangun nak keluar. Dia mula nak kautim. Now aku dah start nak compare harga. Aku mintak turun dia boleh bagi aku INR600 je.

Puas dia pujuk. Puas jugak aku berkeras. Last last dia bengang.

Aku lari keluar. Pegi kedai lain pulak.


Dan sampai kedai lain pulak macam tu jugak. Last sekali hampir 5 kedai aku masuk.

Kesian dia orang punggah bersungguh sungguh. Tapi semua harga dalam range INR500 macam tu sepasang. 

"Sir.. I give you INR400"
"No !"
"INR350"
"No !"

Dia orang jenis pujuk kaw kaw lah. Aku pun kaw kaw la buat muka malas nak melayan. Tapi dah goncang masa tu.

"I will come back"

Tu je la ayat aku. Last sekali abis kedai kedai kain aku pun pusing pegi tempat lain pulak. Kawasan kedai kain satu portion je, lepas tu jual baju la, jual leather la. Satu pusingan jugak la aku pusing siap lintas jalan sebelum aku decide kedai yang bagi aku paling murah.

Tapi aku pusing semula sekali lagi bermula dengan kedai yang mamat cakap Melayu tu.

Laju je dia tarik aku balik semula.

Dia tetap nak nak bagi aku murah. Aku blah. Dia panggil. Nak bagi jugak akhirnya. Tapi aku buat malas layan. Marah dia.


Sampai kedai ke tiga. Aku dah stop awal tadi. Kali ni aku cakap dengan dia, aku nak INR300 jugak !

Pening pala dia. Aku cakap aku nak beli 5 helai. Dia pun setuju. Pastu ada Saree yang lagi mahal aku mintak murah murah jugak. Susah jugak dia nak bagi tapi aku buat tak nak layan akhirnya dia bagi. So akhirnya aku beli 4 helai Saree, Maharaja lah, Banana Leaf lah apa lancau aku pun tak tau. Semua tu dengan harga INR1200. Overall aku dapat INR300 sehelai termasuk yang mahal mahal. Hiks.

Padan muka dia.

"You promise you wont tell anyone"
"I will tell my wife"
"OK. But dont tell anybody here"
"OK"

Hahahahah.

Saja la tu nak suruh aku berterima kasih kaw kaw kat dia.

Kawan dia siap marah marah sebab dia jual kat aku murah. Sehelai kain sari aku dapat harga RM18. OK lah tu. Tapi masalah bagi aku adalah nak bawak balik !

Argh. Stress aku kalu beg jadi berat berat ni.

Tapi mamat kedai tu baik gak la. Dia siap suruh aku ambik gambar kedai dia dan bagitau orang orang kat Malaysia kalau nak gi beli Saree gi kedai dia.

So aku buat promosi murahan ni.

Hujung Johari's market ni adalah Hawa Mahal tempat yang aku dah singgah siang tadi. So aku ingat nak jalan jalan di kawasan tu balik semula.

Kali ni aku naik beca je. Harga beca INR20.

OK lah. Berat beg dan barang. Aku malas nak menapak walaupun tak jauh mana.

Pakcik beca yang separuh nyawa bawak aku

Sampai di Hawa Mahal sekali lagi

Petang petang tempat ni makin ramai orang

Depan Hawa Mahal kau jual sayur????

Aku nak beli leather belt.

So aku nampak la mamat mamat yang jual barang barang kulit ni. Ada satu aku berkenan so aku cakap aku nak beli. Harga belt tu INR100 ! (RM6).

Tapi haram tak reti cakap omputih. Aku tanya dia leather apa dia dok geleng geleng kepala je.

Paling best sebab aku dah tak muat beg sebab barang aku sumbat dalam beg kamera. Dia siap pasangkan terus belt tu kat pinggang aku.

Hahahaha. 

Pastu aku jalan jalan masuk City Palace

Pintu masuk City Palace



Hari dah petang. Dah tak ramai orang macam pagi tadi waktu aku datang.

Aku just ambik gambar dan berpeleseran tanpa tujuan.

Tapi tujuan aku nak gi beli FM lagi. Sebab aku rasa macam tak cukup. Nak cari mamat yang jual INR30 FM seketul kat aku pagi tadi. Kot la dia ada lagi.

Burung merpati je yang ada


Hari dah hampir petang

Jalan ni 2 ways ! Aku rasa jalan paling kecik pernah aku tengok. Kena tunggu clear baru boleh lalu

Aku pegi ke Jantar Mantar tadi semula sebab mamat tu aku nampak kat sini.

Cari cari dia tapi dah takde. Dah petang semua dah tutup. Orang pun tak ramai.

So aku jalan je lah. Ada je Tuk Tuk yang berhenti nak suruh aku naik. Siap nak bawak aku jalan jalan lagi, aku cakap tak nak !

Jantar Mantar dah tutup

Time jalan jalan tu la aku nampak satu kedai masih bukak.

Aku pun terus tanya. Nak beli FM. Aku mintak harga INR20 dia tak bagi. Sungguh sungguh dia tak bagi. Last sekali aku mengalah. Dia bagi aku harga INR30.

OK lah tu. Sebab aku fikir, kalau aku tak beli memang dah tak jumpa dah. Hari pun dah petang. Esok aku dah nak bali ke Delhi untuk flite balik KL.

So aku borong je kat sini. Dapat la seketul RM1.50.

Murah la tu. Tapi berat la pulak beg aku jadinya.

Gigih mamat ni carikkan aku FM

Gelang lagi

Perisai

Ada few kedai kedai lain

Keldai pun ada

Baru balik membohsiakan diri kah?

Layan senja di City Palace

Burung burung pun dah nak pulang 

So aku decide nak balik hotel je la. Hari pun dah petang.

Aku ni dah la tak tau jalan. So aku jalan kaki nak cari Tuk Tuk. Last sekali ada pakcik beca ni berhenti.

"Hotel?"
"It is OK. My hotel is quite far from here"
"Where?"

Aku bagitau dia hotel aku. Siap tunjuk alamat dan peta. Dia kata dia boleh hantar. Aku tanya berapa dia cakap INR80.

"Are you sure?"

Aku naik Tuk Tuk pun INR80. Kang dia nak kayuh beca dia hantar aku sejauh tadi dengan harga yang sama??

Dia beriya iya kata boleh. Kesian jugak. Hidup yang competitive. Nak dapat customer pun bukan senang. So aku tutup mata. Biar je la dia hantar aku, at least ada habuan dia untuk hari ni. Aku dah niat, tak pe la aku bayar lebih sikit pun aku tak kisah. 

Pakcik ni mula mengayuh basikal membawa aku dan kain kain saree

Suasana City Palace dah lengang

Hari dan petang

Ada part part naik bukit, pakcik ni kena turun dan tarik beca dia. Kesian lak sedangkan aku pose pose maharaja. Apa yang penting, rambut dia kaler. Ko mampu?

Aku layan je duduk atas beca tu.

Sebab beca tak laju mana so aku ada masa nak menikmati kota Jaipur dan ambik gambar.

Ayuh layan.






Gigih pakcik ni bawak basikal dia.

Pulak tu duduk tengah tengah jalan sampai kena hon. Tapi dia buat bodo je. Semua orang macam nak marah. Aku je la dok tala kamera kiri kanan buat muka tak bersalah.

Beri laluan ! Beri laluan ! Raja Kapoor nak lalu.

Belah belakang dah jem sebab pakcik beca pose pose bawak beca tengah tengah

Senja

Gate Old City Jaipur

Babi kau Babi ! Sini pun kau ada?


Pakcik tu kayuh dengan mengah.

Masalah jugak sebab petang jalan jadi one way. Tapi pakcik ni gigih la ikut detour. Jauh jugak la dia mengayuh. Siap satu time tu aku nampak supermarket aku suruh dia berhenti sebab aku nak beli air.

Dia berhenti dan tunggu tepi jalan dalam 10 minit.

Tambah lagi berat dia nak mengayuh basikal dia.

Last sekali kami sampai jugak di hotel aku. Sejam jugak la dia mengayuh.


Sampai depan hotel. Aku turun. Pastu aku bagi dia INR200 sebab aku rasa kesian. Tak berbaloi dia bawak aku jauh jauh dengan jalan jem dan aku bayar dia harga INR80 je.

Tapi sebaik saja aku bayar dia. Dia bersuara.

"More. More. Tired !"

Eh.. Pakcik ni. Tak sedar di untung ! Aku bagi lebih dia nak lebih lebih pulak.

Aku lempang karang !

Dah. Aku angkut barang barang aku terus masuk hotel. Malas aku melayan.

Ni la contohnya bagi betis nak peha !

Nak ke peha aku yang besar macam pelepah ni?

2 comments :

  1. best lak baca seisi tawar menawar tu..haha.ayat last sessi tu best gak ..wont tell to anyone except your wife then jangan bgtau org situ.hihi..murah tu dapat INR300 =rm15 ek..sini ciku beli ngan member balik dr jaipur..rm50..okla plus flight,tambang dan lain lain dia. kita tak pegi byr le lebih ..tk gitu.:)

    ReplyDelete
  2. rasanya sari ni mcm banyak jenis, tak sure harga murah ke tak sebab x pernah beli.. ni pun kes terbeli.. sampai skrg tak jadi jadi baju lagi rasanya..

    hahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...