Monday, August 28, 2017

Serai Thai, Seksyen 3, Shah Alam

Makan malam di Serai Thai, Section 3 Shah Alam.

Kalau nak tau Serai Thai ni adalah mak kepada segala Serai Serai yang ada kat shopping mall yang selalu menjadi kunjungan orang ada ada tu.

Aku sebenarnya tak tau cemana buleh end up kat sini. Plan asal nak gi makan kat tempat lain tapi tutup. Berkat pakai pintu suka hati Doremon, tup tup sampai sini !

Dulu zaman Serai ni tak berapa glamer lagi pernah gak datang makan sini

Kedai agak lawa

Penuh sampai pekerja tertidur kat luar menunggu

Bangun ! Jangan makan gaji buta je. Pegi siang ikan nuh !

Nasib la masa sampai tu ada meja kosong untuk kami. Tak payah nak tunggu lama. Tapi dalam resto macam penuh gak pelanggan yang ada.

Ramai

Siap ada yang celebrate birthday kat sini

Awal awal rasa kureng best. Staff dia muka ketat gila. Datang tak de hi tak de apa. Monyok jer. Tau la letih. Kalau tak larat, banyak banyak la minum PAMOGA, supaya bertenaga  !

Di beri buku menu untuk order

Order je la apa apa

Ikut selera tekak

Masing masing ada selera masing masing

Titbits. Wajib ambik dan wajib bayar walaupun tak order

Makan tu sambil menunggu.

Air sampai dulu

Ayam masam manis

Sayur

Daging masak lada kering

Sotong telur masin

Telur dadar

Udang masak pedas

Dah siap hidangan. Masa untuk makan !

Rupanya kami menantikan tomyam dan memang dah order. Tapi bila tanya dia kata tak de. Kitchen pun dah tutup so tak leh nak buat dah. Makan nasi kurang kuah. Paling sedih si Princess sebab dia yang nak sangat tomyam tu. Last sekali merajuk tak nak makan.

Overall, food kira OK lah. Service kureng skit. Tapi aku maafkan sebab dah malam. Mesti staff dia memang keletihan.

Jumlah cost makan adalah RM 148.05. Tomyam tak sampai !

Sekali sekala boleh datang dan cuba makan di sini. Kira sedap gak lah.


Waktu perniagaan

SERAI THAI RESTORAN
5, Jalan Sena 3/13A,
Seksyen 3,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Hari hari bukak rasanya. 10AM–3PM, 6–10PM
Phone: +60 3-5510 5729

FB Pages :  Serai-Thai-Seksyen-3

10 comments :

  1. Upah Royal Canin untuk aku berposing mana Meng...mana....dah le ko kaco aku nak tido.....gitu kut Meow berkata kata dalam hati ..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak makanan mahal mahal.. tak elok tu nanti sakit buah pinggang.

      * hulur IAMS sebekas...

      I AM ME !

      Delete
  2. Pukul brp datuk harimau samapi tu?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ala dia kalau makan pun bukan banyak mana

      Delete
  4. Harga tu makan untuk berapa orang, tuan?

    ReplyDelete
  5. 5 orang. tapi masing masing ada prefered lauk... tu yang banyak order tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...