Tuesday, August 8, 2017

Trip Menghayati Lelah di Belitung : 02 | Menuju Pulau Belitung

Perjalanan ke Belitung masih belum berakhir.

Masih tersadai di Bandara di Jakarta pagi tu dan kami menunggu penerbangan seterusnya untuk ke Tanjung Pandan di Pulau Belitung.

Subuh bakal menjelang. Kawasan bandara dari sedikit lengang mula perlahan lahan sibuk dan dipenuhi orang ramai

Suasana di terminal dipenuhi dengan penumpang yang bertidur tiduran

Sebab penerbangan kami menerusi terminal domestik, jadi terpaksa naik shuttle dari Terminal 2 ke Terminal lain yang terletak di seberang sana

Shuttle bas antara terminal. FOC jer

Salah kami gak sebab lengah lengahkan naik shuttle ni. Lama lepak kat A&W tu. Ingat macam sekejap je. Rupanya shuttle ni pegi ke terimnal 3 dulu dan berhenti kat sana.

Rengsa pulak bas tu berhenti dan tak bergerak gerak. Aku pegi kejar tanya pakcik driver tu sebab dia macam feeling feeling mati engine dan pegi ke lain.

"Pak. Kalau mau pantas, langsung aja sama yang itu"

Drebar suruh naik shuttle yang ada kat depan yang sama sama menunggu. Cepat cepat kami tukar shuttle lain yang menunggu depan shuttle yang ada tu.

Pastu shuttle tu bergerak slow pulak. Pagi pagi nak beralih terminal tu pun jem.

"Pantas Pak !!!"
"Pesawat apa?"
"Citilink"

Dah laju dah pakcik drebar tu bawak tapi sebab nak sampai ke gate terminal Citilink tu terpaksa berhenti henti beberapa kali turun dan ambik penumpang lain di gate gate sebelumnya.

Kami cuak. Takut tak sempat nak check in dan boarding flight tu nanti. Musnahlah harapan kalau terlepas flight ni.

Sampai jugak akhirnya ke terminal Citilink. Pesawat yang bakal kami naiki ke Tanjung Pandan.

Cepat cepat masuk dan menuju ke boarding gate

Memang pesawat dah menunggu. Penumpang dah start masuk ke pesawat. Lega !

In flite magazine

Crew Citilink

Flight mula bergerak perlahan lahan meninggalkan Terminal 1. Ada sedikit rasa kelegaan sebab dah ada dalam pesawat ni. Kalau terlepas memang masak la. Kena plan lain. Masalahnya tak de plan lain dah !

Moralnya di sini, jangan melambat lambatkan pergerakkan. Ni bahana kami siap lepak lepak breakfast kat A&W dan guna guna wifi kat situ. Hiks !

Malangnya pesawat Citilink tu tak terus bergerak, tapi parking pulak kat Terminal 3. Jauh tu dia taxi sampai ke sana ! Kalau tau, tadi kami tunggu kat terminal ni jer. hehehe

Tak tau la apa masalah dia. Tapi akhirnya peswat berjaya juga terbang di udara dan meninggalkan bandara SHIA ni.

Pemandangan waktu pagi

Pesawat sudah mula meluncur laju

Layan view sikit

Pulau pulau di laut Jawa

Sebab flite pun macam kira flight tambang murah. Dan jarak perjalanan pun cuma 45 minit jadi tak de makanan di sediakan pun.

Masa yang ada di gunakan untuk membuta ! Lelapkan mata. Tidur kat airport tadi bukannya lena sangat pun. Buat syarat je.

Terjaga flight dah mula decending 

Sudah kelihatan bentuk muka bumi Pulau Belitung dengan kabus pagi yang masih menyelubungi kawasan

Dan akhirnya peswat berjaya mendarat di Lapangan Terbang Tanjung Pandan

Pesawat Citilink

Airport Tanjung Pandan

Welcome to Belitung !

Sebab domestik flightkan. Urusan sampai tu mudah je tapi tengok penumpang yang sama sama ada masing masing bawak barang macam macam. Maybe balik kampung kot.

Pesawat Jakarta Belitung ni tak banyak satu hari, jadi kena plan betul betul lah timing nak datang ke sini.

Airport Tanjung Pandan kecik je. Agak sibuk sesekali bila ada pesawat mendarat jer.

Masa kat airport ni kami tercari cari mamat yang patut nya menjemput kami. Kalau ikut plan, dia orang akan ambik kami di sini dan terus ikut pakej yang di sediakan. 

Tapi masa sampai tak nampak lak sepanduk ada nama kami. Tu yang buat kami melilau lilau gak mencari. Last sekali terpaksa call dia. Nasib berangkat dan dia pun tengah sibuk mencari cari kami.

Eh tak nampak ke kami ni macam lain daripada yang lain? Wajah wajah Pan Asian yang berbeza dengan wajah local Belitung ni?

Macam tu !

Tapi dah kira jumpa dia tu dah nasib baik lah. Dan sebab kami ambik pakej ni kira sharing jugak dengan orang lain, dia kata nak tunggu lagi 2 orang yang sepatutnya sampai dengan pesawat yang sama dengan kami.

Tup tup muncul 2 orang yang merupakan pasangan suami isteri. Kalau ikutkan ada 7 orang semua sekali tapi ada yang tak jadi, kiranya trip kali ni kami share dengan pasangan tu je tadi.

OK lah. Tak ramai sangat. Tak pening kepala sangat ! 

Pastu kami di bawa ke kenderaan yang akan membawa kami di Belitung ni. 

Oh No ! Sangat kejam kalau aku dipaksa naik kereta Hello Kitty ni. Mau pakai topeng sepanjang masa.

Ya.. Yang ni ! Muat la untuk kami semua. Drebar pun sorang je so aku duduk depan !

Bye bye airport Tanjung Pandan.

Welcome to Pulau Belitung !

Cuaca pagi tu memang agak sendu sendu jer. Maybe malam sebelumnya hujan di kawasan ni.

Dan pagi tu kami terus menuju ke pekan utama di pulau ni iaitu pekan Tanjung Pandan

Dari airport tu kami terus di bawa ke tempat penginapan. Singgah di hotel penginapan pasangan yang satu lagi tu dan dia orang letak beg dulu dan kami decided tak nak hantar beg lagi ke hotel kami sebab senang bawak je semua dalam van dulu kot nak tukar ganti pakaian sebab katanya ada acara basah basahan.

Destinasi pertama kami adalah untuk breakfast mee belitung yang khabarnya enak dan patut di cuba oleh pelancong yang datang ke sini.

Warung jual Mee Belitung yang terletak di kota Tanjung Pandan

Makan mee di sini dan jugak minum kopi Belitung.

Mee Belitung.

Macam pelik sikit rasa mee belitung ni bagi aku jadi aku tak berapa boleh nak pegi. Macam rasa dan jamah jamah macam tu je lah. Es Jeruk memang sedap.

Dan juga pekena kopi 

Pekan Tanjung Pandan. Batu hitam tu adalah Batu Satam yang khabarnya batu meteor yang pernah jatuh di Pulau Belitung ni....  * owh... nasib bukan kryptonite

Selesai makan, kami terus bergerak ke destinasi yang telah di rancang pagi tu iaitu Pantai Teluk Gembira yang terletak di belah lain di Pulau Belitung ni agak jauh dari kota Tanjung Pandan.

Jalan menuju ke sana.

Perjalanan terasa agak lama. View pun biasa biasa je. Jadi aku ambik kesempetan untuk melakukan aktiviti yang masih tak mencukupi !

Meniduri diri sendiri.......................... !

Harapnya Pantai Teluk Gembira bakal buat aku gembira.



Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu

Andai aku pandai menyanyi
Tua muda miskin dan kaya
Tentu suasana gembira
Mendengar suara merdu
Bagai buluh perindu
Banyak orang rindu

Ho… ho… ho… ho…
Ho… ho… ho… ho…

Ha ha ha ha…
Ha ha ha ha…
Ha ha ha ha…

Ku menghibur hati duka
Hilang nestapa datang suka
Bintang di balik awan senyum
Lalala… Lalala…
Lalala… Lalala…

Lalala… Lalala…
Lalala… Lalala…

bersambung..............

8 comments :

  1. comel je kereta hello Kitty tu...tp langsung tak macho klu jantanz yg bawak...hahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan... tak dtg dah belitung ni sebab malu pd diri sendiri

      Delete
  2. Salam. Seronok baca setiap entry saudara. Rasa mcm berada sama kt destinasi. Bahasa yg digunakan pn mudah difahami & santai plus ada unsur lawak. Tak jemu baca..tqvm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. terima kasih. terharu dan tq byk sudi baca...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...