Friday, August 11, 2017

Trip Menghayati Lelah di Belitung : 05 | Tanjung Kelayang & Pulau Lengkuas

Hari ke 2 di Pulau Belitung

Map Pulau Belitung

Pagi tu bangkit dan kami breakfast dulu di hotel.

Good Morning Belitung

Breakfast yang di sediakan

Boleh lah nak isi ruang perut yang kosong

Hotel ni ada pool jugak. Tapi kecik je la pool. Macam nak mandi pun segan

Dan pagi tu kami bersiap siap seperti yang telah di arahkan oleh Agus. 

Dia suruh kami siap siap untuk aktiviti snorkeling hari ni sebab cuaca hari ni agak OK. Sepatutnya kami snorkeling dan buat aktiviti island hopping esoknya tapi memandangkan cuaca agak tak menentu dan hari ni lebih baik, seharusnya kamii selesaikan aktiviti tu dulu hari ni.

Kami OK jer. Jadi hari ni siap siap berbusana untuk basah basahan sebab kami akan mandi laut !

Destinasi kami pagi tu adalah ke Tanjung Kelayang.

Pantai Kelayang dengan Batu Garuda yang terkenal di kawasan ni

Pantai Tanjung Kelayang merupakan salah satu pantai yang terletak di Kepulauan Bangka Belitung. Lokasinya berada di Kecamatan Sijuk dan berjarak sekitar 27 kilometer dari Tanjung Pandan yang merupakan ibu kota Kabupaten Belitung.

Pantai ini memiliki puluhan batu granit raksasa, yang bentuknya sangat mirip dengan kepala burung garuda.

Menurut cerita rakyat setempat, batu tersebut dipercaya memiliki kekuatan mistis. Nama “Kelayang” bisa dikatakan merupakan nama yang diambil dari salah satu jenis burung yang terdapat di pantai ini.

Perahu perahu di Pantai Tanjung Kelayang

Di sini kami akan naik bot untuk island hopping

Suasana pagi

Pelancong pelancong lain yang turut serta untuk aktiviti di sini.

Kalau di ikutkan kami akan singgah di beberapa tempat untuk snorkelling pagi ni dan akan singgah di Pulau Lengkuas yang cukup terkenal di Pulau Belitung ni.

Tapi keadaan laut hari tu tak berapa tenang jadi kami terus menuju ke Pulau Lengkuas dan snorkeling di kawasan sekitar sana.

Perjalanan bot agak scary sebab ombak agak ganas dan buat bot rasa melambung lambung. Mamat Agung tu siap muntah muntah. Aku biasa je sebab jarang muntah naik bot. Tapi ngantuk !

Cuma nak tidur tak berapa buleh pun so layan je la perasaan hampir sejam perjalanan dengan bot tu.

Tapi bot tu hanya kami je, tak de share dengan pelancong lain.

Akhirnya bot kami sampai di Pulau Lengkuas.

Arus dan ombak sekitar Pulau Lengkuas ni sedikit tenang.

Cuma kawasan yang nak singgah untuk snorkeling tu agak kuat jugak arusnya

Bot berhenti untuk snorkeling di sini

Snorkel

Pantai di Pulau Lengkuas yang tak jauh dari situ

Pulau Lengkuas

Aku tak jadi nak snorkeling sebab rasa tak berapa menarik. Dia orang semua turun lah so aku pose pose lesu atas bot jer.

BW kata macam banyak ikan. Dah laut mesti la banyak ikan. Tapi memang tak de tarikan aku nak terjun sama. Arus pun nampak macam laju semacam jer.

Akhirnya lepas berhempas pulas dia orang snorkeling kat sini, kami singgah di Pulau Lengkuas !

Menghampiri

Rumah api di Pulau Lengkuas

Pasir pantainya agak memutih

Kawasan

Ada gerai gerai di kawasan pulau

Kawasan celah celah batu yang di kenali sebagai Kolam Puteri. Tempat di katakan puteri turun mandi di sini.

Kawasan keliling pulau. Pulau Lengkuas ni kecik je. Ada kubur dan juga rumah api

Belah lain

Pulau Lengkuas adalah salah satu primadona pariwisata di Provinsi Kepulauan Bangka Belitung. Pulau ini merupakan satu dari ratusan pulau yang mengelilingi Pulau Belitung. Daya tarik utama di pulau ini adalah sebuah mercusuar tua yang dibangun oleh pemerintah Kolonial Belanda pada tahun 1882. Hingga saat ini, mercusuar tersebut masih berfungsi dengan baik sebagai penuntun lalu lintas kapal yang melewati atau keluar masuk Pulau Belitung.

Secara spesifik, lokasi dari Pulau Lengkuas ini berada di sebelah utara Pantai Tanjung Kelayang, Kecamatan Sijuk, Kabupaten Belitung. Keindahan panoramanya yang dihiasi dengan banyaknya batu granit yang unik, pasir putih dan air laut yang jernih menjadi daya tarik tersendiri bagi wisatawan yang berkunjung ke Pulau Belitung. Pulau kecil yang bisa dikelilingi dalam waktu 20 menit ini, bisa didatangi dengan perahu sewaan dari Tanjung Binga maupun Tanjung Kelayang.

Di Pulau Lengkuas, selain menikmati pemandangan pantai yang indah, biasanya pengunjung tidak akan melewatkan kesempatan menikmati pemandangan bawah laut dengan snorkeling atau diving. Di depan perairan Pulau Lengkuas, terdapat spot-spot diving yang bagus, dan terdapat pula wreck indomarine. Penjaga mercusuar juga memelihara Penyu hijau.

Karena Pulau Lengkuas tidak terlalu luas, untuk menjaga kebersihan dan keberlanjutan lingkungan, pengunjung disarankan untuk membawa persediaan air minum/air tawar serta selalu membawa pulang kembali sampah yang dihasilkan selama beraktivitas si Pulau, untuk di buang di tempat sampah di daratan Pulau Belitung

Lepak lepak kat area pulau tu then aku nak gi panjat rumah api tu. Aktiviti wajib yang kena buat di sini untuk tengok view dari atas meliputi keseluruhan kawasan Pulau Lengkuas ni nanti.

Pintu masuk ke rumah api. Free je.

Tak leh pakai selipar

Tingginya lebih kurang 18 tingkat bangunan

So daki lah slow slow sampai ke puncak

Viewing area

Dan pemandangan dari atas tu agak memukau pandanagan !








Memang cuaca agak kurang menarik jadi pandangan pun agak terbatas. Tapi laut sekitar Pulau Lengkuas jelas kelihatan jernih kebiruan.

Aku tak spent lama masa kat atas tu sebab kawasan tu pun kecik dan orang keep coming naik. Jadi ramai jugak di atas sana.

Last sekali turun dan lepak lepak di kawasan pasirnya pulak. 

Laut biru

Pasir

Ada kolam penyu

Lepak

Santai

Pantai Pulau Lengkuas

Kami makan tengahari di Pulau Lengkuas ni yang di bekalkan siap siap oleh Agus. BW dah pening pening kepala mabuk.

Sampai waktu kami mula beredar meninggalkan Pulau Lengkuas ni.

Pulau Lengkuas.

Bagi aku Pulau Lengkuas ni adalah tarikan yang paling menarik di Belitung ni. Jadi tempat ni wajib di kunjungi kalau sesapa datang ke mari.

Kalau kena dengan cuaca dan keadaan ombak kalau tak berapa ganas memang perfect untuk santai dan beistirehat di pulau ni.



Manisnya madu yang aku dambakan
Manisnya senyuman yang aku impikan
Dia yang kucari-cari
Sering dalam mimpi, hadir dalam hati

Sunyi malam tak berbintang
Dia yang kukenang entah kapan datang
Ingin menangis hatiku hampir tak tahan lagi

Yang manis hanya senyummu
Rinduku hanya untukmu
Mengalir airmataku di malam yang sepi

Dia di dalam mimpi (kucari.. kucari..)
Sedetik telah menghilang
Dia bawa hatiku (melayang… melayang..)
Rinduku menyiksa di dalam hati

Badan kurus begini (Kasihan… kasihan..)
Menahan rindu dan sepi
Begini rasanya cinta
Rindupun sakit juga…

Sunyi malam tak berbintang
Dia yang kukenang entah kapan datang
Ingin menangis hatiku hampir tak tahan lagi

Yang manis hanya senyummu
Rinduku hanya untukmu
Mengalir airmataku di malam yang sepi

Dia di dalam mimpi (kucari.. kucari..)
Sedetik telah menghilang
Dia bawa hatiku (melayang… melayang..)
Rinduku menyiksa di dalam hati

Badan kurus begini (Kasihan… kasihan..)
Menahan rindu dan sepi
Begini rasanya cinta
Rindupun sakit juga…

Dia di dalam mimpi (kucari.. kucari..)
Sedetik telah menghilang
Dia bawa hatiku (melayang… melayang..)
Rinduku menyiksa di dalam hati

Dia di dalam mimpi (kucari.. kucari..)
Sedetik telah menghilang
Dia bawa hatiku (melayang… melayang..)
Rinduku menyiksa di dalam hati

Dia di dalam mimpi (kucari.. kucari..)
Sedetik telah menghilang
Dia bawa hatiku (melayang… melayang..)
Rinduku menyiksa di dalam hati

bersambung................

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...