Thursday, August 3, 2017

SUMMER IN BALKAN : Budget & Itinerary - Part 3

Part 3....


07. FOOD

Part ni kalau ku kenang kenang boleh meleleh airmata jantan. Tap. Tap. Tap... menitik ke lantai mozaic.

Susah betul nak jumpa nasi ! Dia orang more pada makan roti roti dan daging daging. Aku ni perut Melayu kena makan nasi. Tapi sebab tak jumpa, redha je la sebat apa yang ada. Tapi tetap lah menjaga keterbatasannya. Banyaknya aku beli pastry atau makan roti jer.

Dah la aku bukan jenis bawak bekal bekal ni. Nasib baik bawak maggie !

Jumpa lah ayam ayaman dekat Sarajevo

Jumpa nasi sekali kat Athens ada Indian Restaurant pastu jumpa kat Kotor. Tu pun nasi vege. Dapat makan dengan sambal ikan bilis, phewwww.... Nikmat sampai mata hitam hilang  !

Kat Albania tu supposed to be Muslim Country, aku bajet bajet nak makan lah. Sekali aku tanya dia kata dia mixed chicken dengan pork ! Pork tu babi la kan? Takkan aku salah dengar. Terus tak jadi.

Nasib di Istanbul senang makan. Tapi tak jumpa nasi gak la. Breakfast kat hotel aku belasah makan kaw kaw kasi kenyang !

Moralnya di sini, bawak la bekal apa yang patut. Sos cili jangan lupa sebab dia orang memang tak de. Kat Bulgaria, McD sos tomato pun dia charge. Kedek betul.

08. WHAT TO BUY

Shopping ? Nak tak nak kena gak lah beli apa yang patut. Kadang kadang benda yang tak sepatutnya beli tapi jadi patut beli sebab berlaku masalah masalah tertentu. Contohnya aku terpaksa beli jam baru dan beli kasut baru !

Anyway ni contoh contoh yang buleh di beli dan di cari di sekitar Balkans.

01 - Fridge Magnet

Dan cenderamata lain

Aku sendiri sebenarnya dah tak kumpul. Kalau beli pun memang untuk orang lain. Basically harga FM di mana mana pun adalah 1 Euro seketul ! Kalau dapat murah pun maybe 6 untuk 5 Euro. Tak jumpa yang bargain lagi rendah pada tu.

02 - Khusus untuk pencinta Hard Rock Cafe

Kalau kaki kumpul souvenir HRC dan kena jejak ke HRC yang ada. Di Balkan cuma ada 1 Hard Rock Cafe iaitu di Podgorica, Montenegro. Tapi dalam route aku ni ada HRC Athens dan HRC Istanbul. Malangnya HRC Istanbul dah tutup dan sekarang cuma ada Rock Shop je abiskan stock jualan merchandise.

Since Podgorica ni memang tak de apa apa yang menarik selain dari Hard Rock Cafe je, kalau setakat nak beli souvenir dia, singgah je di Old Town Budva. Dalam tu ada Rock Shop Montenegro ( jual baju HRC Podgorica) tapi tak de cafe.

Tak perlu susah susah ke Podgorica

Hard Rock Cafe Istanbul dalam kenangan

Soon aku dapat tahu, HRC Kotor akan di bukak di dalam Old Town area di Kotor. So check it out !!!

03 -  Makanan dan minuman.

Biasalah beli kudapan, air minuman dan sebagainya. Harga barangan runcit agak jauh beza anyara satu sama lain. Greece dan Croatia paling mahal. Kosovo dan Macedonia agak murah. Bosnia pun murah juga.

Air minuman varies. Kalau air coke dalam 1.50 Euro di Greece tapi cuma Euro 0.40 je di Pristina. 

Roti pita aku beli kat Belgrade. Sedap. 2 kali aku gi ulang beli. Murah lah tu. Nama kedai dia Pita Break. Sila cari. Ambik Pita Kentang !

Tapi kalau kira set meals, dinner or lunch. Range dalam 4 - 5 Euro sekali makan. Tengok tempat makan gak lah tapi buleh bajet bajet around that harga.

04 - Rokok. (Tak sabar sabar nak keluar)

Kalau nak diikutkan, harga rokok di negara Balkan agak murah. Tak sampai pun 3 Euro. Kalau di Albania dan Bosnia sekitar 2 Euro je. Biasanya untuk habiskan baki currency yang ada, aku beli rokok kat negara tersebut sebelum keluar. Dunhill memang tak jumpa lah, Marlboro ada. Winston banyak. Lain lain banyak brand yang aku tak tau.

05 - Hah.. Benda yang patut di beli di Balkan adalah buah buahan !

Pisang dan kopi. Pisang murah, kopi tu mahal gila. Silap terbeli kopi have have.

Buah buahan banyak di jual. Segar bugar dan harga pun sangat murah. Kalau peach tu satu plastik cuma 1 Euro. Makan pun tak abis, sedar sedar buruk jer. Buah buahan lah menjadi antara makanan rutin aku seharian. Aku akan cari buah dulu dan beli untuk sarapan atau makan. Pisang adalah senang di jadikan bekalan dan tahan sepanjang hari.

Ada je makanan makanan tempatan macam di Bosnia yang boleh di cuba. Tapi sebab banyaknya berasaskan daging jadi aku memang tak cuba.

06 - Tapi Kopi Bosnian adalah wajib cuba !

Aku rasa banyak kali aku minum kopi dan sekali kena Bosnian Coffee terus ketagih. Asal ada kedai je aku berhenti minum. Tak mahal pun. 1 Euro secawan. Kopi dia pekat dan sikit je, di datangkan dengan gula dan kadang kadang susu. Kalau tokey kedai tu baik dia bagi air masak segelas sebab kopi ni pekat.

Minum kopi di Paris? No.... ni kat Albania...

Lain lain kalau nak shopping, each cities ada kawasan shopping macam kat tempat lain jugak. Dan banyak je brand brand antarabangsa

Bangga tak nampak iklan macam ni? Ni kat Sarajevo, Bosnia

09. BUDGET & EXPENSES

Okey. Total Euro yang aku bawak, aku abis pakai Euro 600. Tu la duit yang aku guna untuk travel, makan dan beli souvenir serta ada yang bayar penginapan juga. Dan duit Euro yang sama aku tukar ke matawang lain untuk perbelanjaan khusus di setiap negara terbabit.

Jadi perbelanjaan ground = RM 2,988.

Wang terlabur

Selain daripada tu, aku bawak jugak USD tapi aku cuma tukar 2 kali je. Sekali di Qatar USD 20. Dan sekali lagi di Mostar. USD 10. Jadi USD 30 = RM 130.

Ada jugak perbelanjaan yang aku bayar pakai debit card contohnya hotel dah bayar siap siap dan jugak tiket bas bayar pakai debit card. Kalau di hitung semuanya adalah dalam RM 400. Tak termasuk perbelanjaan beli jam dan kasut.

Flight ticket : 
KUL - ATHENS & IST - KUL = RM 2700
BELGRADE - IST = RM 390
Total : RM 3,090

So bajet untuk 13 hari di Balkan kesemuanya adalah : 

RM 2,988 +  RM 130 + RM 400 + Flight Ticket RM 3,090.

Jumlah besar adalah sebanyak : RM 6,608. 

* nanges kira tengok wallet dah kempis

* mati lah banyak sangat tengok sinetron kat sana

Duit boleh di cari. Tak pe moga rezeki di murahkan lagi dan boleh pegi ke lain pulak. Anyway, bajet tu masih boleh dikurangkan lagi kalau kurangkan destinasi ( sebab harga tiket bas agak mahal juga dari satu destinasi ke destinasi yang lain). Dan jugak kalau share penginapan sebab bilik aku memang ambik private sorang sorang je.

Adat travel lah, ada mahal kat sana, ada jimat tang sini. Apa yang penting, tak burst bajet dan tak menyusahkan diri di kemudian hari.

10. VERDICT

Walaupun trip Balkan ni agak ad hoc dan tak sempat plan tapi Alhamdulillah, bagi aku keseluruhannya semua lancar. Ada lah hiccup sini sana tapi anggap saja semua itu sebahagian daripada pengalaman hidup.

Layarlah kembali

Apa yang berlaku walaupun buat aku sakit hati dan kecewa ( time tu ) tapi itu lah pengalaman yang paling berharga yang tak dapat di nilai dengan wang ringgit. Mungkin saat ni aku rasakan duit banyak terbang tapi akan datang, Insha Allah aku akan value kenangan dan memori trip ni lebih daripada jumlah yang aku dah habiskan.

Yang manis. Yang baik. Di teladani dan yang tak elok, di pelajari agar tak diulangi kesilapan lagi.

Dan terus melangkah dengan semangat yang lebih berani.

To me, Balkan menarik dan tersendiri. Tak pelik kenapa selama ni memang dalam bucket list aku. Memang dari apa yang aku baca sebelum ni dan apa yang aku saksikan sendiri. Walaupun aku tak jumpa favourite place aku di sini tapi setiap tempat dan destinasi itu memang ada keunikan dan kelebihan yang tersendiri.  

Apa aku cakap tu pun cuma personal view je sebab aku dok banding dengan tempat tempat lain yang serupa yang pernah aku jejaki sebelum ni. Jangan padamkan semangat yang membara tu.

Go ! Balkan, highly recommended untuk di lawati.



Yank kemarin ku melihatmu
Kau bertemu dengannya
Ku rasa sekarang kau masih
memikirkan tentang dia

Apa kurangnya aku didalam hidupmu
Hingga kau curangi aku

Katakanlah sekarang Bahwa aku tak bahagia
Aku punya ragamu Tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia

Yang ku rasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia
Apa kurangnya aku didalam hidupmu
Hingga kau curangi aku

Katakanlah sekarang Bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu Tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya Asalkan kau bahagia

Katakanlah sekarang Bahwa aku tak bahagia
Aku punya ragamu Tapi tidak hatimu

Kau tak perlu berbohong
Kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya
Asalkan kau bahagia
Asalkan kau bahagia

So.... sebagai penutup, apa kata survey?????






Sama sama. Sekian, harapnya bermanfaat.

TAMAT 

16 comments :

  1. wahhh best best
    sempat lagi selit part meminang hahaha

    ReplyDelete
  2. hahahahaha...poyo la ko Meng...sempat lagi masuk bab meminang...tapi mamat mamat dalam drama arahan ko ni hemsem hemsem belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapan je lah. aku tau tak akan jadi kenyataan. hahaha

      dia org ni semua pelakon drama. sempat aku layan masa kat sana.

      Delete
  3. bajet tu dah kira ok kan...biasa pakej ke Balkan ni dlm RM7000 9 negara je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. aku pun rasa acceptable. kalau berdua bertiga mungkin boleh murah lagi. travel pun ikut pace sendiri.

      Delete
  4. Hahaha..ending sinetron sgt.
    Bertabah nk tunggu full entry nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hheheh full entry rasanya macam lambat lagi.

      mungkin hujung tahu or tahun depan je. tengok kerajinan dan masa..

      Delete
  5. Meng... ada fm lebih??? meh nak bli satu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. FM dari mana? lebih banyak tu tak de lah. seketul dua maybe ada lg kot.

      email address diarisuperman@gmail.com

      Delete
  6. alaaaa......hrc istanbul no more :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. as of now rasanya dah tutup.. maybe next time dia bukak balik kot prolly different locations. sebab yg skrg ni mcm terselit celah jalan sikit...

      Delete
  7. Lawak entry kau Meng. Aku nak gi Balkan bulan 10 2018. Baru hadam entry ko

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...