Monday, August 14, 2017

Trip Menghayati Lelah di Belitung : 07 | Senja Di Tanjung Tinggi

Dari Pantai Kelayang kami bergerak ke Pantai Tanjung Tinggi untuk menikmati senja di sana.

Singgah sekejap di dataran dekat Pantai Tanjung Kelayang

Pantai Tanjung Kelayang

Ada dataran dengan kemudahan untuk local berkumpul sekiranya ada acara acara tertentu di kawasan ni. Ada Pergadaian datang kat dewan tu... kemudahan bagi penduduk yang nak mengadai barangan untuk tukaran cash.

Pantai di kawasan ni

Hari hampir menjelang petang, kami bergerak ke Tanjung Tinggi yang terletak tidak jauh dari kawasan Pantai Kelayang tadi.

Bot besar terdampar

Di pantai Tanjung Tinggi lah merupakan salah satu lokasi pengambaran Filem Laskar Pelangi. Pantai ini turut di kenali sebagai Pantai Laskar Pelangi. Ada plak penanda tapi dah jahanam di vandal oleh orang yang datang.

Di pantai ni di celah celah batu ni la mereka berlari lari dalam scene di pantai

Tanjung Tinggi adalah pantai yang diapit oleh dua semenanjung, iaitu Tanjung Kelayang dan Tanjung Pendam. Nama Tanjung Tinggi diambil dari maksudnya semenanjung dan tinggi yang ertinya pantai yang memiliki bebatuan yang tinggi. Pantai Tanjung Tinggi merupakan salah satu tempat wisata di pulau Belitung. 

Letaknya tidak jauh dari Pantai Tanjung Kelayang dan berjarak sekitar 31 km dari kota Tanjung Pandan. Pantai ini memiliki area seluas 80 hektar, berpasir putih, dan terdapat ratusan batu granit besar yang berselerak di kedua semenanjung dan juga di laut dan depan pantai. Ukuran batu granit nu dari beberapa meter kubik hingga ratusan meter kubik lebih besar dari saiz sebuah rumah. Tanjung Tinggi juga dikenali sebagai Pelabuhan Bilik kerana dahulunya tempat ini adalah pelabuhan nelayan bagi desa terdekat Keciput atau Tanjung Tinggi. 

Di pantai ini pengujung perlu berhati hati kerana banyak obor obor. Banyak fasiliti seperti warung makan dan gerai gerai minuman. Ada tempat istirehat di sediakan. Turut ada jualan cenderamata oleh penduduk tempatan.

Pokok pokok tumbuh di atas batu

Pantai Laskar Pelangi. Punyalah dalam movie tu dia orang kayuh basikal dari sekolah sampai pantai ni yang sebenarnya jauh gila.


Di sepanjang pantai kita akan melihat panorama pemandangan yang mengesankan dan unik dari pantai - pantai yang sediaada. Pasirnya putih dan airnya jernih. Boleh mandi dan berenang kerana arus dan ombak kurang ganas di kawasan sini.

Tapi sebenarnya Pantai Tanjung Tinggi ni menjadi lokasi tumpuan untuk melihat matahari terbenam.

Batu batu besar

Di sebalik batu batuan ada pasir 

Laluan untuk ke atas batu batu

Keistimewaan dari pantai ini adalah batu granit yang beraneka ragam ukurannya, dari yang hanya beberapa meter kubik hingga ratusan meter kubik. Saat matahari mulai terbenam pantai tanjung tinggi akan memancarkan pesona kecantikaannya yang luar biasa. Dengan keindahan pantai yang   unik dan tersendiri sehingga membuat pantai tanjung tinggi banyak dikenali oleh para wisatawan luar daerah mahupun luar negeri.

Pantai Tanjung Tinggi ini pernah dijadikan lokasi shooting film Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi, jadi tak hairan para wisatawan luar menyebut pantai tanjung tinggi ini dengan sebutan pantai Laskar Pelangi.

Batu yang di panjat oleh anak anak Laskar Pelangi

Batu dengan macam macam rupabentuk di sini

Di Pantai Tanjung Tinggi ini jugak adalah lokasi dan spot menarik untuk menikmati senja.

Kena ikut laluan dan panjat batu batu yang ada

Ada laluan di sediakan tapi kena hati hati sebab licin

Menjadi lokasi tumpuan warga tempatan juga

Dan pencinta pencinta photography

Sama sama menanti

Malangnya senja tak berapa nak ada

Matahari cepat menghilang di balik awan  

Senja di Tanjung Tinggi

Senja

Langit petang



Mengapakah awan mendung
Menghiasi langit petang
Redup sinar alam maya
Tanpa sinar bahagia

Kehampaan yang melanda
Di titian kehidupan
Resah duka berpanjangan
Menantikan kedamaian

Di mana sinaran mu
Di mana keindahan
Di mana pengharapan
Hanya kecewa sering melanda

Sendainya senja tiba
Dalam suram langit petang
Sepi malam kegelapan
Tanpa sinar kebahagiaan

Agak kecewa dengan senja yang tak berapa ada di sini. Besar harapan aku untuk menikmatinya berlama lama.

Sudahnya kami lepak lepak je dengan orang orang lain yang ada

Nyata ramai yang turut kecewa

Abis masa kami beredar

Bye bye Pantai Tanjung Tinggi

Kembali untuk ke destinasi seterusnya.

Tujuan kami malam tu adalah nak makan malam. 

Sebab terasa nak makan seafood dan area Tanjung Kepayang tadi tu memang port menarik untuk makan seafood jadi kami ke sana.

Makan di salah satu kedai di situ

Sedap jugak

Makan sampai kenyang. Cuma aku tak rasalah ikan ni.

Kenyang perut dah kami kembali ke Tanjung Pandan. Sebelum balik ke hotel singgah kejap untuk beli ole ole.

Singgah di sini

Outlet

Tak beli apa apa sebab tak de yang menarik

Baju baju t shirt macam tak berapa menarik dan elok kualtinya

Balik ke hotel dan called off the day.

Besok ada agenda lain lagi...

Tak lupa, sekali lagi malam ni pegi ke gerai bagi mendapatkan apam pukis yang gebu gebu itu.. Tidur dalam senyuman !

bersambung......................

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...